Saturday, 13 July 2013

Jadilah Diri Kamu Golongan Rabbaniyyin, Bukan Golongan Ramadhaniyyin...







Marhaban wa Ahlan Ya Ramadhan !!!

Perutusan Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

“Jadilah diri kamu golongan Rabbaniyyin, bukan golongan Ramadhaniyyin”


السلا م عليكم و ر حمة الله وبر كا ته



Segala puji bagi Allah SWT Pencipta alam semesta, selawat dan salam kepada Rasulullah SAW, kaum keluarga, para sahabat dan para pengikut Baginda sehingga hari kiamat.

Bersempena menyambut bulan Ramadan yang mulia tahun 1434 Hijrah ini, Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) ingin mengucapkan tahniah kepada semua umat Islam yang diberi anugerah umur dan rezeki oleh Allah SWT, berpeluang menyambut bulan Ramadhan pada kali ini. Allah SWT telah memakbulkan doa kita semua sehingga berkesempatan berada di dalamnya.


Allah SWT berfirman;

يأيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

“Hai orang-orang yang beriman diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang beriman sebelum kamu, agar kamu bertaqwa.” (Al-Baqarah, 2: 193)


Allah SWT berfirman lagi yang bermaksud:

“Bulan Ramadhan yang diturunkan padanya Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan bukti keterangan dari petunjuk dan pembeza (di antara yang benar dan salah)”.
(Al-Baqarah: 185)


Rasulullah SAW telah bersabda:

“Telah datang kepada kamu bulan Ramadhan , selamat datang diucapkan “ (HR At Thabrani)


Walaupun kita merasa gembira dengan kedatangan bulan mulia ini, namun kita merasa amat sedih dan bersama merasai kesengsaraan yang ditanggung oleh saudara-saudara Islam kita di seluruh dunia terutama terhadap tragedi terkini yang berlaku di Mesir setelah Presiden yang dipilih rakyat secara sah digulingkan.


Sempena bulan Ramadhan, bulan tarbiah dan perjuangan ini, IKRAM ingin menegaskan beberapa hal berikut:-

1. Menyeru semua kaum muslimin dan muslimat menghayati dan mensyukuri kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini dengan tekad dan azam memperolehi taqwa kerana itulah objektif utama puasa difardhukan.

2. Mengajak seluruh umat Islam agar mempergandakan amalan kebaikan, ketaatan, dan menghulurkan bantuan kebendaan dan doa kepada faqir miskin dan semua mereka yang memerlukan sama ada di Malaysia atau di luar negara, khususnya di negara-negara yang sedang bergolak seperti di Syria, Mesir dan Rohingya.

3. IKRAM juga mengajak semua pihak pemerintah dan ketua di peringkat masing-masing agar bertaqwa kepada Allah SWT, menilai dan meneliti setiap amanah yang diberikan dengan jujur dan ikhlas kerana amanah tersebut akan dipersoalkan oleh Allah apakah ia telah ditunaikan sebaiknya atau tidak.


Bulan Ramadhan adalah ‘Tetamu Agung’ dijadikan Allah SWT untuk kita menyambutnya sebagaimana selayaknya. Allah SWT menganugerahkan ‘Malam Lailatul Qadar’ untuk umat ini, satu malam menyamai pahala beribadat lebih seribu bulan yang lain.

Semoga rahmat Allah SWT mengiringi kita semua, juga kepada mereka yang berjuang menegakkan ad-Din yang maha suci ini di seluruh dunia. Percayalah bahawa Islam tetap akan memayungi dunia, menguasainya sekalipun ia dimusuhi dan cahayanya cuba dipadamkan oleh orang-orang kafir.


Allahu Akbar Walillahilhamd.


Ustaz Dr Mohd Parid Sheikh Hj Ahmad

Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

2 Ramadhan 1434 H

No comments:

KNOWLEDGE IS POWER

KNOWLEDGE IS POWER
DEAR-Drop Everything And Read

Ke Arah Pembentukkan Minda Pendidik Kelas Pertama

"Sejahtera akidahnya, sahih ibadahnya, teguh akhlaknya, terdidik fikirannya, kuat badannya, mampu untuk mengusahakan mata pencariannya, teratur dalam segala urusannya, sentiasa menjaga waktunya dan sentiasa memberi manfaat kepada orang lain" (As Syahid Imam Hasan al Banna)

Istimewanya zaman remaja...

Tujuh golongan manusia akan dilindungi oleh Allah pada hari di mana tidak ada perlindungan kecuali perlindunganNya iaitu:
1) Imam yang adil
2) Pemuda / remaja (lelaki & perempuan) yang tekun beribadat kepada Allah
3) Seorang lelaki yang hatinya terpaut kepada masjid, (hatinya sentiasa ingat) dari masa ia keluar dari masjid hingga ia balik semula ke masjid
4) Dua orang *lelaki yang berkasih-kasihan di dalam (mencari ridha) Allah, keduanya bertemu kerana Allah dan berpisah pula kerana Allah
5) Seorang *lelaki yang mengingati Allah, di masa sunyi sepi sehingga menitiskan air mata.
6) Seorang lelaki yang diajak oleh seorang wanita yang berkedudukan tinggi, cantik rupa parasnya untuk melakukan perbuatan jahat, ia berkata, "Aku takut kepada tuhan seluruh alam"
7) Seorang *lelaki yang memberi sedekah dengan suatu sedekah, lalu disembunyikan sedekah itu, sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfakkan oleh tangan kanannya.

Kita lah Ulil Albab...

"Lo! In the creation of the heaven and the earth and (in) the difference of night and day are tokens (of His sovereignity) for man of understanding"

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pengantian malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal"

(Ali-Imran: 190)


"ILMU DAN IBADAH SESEORANG TIADA NILAI NYA DI SISI ALLAH DAN MANUSIA SEKIRANYA MEMBUAHKAN AKHLAK YANG BURUK"

Al-Zukhruf: 43-44

"Dengan yang demikian, berpegang teguhlah kepada Al-Quran yang telah diwahyukan kepadamu; kerana sesungguhnya engkau berada di atas jalan yang lurus. Dan sesungguhnya Al Quran itu memberikan kemuliaan dan peringatan kepadamu (wahai Muhammad) dan kepada kaummu; dan kamu akan ditanya kelak (tentang isi kandungannya yang kamu telah amalkan)."