Thursday 31 December 2015

Pemuda Istimewa...

Takziah Hajah Arbaatun Zabidi & Haji Junaidi Mohamad atas kepulangan ke rahmatullah Allahyarham anakanda Athiff Junaidi pada 28 Dis 2015 dan selamat dikebumikan di Perkuburan Islam Rapat Setia sekitar 11:30 pagi 29 Dis. 2015.

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهَ رَاجِعُوْنَ

Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nya kita kembali.

اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ

Ya Allah! Ampunilah dia, rahmatilah dia, selamatkanlah dia, maafkanlah dia.




Pembukaan tirai tahun baru 2016 dengan tazkirah tentang pemergian Almarhum, betapa rapuhnya kehidupan. Tiada penilaian selepas kematian tanpa kehidupan dunia ini. Tiada lah kehidupan tanpa mengingati kematian sebagai GPS segala aktiviti. Allahu 'alam.

وَالَّذِينَ آمَنُوا وَاتَّبَعَتْهُمْ ذُرِّيَّتُهُمْ بِإِيمَانٍ أَلْحَقْنَا بِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَمَا أَلَتْنَاهُمْ مِنْ عَمَلِهِمْ مِنْ شَيْءٍ ۚ كُلُّ امْرِئٍ بِمَا كَسَبَ رَهِينٌ

"Dan orang-orang yang beriman yang diturut oleh zuriat keturunannya dengan keadaan beriman, Kami hubungkan (himpunkan) zuriat keturunannya itu dengan mereka (di dalam Syurga); dan Kami (dengan itu) tidak mengurangi sedikitpun dari pahala amal-amal mereka; tiap-tiap seorang manusia terikat dengan amal yang dikerjakannya."

Al Fatihah...




Coretan Auntie Linda tentang Almarhum Athiff Junaidi...

"Assalammualaikum sahabat. I nak share a humbling experience. Kelmarin at about 8pm, I got to know a neighbour’s son passed away. He was 23. ‘Athiff was a special child. Suffered from medical psychological disorder since he was a child, he was prescribed with all kinds of medication by psychiatrist. During his preschool years, I was teaching at the same school as his mom so banyak jugak la tau pasal masalah dia. Because of the medication, dia developed other problems such as obesity and breathing problems. He had to use a special machine at night to be able to sleep. And, because of this, dia jugak prone to get lung infections. And, lung infection was the cause of his death. Tapi yang I nak cerita ni, bukan derita sakit dia seumur hidup tapi yang I nak share ialah cara hidup dia. Dengan badan yang besar, transport dia motor roda tiga untuk dia bergerak antara rumah dan masjid. Itu la hidup dia. Masjid dan rumah. Awal sebelum azan, I akan dengar dia punya motor pegi ke masjid. Bila students tahfiz ada kelas (masjid tu buat kelas tahfiz) he would be there. Sometimes, he tried to do hafazan too. Bila ceramah, kadang-kadang, dia bertanya soalan. Bila ada program, arwah ‘Athiff was always there at the mosque tolong apa yang terdaya. Semua orang kenal ‘Athiff. Semua orang sayang ‘Athiff. Almost every weekend (Jumaat mlm Sabtu), bapak ‘Athiff mmg buat program qiamullail untuk anak-anak taman kami. ‘Athiff la ‘abang’ kepada adik-adik lelaki ni. Dah 4-5 tahun jugak program ni. Selama tu la jugak ‘Athiff ni yang setia berqiamullail. "Athiff sangat positif. Dia cuba nak kurus. Dia tak ambik carbo sbb nak sihat tapi 'Athiff gemuk bukan sbb dia makan banyak. dia makn sikit. Ikut sunnah. The drugs he was taking made him fat. Tapi itu cara hidup ‘Athiff. Yang buat I lebih lagi rasa nak share ni ialah apa ‘Athiff selalu kata. ‘Athiff selalu kata dia cinta Allah. Dia cinta Rasulullah. Dia rindu Allah. Dia rindu Rasulullah. Apa doa dia? Doa dia ialah dia nak mati cepat. Nak mati sebelum umur 30 so tak banyak dosa. Nak mati sebelum ibunya mati sebab dia terlalu sayangkan ibunya. He was looking forward to his death. Cakap pasal mati tu dihujung bibirnya. He was prepared. Very well prepared. Kata ibu dia, seminggu sebelum dia meninggal, he was different. He would hug the mom, the dad for no reason. Mintak nak tido dengan ibu. Mungkin dia memang dah tau. So, when he died, semua orang sedih tapi semua orang redho. Orang usung ‘Athiff yang beratus kilogram tu atas katil hingga ke masjid. And, masyaAllah… sangat ramai orang yang solat jenazah untuk dia. Mengalahkan solat Jumaat. Bahagian muslimat pun penuh. Bapak ‘Athiff yang imamkan solat so it was very touching. To be honest, now that he is gone, baru I sedar how lucky I was to know someone who was looking forward to his death. Alhamdulillah diberi peluang untuk kenal anak syurga ini. Moga ‘Athiff lebih bahagia di sana. Moga rindunya terubat. Moga kita yang tinggal ni.. yang sangat takut dengan mati, ambil iktibar dari cerita ‘Athiff ini. InshaaAllah. Alfatihah untuk arwah ‘Athiff…"

cry me a river... - Auntie Linda

KNOWLEDGE IS POWER

KNOWLEDGE IS POWER
DEAR-Drop Everything And Read

Ke Arah Pembentukkan Minda Pendidik Kelas Pertama

"Sejahtera akidahnya, sahih ibadahnya, teguh akhlaknya, terdidik fikirannya, kuat badannya, mampu untuk mengusahakan mata pencariannya, teratur dalam segala urusannya, sentiasa menjaga waktunya dan sentiasa memberi manfaat kepada orang lain" (As Syahid Imam Hasan al Banna)

Istimewanya zaman remaja...

Tujuh golongan manusia akan dilindungi oleh Allah pada hari di mana tidak ada perlindungan kecuali perlindunganNya iaitu:
1) Imam yang adil
2) Pemuda / remaja (lelaki & perempuan) yang tekun beribadat kepada Allah
3) Seorang lelaki yang hatinya terpaut kepada masjid, (hatinya sentiasa ingat) dari masa ia keluar dari masjid hingga ia balik semula ke masjid
4) Dua orang *lelaki yang berkasih-kasihan di dalam (mencari ridha) Allah, keduanya bertemu kerana Allah dan berpisah pula kerana Allah
5) Seorang *lelaki yang mengingati Allah, di masa sunyi sepi sehingga menitiskan air mata.
6) Seorang lelaki yang diajak oleh seorang wanita yang berkedudukan tinggi, cantik rupa parasnya untuk melakukan perbuatan jahat, ia berkata, "Aku takut kepada tuhan seluruh alam"
7) Seorang *lelaki yang memberi sedekah dengan suatu sedekah, lalu disembunyikan sedekah itu, sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfakkan oleh tangan kanannya.

Kita lah Ulil Albab...

"Lo! In the creation of the heaven and the earth and (in) the difference of night and day are tokens (of His sovereignity) for man of understanding"

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pengantian malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal"

(Ali-Imran: 190)


"ILMU DAN IBADAH SESEORANG TIADA NILAI NYA DI SISI ALLAH DAN MANUSIA SEKIRANYA MEMBUAHKAN AKHLAK YANG BURUK"

Al-Zukhruf: 43-44

"Dengan yang demikian, berpegang teguhlah kepada Al-Quran yang telah diwahyukan kepadamu; kerana sesungguhnya engkau berada di atas jalan yang lurus. Dan sesungguhnya Al Quran itu memberikan kemuliaan dan peringatan kepadamu (wahai Muhammad) dan kepada kaummu; dan kamu akan ditanya kelak (tentang isi kandungannya yang kamu telah amalkan)."