Wednesday, 12 October 2016
Mission Accomplished...Alhamdulillah
"Senang senang kamu jatuhkan hukum haram? Yang dihantar itu bukan isteri sapa-sapa. Yang dihantar itu pangkat ibu-ibu dan nenek nenek kamu yang telah berada di tengah medan perjuangan sejak puluhan tahun lalu.
Dan Dr Fauziah bukan pergi atas kehendak peribadi. Beliau dicalunkan oleh Dr Makram, mantan ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan al Quds Malaysia, cawangan Institiut Al Quds yg dipengerusikan oleh Prof Dr Yusuf Qardhawi. Bro Zaher Birawi dari Palestin (Miles of Smiles dan Global March to Palestine) dan Bro Chenaf Bouzid dari Algeria yg duduk dalam central committee FFC (Freedom Flotilla Coalition) yang memudahcara penglibatan wakil wakil muslimah dari Malaysia, Algeria dan Tunisia.
WBG adalah satu pendekatan strategik. Ia melibatkan wanita wanita senior. Dr Fauziah Hasan sendiri berusia 59 tahun. Ada dua orang peserta berumur 70 tahun ke atas. Dan mereka bukan calang calang orang. Dr Fauziah sendiri dinamakan sebagai tokoh pejuang wanita Palestin di Istanbul yang diterajui oleh Pertubuhan induk yang menaungi perjuangan Palestin di seluruh dunia. Beliau telah memperjuangkan isu Palestin sejak usia muda. Terlibat dalam pelbagai misi kemanusiaan sejak lebih 20 tahun lalu dan mengalami pelbagai situasi merbahaya di medan (berada di bawah laluan kapal terbang pengebom B-52 Stratofortress ketika menjalankan misi perubatan di Afghanistan; memotong kaki pesakit yg tercedera dengan gergaji tanpa ubat bius kerana kekurangan ubat ubatan dalam suasana perang Di Maluku). Di kalangan peserta ada Mairead yg berumur 70 tahun lebih yg mendapat anugerah hadiah Nobel keamanan pd tahun 1976 kerana usahanya untuk menyelesaikan konglik Ireland Utara. Captainnya ialah Madeline Habib dari Tasmania yg menghabiskan waktu meronda perairan Mediterranean menyelamatkan pelarian Syria yg terumbang ambing menyelamatkan diri dari peperangan. Di antaranya bekas Diplomat Amerika dan bekan Colonel tentera Amerika Ann Wright (juga berumur 70 tahun lebih). Dalam leg 1 dan 2 terlibat juga Lisa Gay Hamilton yg membintangi Drama popular dan memenangi 2 oscar atas lakunan yg dibintanginya. Ada MP dari Algeria, Tunisia dan New Zealand.
Ini misi strategik dengan perkiraan yg strategik untuk menarik perhatian dunia akan kepungan ke atas Gaza yg sudah mencecah sedekad. Lihat kesannya. Tentera Israel sendiri tergamam dan tidak keruan bagaimana untuk menghadapi ibu ibu dan nenek nenek ini sedangkan usia tentera israel rata rata 18-22 tahun.
Di pantai Gaza, ibu ibu menanti penuh harap dengan anak anak yg cedera dan sakit dan membawa rekod hospital untuk ditunjukkan kpd Dr Fauziah demi mendapatkan khidmat nasehat perubatan yg dinafikan oleh Israel kerana sekatan israel.
Ketika mereka diheret oleh Israel ke Ashdod, kesemua mereka menangis kerana melihat pantai Gaza yg gelap berbanding pantai bumi Palestin yg dijajah Israel (Ashdod) terang benderang.
Dan kamu menjatuhkan hukum haram? Hairan teramat hairan."
Dr. Hafizi Mohd Noor
Pengerusi MyCare
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KNOWLEDGE IS POWER
Ke Arah Pembentukkan Minda Pendidik Kelas Pertama
"Sejahtera akidahnya, sahih ibadahnya, teguh akhlaknya, terdidik fikirannya, kuat badannya, mampu untuk mengusahakan mata pencariannya, teratur dalam segala urusannya, sentiasa menjaga waktunya dan sentiasa memberi manfaat kepada orang lain" (As Syahid Imam Hasan al Banna)
Istimewanya zaman remaja...
Tujuh golongan manusia akan dilindungi oleh Allah pada hari di mana tidak ada perlindungan kecuali perlindunganNya iaitu:
1) Imam yang adil
2) Pemuda / remaja (lelaki & perempuan) yang tekun beribadat kepada Allah
3) Seorang lelaki yang hatinya terpaut kepada masjid, (hatinya sentiasa ingat) dari masa ia keluar dari masjid hingga ia balik semula ke masjid
4) Dua orang *lelaki yang berkasih-kasihan di dalam (mencari ridha) Allah, keduanya bertemu kerana Allah dan berpisah pula kerana Allah
5) Seorang *lelaki yang mengingati Allah, di masa sunyi sepi sehingga menitiskan air mata.
6) Seorang lelaki yang diajak oleh seorang wanita yang berkedudukan tinggi, cantik rupa parasnya untuk melakukan perbuatan jahat, ia berkata, "Aku takut kepada tuhan seluruh alam"
7) Seorang *lelaki yang memberi sedekah dengan suatu sedekah, lalu disembunyikan sedekah itu, sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfakkan oleh tangan kanannya.

Kita lah Ulil Albab...
"Lo! In the creation of the heaven and the earth and (in) the difference of night and day are tokens (of His sovereignity) for man of understanding"
"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pengantian malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal"
(Ali-Imran: 190)
"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pengantian malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal"
(Ali-Imran: 190)
"ILMU DAN IBADAH SESEORANG TIADA NILAI NYA DI SISI ALLAH DAN MANUSIA SEKIRANYA MEMBUAHKAN AKHLAK YANG BURUK"
Al-Zukhruf: 43-44
"Dengan yang demikian, berpegang teguhlah kepada Al-Quran yang telah diwahyukan kepadamu; kerana sesungguhnya engkau berada di atas jalan yang lurus. Dan sesungguhnya Al Quran itu memberikan kemuliaan dan peringatan kepadamu (wahai Muhammad) dan kepada kaummu; dan kamu akan ditanya kelak (tentang isi kandungannya yang kamu telah amalkan)."
No comments:
Post a Comment