Sunday, 11 May 2014

Saturday, 3 May 2014

Don’t Talk To Me About Muhammad





A long time ago there lived an old woman who was carrying a heavy load along the road. It was a bit difficult for her, but she was managing as best she could. A young man asked if he could help her with her load, and she readily obliged. Here is the conversation that transpired:
“It would be such a pleasure to have you come along with me. I accept your gracious offer of kindness and company,” she said. She was a very talkative woman and the young man did not want to interrupt her. So he let her speak the entire time they were together.

“But as we walk along young man, and as you help me with my load, I have only one request as we travel down this road. Don’t talk to me about Muhammad! Because of him there is no peace and I have trouble in my mind. So don’t talk to me about Muhammad! And as we walk along together, we will get along just fine.”
She continued: “That man upsets me so – so much more than you could know! I hear of his name and reputation everywhere I go. Though his family and his clan once knew him as an honest man, he’s dividing everyone with his claim that God is one! He’s misled all the weak, the poor, and the slaves. They think they’ve all found wealth and freedom by following his way! He’s corrupted all the youth with his twisted band of truth. He’s convinced them they they are all strong and gave them somewhere to belong. So don’t you dare talk to me about Muhammad!”

They reached their destination, and the man helped the woman put away her belongings. The old woman, with a wide smile of gratitude at the stranger’s kindness, turned to him and said “Thank you now, young man. You’ve really been so kind. That generosity and smile is very rare to find these days. Stay away from Muhammad, don’t heed his word or emulate his way. If you do, you will never have true peace and all you will find is trouble.”

As the young man turned to walk away, she stopped him. “Now before we part and go, if it’s alright just the same, may I ask you dear young man, who are you? What’s your name?”
He told her, and she stopped dead in her tracks.
“Forgive me, but what was that? Your words weren’t very clear. My ears are getting old, and sometimes I have a hard time hearing. You know, it’s rather funny, but I’m sure I must be wrong. Yet, I thought I heard you say that your name is Muhammad.”
“I am Muhammad”, the Prophet (saws) told the woman.
This conversation took place as the woman was planning to leave Mecca due to the spreading message of Islam, but after seeing the Prophet’s beautiful character and generosity, she became Muslim right there on the spot.


Courtesy of shortislamicstories.wordpress.com

Thursday, 17 April 2014

Way To Go...Golden Hearts!







KENYATAAN MEDIA IKRAM Siswa

20 April 2014 bersamaan 20 Jamadilakhir 1435H

"Teruskan Berdakwah, Pengakhiran Seseorang Biar Allah yang Tentukan"

Pemergian mendiang Karpal Singh, seorang Tokoh Politik dan Undang-Undang tanah air baru-baru ini telah menarik perhatian IKRAM Siswa untuk menyeru semua lapisan umat Islam untuk sama-sama insaf serta terus menggiatkan aktiviti dakwah kepada yang belum Islam dengan lebih intensif dan efektif.

Peristiwa seperti ini sepatutnya menjadi muhasabah bahawa umat Islam di Malaysia masih belum mampu menarik minat masyarakat belum Islam untuk mendekati dan menghayati Islam sebagai sebuah tatacara hidup yang paling sempurna.

IKRAM Siswa berpandangan bahawa masyarakat tidak perlu diheret panjang tentang persoalan destinasi pengakhiran beliau di akhirat kelak. Biarlah ianya diserahkan sepenuhnya kepada Allah selaku Tuhan yang Maha Adil dan Bijaksana kerana sesungguhnya Allah lebih mengetahui perkara yang manusia tidak ketahui.

Dalam kesempatan ini, IKRAM Siswa juga ingin menyampaikan ucapan Takziah kepada keluarga mendiang.


Wallahu a'lam

Marwan bin Abdullah
Presiden
IKRAM Siswa Nasiona


HORMATI JENAZAH DAN TUNJUKKAN NILAI BAIK ISLAM

"Dalam hadis disebut:
إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَرَّتْ بِهِ جَنَازَةٌ فَقَامَ فَقِيلَ إِنَّهُ يَهُودِيٌّ فَقَالَ أَلَيْسَتْ نَفْسًا
Maksudnya: “Sesungguhnya telah lalu di hadapan Nabi s.a.w satu jenazah, lalu baginda bangun (untuk menghormati). Lalu diberitahu kepada baginda: “Itu jenazah seorang yahudi”. Baginda bersabda: “Tidakkah ia juga jiwa (insan)?” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Inilah ketinggian akhlak dan budi yang menjadikan Islam itu dihormati. Kegagalan untuk menampilkan akhlak yang baik inilah yang menimbulkan prasangka manusia terhadap Islam dan sekaligus mereka membenci penganutnya.

Seseorang non-muslim yang menolak sesuatu berkaitan Islam hendaklah diselidiki apakah dia membenci Islam ataupun dia membenci versi atau tafsiran Islam yang dibawa oleh pihak tertentu. Persis seperti seorang muslim yang menolak cakap seseorang tokoh agama, apakah dia menolak Islam ataupun menolak pendekatan yang dibawa oleh tokoh berkenaan. Jika seseorang memusuhi agama Islam itu sendiri maka dia memanglah musuh Islam. Itupun memerlukan ‘iqamah al-Hujjah’ yang bererti penjelasan mengenai Islam yang kukuh dan penuh hujah yang jitu telah dibentangkan kepadanya. Jika dia menolak tafsiran Islam yang dibuat oleh pihak tertentu, bukanlah semestinya dia membenci Islam.

Saya tidak tahu hakikat YB Karpal Singh, namun nama atas akhlak Islam yang mulia, saya ucapkan takziah kepada kaum keluarganya. Semoga Allah memberikan gantian dan keadaan yang lebih baik untuk mereka. Islam ini kebaikannya untuk semua."


Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Mantan Mufti Perlis



Thursday, 3 April 2014

Night Stroll...



Sunday, 30 March 2014

Pembohongan Yang Nyata...



Kenapa anda seharusnya tidak menyambut 1 April atau April Fool Day:

Pada abad ke-8 Masehi Sepanyol merupakan sebuah negara Islam yang maju dan tidak disenangi orang kafir. Bagaimanapun Sepanyol jatuh ke tangan tentera Salib yang amat kejam yang membunuh wanita dan kanak-kanak juga. Satu persatu wilayah Spanyol ditawan tentera salib sampailah ke wilayah akhir Granada. Penduduk Islam terpaksa bersembunyi di rumah. Tentera Salib membuat penipuan dan mengumumkan penduduk Granada dibenarkan keluar dengan selamat dan dibenarkan menaiki kapal yang disediakan untuk keluar dari Sepanyol. Ribuan penduduk Islam pun keluar dari rumah dan berkumpul di pelabuhan. Lalu tentera salib yang bersembunyi membakar seluruh penempatan Islam termasuk mereka yang masih bersembunyi. Mereka yang berkumpul di pelabuhan tidak dapat berbuat apa-apa. Kapal yang dijanjikan juga dibakar. Apabila mereka dikepung mereka kemudian dibunuh tanpa belas kasihan. Hanya takbir dan tangisan sahaja kedengaran. Tiada satu pun yang terselamat. Granada jadi medan darah Umat Islam. Sehingga laut berwarna merah darah. TRAGEDI BERDARAH INI BERLAKU PADA 1ST APRIL 1847 M DAN DIKENALI SEBAGAI "THE APRIL FOOL DAY" OLEH GOLONGAN KRISTIAN. Jadi umat Islam sekalian apakah kita turut terikut ikut dengan 1st April ini dengan mengenakan orang lain dan tertawa. Kemudian menyebut dengan bangga dan gembira "APRIL FOOOOL" di sebalik saudara kita yang tertipu oleh golongan penipu lagi memang tidak ada dalam kehidupan mereka melainkan PENIPUAN. Kepercayaan tertipu dan menipu orang seperti konspirasi Illuminati dan sebagainya...Allahu 'alam

Tuesday, 25 March 2014

Sunday, 16 March 2014

"Nothing Stands In The Way Of A Fearless Heart"











BIODATA:

NAMA PENUH: KHALID BIN AL- WALID BIN AL- MUGHIRAH .

KETURUNAN: BANI MAKHZUM

NAMA BAPA: AL-WALID BIN AL-MUGHIRAH AL-MAKHZUM (TOKOH TERBILANG BANI MAKHZUM)

NAMA IBU: LABABAH BINTI AL-HARITH ( SAUDARA KEPADA ISTERI RASULULLAH S.A.W IAITU MAIMUNAH BINTI AL-HARITH)

TAHUN KELAHIRAN: 592 MASIHI.



BELIAU MERUPAKAN PANGLIMA PERANG ISLAM YANG KUAT DAN HANDAL .

BELIAU MENDAPAT GELARAN *SAIFULLAH* (PEDANG ALLAH ) KERANA TANGKAS BERMAIN PEDANG .

BELIAU WAFAT PADA TAHUN 21 HIJRAH KETIKA BERUSIA 60 TAHUN .

MAKAM BELIAU DITEMPATKAN DI HAMAS ,SYRIA .


SIFAT PERIBADI:

* BERANI
* BERTANGGUNGJAWAB
* TAWADUK (MERENDAHKAN DIRI )
* TEGAS
* BERJIWA BESAR
* BERDISIPLIN


SUMBANGAN:

* MENJADI PANGLIMA TENTERA ISLAM DALAM PERANG YARMOUK DI JORDAN .

* MENJADI PANGLIMA TENTERA DALAM PERANG FATHU MEKAH (PEMBUKAAN KOTA MEKAH )

* MEMIMPIN TENTERA ISLAM MEMERANGI ORANG MURTAD DALAM PERANG YAMAMAH
DI YAMAN KETIKA ZAMAN KHALIFAH ABU BAKAR AS-SIDDIQ .


*BERJAYA MENGGUNAKAN STRATEGI BERKESAN MENEWASKAN TENTERA MUSUH SERAMAI 200.000 ORANG DALAM PEPERANGAN MUT'AH DI JORDAN MANAKALA TENTERA ISLAM SERAMAI 3,OOO ORANG SAHAJA.

Thursday, 6 March 2014

Berkongsi Kegembiraan...Tahniah!


KUALA TERENGGANU - Mantan Pengerusi IKRAM Siswa UIAM Gombak, Muhammad Fikri Ahmad dinobatkan sebagai Tokoh Siswa 2013 dengan memenangi Anugerah Menteri Pendidikan 2013 yang membawa pulang hadiah RM5,000 dan piala iringan.

Beliau turut memenangi Anugerah Tokoh Pemimpin Program Sukarelawan dan Anugerah Tokoh Sukarelawan, yang disampaikan oleh YB Dato' Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan II semalam di Taman Tamadun Islam di sini.

Beliau yang juga Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UIAM Gombak merupakan pelajar cemerlang dalam akademik dan sangat aktif dalam pelbagai aktiviti ko-kurikulum dan kemasyarakatan di peringkat UIAM, nasional mahupun antarabangsa.

Majlis Anugerah Tokoh Siswa 2013 yang dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Mahasiswa, Jabatan Pengajian Tinggi dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) adalah bertujuan memberi galakan kepada para pelajar di IPT untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti akademik dan bukan akademik yang dapat memberi nilai tambah kepada kebolehpasaran diri dan seterusnya dapat memberi sumbangan kepada masyarakat.

Melalui anugerah seumpama ini, IPT akan mempunyai platform untuk bersaing secara sihat dalam melahirkan modal insan negara yang holistik dan kompeten ke arah mencapai negara maju.

Semoga dengan anugerah in, saudara Fikri akan terus cemerlang dan menyumbang untuk agama, negara dan masyarakat serta menjadi contoh yang positif kepada mahasiswa lain, insya-Allah.

Berikut adalah sebilangan pencapaian dan penglibatan beliau dalam ko-kurikulum:

Peringkat antarabangsa :

1) IIUM High Achievers and Educational Visit Program to Seoul Korea
2) Mission of Academic and Cultural Exchange to Turkey
3) Humanitarian Visit to Cambodia
4) Global Community Service to Vietnam
5) Educational Visit to China
6) Community Service Visit to Jogjakarta Indonesia

Peringkat kebangsaan :

1) Pengarah Projek Pertama dalam Persidangan Pelajar Ekonomi Kebangsaan.
2) Juara Debat Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri (2007)
3) Mewakili UIAM dalam Malaysian Financial Planning Competition
4) Mewakili UIAM dalam Intervasity Accounting Quiz
5) Peserta Chartered Institute of Management Accountant (CIMA) , Global Business Challenge.
6) Duta Universiti (2nd Batch), Under MOHE and MBOS.
7) Panelis dalam rancangan Bicara Kampus - RTM TV 1 ( Link: https://www.youtube.com/watch?v=53apoDyye3s )
8) Panelis dalam slot mahasiswa Radio IKIM

Peringkat Universiti :

1) Presiden - University Social Responsibility Team 2012/2013
2) Naib Presiden - Economics and Management Sciences Students Society 2011/2012
3) Naib Presiden Quranic Youth Club 2012/2013
4) Setiausaha Mahallah Bilal Ibn Rabah 2011/2012
5) Naib Presiden - Foundation Students Coordination Council 2009/2010
6) Setiausaha - Facilitator Representative Committee 2010
7) Koordinator Program - Sports and Martial Arts Carnival 2010
8) Penolong Pengarah Program 1 - Rafest 2010
9) Koordinator Program - Taaruf Week Program 2010 (CFS)
10) Penolong Pengarah Program - Appreciation for Taaruf Week committee 2009
11) JK Tajaan Convest 2011
12) Bendahari Karnival SRC 2012, Humanitarian Exco cum Patron 2012
14) Pengarah Program Daurah Nuqaba 2012, Palestine Day,, Forum “Egypt: Morsi Vs Sisi”, Anda Bijak Jauhi Zina (ABJZ), Studio Khalifah 2012 & 2013, Macex Appreciation Day 2013, Panelis dan Moderator dalam banyak acara di UIAM.

Thursday, 27 February 2014

Saturday, 1 February 2014

This is Why You Will Never Win over islam...




Tuesday, 12 November 2013

Sendirian....Keramaian....



Seseorang akan menjaga adab apabila berhadapan dengan orang yang berjawatan lebih tinggi daripadanya. Seorang akan menyarungkan pakaian terindah apabila menghadiri sesuatu majlis. Begitu juga, seseorang menjadi lebih kuat beribadah kalau dalam keramaian.

Namun, pakaian ‘kepura-puraan’ ini sejurusnya tertanggal apabila dia berada dengan dirinya sahaja. Dia mengatakan hal yang tidak enak didengar apabila di belakang saudaranya. Dia hanya berpakaian ala kadar dan kusut apabila tiada mata yang memandangnya. Dia liat bangkit beribadah, suka bertangguh dalam amal soleh apabila tiada manusia di sampingnya.

Ada mutiara dalam lumpur, yakni apabila seseorang mengambil nilai kaca mata Allah. Sungguh dia manusia yang berbeza kerna tidak terkesan dengan pandangan dunia terhadapya. Baginya, hidupnya, cintanya, kesukaannya, bencinya, marahnya, dan segala penat lelahnya semuanya tertakluk pada peraturan agung daripada Allah. Semua tindak tanduknya adalah kerana Allah dan semua pengorbanan dikhususkan hanya untuk redha Allah. Pendorong amalnya hanyalah Allah, Allah semata-mata.

Kalau dia punyai kelebihan, bukanlah dia menunggu hujan pujian manusia. Kalau dipuji, bukanlah dia menjadi ujub dan terheboh dengannya. Kalau beramal dan menyumbang tenaga, bukanlah kerna ada ganjaran materialis yang menunggunya. Kalau beribadah, kalau berdakwah bukanlah kerna dia mahu dikatakan suci mulia. Ini kerna, hatinya hanya terpaut pada Allah. Hatinya buat dipersembahkan untuk Allah, bukan kerna gila menagih cinta manusia.


Sumber:HALUANsiswa Mesir

Thursday, 31 October 2013

SURAT KEPADA MURABBI...



Segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas Rasulullah… Saudaraku murabbi, sesungguhnya penerimaan tanggungjawab untuk mentarbiah mereka yang diletakkan di bawah kendalianmu merupakan satu aqad perjanjian antara dirimu dengan mereka. Engkau merupakan pihak pertama dan mereka adalah pihak kedua. Manakala saksinya adalah Allah ‘Azza wa Jalla.

Firman Allah bermaksud: “…dan (ingatlah), Allah sentiasa menyaksikan tiap-tiap sesuatu.” (Al-Buruj: 9)

Oleh kerana surat ini ditujukan kepadamu wahai murabbi, maka disebutkan di sini beberapa peringatan yang berkaitan dengan tanggungjawabmu secara khusus. Antara isi kandungan yang paling asas dalam perjanjian ialah, engkau mesti membimbing mereka untuk melakukan perubahan yang positif sepanjang mereka berada di bawah seliaanmu. Perkara itu dilakukan menerusi pengurusan tarbawi yang betul, iaitu dengan meletakkan sasaran yang jelas, aktiviti-aktiviti yang tersusun serta kaedah-kaedah yang pelbagai.

Saudaraku, sentiasa letakkan di hadapan matamu firman Allah yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman, penuhi serta sempurnakanlah perjanjian-perjanjian…” (Al-Maidah: 1)

Selalu ingatkan dirimu bahawa tanggungjawabmu yang pertama terhadap ikhwanmu ialah memegang tangan mereka dan meningkatkan mustawa mereka dalam semua aspek tarbiah; aspek makrifah, keimanan, kejiwaan dan tingkah laku (sulukiyyah).
Ingatkan juga dirimu bahawa ukuran kejayaan yang sebenarnya ialah berkait rapat dengan perubahan yang berlaku pada mereka. Bukan diukur pada banyaknya aktiviti dakwah yang kalian laksanakan atau kepelbagaian wasilah yang dijalankan. [Mata mereka tertambat padamu] Aku berkata kepada diriku dan kepadamu: sesungguhnya mata ikhwan tertumpu kepadamu, maka janganlah engkau menjadi fitnah kepada mereka. Engkau mesti ingat bahawa sebahagian mereka mengambil ajaran agama ini hanya daripadamu. Jika engkau mengurangkan sebahagian daripada kewajipan agama, mereka juga akan mengurangkannya. Jika engkau meringan-ringankan sesuatu yang tidak sepatutnya diringan-ringankan, mereka juga akan turut meringan-ringankan. Ingatlah bahawa mengajar dengan perbuatan lebih mantap dan lebih berkesan daripada mengajar dengan perkataan sebagaimana pepatah ada mengatakan “jika engkau menjadi ketuaku, maka hendaklah engkau berada di hadapanku”.

Ketahuilah wahai saudaraku yang dikasihi, sesungguhnya keyakinan itu mesti dibina, bukan diperolehi secara percuma. Kayakinan akan terbina di dalam diri ikhwanmu dengan mereka melihat sikapmu yang positif, amalanmu yang baik seperti tawaduk, suka memberi, jujur dan benar dalam semua keadaan. Maka berusahalah untuk merealisasikan itu semua di dalam dirimu. Ingatlah selalu bahawa di sana ramai di kalangan ikhwan yang melihat dan menilai dakwah melalui tindakanmu. Maka takutlah kepada Allah dalam melaksanakan kerja dakwah ini. [Jangan jadi seperti lilin]

Saudaraku murabbi, sesungguhnya faktor asas kejayaanmu dalam memberi kesan yang positif di dalam diri ikhwanmu, selepas pertolongan Allah dan taufiq-Nya ialah engkau melaksanakan terlebih dahulu pada dirimu. Sejauh mana perkara itu meresap dalam jiwamu dan terkesan di hatimu, barulah ia membekas di hati ikhwanmu. Maka berusahalah bersungguh-sungguh untuk menghayati apa yang engkau minta mereka menghayatinya. Jangan beralasan dengan kesibukan atau kesuntukan waktu. Tiada seorangpun yang boleh diuzurkan dari menambah bekalan untuk diri atau dibenarkan untuk berhenti dari beramal.

Ingatlah pesanan Allah Ta’ala kepada Nabi s.a.w. bermaksud: “Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),” (Al-Insyirah:7). Ayat ini bermakna apabila engkau telah selesai berdakwah dan berjihad maka segeralah pula beribadah. Cukuplah kata-kata Rasulullah s.a.w. ini sebagai nasihat: “Perumpamaan orang yang mengajar kebaikan kepada manusia dan lupa pada dirinya, seperti sumbu pelita, ia menerangi manusia dan membakar dirinya.” (HR At-Tabraniy)

[Tawaduk dan tawaduk] Aku mengingatkan diriku dan dirimu wahai saudaraku yang dikasihi betapa pentingnya mentarbiah diri agar bersikap tawaduk. Antara tanda-tanda tawaduk yang ada pada diri murabbi ialah dia tidak merasai ada perbezaan antara dia dengan ikhwannya kerana kedudukannya sebagai murabbi, sehingga terbawa-bawa pada cara dia berinteraksi dengan mereka. Umpamanya dia mahu tempat duduk yang khusus, layanan yang khusus dan keistimewaan tertentu yang tidak didapati oleh ikhwannya. Murabbi hendaklah mentarbiah dirinya supaya sentiasa merasai bahawa dia lebih rendah daripada ikhwan dan mereka lebih baik daripada dirinya. Kalaulah tidak kerana tanggungjawaban yang diamanahkan kepadanya, tidaklah dia berada di hadapan mereka. Dengan cara itu, di samping pertolongan Allah, mudahlah baginya berinteraksi dengan mereka dan menghimpunkan hati-hati mereka. Letakkan dirimu di tempat mereka ketika engkau bercadang untuk menegur apabila mereka cuai dalam melaksanakan sesuatu tugasan. Beri peluang kepada dirimu untuk mendengar nasihat mereka dan terima dengan dada yang terbuka. Jika engkau lewat atau tersilap, mohonlah kemaafan dari mereka dan jangan malu untuk berkata ‘saya tidak tahu’ jikalau mereka bertanya sesuatu yang engkau tidak tahu. Jangan sekali-kali gunakan kuasamu ke atas mereka kecuali dalam keadaan yang amat-amat terbatas.

Saudaraku murabbi, aku menasihati diriku dan dirimu, jangan halang seseorang daripada kalangan saudaramu untuk beramal sekiranya berlaku sedikit perselisihan antaramu dengannya, atau kerana engkau diberitahu sesuatu yang tidak kena mengenainya, atau kerana sesuatu kesalahan yang dilakukannya, atau dia telah tersasar sedikit dari jalan ini, atau dia telah lama menyepi kemudian ingin memulakan langkahnya kembali. Siapa di antara kita yang tidak pernah melakukan kesalahan atau tidak pernah tersilap langkahnya? Sekiranya setiap yang bersalah itu dihalang dari meneruskan amal, maka tidak akan ada seorangpun yang kekal di jalan dakwah!

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Sekiranya kamu tidak berdosa, nescaya aku takut akan berlaku ke atas kamu sesuatu yang lebih besar daripada itu, iaitu ujub dan ujub.” (Al-Albani dalam as-Silsilah as-Sahihah) Hadis ini menjadikan kita menginsafi bahawa tersasar ke jalan yang salah sama ada secara sengaja atau tidak sengaja, secara luaran dan dalaman adalah kemungkinan yang tidak dapat dielakkan. Ia pasti terjadi. Yang berbeza antara kita adalah dari segi banyak atau sedikit kesilapan itu serta bagaimana cara kita mengelak atau mengatasinya dengan izin Allah. Dari sini aku ingin menegas kepada diriku dan dirimu wahai akhi murabbi, jangan jadikan gambar saudaramu yang lama terpampang di hadapan matamu, seolah-olah suatu bayangan yang tidak kunjung padam walaupun dia telah berubah dan telah berbuat baik. Hal ini seperti Firaun yang cuba mengaitkan Nabi Musa dengan masa lalunya yang pernah membunuh seorang qibtiy, lalu dia tidak layak untuk berdakwah. Firman Allah bermaksud: “Firaun menjawab: Bukankah kami telah memeliharamu dalam kalangan kami semasa engkau kanak-kanak yang baru lahir, serta engkau telah tinggal dalam kalangan kami beberapa tahun dari umurmu? Dan (bukankah) engkau telah melakukan satu perbuatan (jenayah) yang telah engkau lakukan dan (dengan itu) engkau dari orang-orang yang tidak mengenang budi?” (Asy-Syu’araa’:18-19) Dan Nabi Musa a.s. tidak menafikan tuduhan yang dilemparkan oleh Firaun kepada dirinya, sebaliknya dia menarik perhatian Firaun terhadap perubahan yang telah berlaku dan terhadap kedudukannya yang baru. “Nabi Musa berkata: Aku melakukan perbuatan yang demikian sedang aku ketika itu dari orang-orang yang belum mendapat petunjuk. Lalu aku melarikan diri dari kamu, ketika aku merasa takut kepada kamu; kemudian Tuhanku mengurniakan daku ilmu pengetahuan agama dan menjadikan daku seorang RasulNya.” (Asy-Syu’araa’: 20-21)

[Jangan lupa mengharap ganjaran] Saudaraku, berusahalah bersungguh-sungguh menyediakan dirimu dari segi persediaan dalaman sebelum engkau memegang tugas menyelia ikhwanmu. Wasilah paling penting untuk mempersiapkan dirimu ialah doa. Mohon kepada Allah dengan sungguh-sungguh agar Dia membuka jalan-jalan kepadamu dan mencampakkan kebenaran di hatimu dan lidahmu. Jangan lupa mengharap pahala.

Ingatlah sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: “Tidak ada pahala bagi orang yang tidak mengharapkannya.” (Ibn al-Mubarak dan ditashih oleh al-Albani) Dan di sana terdapat berbagai-bagai wasilah untuk mencetuskan kesedaran dan menguatkan keazamanmu, ingatkan dirimu setiap kali sebelum engkau pergi menemui ikhwanmu betapa pentingnya amal ini, ia merupakan amalan yang diredhai Allah, Allah janjikan pahala untuk orang yang melakukannya dan mengancam dengan dosa bagi mereka yang meninggalkannya.

Moga-moga Allah mantapkan imanku dan imanmu dan membimbing kita selalu. “…Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.” (al-Baqarah:32)

Dr Majdi Al-Hilali Sumber: http://zaadut-taqwa.blogspot.com/2012/07/surat-kepada-murabbi.html

Wednesday, 16 October 2013

Wednesday, 9 October 2013

Best Days On Earth...

Monday, 30 September 2013

Warkah Daripada Professor Solahuddin Sultan...



Surat dari penjara untuk sahabat kesayanganku di jalan Allah

Saudaraku seperjuangan di jalan Allah sekalian, serta pencinta kebahagiaan dan kesyahidan:

Sesungguhnya penahananku hari ini adalah satu perjalanan di jalan para Nabi dan Rasul yang kita sukai dan redhainya berdasarkan firman Allah Ta’ala:

“…Dan tiap-tiap umat di antaranya telah merancangkan rancangan jahat terhadap Rasul mereka untuk menawannya (dan membinasakannya); dan mereka pula telah membantah dengan perkara yang salah untuk menghapuskan kebenaran dengan perkara yang salah itu; sebab itu Aku binasakan mereka. Maka (lihatlah) bagaimana kesan azabKu!” (Ghaafir 40: 5)

Tidakkah para pendosa telah mencampak Nabi Ibrahim ke dalam api dan menyeru: (Setelah tak dapat berhujah lagi, ketua-ketua) mereka berkata: "Binalah untuk Ibrahim sebuah tempat (untuk membakarnya), kemudian campakkan dia ke dalam api yang menjulang-julang itu." (As-Saffaat 37: 97)?!

Dan Allah telah ada bersama-sama baginda, maka Dia berfirman: “Kami berfirman: "Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim!" Dan mereka (dengan perbuatan membakarnya itu) hendak melakukan angkara yang menyakitinya, lalu Kami jadikan mereka orang-orang yang amat rugi (kalah dengan hinanya).” (Al-Anbiya’ 21: 69-70)

Tidakkah kita membaca dengan panjang kisah Nabi Yusuf dan baginda mengawal diri daripada perbuatan yang haram dan khianat, maka mereka memasukkan baginda ke dalam penjara sepert imana firman Allah Ta’ala: “Kemudian timbul fikiran bagi suami perempuan itu, serta orang-orangnya hendak memenjarakan Yusuf sesudah mereka nampak tanda-tanda (yang menghendaki supaya Yusuf dijauhkan) hingga ke suatu masa.” (Yusuf 12: 35)?!!!

Inayah (pertolongan) Allah itu berkehendak menjadikan orang yang memenjarakan baginda, memohon baginda untuk memerintah negara selepas krisis negara melanda, maka baginda mara untuk menggalas amanah sepert imana firman Allah Ta’ala: (Yusuf berkata) "Jadikanlah daku pengurus perbendaharaan hasil bumi (Mesir); sesungguhnya aku sedia menjaganya dengan sebaik-baiknya, lagi mengetahui cara mentadbirkannya." (Yusuf 12: 55).

Tidakkah kaum Nabi Luth telah menyusahkan baginda seraya memutuskan: “Usirlah Luht dan pengikut-pengikutnya dari bandar kamu ini; sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang mendakwakan dirinya bersih suci.” Lalu Kami selamatkan Nabi Luth dan keluarganya serta pengikut-pengikutnya, kecuali isterinya, Kami takdirkan dia menjadi dari golongan yang tertinggal dalam azab. Dan Kami hujani mereka dengan hujan yang membinasakan, maka amatlah buruknya hujan azab yang menimpa orang-orang yang telah diberi amaran. (An-Naml 27: 56-58)?!!!

Tidakkah seorang raja zalim telah memburu para pemuda yang beriman dengan Tuhan mereka: "Sesungguhnya, kalaulah mereka mengetahui hal kamu, tentulah mereka akan merejam dengan membunuh kamu, atau mereka akan mengembalikan kamu kepada agama mereka (secara paksa); dan jika berlaku demikian, kamu tidak sekali-kali akan berjaya selama-lamanya." (Al-Kahf 18: 20)?!!!

Tetapi mereka memutuskan untuk tsabat (tetap) atas kebenaran seperti mana firman Allah Ta’ala: “Dan oleh kerana kamu telah mengasingkan diri dari mereka dan dari apa yang mereka sembah yang lain dari Allah…” (Al-Kahf 18: 16)

Dan hasilnya adalah Inayah Rabbaniah (pertolongan daripada Tuhan):

“Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian)” (Al-Kahf 18: 14)

“…Dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk.” (Al-Kahf 18: 13)

"…supaya Tuhan kamu melimpahkan dari rahmatnya kepada kamu, dan menyediakan kemudahan-kemudahan untuk (menjayakan) urusan kamu dengan memberikan bantuan yang berguna. Dan engkau akan melihat matahari ketika terbit, cenderung ke kanan dari gua mereka; dan apabila ia terbenam, meninggalkan mereka ke arah kiri, sedang mereka berada dalam satu lapangan gua itu. Yang demikian ialah dari tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan) Allah. Sesiapa yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah, maka dia lah yang berjaya mencapai kebahagiaan; dan sesiapa yang disesatkanNya maka engkau tidak sekali-kali akan beroleh sebarang penolong yang dapat menunjukkan (jalan yang benar) kepadanya.” (Al-Kahf 18: 16-17)

Dan Dialah Yang Maha Suci yang mengawal urusan mereka seluruhnya:

“Dan demikianlah pula Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya)…” (Al-Kahf 18: 19)

“Dan demikianlah Kami dedahkan hal mereka kepada orang ramai…” (Al-Kahf 18: 20)

dan banyak contoh-contoh lain, tidak terkecuali Nabi SAW seperti mana firman Allah Ta’ala:

“Dan ingatlah (wahai Muhammad), ketika orang-orang kafir musyrik (Makkah) menjalankan tipu daya terhadapmu untuk menahanmu, atau membunuhmu, atau mengusirmu. Mereka menjalankan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya (mereka), kerana Allah sebaik-baik yang menggagalkan tipu daya.” (Al-Anfaal 8:30)

Al-Quran telah memberitahu kita bahawa kadangkala, tahap tipu daya mereka boleh melenyapkan pergunungan, bukan sahaja (melenyapkan) Ikhwan Muslimin atau lain-lain, namun tipu daya mereka, setiapnya akan rosak. Firman Allah:

“Dan sesungguhnya mereka telah menjalankan rancangan jahat mereka (untuk menentang Islam), sedang di sisi Allah ada balasan bagi rancangan jahat mereka, walau rancangan jahat mereka itu, dapat melenyapkan gunung-ganang sekalipun.

“Oleh itu, janganlah engkau menyangka Allah memungkiri janji-Nya kepada Rasul-rasulNya; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Sedia Membalas (orang-orang yang menderhaka kepadaNya).” (Ibrahim 14:46-47)

Bahkan Al-Quran telah menyebutkan kepada kita bahawa pihak yang batil (jahat) itu akan membelanjakan harta yang tidak terkira untuk memesongkan (manusia) dari jalan Allah, dan Allah menjanjikan mereka bahawa mereka akan dikalahkan dan ditimpa penyesalan seperti mana firman Allah Ta’ala:

“Sesungguhnya orang-orang kafir yang selalu membelanjakan harta mereka untuk menghalangi (manusia) dari jalan Allah, maka mereka tetap membelanjakannya kemudian (harta yang dibelanjakan) itu menyebabkan penyesalan kepada mereka, tambahan pula mereka dikalahkan. Dan (ingatlah) orang-orang kafir itu (akhirnya) dihimpunkan dalam neraka jahanam.”

“Kerana Allah hendak membezakan yang jahat (golongan yang ingkar) dari yang baik (golongan yang beriman), dan menjadikan (golongan) yang jahat itu setengahnya bersatu dengan setengahnya yang lain, lalu ditimbunkannya kesemuanya, serta dimasukkannya ke dalam neraka Jahanam. Mereka itulah orang-orang yang rugi.” (Al-Anfaal 8:36-37)

Secara keseluruhannya, terdapat undang-undang untuk para Nabi, Rasul dan pengikutnya, yang paling penting ialah:

1. “Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi, musuh dari kalangan orang-orang yang bersalah; dan cukuplah Tuhanmu (wahai Muhammad) menjadi Pemimpin (ke jalan mengalahkan mereka) serta menjadi Penolong (bagimu terhadap mereka).” (Al-Furqaan 25:31)

2. “Sebelum mereka, kaum Nabi Nuh dan puak-puak yang bergabung - sesudah kaum Nabi Nuh itu - telah mendustakan (Rasul-rasulnya), dan tiap-tiap umat di antaranya telah merancangkan rancangan jahat terhadap Rasul mereka untuk menawannya (dan membinasakannya); dan mereka pula telah membantah dengan perkara yang salah untuk menghapuskan kebenaran dengan perkara yang salah itu; sebab itu Aku binasakan mereka. Maka (lihatlah) bagaimana kesan azabKu!” (Ghaafir 40:5)

3. “Kumpulan mereka yang bersatu itu tetap akan dikalahkan dan mereka pula akan berpaling lari. (Bukan kekalahan itu sahaja) bahkan hari kiamat ialah hari yang dijanjikan kepada mereka (untuk menerima balasan yang sepenuh-penuhnya) dan (azab seksa) hari kiamat itu amat dahsyat dan amat pahit.” (Al-Qamar 54:45-46)

4. “Sebenarnya orang-orang yang terdahulu dari mereka telah menjalankan rancangan jahat (terhadap agama Allah dan Rasul-rasulNya); maka Allah binasakan bangunan (rancangan jahat) mereka dari asas-asasnya, lalu bumbung (bangunan itu) jatuh menimpa ke atas mereka, dan mereka pula didatangi azab kebinasaan dari arah yang mereka tidak menyedarinya.” (Al-Nahl 16:26)

5. “…Kemudian Kami menyeksa orang-orang yang berlaku salah (mengingkarinya); dan sememangnya adalah menjadi tanggungjawab Kami menolong orang-orang yang beriman.” (Ar-Ruum 30:47)

6. “Oleh itu, jika orang-orang (kafir) itu mengingkarinya, maka sesungguhnya Kami akan menyerahkannya kepada kaum (lain) yang tidak akan mengingkarinya.” (Al-An'aam 6:89)

7. Apa yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim bahawa Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah menjadi orang yang baik, maka Allah akan memberikan kepadanya pengetahuan dalam Agama, sesungguhnya aku adalah orang yang membahagi sementara Allah adalah yang memberi, umat ini tidak akan pernah berhenti menegakkan perintah Allah, dan tidak akan memudaratkan mereka sesiapa yang menentang mereka, sampai datang hari kiamat.”

Dan inilah apa yang kita lihat pada awal dakwah bersama-sama sebaik-baik makhluk dan pencinta kebenaran (Rasulullah SAW) dan para sahabatnya di Makkah, dan semasa di Madinah setelah tertegaknya Daulah, sehingga datang pertolongan dan kemenangan.

Dan wajib ke atas kamu wahai saudaraku seperti berikut:

1. Mempertahankan Islam dan kemuliaan negara kita, Mesir, bukan mempertahankan kami kerana kami telah menyerahkan urusan kami kepada Allah Yang Satu yang berfirman:

“Sesungguhnya Allah membela orang-orang yang beriman; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap seorang yang khianat, lagi tidak bersyukur. Diizinkan berperang bagi orang-orang (Islam) yang diperangi (oleh golongan penceroboh), kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya; dan sesungguhnya Allah Amat Berkuasa untuk menolong mereka (mencapai kemenangan).” (Al-Hajj 22:38-39)

Dan firman Allah Ta’ala:

"Sesungguhnya pelindungku ialah Allah yang telah menurunkan kitab (Al-Quran), dan Dia lah jua yang menolong dan memelihara orang-orang yang berbuat kebaikan." (Al-A'raaf 7:196)

Penuhkan masa lapang kita dan sekatlah jurang antara kita. Dan pertahankanlah agama kita dan Mesir kita dengan damai dan tenaga, dengan semangat dan keazaman serta keikhlasan dan tajarrud kepada Allah Ta’ala sehingga Allah mengizinkan bantuan,

“Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.” (At-Talaaq 65:7)

atau Allah memenangkan antara kita dan antara kaum kita dengan dengan kebenaran dan Dialah (Allah) sebaik-baik pemberi kemenangan.

2. Bertenanglah kamu akan keadaan kami, dan berdoalah kepada Allah bagi kami supaya Allah merasakan kami kemanisan (berada di penjara ini).

Firman Allah Ta’ala:

“Dan (dengan yang demikian) bersabarlah (wahai Muhammad) menerima hukum Tuhanmu (memberi tempoh kepada mereka), kerana sesungguhnya engkau tetap terselamat dalam pemeliharaan serta pengawasan Kami…” (At-Tuur 52:48)
Dan alangkah indah dan sucinya, bagus dan matangnya, baik dan tulennya, tinggi dan tulusnya berada dalam pemeliharaan Allah Ta’ala serta penjagaan dan pertolongan-Nya, dan Allah sedang menyediakan kami ke peringkat kejayaan seperti mana firman Allah Ta’ala:

“Dan Kami jadikan dari kalangan mereka beberapa pemimpin, yang membimbing kaum masing-masing kepada hukum agama Kami, selama mereka bersikap sabar (dalam menjalankan tugas itu) serta mereka tetap yakin akan ayat-ayat keterangan Kami.” (As-Sajdah 32:24)

3. Janganlah kalian hanya sibuk dengan Mesir sahaja. Di Palestin, Syria, Iraq, Sudan, negara-negara Teluk, Maghribi, Arab, Turki, Turkistan (Xinjiang), Malaysia, Albania, India, China, Azerbaijan, Afghanistan, negara-negara Kaukasia, Pakistan, Uzbekistan, di tempat minoriti Muslim Eropah, Amerika, Australia dan Jepun, di setiap tempat di dalamnya ada yang mentauhidkan Allah atau insan-insan yang mengharapkan Allah memberi hidayah padanya dengan dakwah kita secara hikmah dan nasihat yang baik ke arah keimanan.

Maka kita adalah umat yang satu dengan nas Al-Quran dan Sunnah Nabi: “Seperti jasad yang satu, apabila merasa sakit salah satu anggota, seluruh anggota akan demam dan susah tidur.” Tidak boleh, secara syarak, para musuh membahagi-bahagikan sempadan kita, perasaan kita, keprihatinan kita, maka kita menjawab untuk mereka (mengikut kehendak musuh) dan memecahkan himpunan (umat) kita, dan dan dimakan setiap mangsa (umat ini) di belakang yang lain seperti mana firman Allah Ta’ala:

“…Dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.” (Al-Anfaal 8:46)

4. Tidak akan menimpa kamu kesakitan meskipun diri kita digandakan lagi dengan (melandanya) kelemahan semangat, kelemahan tenaga dan ketundukan (kepada musuh) kerana firman Allah Ta’ala:

“Dan berapa banyak dari Nabi-nabi (dahulu) telah berperang dengan disertai oleh ramai orang-orang yang taat kepada Allah, maka mereka tidak merasa lemah semangat akan apa yang telah menimpa mereka pada jalan (agama) Allah dan mereka juga tidak lemah tenaga dan tidak pula mahu tunduk (kepada musuh). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang sabar.” (Ali'Imraan 3: 146)

Tidaklah bocor ke atas kita rasa putus asa kerana firman Allah Ta’ala:

“…Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir." (Yusuf 12: 87)

"Dan tiadalah sesiapa yang berputus asa dari rahmat Tuhannya melainkan orang-orang yang sesat." (Al-Hijr 15:56)

Dan letaklah kepercayaan kepada kemenangan (meskipun) bersama sedikit kebingungan dan persoalan: “Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” seperti mana firman Allah Ta’ala: “Sehingga berkata Rasul dan orang-orang beriman bersamanya: Bila (datangnya) pertolongan Allah? Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.” (Al-Baqarah 2: 214)

5. Janganlah kamu keluar dari cara damai kamu ini seperti mana firman Allah:

“…Dan janganlah orang-orang yang tidak meyakini apa yang engkau sampaikan itu menjadikan engkau resah gelisah.” (Ar-Ruum 30: 60)

Jangan kamu lari di belakang mereka yang tergesa-gesa seperti mana dalam hadis riwayat Bukhari: “Tetapi mereka sangat tergesa-gesa.”

Jangan kamu lupa pesanan Dr Mohamed Morsi, Presiden Mesir sebelum penggulingannya: “Berhati-hatilah, kamu akan dimasukkan (dalam kancah) untuk memerangi legitimasi dan memerangi tentera. Tentera kita akan memelihara (daripada) keadaan ini.”

(Dan ingat juga) pesanan Dr Muhammad Badi’: “Cara aman kami lebih kuat daripada peluru-peluru mereka.”

Bersabarlah, maka Allah dengan kemuliaan-Nya telah berjanji dan tidakkan memungkiri janji-Nya dengan firmanNya:

“…Kemudian Kami menyeksa orang-orang yang berlaku salah (mengingkarinya); dan sememangnya adalah menjadi tanggungjawab Kami menolong orang-orang yang beriman.” (Ar-Ruum 30:47)

“Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramallah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan." (At-Taubah 9:105)

“…Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).” (A-li'Imraan 3:200)

Dan tidak lama lagi, dengan izin Allah, kami akan keluar bersama kamu dengan kemuliaan dan kebahagiaan, atau kami mendahului kamu ke daerah kemuliaan sebagai syuhada’, dan ia adalah nikmat penutup daripada daerah fana, dan pembuka kepada daerah yang kekal.

Dan salam sejahtera ke atas orang yang bertaqwa lagi sempurna, golongan murabithin (tetap teguh) lagi tulen, Tuhan kita berbangga dengan kamu di hadapan para malaikat di langit dan di bumi. Selepas kegelapan malam, akan terbit c
ahaya fajar, dan menjelang pagi itu, bergembiralah kaum yang memuji Allah.

Nota: Profesor Dr Solahuddin Sultan merupakan seorang pensyarah di Universiti Kaherah, merangkap Pengerusi Lajnah Al-Quds, Kesatuan Ulama' Muslimin Sedunia. Beliau turut ditahan kerana menentang kudeta tentera Mesir dan menyokong legitimasi Dr Mohamed Morsi sebagai Presiden Mesir.

Sumber : elbehira

Monday, 23 September 2013

"Jadilah Kamu Seperti Benih Yang Baik...Apabila Dicampak Di Mana Jua...Akan Menjadi Pulau..."



TAJUK: IKHWANISASI PENJARA MESIR

Kini 50 ribu pendokong anti-kudeta mengisi penjara-penjara Mesir atas alasan tangkapan yang berbagai dan suka-suka dari pihak tentera Mesir.

Tragisnya, tahanan politik Ikhwan dan anti-kudeta ditempatkan di penjara jenayah berat. Dicampur dengan tahanan kes-kes jenayah rompakan, rogol, dadah, pembunuhan dan lain-lain. Tujuannya, anggota Ikhwan ini diseksa secara mental dan fizikal.

Namun keajaiban terjadi. Baru sebulan sahaja tahanan kes jenayah ini dicampurkan dengan tahanan politik Ikhwan, para penjaga dan ketua penjara mengeluh, "Tahanan jenayah terikut-ikut kebiasaan Ikhwan iaitu tilawah Quran, solat malam, tahajjud, puasa". Keanehan ini juga terlihat apabila pelawat datang, para tahanan jenayah ini meminta mushaf Quran, sejadah, pakaian untuk shalat, dan tasbih. MaasyaAllah.

Kini penjara Mesir terjadi Ikhwanisasi. Sebahagian berbahagia Ikhwan ditekan, padahal Ikhwan adalah "madrasah(tempat didikan)". Nyawa boleh dimatikan dengan peluru atau buldozer, tapi fikrah itu tak akan pernah mati.

Sumber: Islamedia http://bit.ly/1aWmFlI

Tuesday, 20 August 2013

My Beloved Daughter And Dignified Teacher...



My beloved daughter and dignified teacher Asma al-Beltaji; I do not say goodbye to you; I say tomorrow we shall meet again.

You have lived with your head held high, rebellious against tyranny and shackles and loving freedom. You have lived as a silent seeker of new horizons to rebuild this nation to assume its place among civilizations.

You never occupied yourself with what preoccupies those of your age. Even though traditional studies failed to fulfil your aspirations and interest; you have always been the first in your class.

I have not had enough of your precious company in this short life, especially that my time did not allow me to enjoy your companionship. The last time we sat together at Rabaa Al Adawiya square you asked me "even when you are with us you are busy" and I told you "it seems that this life will not be enough to enjoy each other's company so I pray to God that we enjoy our companionship in paradise."

Two nights before you were murdered I saw you in my dream in a white wedding dress and you were an icon of beauty. When you lay next to me I asked you "Is it your wedding night?" You answered, "It is in the noon not the evening". When they told me you were murdered on Wednesday afternoon I understood what you meant and I knew God had accepted your soul as a martyr. You strengthened my belief that we are on the truth and our enemy is on falsehood.

It caused me severe pain not to be at your last farewell and see you for the last time; not to kiss your forehead; and not be honoured to lead your funeral prayer. I swear to God, my darling I was not afraid for my life or from an unjust prison, but I wanted to carry the message you scarified your soul for; to complete the revolution, to win and achieve its objectives.

Your soul has been elevated with your head held high resisting the tyrants. The treacherous bullets have hit you in the chest. What spectacularly determined and pure soul. I am confident that you were honest to God and He has chosen you among us to honour you with sacrifice.

Finally, my beloved daughter and dignified teacher:

I do not say goodbye, but I say farewell. We shall meet soon with our beloved Prophet and his companions in Heaven where our wish to enjoy each other's company and our loved ones' company will come true.

- See more at: http://www.middleeastmonitor.com/news/africa/7007-letter-from-dr-mohamed-beltaji-to-his-martyred-daughter#sthash.SmNtYbdI.dpuf

Monday, 19 August 2013

Madah Iman...







Wednesday, 14 August 2013

"Biar kita dibunuh, tapi kita jangan membunuh"






Jauh di seberangg lautan di Lembah Nil
Peluru hidup sedang menerjah
Dada, rusuk, kepala dan sekujur tubuh
Pendukung Ikhwan Muslimin di Mesir

Sekian ramai yang telah rebah
Ketika berIftar, bertawarih,solat Subuh
Dan di siang yang panas
Di Dataran Rabi'ah Adawiyah, Dataran Universiti Al-Azhar,
Di Iskandariah dan di mana-mana di Mesir
Kejamnya tentera Firaun baru tajaan Amerika

Pendukung Ikhwan yang dikasihi!
Inilah ulangan tribulasi terhadapmu
Sepanjang sejarahmu 80 tahun
Di bumi berdarah di negara tua
Yang sejarah Tauhidnya dimulai dari Nabi Musa a.s.
Dan para Anbia yang lain

Bumi Mesir kini dalam kancah perang saudara
Yang darah rakyatnya tumpah hingga ke Sungai Nil
Tentera dan golongan munifqun berpesta minum perahan anggur
Sambil menghirup darah rakyatnya sendiri
Di tengah ratap tangis ibu yang kehilangan suami
Anak kehilangan ayah

Demikian dahaganya tentera terhadap darah rakyat
Medan Tahrir bukan lagi dataran perjuangan
Kebebasan dan kemanusiaan seperti masa lalu
Ia bertukar menjadi medan orang-orang keliru
Memuja tentera yang merampas kuasa
Memuja Firaun baru yang membaham rakyatnya sendiri

Apa dosa Dr Muhammad Mursi dan Ikhwan Muslimin
Yang sepanjang sejarahnya memperjuangkan
Tegaknya syariat Islam, menebarkan dakwah
Tiba-tiba ia diperangi habis-habisan
Mengulangi kezaliman
Gamal Naseer, Anwar Sadat, Hosni Mubarak

Namun Ikhwan tidak membalas serangan
Kerana berpegang kepada prinsip jihad yang agung
"Biar kita dibunuh, tapi kita jangan membunuh"
Ini hasil tarbiyah yang diterima pendukungnya

Di atas kubur demokrasi bangun para diktator tentera
Pimpinan Abd Fatah As-sisi
Menyeringaikan taringnya, menghirup darah rakyatnya
Namun dengan izin Allah
Pendukung Ikhwan tidak akan terkalahkan
Malah terus berjuang hingga mencapai kemenangan

Pendukung Ikhwan yang dikasihi
Serta rakyat yang mahukan demokrasi
Saat ini roh dan semangat Imam Hassan Al-Banna bersamamu
Menaburkan mawar harum semerbak kepadamu
Musuhmu akan tewas jua akhirnya
Dan kamu teruskanlah perjuangan bersama semangat jihad


Abd Shukur Harun
Subang Jaya
29 Julai 2013

Thursday, 8 August 2013

Raya...Raya..Raya!

KNOWLEDGE IS POWER

KNOWLEDGE IS POWER
DEAR-Drop Everything And Read

Ke Arah Pembentukkan Minda Pendidik Kelas Pertama

"Sejahtera akidahnya, sahih ibadahnya, teguh akhlaknya, terdidik fikirannya, kuat badannya, mampu untuk mengusahakan mata pencariannya, teratur dalam segala urusannya, sentiasa menjaga waktunya dan sentiasa memberi manfaat kepada orang lain" (As Syahid Imam Hasan al Banna)

Istimewanya zaman remaja...

Tujuh golongan manusia akan dilindungi oleh Allah pada hari di mana tidak ada perlindungan kecuali perlindunganNya iaitu:
1) Imam yang adil
2) Pemuda / remaja (lelaki & perempuan) yang tekun beribadat kepada Allah
3) Seorang lelaki yang hatinya terpaut kepada masjid, (hatinya sentiasa ingat) dari masa ia keluar dari masjid hingga ia balik semula ke masjid
4) Dua orang *lelaki yang berkasih-kasihan di dalam (mencari ridha) Allah, keduanya bertemu kerana Allah dan berpisah pula kerana Allah
5) Seorang *lelaki yang mengingati Allah, di masa sunyi sepi sehingga menitiskan air mata.
6) Seorang lelaki yang diajak oleh seorang wanita yang berkedudukan tinggi, cantik rupa parasnya untuk melakukan perbuatan jahat, ia berkata, "Aku takut kepada tuhan seluruh alam"
7) Seorang *lelaki yang memberi sedekah dengan suatu sedekah, lalu disembunyikan sedekah itu, sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfakkan oleh tangan kanannya.

Kita lah Ulil Albab...

"Lo! In the creation of the heaven and the earth and (in) the difference of night and day are tokens (of His sovereignity) for man of understanding"

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pengantian malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal"

(Ali-Imran: 190)


"ILMU DAN IBADAH SESEORANG TIADA NILAI NYA DI SISI ALLAH DAN MANUSIA SEKIRANYA MEMBUAHKAN AKHLAK YANG BURUK"

Al-Zukhruf: 43-44

"Dengan yang demikian, berpegang teguhlah kepada Al-Quran yang telah diwahyukan kepadamu; kerana sesungguhnya engkau berada di atas jalan yang lurus. Dan sesungguhnya Al Quran itu memberikan kemuliaan dan peringatan kepadamu (wahai Muhammad) dan kepada kaummu; dan kamu akan ditanya kelak (tentang isi kandungannya yang kamu telah amalkan)."