Sunday 29 August 2010

Touch & Go atau Senyum & Salam - pilihan di tangan anda!

Telah lama saya fikirkan..."Touch & Go" salah satu kaedah pembayaran tol di lebuh raya - mudah dan segera tercapai objektif iaitu kebenaran laluan untuk meneruskan perjalanan dengan sentuhan kad pra-bayar. Smart-tag pula versi penambahbaikan kad pra-bayar tanpa sentuhan dan menunggu, hanya laluan dengan talaan sensor. Kita tidak menafikan sains dan teknologi banyak memudahkan aktiviti kehidupan seharian kita tetapi ada ketikanya kecanggihan peralatan teknologi menghakis nilai kemanusiaan yang sungguh berharga dan peluang untuk meraih ganjaran pahala. Dengan berhenti untuk beberapa ketika, menyapa jurutol dengan salam & senyuman sambil menghulurkan tiket dan wang, secara bandingan kita mungkin "kehilangan" sedikit masa (yang sesungguhnya ukurannya turut relatif)dengan mereka yang menggunakan kad pra-bayar tetapi kita akan merasa puas kerana dapat berinteraksi serta melakukan sedikit kebajikan. Malang serta rugi berganda jika kita memilih untuk membayar tunai tanpa diiringi dengan salam & senyuman.

Dalam ekonomi, konsep ini dikenali sebagai "kos melepas" - "Opportunity cost":The cost of an opportunity forgone (and the loss of the benefits that could be received from that opportunity); the most valuable forgone alternative.

Dalam profesion perguruan juga ada kos melepas, pilihan juga di tangan kita. Untuk menjadi guru "Touch & Go" tanpa kepedulian atau menjadi seorang pendidik "pakar" (penaziran berdasarkan pertanggungjawaban / "accountability")dan terdidik dengan profesion yang kita cintai ini.

Gejala sosial yang melanda masyarakat kita khususnya di kalangan remaja cukup meruncing dan merunsingkan. Gejala pergaulan bebas, sumbang mahram, penzinaan, kes pembuangan bayi, kes pembunuhan akibat tekanan jiwa dan penyakit mental dan segala macam lagi. Berapa ramai di antara mereka yang merupakan pelajar IPT / kolej? Mereka yang berpengetahuan tinggi tetapi tidak terdidik dengan ilmu yang dimiliki. Punca utama ialah kurang mendalami Islam, tidak merasa bangga(Izzah) dan mulia dengan Islam, kecewa dan putus asa dengan peristiwa yang berlaku dalam dunia Islam...

Masa kan Allah biarkan kita begitu sahaja...umat yang diturunkan dengan ayat "iqra'- bacalah.."...yang diuji dengan pelbagai musibah...sungguh tidak masuk akal, jika umat ini digolongkan umat yang paling mundur dari segi ilmu dan pendidikan...

Besar peranan kita, sebagai pendidik dan bakal pendidik, kita harus sedar dan bersungguh-sungguh dalam membentuk generasi "PEMUDA YANG PEKA ZAMAN" - anak didik yang mengerti akan hala tuju kehidupan, sedar tentang adanya sistem pembalasan yang mutlak, wujudnya kehidupan akhirat, terdididk dengan pengawasan Allah dalam setiap detik kehidupan, menjadikan Islam sebagai satu-satunya cara hidup, mengamalkan ajaran Islam dalam semua aspek kehidupan-konsep ibadah yang komprehensif...

"...Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu..." (Al-Maidah:3)

"Dan barangsiapa berpaling dari peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit" (Taha: 124)

"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku"
(Adz- Dzariyat: 56)

"Katakanlah, sesungguhnya shalatku, ibadahku, hidupku, dan matiku hanyalah untuk Allah, Rabb semesta alam" (Al-an'am:162)

"Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!"
(Az-Zalzalah: 7-8)

"Patuhilah (seruan) Rabb-mu sebelum datang dari Allah suatu hari yang tidak dapat ditolak kedatangannya. Kamu tidak memperoleh tempat berlindung pada hari itu dan tidak (pula) dapat mengingkari (dosa-dosamu)" (Asy-Syura:47)

Daripada tinjauan rambang / survey yang saya lakukan ke atas 26 orang pelajar program persediaan ijazah sarjana muda perguruan: menulis perkara utama yang sentiasa bermain di kotak fikiran mereka, tanpa menyelesaikannya mereka tidak sejahtera...(identiti mereka tidak dicatatkan).

23 orang pelajar mencatatkan perkara tentang penting nya motivasi daripada famili, teman wanita/lelaki, kejayaan dalam pembelajaran, keperluan asas yang mesti dipenuhi seperti makan-minum, mandi...hanya tiga orang pelajar yang mengutamakan keperluan spiritual daripada keperluan emosi, sosial dan fizikal, alhamdulillah. Dengarkan keluhan mereka:

Student 1: "The thing that could make myself feel complete: Trying to find myself and trying to find the purpose of me existing in this world"

Student 2: "I will be miserable one if I can't wake up early in the morning for subuh prayer at mosque. I always wake up late and need to pray alone in my room"

Student 3: "If I miss one pray, my mind is like mess. I cannot think, eat or smile properly. I feel very guilty and will very uncomfortable. One day, I went out and I miss to pray. Then I feel very uncomfortable"

Allah telah menganugerahkan kita dengan kekuatan fizikal, keindahan bentuk dan rupa,kematangan berfikir dan semangat yang bergelora. Allah turut menyediakan kita dua jalan supaya kita bebas membuat pilihan, salah satu daripada dua jalan: jalan kebaikan & kedamaian atau jalan keburukan & kerosakan. Allah tidak pernah menzalimi hamba-hambaNya. Kita lah yang menzalimi diri kita sendiri.

Semoga Allah pimpin setiap tindakan kita dan menggolongkan kita di antara mereka yang sentiasa melakukan kebaikan dan tidak melalaikan usia, amin.

Allahu 'alam. Sekadar berkongsi fikiran, semoga bermanfaat.

KNOWLEDGE IS POWER

KNOWLEDGE IS POWER
DEAR-Drop Everything And Read

Ke Arah Pembentukkan Minda Pendidik Kelas Pertama

"Sejahtera akidahnya, sahih ibadahnya, teguh akhlaknya, terdidik fikirannya, kuat badannya, mampu untuk mengusahakan mata pencariannya, teratur dalam segala urusannya, sentiasa menjaga waktunya dan sentiasa memberi manfaat kepada orang lain" (As Syahid Imam Hasan al Banna)

Istimewanya zaman remaja...

Tujuh golongan manusia akan dilindungi oleh Allah pada hari di mana tidak ada perlindungan kecuali perlindunganNya iaitu:
1) Imam yang adil
2) Pemuda / remaja (lelaki & perempuan) yang tekun beribadat kepada Allah
3) Seorang lelaki yang hatinya terpaut kepada masjid, (hatinya sentiasa ingat) dari masa ia keluar dari masjid hingga ia balik semula ke masjid
4) Dua orang *lelaki yang berkasih-kasihan di dalam (mencari ridha) Allah, keduanya bertemu kerana Allah dan berpisah pula kerana Allah
5) Seorang *lelaki yang mengingati Allah, di masa sunyi sepi sehingga menitiskan air mata.
6) Seorang lelaki yang diajak oleh seorang wanita yang berkedudukan tinggi, cantik rupa parasnya untuk melakukan perbuatan jahat, ia berkata, "Aku takut kepada tuhan seluruh alam"
7) Seorang *lelaki yang memberi sedekah dengan suatu sedekah, lalu disembunyikan sedekah itu, sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfakkan oleh tangan kanannya.

Kita lah Ulil Albab...

"Lo! In the creation of the heaven and the earth and (in) the difference of night and day are tokens (of His sovereignity) for man of understanding"

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pengantian malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal"

(Ali-Imran: 190)


"ILMU DAN IBADAH SESEORANG TIADA NILAI NYA DI SISI ALLAH DAN MANUSIA SEKIRANYA MEMBUAHKAN AKHLAK YANG BURUK"

Al-Zukhruf: 43-44

"Dengan yang demikian, berpegang teguhlah kepada Al-Quran yang telah diwahyukan kepadamu; kerana sesungguhnya engkau berada di atas jalan yang lurus. Dan sesungguhnya Al Quran itu memberikan kemuliaan dan peringatan kepadamu (wahai Muhammad) dan kepada kaummu; dan kamu akan ditanya kelak (tentang isi kandungannya yang kamu telah amalkan)."