Thursday, 12 May 2016

Selamat Hari Murabbi...


Perutusan : Sempena Hari Murabbi IKRAM-MUSLEH
16hb Mei 2016

GURU PEMBINA NEGARA RAHMAH


بسم الله والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن تبع هداه وبعد ،

Kita memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat ilahi azza wajalla di atas segala inayah wal hidayah wat taufiq-Nya s.w.t. ke atas kita sehingga kini. Kita amat bersyukur kepada Allah s.w.t. dan mendoakan moga-moga perjalanan Majlis ini diberkati-Nya – amiin.

Para murabbi yang dikasihi,

Tugas mulia seorang pendidik adalah mewarisi ciri-ciri Rasulullah s.a.w. bukan setakat menyampaikan ilmu dan kemahiran, malah yang terlebih utama ialah kita perlu membina keperibadian dan akhlaq diri sebagai seorang hamba dan khalifah Allah s.w.t.

Ini adalah selaras dengan tujuan dijadikan manusia di atas muka bumi ini. Firman Allah Taala dalam surah Az-Zaariyat ayat 60, yang bermaksud, “Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepadaKu.” Ar-Rasul s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud, “Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlaq yang mulia.”

Tema Hari Murabbi IKRAM-MUSLEH 2016 ialah “Guru Pembina Negara Rahmah”

Setiap insan mengimpikan sebuah negara yang penuh rahmah. Kita mengimpikan sebuah negara yang mempunyai ciri-ciri berikut:

1. Kepemimpinan Negara yang Kompeten dan Berintegriti
2. Sistem Pemerintahan yang Berasaskan Semak dan Imbang yang Berkesan
3. Tadbir Urus yang Baik
4. Undang-undang yang Adil
5. Masyarakat yang Berilmu, Berakhlak dan Penyayang
6. Institusi Keluarga yang Utuh
7. Hubungan Etnik dan Penganut Agama yang Harmoni
8. Ekonomi yang Mampan
9. Agihan Kekayaan yang Saksama
10. Pembangunan yang Lestari
11. Kebajikan, Kesihatan dan Keselamatan Rakyat yang Terpelihara
12. Menerajui usaha keamanan dan kesejahteraan sejagat

Alangkah beruntungnya sekiranya kita dapat hidup di bawah naungan sebuah negara sedemikian.

Negara berciri sedemikian bukan angan-angan semata. Ia pernah wujud pada satu ketika dahulu dan kita perlu bersama-sama berusaha untuk membangunkannya semula. Usaha mewujudkannya bermula dengan pembinaan batu-bata penggerak dan pendukung negara rahmah.

Di sinilah tugas kita sebagai pendidik dan murabbi.

Tugas kita sebagai pembina membawa maksud mengasuh, mendidik, membangun dan menyuburkan segala potensi yang ada dalam diri setiap pelajar supaya semuanya itu dimanfaatkan untuk menimba ilmu pengetahuan, kemahiran dan membina sifat-sifat yang mulia. Kesemua usaha tersebut harus disinergikan bagi tujuan menyediakan diri pelajar untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang anak, pelajar, pekerja dan ahli masyarakat yang berilmu, beriman dan berakhlaq mulia.

Apabila masyarakat sudah terbina dengan ciri-ciri masyarakat rahmah, maka ia akan memungkinkan mereka berperanan menjadi pemangkin Rahmatan lil a’lamiin, memberi kebaikan kepada seluruh makhluq di langit dan di bumi. Ini adalah selaras dengan perutusan Ar-Rasul s.a.w. sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud, “Dan tidaklah kami utuskan engkau (Muhammad) melainkan sebagai Rahmat kepada seluruh alam.”

Negara yang didiami oleh penduduknya yang bersifat Rabbani dan Rahmatan lil a’lamiin pasti akan membawa kemakmuran dan keamanan pada setiap zaman. Maka akan lahirlah negara yang mempunyai 12 ciri yang kita sebutkan di awal ucapan tadi.

Masyarakat yang terbina dengan ciri-ciri negara rahmah ini sudah tentu bukan datang begitu sahaja, tetapi adalah hasil daripada terbentuk dan terbinanya individu-individu, keluarga-keluarga dan komuniti yang. Tegasnya, kemakmuran sesebuah negara bermula dengan terhasil dan terbinanya seorang individu yang mempunyai jatidiri dan keperibadian yang tinggi.

Inilah maratibul amal yang dikemukakan oleh Imam As-Syahid Hassan al-Banna sebagai asas kepada pembentukan sebuah masyarakat madani yang mencintai kedamaian dan keamanan sejagat.

Salah seorang pemimpin Jamaah Al-Ikhwanul Muslimun, Sheikh Hasan Al-Hudhoibi pernah mengatakan, “Tegakkan Islam dalam diri kamu nescaya akan tertegak Islam di atas bumi kamu.” Membawa maksud yang mendalam bahawa pembinaan sesebuah negara itu bermula dengan diri individu...

Profesor Dr Omar Bin Yaakob
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan
Pertubuhan IKRAM Malaysia.




No comments:

KNOWLEDGE IS POWER

KNOWLEDGE IS POWER
DEAR-Drop Everything And Read

Ke Arah Pembentukkan Minda Pendidik Kelas Pertama

"Sejahtera akidahnya, sahih ibadahnya, teguh akhlaknya, terdidik fikirannya, kuat badannya, mampu untuk mengusahakan mata pencariannya, teratur dalam segala urusannya, sentiasa menjaga waktunya dan sentiasa memberi manfaat kepada orang lain" (As Syahid Imam Hasan al Banna)

Istimewanya zaman remaja...

Tujuh golongan manusia akan dilindungi oleh Allah pada hari di mana tidak ada perlindungan kecuali perlindunganNya iaitu:
1) Imam yang adil
2) Pemuda / remaja (lelaki & perempuan) yang tekun beribadat kepada Allah
3) Seorang lelaki yang hatinya terpaut kepada masjid, (hatinya sentiasa ingat) dari masa ia keluar dari masjid hingga ia balik semula ke masjid
4) Dua orang *lelaki yang berkasih-kasihan di dalam (mencari ridha) Allah, keduanya bertemu kerana Allah dan berpisah pula kerana Allah
5) Seorang *lelaki yang mengingati Allah, di masa sunyi sepi sehingga menitiskan air mata.
6) Seorang lelaki yang diajak oleh seorang wanita yang berkedudukan tinggi, cantik rupa parasnya untuk melakukan perbuatan jahat, ia berkata, "Aku takut kepada tuhan seluruh alam"
7) Seorang *lelaki yang memberi sedekah dengan suatu sedekah, lalu disembunyikan sedekah itu, sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfakkan oleh tangan kanannya.

Kita lah Ulil Albab...

"Lo! In the creation of the heaven and the earth and (in) the difference of night and day are tokens (of His sovereignity) for man of understanding"

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pengantian malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal"

(Ali-Imran: 190)


"ILMU DAN IBADAH SESEORANG TIADA NILAI NYA DI SISI ALLAH DAN MANUSIA SEKIRANYA MEMBUAHKAN AKHLAK YANG BURUK"

Al-Zukhruf: 43-44

"Dengan yang demikian, berpegang teguhlah kepada Al-Quran yang telah diwahyukan kepadamu; kerana sesungguhnya engkau berada di atas jalan yang lurus. Dan sesungguhnya Al Quran itu memberikan kemuliaan dan peringatan kepadamu (wahai Muhammad) dan kepada kaummu; dan kamu akan ditanya kelak (tentang isi kandungannya yang kamu telah amalkan)."