Tuesday 26 January 2010

e_smiling_zone 2010: "Energetic In Chemistry"

Alhamdulillah, saya diberi peluang dan kesempatan sekali lagi untuk bersama-sama "My Wonder Group", para pelajar major Sains, unit F5 PISMP (Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan), ambilan Januari 2008 yang di semester 5 (jumlah 8 semester...tinggal 3 semester lagi). Setelah 2 semester, "e_smiling_zone" (Electronic Smiling Zone) kesunyian dengan berita perkembangan mereka. Kali ini "e_smiling_zone" diaktifkan semula dan dimanfaatkan untuk memudahkan penghantaran tugasan serta pesanan-pesanan akademik berkaitan dengan "Energetic in Chemistry".

Kali terakhir saya mengajar mereka tentang "Exploring Material" di semester 3, bersama-sama kami realisasikan "Science Fair 2008", yang merupakan aktiviti "high impact" (walau pun pada asalnya dirancang secara kecil-kecilan) Jabatan Sains, IPG Kampus Ipoh yang dipimpin oleh Ketua Jabatan yang baru, Tuan Haji Lokman Hakim. Muhammad Rafiq, pengurus blog "Cikgu Sains F5", juga merupakan pengarah program pada ketika itu. Rafiq mengakui pengalaman pahit-manis semasa "Science Fair 2008" di dataran ilmu, telah banyak memudahkan pengurusan "CSI 2009" di bilik MIMOS, dengan "kid" yang diimport dari Australia. Tahniah sekali lagi unit F5 yang mengharuskan Jabatan Sains memenangi anugerah Inovasi di peringkat Institut. Tahniah juga kepada mantan ketua Jabatan Sains juga Pensyarah Pakar, Encik Kao Thuan Keat selaku penasihat/penggerak "CSI 2009".

1 hb Februari ini, para pelajar minor sains, major Pengajian Cina, Unit E2 di semester 7, akan melalui fasa amalan profesional atau praktikum. Kumpulan pelajar yang rajin, tekun serta bersungguh-sungguh dalam melaksanakan sesuatu tugasan. Saya mengajar mereka "Evaluation In Science Teaching", sebuah subjek baru, bahan rujukan yang terhad, subjek yang sukar dipelajari dan sukar diajar. Pembinaan bank item dan taksiran P & P sains berasaskan sekolah menjadi tema subjek ini. Namun begitu, keceriaan dan sikap terbukaan mereka telah membuka laluan mudah untuk mengharungi segala kesukaran dengan kepujian. Resipi kecemerlangan mereka hingga bertahan ke semester lima ketika itu, seperti yang diungkapkan pada hari pertama pertemuan kami ialah menanam minat dan kecintaan kepada sesuatu subjek atau perkara yang sukar agar tidak terasa terbeban malah diharapkan mendatangkan seronokan. Nilai kerjasama dan kerja berpasukan mereka sangat tinggi. 4 orang daripada mereka berada di bawah bimbingan saya nanti, InsyaAllah. Pengalaman mereka ini akan menjadi penanda aras kepada program PISMP Institut untuk kelayakan penganugerahan ijazah di majlis konvokesyen 2011?

Selamat maju jaya para pelajar F5 dalam KKBI-projek kerja kursus berasaskan ilmu, yang akan bermula minggu ini dan para pelajar E2 yang terjun semula ke "medan juang". Akhir kalam...cuba sama-sama renungkan petua daripada Melissa Kelly, seorang blogger dan guru sekolah menengah tentang enam kunci utama kejayaan seorang guru (http://712educators.about.com/od/teachingstrategies/tp/sixkeys.htm)

Kejayaan seorang guru bergantung kepada sikap dan pendekatannya

1. Unsur kecindan (Sense of Humor)
2. Bersikap positif (A Positive Attitutude)
3. Pengharapan yang tinggi (High Expectations)
4. Konsisten/ istiqomah (Consistency)
5. Kesamarataan /adil (Fairness)
6. Keanjalan (Flexibility)

Allahu 'alam, semoga bermanfaat.

KNOWLEDGE IS POWER

KNOWLEDGE IS POWER
DEAR-Drop Everything And Read

Ke Arah Pembentukkan Minda Pendidik Kelas Pertama

"Sejahtera akidahnya, sahih ibadahnya, teguh akhlaknya, terdidik fikirannya, kuat badannya, mampu untuk mengusahakan mata pencariannya, teratur dalam segala urusannya, sentiasa menjaga waktunya dan sentiasa memberi manfaat kepada orang lain" (As Syahid Imam Hasan al Banna)

Istimewanya zaman remaja...

Tujuh golongan manusia akan dilindungi oleh Allah pada hari di mana tidak ada perlindungan kecuali perlindunganNya iaitu:
1) Imam yang adil
2) Pemuda / remaja (lelaki & perempuan) yang tekun beribadat kepada Allah
3) Seorang lelaki yang hatinya terpaut kepada masjid, (hatinya sentiasa ingat) dari masa ia keluar dari masjid hingga ia balik semula ke masjid
4) Dua orang *lelaki yang berkasih-kasihan di dalam (mencari ridha) Allah, keduanya bertemu kerana Allah dan berpisah pula kerana Allah
5) Seorang *lelaki yang mengingati Allah, di masa sunyi sepi sehingga menitiskan air mata.
6) Seorang lelaki yang diajak oleh seorang wanita yang berkedudukan tinggi, cantik rupa parasnya untuk melakukan perbuatan jahat, ia berkata, "Aku takut kepada tuhan seluruh alam"
7) Seorang *lelaki yang memberi sedekah dengan suatu sedekah, lalu disembunyikan sedekah itu, sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfakkan oleh tangan kanannya.

Kita lah Ulil Albab...

"Lo! In the creation of the heaven and the earth and (in) the difference of night and day are tokens (of His sovereignity) for man of understanding"

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pengantian malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal"

(Ali-Imran: 190)


"ILMU DAN IBADAH SESEORANG TIADA NILAI NYA DI SISI ALLAH DAN MANUSIA SEKIRANYA MEMBUAHKAN AKHLAK YANG BURUK"

Al-Zukhruf: 43-44

"Dengan yang demikian, berpegang teguhlah kepada Al-Quran yang telah diwahyukan kepadamu; kerana sesungguhnya engkau berada di atas jalan yang lurus. Dan sesungguhnya Al Quran itu memberikan kemuliaan dan peringatan kepadamu (wahai Muhammad) dan kepada kaummu; dan kamu akan ditanya kelak (tentang isi kandungannya yang kamu telah amalkan)."