Wednesday, 13 March 2013

When Mecca Meet Madina...





"..isteri boleh maaf tapi tak boleh lupa,
suami boleh lupa tapi tak boleh sebut maaf.."

Ramai dikalangan isteri merungut akan sikap suami mereka yang susah untuk menyatakan atau mengungkapkan perkataan “maaf” walaupun dengan jelas kesalahan dan kesilapan berpunca daripada suami. Akhirnya ramai dikalangan wanita melabelkan orang lelaki ini sebagai EGO.

Untuk memahami sikap lelaki begini, mari kita imbas kembali peranan lelaki zaman dahulu. Lelaki adalah penjaga keluarganya daripada serangan binatang buas, musuh dan menangkap binatang buruan untuk makanan keluarganya. Dia keluar meninggalkan keluarga untuk ke hutan menangkap binatang.

Dia berfikir sendirian. Dia keluar dengan penuh yakin untuk kembali membawa binatang buruan. Dia tidak akan menunjukkan muka yang takut atau lemah agar isteri dan keluarganya tidak risau akan pemergiannya. Malah dia ingin dirasai diperlukan oleh keluarganya untuk mendapatkan makanan.

[ Lelaki Pantang Dilihat Gagal ]

Sikap “rasa-tidak-dilihat-sebagai-GAGAL” telah menebal di kepala orang lelaki. Sememang inilah binaan sel-sel rangkaian otak orang lelaki yang suka kompetitif, kuasa dan agresif. Tidak boleh menerima kegagalan.

Kalau lelaki ini bersendirian memandu kereta dan dia sesat jalan, dia akan turun bertanya pada orang untuk mendapatkan panduan. Tetapi kalau isteri atau ada orang lain yang bersamanya ketika itu, dia tidak akan turun bertanya pada orang lain. Kerana perbuatan ini menyebabkan dirinya dipandang sebagai GAGAL.

Kalau isterinya bersuara menyuruh dia minta pertolongan orang lain, ini menyebabkan dirinya rasa GAGAL. Pantang dirinya menerima keadaan begini. Seolah-olah dia “tidak berguna”. Kalau dia sedang membaiki paip yang bocor, isterinya suruh dia panggil saja tukang paip, tindakan isterinya ini merendahkan martabatnya sebagai dia GAGAL.

[ Suami : Kenapa Sukar Minta Maaf ]

Penyebab lain yang menyukarkan suami menyebut “saya minta maaf” ialah binaan otak “monotrek”nya ini iaitu:

1. Kurang perhubungan diantara sel emosinya di sebelah otak kanan dengan sel lisan di sebelah otak kirinya. Oleh itu amat sukar untuk dia menyuarakan kesilapannya.

2. Minda lelaki sepeti di dalam kotak-kotak. Semua kesilapan diri sendiri disimpan di dalam kotak-kotaknya itu dan disimpan hingga dia sendiri lupa di mana dia letak kotak-kotak itu. Dia hanya ingat akan kotak-kotak yang berisi kejayaan dan kemenangannya sahaja. Itu sebabnya orang lelaki lebih mudah menceritakan kejayaannya daripada kegagalannya kepada orang lain.

[ Isteri ]

Sebaliknya isteri amat mudah menyuarakan semua perasaan, emosi, pandangan, kemaafan dan nasihat kerana binaan sel otak mereka yang “multitasking” ini mampu melakukan pelbagai perkara serentak. Disebabkan hubungan jaringan sel sebeginilah, maka amat mudah bagi seorang isteri mengingat semua peristiwa dan dengan cekap pula mengaitkan peristiwa itu dengan sesuatu isu dan emosinya.

Itu sebabnya seorang isteri sangat memerlukan ungkapan “Abang minta maaf” daripada suaminya kerana dengan pernyataan ini menyebabkan dirinya dihormati dan terhubung jiwa dan raganya dengan suami itu.

Dua orang lelaki peninju kelihatan berpelukan di akhir pertandingan. Tanggapan orang perempuan ialah mereka sedang bermaaf-maafan. Hakikat sebenar ialah pemenang berkata, “Aku menang” dan disambut oleh yang kalah, “Ok, aku tunggu kamu tahun depan pulak.”

Oleh itu, bagi isteri, cukuplah dengan perbuatan suami seperti membasuh keretanya atau mengambil kain di penyidai sebagai ungkapan yang dia sedang meminta maaf kepada anda.
Bagi suami pula, belajarlah menyebut, “Abang minta maaf” setiap kali isteri berkata, “Abang yang silap” kerana dengan ucapan azimat ini akan bertambah sayang dia kepada anda, walaupun anda tidak tahu apa kesalahan anda.


Selamat mencuba!


Pak Utih, Ahmad Shafiai Uda Jaafar
Pengarah, Helping Boys Nurturing Girls Institute, Kolej UNITI, Port Dickson
Speaker STEP 2 : When Mecca Meets Medina

29 Mac 2013

No comments:

KNOWLEDGE IS POWER

KNOWLEDGE IS POWER
DEAR-Drop Everything And Read

Ke Arah Pembentukkan Minda Pendidik Kelas Pertama

"Sejahtera akidahnya, sahih ibadahnya, teguh akhlaknya, terdidik fikirannya, kuat badannya, mampu untuk mengusahakan mata pencariannya, teratur dalam segala urusannya, sentiasa menjaga waktunya dan sentiasa memberi manfaat kepada orang lain" (As Syahid Imam Hasan al Banna)

Istimewanya zaman remaja...

Tujuh golongan manusia akan dilindungi oleh Allah pada hari di mana tidak ada perlindungan kecuali perlindunganNya iaitu:
1) Imam yang adil
2) Pemuda / remaja (lelaki & perempuan) yang tekun beribadat kepada Allah
3) Seorang lelaki yang hatinya terpaut kepada masjid, (hatinya sentiasa ingat) dari masa ia keluar dari masjid hingga ia balik semula ke masjid
4) Dua orang *lelaki yang berkasih-kasihan di dalam (mencari ridha) Allah, keduanya bertemu kerana Allah dan berpisah pula kerana Allah
5) Seorang *lelaki yang mengingati Allah, di masa sunyi sepi sehingga menitiskan air mata.
6) Seorang lelaki yang diajak oleh seorang wanita yang berkedudukan tinggi, cantik rupa parasnya untuk melakukan perbuatan jahat, ia berkata, "Aku takut kepada tuhan seluruh alam"
7) Seorang *lelaki yang memberi sedekah dengan suatu sedekah, lalu disembunyikan sedekah itu, sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfakkan oleh tangan kanannya.

Kita lah Ulil Albab...

"Lo! In the creation of the heaven and the earth and (in) the difference of night and day are tokens (of His sovereignity) for man of understanding"

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pengantian malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal"

(Ali-Imran: 190)


"ILMU DAN IBADAH SESEORANG TIADA NILAI NYA DI SISI ALLAH DAN MANUSIA SEKIRANYA MEMBUAHKAN AKHLAK YANG BURUK"

Al-Zukhruf: 43-44

"Dengan yang demikian, berpegang teguhlah kepada Al-Quran yang telah diwahyukan kepadamu; kerana sesungguhnya engkau berada di atas jalan yang lurus. Dan sesungguhnya Al Quran itu memberikan kemuliaan dan peringatan kepadamu (wahai Muhammad) dan kepada kaummu; dan kamu akan ditanya kelak (tentang isi kandungannya yang kamu telah amalkan)."