Salamu 'alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Para pembaca yang dikasihi serta dirahmati Allah sekalian,
Kita tidak boleh meng'aibkan orang lain seperti yang Allah firmankan dalam surah Hujarat dan banyak lagi hadis-hadis yang muktabar yang turut mengajak kita supaya saling mengasihi saudara kita serta saranan-saranan / formula untuk memelihara hubungan sesama saudara seislam khasnya. Sehinggakan saudara yang menzalimi kita turut berhak kepada kasih sayang kita.
Saya suka untuk menarik perhatian anda sekalian. Walau apa keadaan sekali pun, ketetapan Allah tetap kekal hingga hari kiamat..tiada pertikaian lagi....misalnya, jika sesuatu itu haram...maka walau apa cara sekali pun kita hujjahkan untuk menghalalkannya ia tetap haram...Tugas kita sebagai hamba tetap dipertanggungjawab ke atas kita tanpa mengira status / kedudukan kita, kaya / miskinnya kita atau baik/ buruknya paras rupa kita.
Tanggungjawab kita dalam menyuruh orang sekeliling kita, di kalangan keluarga kita, para sahabat dan kenalan kita kepada ma'aruf (kebaikan) dan seiring dengan mencegah perkara-perkara yang mungkar (kejahatan) juga tidak boleh sama sekali kita abaikan. Kedua-dua perkara ini tidak boleh dipisahkan. Ia perlu berlaku seiring jika tidak akan berlaku kepincangan dalam sistem keluarga / masyarakat / organisasi etc etc. Ia (dengan berusaha melaksanakannya) menjadi petanda hati kita masih "hidup" dan perlaksanaannya merupakan suatu tindakan untuk memastikan penyucian hati secara berterusan serta juga ukuran tahap rapatnya hubungan kita dengan Pencipta kita. Pendekatan perlakuan kedua-dua perbuatan tadi bergantung kepada darjah keimanan dan kemampuan kita masing-masing. Hanya Allah lah penilai yang mutlak ke atas segala kerja buat kita. Cuba renungkan maksud firman Allah yang berikut:
" Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma'aruf dan mencegah dari yang mungkar..."
(Surah At-Taubah: 71)
"Orang-orang munafik, lelaki dan perempuan, sebahagian dengan sebahagian dengan lain adalah sama. Mereka menyuruh membuat yang mungkar dan melarang yang ma'aruf"
(Surah At-Taubah: 67)
"Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'aruf dan beriman kepada Allah"
(Surah Ali Imran:110)
Renungkan juga mafhum hadis Rasulullah s.a.w.
"Apabila kamu melihat sesuatu kemungkaran hendaklah kamu cegah menggunakan tangan (kekuasaan), jika tidak berdaya, cegahlah dengan lisan(nasihat). Jika masih tidak mampu bencilah di dalam hati, yang demikian itu adalah selemah-lemah imam"
Makna kata jika kita melihat kemungkaran dan kita tidak reda, itulah selemah-lemah iman. Jika masih tidak merasakan apa-apa dengan melihatnya, hati kita sudah tidak sensitif lagi...zero iman..wanauzubillahiminzalik.
Tegasnya, kita perlu memperingatkan diri kita tentang tanggungjawab kita dengan "memelihara" batas-batas yang Allah tetapkan. Kita perlu terus berusaha menasihati orang-orang di sekeliling kita menurut kemampuan kita, bagi menjamin kesejahteraan hidup bersama dan keharmonian hubungan sesama manusia.
Jika dengan memperkatakan perilaku atau perbuatan seseorang atau sekelompok manusia untuk tujuan mendidik dan memperbaiki ( menyelesaikan sesuatu masalah) melalui pendekatan tertentu lagi sesuai, maka dibolehkan berbuat demikian. Tetapi jika memperkatakannya untuk saja-saja / suka-suka/ seronok-seronok / tanpa tujuan untuk merubahkan keadaan...ia nya dilarang sama sekali ... takut kita terjebak dalam jurang kemaksiatan dengan mengundang kemurkaan Allah hasil daripada mengumpat / meng'aibkan saudara kita....Wanauzubillahiminzalik.
Kita tidak boleh memandang sepi sesuatu keburukan berlaku di hadapan kita dengan alasan menutup atau memelihara 'aib orang lain. Jika perlu...kita adukan kepada pihak berwajib jika kita sudah tidak mampu menasihatnya lagi atau tidak mampu menegurnya. Setelah semuanya kita lakukan ( tegur secara peribadi, mengajukan hal kepada pihak berwajib)...keadaan masih tidak berubah, maka serahkan kepada Allah yang menilai dan menentukan sebab bukan tugas kita untuk menjadi "penjaga" nya kerana Allah lah sebaik-baik pemelihara. Di samping itu, kita tidak harus putus asa untuk sentiasa mendoakan dirinya. Jadikan amalan kita untuk sentiasa mendoakan semua yang ahli keluarga, sahabat dan kenalan kita agar sentiasa mendapat petunjuk dan hidayah Allah.
Sebagai insan, kita juga sering melakukan kesilapan...tidak pernah sunyi melakukan kesalahan...sebab itu kita perlukan sahabat yang menegur dan menasihati kita. Ucaplah terima kasih kepada mereka kerana menegur kita atas dasar kasih sayang.
Allahu 'alam. Apa yang baik itu adalah dari Allah. Segala kekurangan itu adalah dari kelemahan diri saya, saya memohon ampun kepadaNya. Marilah sama kita hayati "roh" surah Al Asr dalam kehidupan harian kita:
" Demi masa. Sungguh, manusia berada dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran"
Ayuh kita mengatur langkah, jangan berlengah lagi...!
Saturday, 15 March 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)
KNOWLEDGE IS POWER
Ke Arah Pembentukkan Minda Pendidik Kelas Pertama
"Sejahtera akidahnya, sahih ibadahnya, teguh akhlaknya, terdidik fikirannya, kuat badannya, mampu untuk mengusahakan mata pencariannya, teratur dalam segala urusannya, sentiasa menjaga waktunya dan sentiasa memberi manfaat kepada orang lain" (As Syahid Imam Hasan al Banna)
Istimewanya zaman remaja...
Tujuh golongan manusia akan dilindungi oleh Allah pada hari di mana tidak ada perlindungan kecuali perlindunganNya iaitu:
1) Imam yang adil
2) Pemuda / remaja (lelaki & perempuan) yang tekun beribadat kepada Allah
3) Seorang lelaki yang hatinya terpaut kepada masjid, (hatinya sentiasa ingat) dari masa ia keluar dari masjid hingga ia balik semula ke masjid
4) Dua orang *lelaki yang berkasih-kasihan di dalam (mencari ridha) Allah, keduanya bertemu kerana Allah dan berpisah pula kerana Allah
5) Seorang *lelaki yang mengingati Allah, di masa sunyi sepi sehingga menitiskan air mata.
6) Seorang lelaki yang diajak oleh seorang wanita yang berkedudukan tinggi, cantik rupa parasnya untuk melakukan perbuatan jahat, ia berkata, "Aku takut kepada tuhan seluruh alam"
7) Seorang *lelaki yang memberi sedekah dengan suatu sedekah, lalu disembunyikan sedekah itu, sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfakkan oleh tangan kanannya.
1) Imam yang adil
2) Pemuda / remaja (lelaki & perempuan) yang tekun beribadat kepada Allah
3) Seorang lelaki yang hatinya terpaut kepada masjid, (hatinya sentiasa ingat) dari masa ia keluar dari masjid hingga ia balik semula ke masjid
4) Dua orang *lelaki yang berkasih-kasihan di dalam (mencari ridha) Allah, keduanya bertemu kerana Allah dan berpisah pula kerana Allah
5) Seorang *lelaki yang mengingati Allah, di masa sunyi sepi sehingga menitiskan air mata.
6) Seorang lelaki yang diajak oleh seorang wanita yang berkedudukan tinggi, cantik rupa parasnya untuk melakukan perbuatan jahat, ia berkata, "Aku takut kepada tuhan seluruh alam"
7) Seorang *lelaki yang memberi sedekah dengan suatu sedekah, lalu disembunyikan sedekah itu, sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfakkan oleh tangan kanannya.
Kita lah Ulil Albab...
"Lo! In the creation of the heaven and the earth and (in) the difference of night and day are tokens (of His sovereignity) for man of understanding"
"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pengantian malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal"
(Ali-Imran: 190)
"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pengantian malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal"
(Ali-Imran: 190)
"ILMU DAN IBADAH SESEORANG TIADA NILAI NYA DI SISI ALLAH DAN MANUSIA SEKIRANYA MEMBUAHKAN AKHLAK YANG BURUK"
Al-Zukhruf: 43-44
"Dengan yang demikian, berpegang teguhlah kepada Al-Quran yang telah diwahyukan kepadamu; kerana sesungguhnya engkau berada di atas jalan yang lurus. Dan sesungguhnya Al Quran itu memberikan kemuliaan dan peringatan kepadamu (wahai Muhammad) dan kepada kaummu; dan kamu akan ditanya kelak (tentang isi kandungannya yang kamu telah amalkan)."