Tuesday, 26 March 2013

I LOVE PM...

Six characteristics of believers...




Sabda Rasulullah s.a.w:

عن عبد الله بن عمرو بن العاص رضي االله عنهما يقول : سمعتُ رسولَ الله صلى الله عليه وسلم يقولُ : إن الله لا يقبضُ العلمَ انتِزاعاً ينزعُهُ من الناسِ ولكن يقبِضُ العِلم بقبضِ العُلم حتى إذا لم يترُكْ عالما اتخذ الناس رؤوسا جهالا فسُئِلوا فأفتَوا بغير علم, فضلوا واضلوا -مسلم

Daripada Abdullah bin 'Amru fin al 'Ash Rodiyallahu 'anhuma, aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : Bahawasanya Allah s.w.t tidak mencabut (menghilangkan) ilmu itu sekali gus dari dada manusia, tetapi Allah menghilangkan ilmu dengan mematikan alim ulama'. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama', orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka, dan apabila pemimpin jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Maka mereka sesat dan menyesatkan orang yang lain - (Riwayat Muslim)


Wednesday, 13 March 2013

When Mecca Meet Madina...





"..isteri boleh maaf tapi tak boleh lupa,
suami boleh lupa tapi tak boleh sebut maaf.."

Ramai dikalangan isteri merungut akan sikap suami mereka yang susah untuk menyatakan atau mengungkapkan perkataan “maaf” walaupun dengan jelas kesalahan dan kesilapan berpunca daripada suami. Akhirnya ramai dikalangan wanita melabelkan orang lelaki ini sebagai EGO.

Untuk memahami sikap lelaki begini, mari kita imbas kembali peranan lelaki zaman dahulu. Lelaki adalah penjaga keluarganya daripada serangan binatang buas, musuh dan menangkap binatang buruan untuk makanan keluarganya. Dia keluar meninggalkan keluarga untuk ke hutan menangkap binatang.

Dia berfikir sendirian. Dia keluar dengan penuh yakin untuk kembali membawa binatang buruan. Dia tidak akan menunjukkan muka yang takut atau lemah agar isteri dan keluarganya tidak risau akan pemergiannya. Malah dia ingin dirasai diperlukan oleh keluarganya untuk mendapatkan makanan.

[ Lelaki Pantang Dilihat Gagal ]

Sikap “rasa-tidak-dilihat-sebagai-GAGAL” telah menebal di kepala orang lelaki. Sememang inilah binaan sel-sel rangkaian otak orang lelaki yang suka kompetitif, kuasa dan agresif. Tidak boleh menerima kegagalan.

Kalau lelaki ini bersendirian memandu kereta dan dia sesat jalan, dia akan turun bertanya pada orang untuk mendapatkan panduan. Tetapi kalau isteri atau ada orang lain yang bersamanya ketika itu, dia tidak akan turun bertanya pada orang lain. Kerana perbuatan ini menyebabkan dirinya dipandang sebagai GAGAL.

Kalau isterinya bersuara menyuruh dia minta pertolongan orang lain, ini menyebabkan dirinya rasa GAGAL. Pantang dirinya menerima keadaan begini. Seolah-olah dia “tidak berguna”. Kalau dia sedang membaiki paip yang bocor, isterinya suruh dia panggil saja tukang paip, tindakan isterinya ini merendahkan martabatnya sebagai dia GAGAL.

[ Suami : Kenapa Sukar Minta Maaf ]

Penyebab lain yang menyukarkan suami menyebut “saya minta maaf” ialah binaan otak “monotrek”nya ini iaitu:

1. Kurang perhubungan diantara sel emosinya di sebelah otak kanan dengan sel lisan di sebelah otak kirinya. Oleh itu amat sukar untuk dia menyuarakan kesilapannya.

2. Minda lelaki sepeti di dalam kotak-kotak. Semua kesilapan diri sendiri disimpan di dalam kotak-kotaknya itu dan disimpan hingga dia sendiri lupa di mana dia letak kotak-kotak itu. Dia hanya ingat akan kotak-kotak yang berisi kejayaan dan kemenangannya sahaja. Itu sebabnya orang lelaki lebih mudah menceritakan kejayaannya daripada kegagalannya kepada orang lain.

[ Isteri ]

Sebaliknya isteri amat mudah menyuarakan semua perasaan, emosi, pandangan, kemaafan dan nasihat kerana binaan sel otak mereka yang “multitasking” ini mampu melakukan pelbagai perkara serentak. Disebabkan hubungan jaringan sel sebeginilah, maka amat mudah bagi seorang isteri mengingat semua peristiwa dan dengan cekap pula mengaitkan peristiwa itu dengan sesuatu isu dan emosinya.

Itu sebabnya seorang isteri sangat memerlukan ungkapan “Abang minta maaf” daripada suaminya kerana dengan pernyataan ini menyebabkan dirinya dihormati dan terhubung jiwa dan raganya dengan suami itu.

Dua orang lelaki peninju kelihatan berpelukan di akhir pertandingan. Tanggapan orang perempuan ialah mereka sedang bermaaf-maafan. Hakikat sebenar ialah pemenang berkata, “Aku menang” dan disambut oleh yang kalah, “Ok, aku tunggu kamu tahun depan pulak.”

Oleh itu, bagi isteri, cukuplah dengan perbuatan suami seperti membasuh keretanya atau mengambil kain di penyidai sebagai ungkapan yang dia sedang meminta maaf kepada anda.
Bagi suami pula, belajarlah menyebut, “Abang minta maaf” setiap kali isteri berkata, “Abang yang silap” kerana dengan ucapan azimat ini akan bertambah sayang dia kepada anda, walaupun anda tidak tahu apa kesalahan anda.


Selamat mencuba!


Pak Utih, Ahmad Shafiai Uda Jaafar
Pengarah, Helping Boys Nurturing Girls Institute, Kolej UNITI, Port Dickson
Speaker STEP 2 : When Mecca Meets Medina

29 Mac 2013

Wednesday, 20 February 2013

Pemuda Yang Mati Di Pangkuan Rasulullah...


Seorang remaja yang begitu hebat di zaman Rasulullah S.A.W. Namanya Tha'labah bin Abdul Rahman, seorang remaja berusia 17 tahun. Setelah memeluk Islam, beliau selalu mengikut Rasulullah S.A.W mengajar. Jika Rasulullah berhajatkan sesuatu, Rasulullah S.A.W akan khabarkan kepada Ta'labah.

Suatu hari Rasulullah menyuruh Tha'labah mencari sesuatu. Ketika dalam perjalanan mencari barang yang Rasulullah hajati itu, Tha'labah telah melalui sebuah rumah yang pintunya terbuka. Angin yang bertiup membuatkan pintu tandas rumah tersebut juga terbuka, dan ketika itu Tha'labah terlihat akan seorang perempuan yang sedang mandi.

"A'uzubillah! Ya Allah aku takut nanti malaikat Jibril memberitahu kepada Rasulullah S.A.W! Ya Allah, aku takut turunnya ayat quran yang menyenaraikan aku dalam golongan orang yang berbuat dosa! Ya Allah..."

Rintihan Tha'labah

Dia merintih sehingga dia lupa akan barang yang dipesan oleh Rasulullah S.A.W. Dia melarikan diri dan terjumpa satu bukit di pinggir Madinah yang dipuncaknya ada sebuah gua. Tha'labah masuk ke dalam gua tersebut dan asyik menangis. Tha'labah menangis dan menangis, beliau kesal amat dengan dosanya.

Pada masa yang sama, Rasulullah S.A.W menanti kepulangan Tha'labah beberapa hari namun Tha'labah tidak kunjung tiba. Lalu Rasulullah S.A.W mengarahkan Saidina Umar RA untuk mencari Tha'labah dan beliau terjumpa Tha'labah di tempat dia bersembunyi di puncak bukit.

Umar berkata "Tha'labah, Rasulullah mahu berjumpa kamu."

"Kenapa? Sudah turunkah ayat al-Quran tentang dosaku, sudah beritahukah Jibril kepada Rasulullah, aku tidak mahu masuk neraka, aku tidak mahu masuk neraka." Kata Tha'labah dalam ketakutan yang amat sangat.

Oleh sebab Tha'labah sudah tersangat lemah, Saidina Umar RA memimpinnya pulang ke rumah. Apabila Rasulullah SAW menziarah Tha'labah, Tha'labah sedang terlentang lalu Rasulullah SAW meriba kepala Tha'labah.

Tetapi Ta'labah mengetepikan kepalanya. Rasulullah bertanya, "kenapa wahai Tha'labah?"

"Wahai Rasulullah, kepala yang penuh dosa ini tidak layak untuk berada di ribamu," kata Tha'labah.

"Apa yang kamu mahu Tha'labah?"

"Ya Rasulullah, aku mahukan keampunan Allah"

Cita-citanya hanya Syurga

"Apa cita-cita kamu wahai Ta'labah?"

"Cita-cita aku hanya syurga Allah. Tolonglah doakan moga Allah mengampunkan dosa-dosaku."

Lalu Rasulullah s.a.w berkata, "wahai Tha'labah aku menjamin kepadamu apa yang kamu mahu dan cita-citamu. Inilah bukti taubatmu."

Tidak lama selepas itu, Tha'labah menghembuskan nafasnya yang terakhir di riba Rasulullah SAW.

Ketika mayat Tha'labah siap dikafan dan tiba masa untuk dikebumikan, Rasulullah SAW datang agak lewat ketika itu. Para sahabat membuka jalan kepada Rasulullah untuk rapat ke kubur Tha'labah. Tetapi Rasulullah berjalan merapati kubur Tha'labah dalam keadaan berjalan yang perlahan, dan seperti tersekat-sekat.

Sahabat-sahabat bertanya, "wahai Rasulullah, kami telah membuka jalan, mengapa Rasulullah berjalan dengan tidak selesa?"

Rasulullah menjawab, "kamu tidak dapat melihat betapa ramainya malaikat yang hadir menghantar Tha'labah ke kubur."

Itulah kisah hidup seorang remaja hebat bernama Tha'labah. Betapa takutnya beliau dengan azab Allah SWT walaupun beliau tidak sengaja terpandang perempuan yang sedang mandi itu. Begitu malu bertemu Rasulullah, begitu mengharap keampunan Allah SWT, dan akhirnya menhembus nafas yang terakhir di ribaan insan mulia bernama Muhammad bin Abdullah, dan jasadnya diiringi malaikat ke kuburan. Subhanallah!

Lihat diri kita. Apakah kita menyesal dan bertaubat setelah berbuat dosa yang sengaja? Apakah kita sedar, dan menyesal serta bertaubat setelah berbuat dosa yang tidak sengaja?

Tepuk dada, tanya iman. Moga Allah SWT mengampunkan dosa-dosa kita.


Ehsan daripada: artikel iluvislam.com

Saturday, 9 February 2013

Gong Xi Fa Chai !


Saturday, 19 January 2013

Arruhul Jadid Fi Jasadil Ummah!


Pelancaran IKRAM Siswa National [19/1/13]


Arruhul Jadid Fi Jasadil Ummah!

Kami adalah ruh baru dalam jasad ummah!


Wednesday, 2 January 2013

Khalifah Of Allah On Board...




JIM dibubar setelah 22 tahun ungguli dakwah

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) akan dibubarkan, meninggalkan legasinya sebagai salah sebuah gerakan Islam di Malaysia yang amat aktif, lantang dan berkesan dalam menggerakkan massa sepanjang lebih dua dekad.
Keputusan untuk membubarkan JIM adalah selaras dengan hasrat pertubuhan tersebut untuk menyepadukan semua sumber organisasi di bawah organisasi baru iaitu Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM).

JIM dibubar“Kami memutuskan untuk membubarkan JIM bagi menyepadukan sumber-sumber organisasi bagi membolehkan kami melaksanakan tugas yang lebih besar dalam masyarakat demi melonjakkan lagi dakwah,” kata Zaid Kamaruddin, Presiden JIM ketika ditemui selepas Perhimpunan Perwakilan Nasional (PPN) Khas JIM yang diadakan Sabtu lalu.

Satu PPN Khas yang dihadiri oleh lebih 200 orang perwakilan JIM dan Wanita JIM di peringkat Pusat, Negeri dan Daerah dipanggil untuk membincangkan usul membubarkan JIM. Perhimpunan yang berlangsung di Kompleks Darul Puteri, Cheras, Kuala Lumpur itu akhirnya sebulat suara meluluskan usul pembubaran JIM.

Perhimpunan khas tersebut juga telah meluluskan usul untuk memindahkan semua harta dan aset JIM kepada IKRAM.

IKRAM diluluskan penubuhannya oleh Pendaftar Pertubuhan pada 22 Oktober 2009. Menurut Undang-undang tubuh Pertubuhan IKRAM Malaysia, IKRAM adalah sebuah pertubuhan dakwah, kebajikan serta tarbiah yang mengambil peduli tentang urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan cara hidup dan ajaran Islam.

JIM dibubarkan JIM dibubarkan JIM dibubarkan

Menurut Zaid, kebanyakan ahli JIM yang aktif dalam amal dakwah dalam masyarakat kini menjadi ahli IKRAM dan membawa bersama pengalaman-pengalaman berharga. Mereka dijangka memainkan peranan yang lebih besar dalam IKRAM.

“Kekuatan yang ada pada JIM termasuk harta, aset maknawi serta institusi-institusi seperti sekolah, Hidayah Centre dan Raudhatus Sakinah akan diserahkan kepada IKRAM,” ujar Zaid.

“Pengalaman yang kita peroleh semasa bergerak di bawah JIM akan dimanfaatkan dalam membina tapak yang kukuh bagi penglibatan IKRAM dalam masyarakat,” katanya lagi.

Turut hadir dalam PPN Khas JIM ialah Timbalan Presiden JIM Syed Ibrahim Syed Noh, Naib Presiden Profesor Dr Sahrim Ahmad, Setiausaha Agung Nahar Md Nor dan Bendahari, Tuan Yaacob Tuan Sof serta Ahli-ahli Jawatankuasa Pusat dan Wanita Pusat. Yang Dipertua dan Ketua Wanita Negeri-negeri dan Daerah-daerah juga hadir dalam perhimpunan bersejarah ini.

JIM ditubuhkan pada 27 Julai 1990 sebagai sebuah gerakan Islam yang memusatkan aktivitinya kepada misi membangun sumber manusia untuk melahirkan insan baik dan yang mengajak kepada kebaikan; membudayakan pendekatan perkongsian dan permuafakatan serta mengislah dan menggembleng masyarakat ke arah penegakan kebenaran dan keadilan sejagat selaras dengan moto JIM, “Bersama Islam Membina Masyarakat”.

Dalam tempoh 22 tahun, JIM dipimpin oleh tiga orang tokoh Presidennya iaitu Saari Sungib, Profesor Dr Mohamed Hatta Shaharom dan Zaid Kamaruddin yang berjaya meletakkan JIM sebaris dengan gerakan Islam yang lebih awal bertapak di Malaysia.

Walaupun ditubuhkan pada tahun 1990, usaha dakwah dan tarbiah oleh aktivis-aktivis JIM bermula lebih awal iaitu sejak pertengahan dekad 1970-an lagi tatkala pelajar-pelajar Malaysia lulusan dari universiti-universiti di United Kingdom dan Mesir kembali ke tanah air.

Gerakan dakwah oleh kumpulan ini kemudiannya dikukuhkan dengan penyertaan graduan dari Amerika Syarikat, Australia, Kuwait, India dan dari insitusi-institusi pengajian tinggi tempatan.

Ditubuhkan oleh Saari Sungib dan sebuah jawatankuasa penaja, JIM dipimpin oleh Saari sehingga tahun 1999. Saari kini aktif dalam politik dan menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor bagi kawasan Hulu Kelang. Dr Mohamed Hatta dan Zaid pula kini masing-masing menjadi Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung IKRAM.

Sepanjang tempoh pengoperasiannya, JIM telah membina hubungan dan jaringan yang amat baik dan luas dengan pelbagai NGO dan juga parti-parti politik sama ada pemerintah atau pembangkang dan seterusnya berjaya mengambil tempat dan memainkan peranan berkesan dalam masyarakat.

Beberapa orang aktivis JIM berada dalam kepemimpinan gabungan NGO-NGO yang berpengaruh dan bereputasi di Malaysia seperti Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Malaysians for Free And Fair Election (Mafrel), Bersih 2.0 dan Allied Coordinating Committee of Islamic NGOs (ACCIN) dan Gabungan Bertindak Malaysia (GBM).

JIM dibubarkan“Setiap penglibatan kami dalam gabungan-gabungan NGO ini adalah selaras dengan objektif dan prinsip perjuangan kami,” tegas Zaid mengenai pembabitan JIM dalam gabungan lain.

“Jadi, penglibatan luas ahli-ahli JIM akan dimanfaatkan dan diteruskan oleh IKRAM,” tambah Zaid, mengakhiri wawancara bersama wartawan MS ISMAIL.

(Sumber: jim.org.my)

Monday, 31 December 2012

welcome 2013...



Sunday, 23 December 2012

Sunday, 16 December 2012

The Choice Is Yours!







Thursday, 13 December 2012

Bi Siddiqin

Ammu Afdolin:

Ramai yg bertanya kepada aku "Macammana Gaza bang?" Dan aku sedar yang aku terpinga pinga nak menjawab soalan itu. Nak kata "Ok", aku dah tengok kehancuran di sana. Nak kata "Tak Ok" aku dah bertemu dengan orang orang yang paling berani, paling peramah, paling mesra, paling bertaqwa, pendek kata orang paling indah di dunia. Mereka sentiasa tersenyum apabila menyambut kita setiap kali kita bersua muka dan tak perlulah kita tanya samaada senyum mereka ikhlas atau tidak kerana tidak ada kesinisan di jiwa mereka. Raut wajah mereka membayangkan satu ketenangan yang sangat saya rindui. Ketenangan yg terpapar di seluruh Gaza. Walaupun serpihan bom merata rata, aku rasa seperti seorang anak kecil yg di jaga oleh ibunya. Selamat dan di sayangi. Hidup mereka hanya untuk mencari keredhaan Allah, untuk dekat dengannya.

Walaupun begitu mereka bukan sahaja duduk di masjid masjid, mereka aktif di kota yg mereka cintai, sentiasa berusaha memperbaiki keadaan ekonomi palestine, memperbaiki kehidupan rakyat palestin. Sesungguhnya pada ketika ini mereka tak ada masa depan, jika kita mengikuti ukuran kejayaan kehidupan kita di Malaysia. Tapi mata ku tidak melihat seperti dulu. Aku cakap pada isteriku setiba aku kembali ke negara yang aku cinta ini, Mata aku dah lain, telingaku dah lain, lidahku dah lain dan hatiku dah lain. Aku melihat benda yg sama tapi aku tak nampak benda yang sama lagi. Apa guna kejayaan dan kekayaan jika tak ada Allah di sisi kita. Pada masa yg sama kejayaan kita akan lebih bermakna dan di berkati jika Dia bersama di sisi.

Aku bukan orang alim, aku tak boleh nak quote ayat ayat quran untuk mengajar tetapi sekarang keredhaan dan keimanan yg aku cari dan akan terus aku perolehi.

Kalau orang Palestin boleh sentiasa bersifat positif walaupun ditindas dan di tekan oleh israel, Aku pun mahu jadi positif mencari kebaikan dlm sesama umatku, aku akan buat yg terbaik untuk menghabiskan saki baki hidup aku sebagai seorang yg sentiasa membuat kebaikan untuk sesama saudaranya dan paling utama mendapat keredhaan Allah.

Kita bantu rakyat kita yg memerlukan kerana sini bantuan boleh di hantar dgn segera dan ramai yang boleh melakukannya akan tetapi Palestin akan menjadi perjuangan jangka masa panjang aku. Seperti sahabatku sebelum ini aku pun dah jatuh cinta dgn bumi itu dan org orgnya. Insyaa allah aku akan kembali ke bumi barakah itu tak lama lagi. Aku Afdlin Shauki. Aku masih lagi anak seni. Aku masih akan menghiburkan selagi termampu, tetapi seniku bukan kosong, seniku mungkin bukan untuk semua tetapi seniku akan ada kebaikan untuk masyarakat dan manusia sejagat.



Sunday, 9 December 2012

Friday, 23 November 2012

Sir..We Teach Life!


Remaja yang kami kasihi...dengarkan pesanan ini....
Pesanan Syeikh Ahmad Yasin kepada para Pemuda dan Pemudi :

☛ Wahai anak-anakku, telah tiba saatnya kalian kembali kepada ALLAH swt dengan meninggalkan pelbagai keseronokan dan kealpaan kehidupan dan menyingkirkannya jauh daripada kehidupan
kamu. Telah tiba saatnya kalian bangun dan melakukan solat subuh secara berjemaah. Sudah sampai saatnya untuk kalian menghiasi diri dengan akhlak yang mulia, mengamalkan kandungan al-Quran serta mencontohi kehidupan Nabi Muhammad saw.

☛ Aku menyeru kamu wahai anak-anakku untuk solat tepat pada waktunya. Lebih dari itu, aku mengajak kalian wahai anak-anakku, untuk mendekat diri kepada sunnah Nabi kalian yang agung.

☛ Para Pemuda, aku ingin kamu menyedari dan menghayati makna tanggung jawab. Kalian harus tegar menghadapi kesulitan hidup dengan meninggalkan keluh kesah. Aku menyeru kamu untuk menghadap ALLAH SWT dan memohon keampunan dari-Nya agar Dia memberi rezeki yang berkat kepada kamu. Aku menyeru kamu supaya menghormati orang yang lebih tua dan menyayangi orang yang lebih muda.

☛ Aku ingin kamu tidak tertidur oleh alunan-alunan muzik yang melalaikan, melupakan kata-kata yang menyebutkan cinta kepada manusia dan dunia serta menggantikannya dengan kata amal, kerja dan zikir kepada ALLAH. Wahai anak-anakku, aku amat berharap kamu tidak sibuk dengan muzik dan tidak terjerumus ke dalam arus syahwat.

☛ Wahai Puteriku , aku ingin kamu berjanji kepada ALLAH akan mengenakan hijab secara jujur dan betul. Aku meminta kamu berjanji kepada ALLAH bahawa kamu akan mengambil peduli tentang agama dan Nabi kalian yang mulia. Jadikanlah ibunda kamu, Khadijah dan Aisyah, sebagai teladan. Jadikan mereka sebagai pelita hidup kamu. Haram hukumnya bagi kamu untuk melakukan sesuatu yang boleh menarik perhatian pemuda supaya mendekati kalian.

Sunday, 11 November 2012

Remaja Super Time Manager...



"Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman."

[Az-Zariyat: 55]

Thursday, 25 October 2012

Monday, 15 October 2012

Shock Wave...


Shaykh Tawfique Chowdhury:

"Our goal is to achieve a world where every Muslim can live faithfully to their belief, building an exemplary community that benefits humanity. Our strategy to achieve this is focusing on excellence in knowledge in action... "

Tuesday, 25 September 2012

Ana Muslim...


Semoga kita sentiasa membina, dipelihara daripada merosakkan...Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya”. [Al Kahfi: 110]

Sunday, 16 September 2012

Bravery...

“Manusia hidup bukanlah mereka yang hanya boleh bernafas, tapi mereka yang berani melakukan sesuatu dan mampu mengambil hikmah dari seluruh kejadian, peristiwa dan tentangan hidup yang mereka lalui.”

Sunday, 9 September 2012

Guru Kepalang Ajar...

"Jangan berhenti berdayung nanti arus akan membawa kita hanyut" “Kehidupan ini sentiasa memberi banyak kenangan yang sukar dilupakan. Ada banyak cerita dan pengalaman yang membuatnya menjadi lebih indah. Mereka yang berjaya memahami kehidupan sebagai perjalanan yang mesti dilalui dengan kesungguhan adalah di antara pemenangnya kerana merekalah yang bersedia menjadi murid atau pelajar terbaik bagi kehidupannya disebabkan mereka sedar bahwa kehidupan ini adalah guru.”

Tuesday, 4 September 2012

For Good Time and Bad Time...

[Only Time Who can say where the road goes. Where the day flows, only time. And who can say if your love grows. As your heart chose, only time. Who can say why your heart sighs. As your love flies, only time. And who can say why your heart cries. When your love lies, only time. Who can say when the roads meet. That love might be in your heart. And who can say when the day sleeps. If the night keeps all your heart. Night keeps all your heart. Who can say if your love grows. As your heart chose. Only time. And who can say where the road goes. Where the day flows, only time. Who knows? Only time.] Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dua orang pelajar Malaysia yang meninggal dunia akibat kemalangan kereta di Russia, menempatkan roh mereka bersama roh para solihin dan syuhada'. Semoga Allah kurniakan juga kesembuhan yang segera dan sempurna kepada mereka yang masih dirawat, memberi ketenangan dan kesabaran yang tinggi kepada ahli keluarga mereka atas musibah ini, ameen

Tuesday, 28 August 2012

Antara Dua Darjat...

"Sesiapa yang menghendaki (kesenangan hidup) dunia, Kami akan segerakan kepadanya dalam dunia apa yang Kami kehendaki, bagi sesiapa yang Kami kehendaki; kemudian Kami sediakan baginya neraka Jahannam (di akhirat kelak), untuk membakarnya dalam keadaan yang hina lagi tersingkir dari rahmat Allah. Dan sesiapa yang menghendaki akhirat dan berusaha mengerjakan amal-amal yang baik untuk akhirat dengan usaha yang layak baginya, sedang ia beriman, maka mereka yang demikian keadaannya, diberi pahala akan amal usahanya." [Al Israa':18-19] Hearty-hearty...

KNOWLEDGE IS POWER

KNOWLEDGE IS POWER
DEAR-Drop Everything And Read

Ke Arah Pembentukkan Minda Pendidik Kelas Pertama

"Sejahtera akidahnya, sahih ibadahnya, teguh akhlaknya, terdidik fikirannya, kuat badannya, mampu untuk mengusahakan mata pencariannya, teratur dalam segala urusannya, sentiasa menjaga waktunya dan sentiasa memberi manfaat kepada orang lain" (As Syahid Imam Hasan al Banna)

Istimewanya zaman remaja...

Tujuh golongan manusia akan dilindungi oleh Allah pada hari di mana tidak ada perlindungan kecuali perlindunganNya iaitu:
1) Imam yang adil
2) Pemuda / remaja (lelaki & perempuan) yang tekun beribadat kepada Allah
3) Seorang lelaki yang hatinya terpaut kepada masjid, (hatinya sentiasa ingat) dari masa ia keluar dari masjid hingga ia balik semula ke masjid
4) Dua orang *lelaki yang berkasih-kasihan di dalam (mencari ridha) Allah, keduanya bertemu kerana Allah dan berpisah pula kerana Allah
5) Seorang *lelaki yang mengingati Allah, di masa sunyi sepi sehingga menitiskan air mata.
6) Seorang lelaki yang diajak oleh seorang wanita yang berkedudukan tinggi, cantik rupa parasnya untuk melakukan perbuatan jahat, ia berkata, "Aku takut kepada tuhan seluruh alam"
7) Seorang *lelaki yang memberi sedekah dengan suatu sedekah, lalu disembunyikan sedekah itu, sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfakkan oleh tangan kanannya.

Kita lah Ulil Albab...

"Lo! In the creation of the heaven and the earth and (in) the difference of night and day are tokens (of His sovereignity) for man of understanding"

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pengantian malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal"

(Ali-Imran: 190)


"ILMU DAN IBADAH SESEORANG TIADA NILAI NYA DI SISI ALLAH DAN MANUSIA SEKIRANYA MEMBUAHKAN AKHLAK YANG BURUK"

Al-Zukhruf: 43-44

"Dengan yang demikian, berpegang teguhlah kepada Al-Quran yang telah diwahyukan kepadamu; kerana sesungguhnya engkau berada di atas jalan yang lurus. Dan sesungguhnya Al Quran itu memberikan kemuliaan dan peringatan kepadamu (wahai Muhammad) dan kepada kaummu; dan kamu akan ditanya kelak (tentang isi kandungannya yang kamu telah amalkan)."