Thursday, 25 August 2016
Peduli Ummah- Jom Infaq
Abbas Hamideh-Palestinian Tae Kwan Do Gold Maedallist
Pakej Qurban Kasih Ummah 2016
(Jom Peduli...Tarikh tutp penyertaan: 4 September 2016)
Untuk tahun ini, sekali lagi Pertubuhan IKRAM Malaysia menganjurkan program Qurban Kasih Ummah (QKU) yang akan diuruskan perlaksanaannya oleh Humanitarian Care Malaysia (MyCARE). Fokus utama QKU tahun ini ialah untuk menyampaikan bantuan ke kawasan yang sedang bergolak.
Mereka ini memang sangat memerlukan bantuan. Gaza masih terus dikenakan pelbagai sekatan oleh Israel. Rakyat Syria setiap hari makin ramai yang meninggal dunia, sama ada disebabkan pengeboman yang berterusan ataupun dikepong hingga putus sumber makanan. Di Iraq dan Yaman juga masih berlaku pertempuran. Manakala Lubnan dan Sudan yang masih belum stabil, menerima ribuan pelarian.
Disebabkan konflik yang berterusan ini, harga makanan dan haiwan hidup melambung tinggi. Seekor lembu di Gaza mencecah lebih RM12,000 seekor. Oleh itu, QKU mengamalkan konsep “cross-subsidy”, di mana lebihan dari kawasan yang lebih murah akan menampung harga lembu di kawasan yang mahal. Ini agar mereka semua boleh sama-sama menerima sumbangan yang sangat diperlukan ini, dan peserta korban pula tidak perlu membayar harga yang terlalu mahal.
Agar manfaat dari korban ini bersifat jangka panjang, QKU juga menawarkan pakej korban kambing yang dibekukan dan ditinkan. Sembelihan korban akan disejuk-bekukan atau dimasak dan seterusnya ditinkan. Proses ini dibuat di Australia dan New Zealand. Setelah itu baru ia dihantar ke kawasan yang bergolak. Dengan cara ini, kadar penyertaan adalah lebih rendah dan manfaatnya boleh dinikmati lebih lama oleh penerima sumbangan.
Oleh itu, QKU ingin menawarkan pakej berikut sebagai pilihan:
1. Korban Lembu - Pakej A : RM1,200 satu bahagian
(Palestin, Syria, Iraq, Lubnan, Yaman, Sudan)
2. Korban Lembu – Pakej B : RM480.00 satu bahagian
(Filipina, Kemboja, Malaysia, Myanmar, Sri Lanka, Vietnam)
3. Korban Kambing – Pakej W : RM590.00 seekor
4. Korban Kambing di Syria – Pakej X : RM1,100.00 seekor
5. Korban Kambing dibekukan – Pakej Y : RM420.00 seekor
(Syria, Iraq & Lubnan)
6. Korban Kambing ditinkan – Pakej Z : RM480.00 seekor
(Palestin & Syria)
Nota : Senarai negara penerima boleh bertambah mengikut keperluan semasa.
Untuk turut serta, sila masukkan Cek/Tunai ke dalam akaun "Humanitarian Care Malaysia Berhad" di
1. MBB 5642 5856 0698
2. BIMB 1209 2010 0349 04
3. CIMB 8602 135 592
Sila berikan slip bank dan butir penyertaan melalui sms/whatsapp/telegram ke 013-3911992 / 011-1234 8212/019-227 676
Terima kasih,
Hussaini Khairudin (Abu Khalid)
Sekretariat QKU
Subscribe to:
Posts (Atom)
KNOWLEDGE IS POWER
Ke Arah Pembentukkan Minda Pendidik Kelas Pertama
"Sejahtera akidahnya, sahih ibadahnya, teguh akhlaknya, terdidik fikirannya, kuat badannya, mampu untuk mengusahakan mata pencariannya, teratur dalam segala urusannya, sentiasa menjaga waktunya dan sentiasa memberi manfaat kepada orang lain" (As Syahid Imam Hasan al Banna)
Istimewanya zaman remaja...
Tujuh golongan manusia akan dilindungi oleh Allah pada hari di mana tidak ada perlindungan kecuali perlindunganNya iaitu:
1) Imam yang adil
2) Pemuda / remaja (lelaki & perempuan) yang tekun beribadat kepada Allah
3) Seorang lelaki yang hatinya terpaut kepada masjid, (hatinya sentiasa ingat) dari masa ia keluar dari masjid hingga ia balik semula ke masjid
4) Dua orang *lelaki yang berkasih-kasihan di dalam (mencari ridha) Allah, keduanya bertemu kerana Allah dan berpisah pula kerana Allah
5) Seorang *lelaki yang mengingati Allah, di masa sunyi sepi sehingga menitiskan air mata.
6) Seorang lelaki yang diajak oleh seorang wanita yang berkedudukan tinggi, cantik rupa parasnya untuk melakukan perbuatan jahat, ia berkata, "Aku takut kepada tuhan seluruh alam"
7) Seorang *lelaki yang memberi sedekah dengan suatu sedekah, lalu disembunyikan sedekah itu, sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfakkan oleh tangan kanannya.

Kita lah Ulil Albab...
"Lo! In the creation of the heaven and the earth and (in) the difference of night and day are tokens (of His sovereignity) for man of understanding"
"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pengantian malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal"
(Ali-Imran: 190)
"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pengantian malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal"
(Ali-Imran: 190)
"ILMU DAN IBADAH SESEORANG TIADA NILAI NYA DI SISI ALLAH DAN MANUSIA SEKIRANYA MEMBUAHKAN AKHLAK YANG BURUK"
Al-Zukhruf: 43-44
"Dengan yang demikian, berpegang teguhlah kepada Al-Quran yang telah diwahyukan kepadamu; kerana sesungguhnya engkau berada di atas jalan yang lurus. Dan sesungguhnya Al Quran itu memberikan kemuliaan dan peringatan kepadamu (wahai Muhammad) dan kepada kaummu; dan kamu akan ditanya kelak (tentang isi kandungannya yang kamu telah amalkan)."