Wednesday, 9 May 2012

Semoga Diterima dan Bertambah...



Amal merupakan bukti yang nyata tentang keimanan seseorang. Dalam Islam, manusia sentiasa diperintahkan beramal agar tidak menjadi insan yang rugi. Amal yang dalam erti kata yang luas, memenuhi semua ruang lingkup kehidupan. Amal menjadi ibadah jika memenuhi syarat-syaratnya dan amal juga boleh tertolak di sisi Allah jika syarat-syarat tidak dipenuhi.

Pra-syarat amalan diterima ialah keikhlasan melaksanakannya, semata-mata kerana Allah. Keikhlasan merupakan rahsia kita dengan Allah, manusia di sekeliling kita tidak mengetahui, sehinggakan malaikat-malaikat yang ditugaskan mengawasi dan mencatat amalan juga tidak tahu, malaikat-malaikat yang mengawasi amalan manusia di pintu-pintu langit juga tidak mengetahuinya tetapi Allah Maha Mengetahui segala lintasan hati kita. Allah lah yang akan memerintahkan kepada para malaikat di setiap pintu langit untuk membenarkan amalan itu untuk ke langit yang seterusnya. Begitulah yang dikhabarkan kepada kita melalui sebuah hadis Rasulullah.

Oleh itu, marilah sama-sama kita mengikhlaskan setiap niat dan tindakan kita, menjaga setiap amalan harian kita agar ia terus menerus melepasi lapisan langit hinggalah ke langit yang ketujuh dan diterima Allah, ameen.

Allahu a'lam.

No comments:

KNOWLEDGE IS POWER

KNOWLEDGE IS POWER
DEAR-Drop Everything And Read

Ke Arah Pembentukkan Minda Pendidik Kelas Pertama

"Sejahtera akidahnya, sahih ibadahnya, teguh akhlaknya, terdidik fikirannya, kuat badannya, mampu untuk mengusahakan mata pencariannya, teratur dalam segala urusannya, sentiasa menjaga waktunya dan sentiasa memberi manfaat kepada orang lain" (As Syahid Imam Hasan al Banna)

Istimewanya zaman remaja...

Tujuh golongan manusia akan dilindungi oleh Allah pada hari di mana tidak ada perlindungan kecuali perlindunganNya iaitu:
1) Imam yang adil
2) Pemuda / remaja (lelaki & perempuan) yang tekun beribadat kepada Allah
3) Seorang lelaki yang hatinya terpaut kepada masjid, (hatinya sentiasa ingat) dari masa ia keluar dari masjid hingga ia balik semula ke masjid
4) Dua orang *lelaki yang berkasih-kasihan di dalam (mencari ridha) Allah, keduanya bertemu kerana Allah dan berpisah pula kerana Allah
5) Seorang *lelaki yang mengingati Allah, di masa sunyi sepi sehingga menitiskan air mata.
6) Seorang lelaki yang diajak oleh seorang wanita yang berkedudukan tinggi, cantik rupa parasnya untuk melakukan perbuatan jahat, ia berkata, "Aku takut kepada tuhan seluruh alam"
7) Seorang *lelaki yang memberi sedekah dengan suatu sedekah, lalu disembunyikan sedekah itu, sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfakkan oleh tangan kanannya.

Kita lah Ulil Albab...

"Lo! In the creation of the heaven and the earth and (in) the difference of night and day are tokens (of His sovereignity) for man of understanding"

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pengantian malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal"

(Ali-Imran: 190)


"ILMU DAN IBADAH SESEORANG TIADA NILAI NYA DI SISI ALLAH DAN MANUSIA SEKIRANYA MEMBUAHKAN AKHLAK YANG BURUK"

Al-Zukhruf: 43-44

"Dengan yang demikian, berpegang teguhlah kepada Al-Quran yang telah diwahyukan kepadamu; kerana sesungguhnya engkau berada di atas jalan yang lurus. Dan sesungguhnya Al Quran itu memberikan kemuliaan dan peringatan kepadamu (wahai Muhammad) dan kepada kaummu; dan kamu akan ditanya kelak (tentang isi kandungannya yang kamu telah amalkan)."