BERCAKAP DAN BERFIKIR
Antara perkara yang paling memorable semasa belajar di sebuah sekolah menengah Islam swasta dahulu adalah berpeluang menyertai team debat sekolah. Walaupun sudah sekian lama bersara daripada gelanggang pertandingan, izinkan saya berkongsi serba sedikit aspek teknikal yang pernah dipelajari dalam seni perdebatan (Maaf post ni agak panjang).
Dalam membuktikan kebenaran sesuatu statement/usul/premis, perkara yang paling penting adalah membina KES. Aspek asas yang penting dalam pembinaan sesebuah kes adalah konsep, rasional dan hujah.
1) Konsep: Merangkumi definisi serta konteks sesuatu usul yang nak dibicarakan. Sejauh mana parameter usul yang digagaskan, itu sahaja yang akan menjadi konteks perbincangan dalam dewan perdebatan.
2) Rasional: Sebuah pernyataan umum yang menjadi sebab kenapa sesuatu pihak bersetuju (atau tidak bersetuju) dengan usul yang dibawa.
3) Hujah: Point-point spesifik yang menjadi bukti atau justifikasi kepada kepada pendirian sesuatu pihak. Contoh seperti fakta kes, statistik, pernyataan rasmi bertulis dan sebagainya.
Baiklah, kita ambil contoh usul yang berbunyi ‘Institusi Y adalah Institusi Pendidikan Liberal’. Ni contoh je lah. Untuk membina konsep, rasional dan hujah yang baik bagi menyokong pernyataan ini, ada beberapa persoalan yang perlu difikirkan.
1) Konsep: Y ini merujuk kepada institusi apa? Siapakah yang terlibat dalam institusi Y? Apakah latar belakang institusi Y? Apakah yang dimaksudkan dengan liberal? Apakah kayu ukur kepada perkataan liberal? Liberal yang macam mana? Semua persoalan ini perlu dijawab terlebih dahulu untuk membina konsep yang baik dan kuat. Bagaimana jika persoalan-persoalan tadi tidak berjaya dijawab? Maka pembinaan konsep akan menjadi kabur dan lemah, dan usul tadi akan menjadi sukar untuk dibuktikan.
2) Rasional: Kenapa Y dikatakan institusi pendidikan liberal? Sebab silibusnya kah? Atau sistemnya? Atau tenaga pengajarnya? Atau para pelajarnya? Perlu disebut secara jelas MENGAPA institusi Y dikatakan sebagai liberal. Tidak wajar sekadar mendakwa institusi Y ini liberal, TANPA menyatakan sebab yang logik.
3) Hujah: Apakah bukti institusi Y liberal? Apakah fakta kes yang menyokong pernyataan itu? Adakah sistem pembelajarannya bermasalah? Bermasalah yang bagaimana? Adakah silibusnya bercelaru? Kalau ya, dalam subjek apa dan buku teks muka surat berapa yang membuktikan kecelaruan itu? Semua persoalan ini kalau tidak dijawab, lemahlah penghujahan dan pembuktiannya.
Ok selesai perkongsian teknikal dan contoh umum.
Dalam debat, kami bukan sahaja diajar untuk bercakap dan berhujah, tetapi juga berfikir dan menganalisa. Ternyata skill ini bukan sahaja untuk digunapakai dalam debat, tetapi applicable juga dalam kehidupan. Bila membaca sesuatu isu atau news headline contohnya, kita tidak terus bersetuju atau menolak, tapi berhenti sekejap dan analyse terlebih dahulu. Statement ni konteksnya apa? Ada rasional dan hujah yang kuat ke? Apa sumber hujah dan pembuktiannya? Atau hanya retorik dan spekulasi semata-mata? Dah fikir dan analyse, kemudian baru kita ambil stand tertentu.
Sama juga bila nak menyatakan sesuatu pendapat atau pendirian di media social contohnya, perlu berhenti sekejap dan berfikir. Ada bukti ke nak cakap benda ni? Apa konteks statement ni? Apa tujuan statement ni dibuat? Untuk berkongsi, menyedarkan, memprovokasi, memerli atau sebagainya? Perlu jelas letak duduk setiap perkara sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan, apatah lagi kalau kenyataan itu berkait dengan orang/pihak lain. All in all, bercakap memang mudah, tapi pastikan ada hujah dan pembuktian.
Belum lagi masuk tentang adab berbicara yang perlu dijaga, bukan apa, kadang lidah lebih pantas bersuara daripada minda berfikir. Ye lah, bila banyak sangat bercakap dan terlupa nak berfikir, bimbang terjerumus dalam fitnah dan salah faham. Justeru, kalau tiada perkataan yang baik untuk diucapkan, berdiam diri sahaja lah. Perkara-perkara yang berkaitan dengan lisan ni memang banyak yang perlu diconsider, dan alhamdulillah, semua ni saya belajar daripada menyertai debat di sekolah. Terima kasih kepada alma mater saya, ustaz ustazah dan para coach atas ilmu dan tunjuk ajar.
Teringat antara pesanan yang famous dulu (lebih kurang): “Debat adalah seni yang hidup, dan seni untuk hidup. Bukan sekadar kita hendak menjadi orang yang pandai bercakap, tetapi juga pandai berfikir”. Sekian.
Nukilan:
Liyana Zakaria
Alumni Al-Hidayah
No comments:
Post a Comment