Sunday, 13 August 2017
Keajaiban Usia Muda
Sedikit perkongsian tentang pentingnya dimanfaatkan usia seperti mana yang dinyatakan dalam hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Tidak akan berganjak dua kaki anak adam sebelum ia ditanya tentang empat hal: usianya digunakan untuk apa, masa mudanya untuk apa dihabiskan, ilmunya untuk apa diamalkan, serta hartanya dengan cara apa didapatkan dan untuk apa digunakan" (HR. at-Tirmidzi no. 2416, ath-Thabrani dalam al-Mu’jam al-Kabir jilid 10 hal 8 Hadits no. 9772 dan Hadits ini telah dihasankan oleh Syaikh Albani dalam Silsilah al-AHadits ash-Ashahihah no. 946)
Tahap Usia menurut WHO (World Health Organisation)
0-2 minggu - Orok (infancy)
2 minggu - 2 tahun: Bayi (babyhood)
2-6 tahun: Awal kanak-kanak (early childhood)
6-12 tahun: Akhir kanak-kanak (late childhood)
12-14 tahun: Akil baligh (puberty)
14-17 tahun: Awal remaja (early adolescene)
17-21 tahun: Akhir remaja (late adolescene)
21-40 tahun: Awal dewasa (early adulthood)
40-60 tahun: Usia pertengahan (Middle Age)
60 tahun keatas: Tua (senescene)
Allahu alam, semoga bermanfaat.
KEAJAIBAN USIA MUDA
Usia muda menyimpan sejuta keajaiban dan tentunya sejuta keajaiban itu tidak dimiliki oleh fasa-fasa sebelumnya mahupun sesudahnya.
ANTARA KEKUATAN DAN KEMAHUAN
Usia muda adalah sebuah fasa dalam kehidupan manusia, yang mana dalam diri seorang pemuda terkumpul dua kekuatan penting dalam hidup. Kedua kekuatan tersebut adalah ;
‘Al-Quwwah’ (Kekuatan).
‘Al-Iradah’ (Kemahuan).
Anak yang masih kecil misalnya, ia memiliki kemahuan, tapi belum diberikan kekuatan fizikal untuk merealisasikan keinginannya itu.
Sebaliknya orang yang sudah uzur, kemahuan ada tapi kekuatan fizikal sudah tidak lagi menyebelahinya.
Oleh sebab itu, hanya dalam diri orang muda lah terkumpul dua perkara penting tersebut.
Jika seorang remaja mampu menyalurkan kekuatan dan keinginannya pada perkara-perkara yang positif, maka sungguh sesuatu yang luar biasa akan berlaku kepada dirinya.
Potensi yang dimilikinya akan benar-benar terserlah sehingga ia akan menjadi sebuah peribadi yang produktif dalam berbagai bidang yang digelutinya dalam kehidupan.
Oleh yang demikian, sayang seribu kali sayang jika masa muda ini berlalu begitu sahaja tanpa ada sesuatupun yang boleh dipersembahkan untuk kehidupan di dalamnya sehingga tanpa terasa, masa tua perlahan-lahan datang menjelang meskipun tanpa diundang, namun belum ada karya atau belum ada persembahan yang bererti dalam kehidupan yang telah dijalaninya selama ini.
Walaupun ia ingin masa muda kembali berulang agar ia dapat berbuat lebih baik dan lebih banyak, namun semua itu hanyalah mimpi belaka kerana masa muda yang hanya sekali bagi setiap orang tidak akan kembali lagi.
Fakta inilah yang terkandung di dalam firman Allah swt :
"Allah, Dialah yang menciptakan kamu dari keadaan lemah, kemudian Dia menjadikan (kamu) sesudah keadaan lemah itu menjadi kuat, kemudian Dia menjadikan (kamu) sesudah kuat itu lemah (kembali) dan beruban. Dia menciptakan apa yang dikehendakiNya, dan Dialah yang Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa." (QS Ar-Rum : 54)
Keadaan lemah itu adalah masa kecil, kemudian keadaan kuat adalah masa muda sedangkan keadaan lemah setelah itu adalah masa tua.
Jadi jelaslah disini di mana kita dapat memahami, bahwa masa muda ini adalah masa yang istimewa.
Masa yang mesti kita manfaatkan dengan baik untuk mengumpulkan tenaga hidup. Masa yang mesti kita gunakan dengan produktif dan bukan masa untuk bersantai-santai serta bermalas-malas kerana kita mesti ingat, setelah masa ini berlalu, maka kekuatan itu tidak akan kita dapati lagi sebagaimana yang kita dapati di masa itu.
KEKAGUMAN ALLAH KEPADA PEMUDA
Wahai anak muda…
Wahai anak remaja…
Wahai insan yang kekuatan dan kemahuan berpadu dalam jiwanya…
Pernahkah kau merasa bahwa Allah mengkagumimu?
Ini adalah perkara yang sering luput dari kita kerana betapa nikmatnya melewati masa muda sehingga kadang-kadang sampai terlupa bahwa Allah swt sedang mengkagumi kita, para pemuda.
Seandainya perkara ini benar-benar kita fahami, tentu kita akan termotivasi untuk sentiasa berusaha mempersembahkan yang terbaik dalam kehidupan sejak belia lagi.
Mari kita simak sebuah hadits berikut :
"Allah swt berfirman : "Wahai pemuda yang mampu mengendalikan nafsunya dan menggunakan waktu mudanya untukKu, kamu di sisiKu adalah umpama para malaikatKu." (Ibnu Hajar dalam Fathul Bari)
Lihatlah kekaguman Allah kepada para pemuda semua!
Renungilah kalimat pujian dari Tuhan untuk para pemuda sekalian iaitu mereka adalah seperti malaikat di sisiNya.
Malaikat yang doa-doanya sentiasa didengar oleh Allah. Malaikat yang sentiasa melaksanakan apa yang Allah perintahkan.
Tapi semua itu ada syaratnya iaitu apabila para pemuda :
Mampu mengendalikan nafsu mereka.
Mampu menggunakan masa muda ini dengan baik untuk mencari ridha Allah.
Itu sahaja syaratnya dan jika ianya dapat dipenuhi, bermakna para pemuda adalah laksana para malaikat Allah di dunia.
PENDUDUK SYURGA JUGA MUDA!
Tahukah kita bagaimana keadaan manusia di syurga nanti?
Kalau tentang keadaan mereka yang diselimuti dengan warna-warni kenikmatan, itu sudah pasti dan tidak perlu diragukan lagi kerana syurga adalah istana knikmatan.
Tapi maksud keadaan mereka disini ialah bagaimana keadaan fizikal mereka?
Apakah ada yang tua dan ada yang muda?
Adakah semuanya tua?
Apakah muda semuanya?
Mari kita simak keterangan dari Rasulullah saw berikut :
Dari Muaz bin Jabal, bahwasanya Nabi saw bersabda :
"Para ahli syurga akan memasuki syurga dalam keadaan (bersih) tanpa bulu rambut dan janggut dengan raut mata seperti memakai celak, umpama orang yang usianya masih tiga puluh tahun." (HR Tirmizi)
Dalam Al-Qur'an, Allah swt menjelaskan tentang para pendamping yang akan diberikan kepada orang-orang yang bertaqwa kelak di syurga di mana mereka adalah gadis-gadis remaja yang usia dan kecantikannya sama.
"Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa mendapat kemenangan. (Iaitu) kebun-kebun dan buah anggur serta gadis-gadis remaja yang sebaya." (QS An-Naba' : 33)
Makna sebenar dari perkataan "Kawaa'ib" disini diterjemahkan dengan istilah gadis-gadis remaja adalah, wanita yang memiliki payudara besar. Hal yang sama juga adalah sebagaimana yang diungkapkan oleh Sayyid Qutb dalam tafsirnya ‘Fi Dzilalil Qur'an’.
Tentunya Allah menjadikan penduduk syurga dalam keadaan muda ini bukanlah tanpa tujuan dan bukan pula secara kebetulan.
Syurga adalah puncak kenikmatan dan masa muda adalah puncak keindahan usia dan dengan yang demikian, kenikmatan dan keindahan syurga akan semakin terasa.
MALAIKAT HADIR DENGAN BENTUK SEORANG PEMUDA
Suatu ketika, Abdullah bin Mas'ud pernah menyampaikan :
"Jibril pernah datang menemui Nabi saw dalam bentuk seorang pemuda." (Syarah Musnad Abi Hanifah)
Ada satu perkara yang menarik dari riwayat singkat Ibnu Mas’ud di atas iaitu kehadiran Malaikat Jibril dalam rupa seorang pemuda ketika menyampaikan wahyu kepada Rasulullah saw.
Hal ini mengisyaratkan kepada kita bahwasanya masa muda adalah masa yang tepat :
1. Untuk menuntut ilmu.
2. Untuk membekalkan diri dengan ilmu pengetahuan.
Begitu pula ketika para malaikat bertamu ke rumah Nabi Ibrahim alaihis salam tatkala hendak memberitahu khabar gembira akan lahirnya anak keturunan baginda sebagai penerus baginda.
Mereka datang dalam rupa paras pemuda dan begitu juga mereka lakukan ketika bertamu ke rumah Nabi Lut alaihis salam ketika hendak menghukum kaumnya yang melakukan kemungkaran.
SEMUANYA MASIH MUDA
Sebagaimana masa muda adalah masa pertemuan dalam jiwa seorang manusia antara kekuatan dan keinginan, maka pada ketika itulah amanah kehidupan diberikan, dimulai dari :
a. Amanah nubuwwah (bagi para Nabi).
b. Amanah ilmu.
c. Amanah kebijaksanaan dan kearifan.
d. Amanah tanggungjawab syari'at.
Diriwayatkan dari Ibnu Abbas, bahwasanya ia berkata :
"Tidaklah Allah mengutus Nabi melainkan ia dalam keadaan muda, dan tidaklah seorang 'alim itu diberi ilmu melainkan ia dalam keadaan muda juga."
Kemudian ia membaca ayat;
"Mereka berkata: "Kami mendengar ada seorang pemuda yang mencela berhala-berhala ini, namanya Ibrahim."
(QS Al-Anbiya' : 60)
Ayat di atas berkenaan dengan kisah Nabi Ibrahim as, bahwa ia masih dalam keadaan muda ketika diutus menjadi Nabi. Al-Qur'an sendiri menyebutnya dengan panggilan "fatan" yang ertinya pemuda.
Lalu Allah memberikan hikmah kepada Yahya bin Zakariya dengan berkata :
"Dan Kami berikan kepadanya hikmah semasa ia masih kanak-kanak." (QS Maryam : 12)
Adapun tentang pemuda Al Kahfi, Allah swt berfirman :
"(Ingatlah) tatkala para pemuda itu mencari tempat berlindung ke dalam gua, lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan Kami, berikanlah rahmat kepada Kami dari sisiMu dan sempurnakanlah bagi Kami petunjuk yang lurus dalam urusan Kami (ini)." (QS Al-Kahfi :10)
Mereka para Ashabul Kahfi ketika melarikan diri ke dalam gua demi menyelamatkan iman adalah para pemuda dan Al-Qur'an mengulangi penyebutannya dengan sebutan yang sama (pemuda) pada ayat berikutnya.
"Sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambah pula untuk mereka petunjuk." (QS Al-Kahfi : 13)
Anas bin Malik ra berkata :
"Rasulullah saw dipeluk sedangkan di kepala dan janggutnya hanya ada dua puluh helai rambut putih."
Ini ertinya bahwa Rasulullah saw ketika itu masih muda.
Seterusnya kita boleh menyimak sejarah lebih lanjut bahwa Rasulullah saw memilih Usamah bin Zaid pada saat usianya masih muda belia (dalam beberapa riwayat disebutkan, bahwa usianya ketika itu masih tujuh belas tahun) untuk pemimpin pasukan yang di dalamnya ada semua sahabat Anshar dan Muhajirin yang lebih berusia.
Mari kita susuri dengan lebih mendalam seorang yang muda belia seperti Usamah bin Zaid yang berumur 17 atau 18 tahun ketika memimpin pasukan Muslimin untuk menghadapi pasukan elit Romawi.
Bukankah kemampuan panglima perang itu sangat kompleks di mana bukan hanya strategi dan ilmu ketenteraan yang diperlukan tapi juga meliputi :
Kepimpinan.
Psikologi massa.
Situasi politik.
Kekuatan logistik.
Kemampuan komunikasi.
Kemantapan perundingan.
Kewibawaan.
di mana semua kemampuan di atas seharusnya setaraf dengan kemampuan mana-mana panglima perang lain.
Apakah bentuk latihan, olahan berfikir, perasaan dan keterampilan yang telah dipelajari oleh Usamah dalam usia yang begitu muda?
MASAALAH YANG MENGHANTUI PEMUDA DAN PENYELESAIANNYA
Jika dibandingkan dengan pemuda di zaman para sahabat dahulu, lalu apakah yang sebenarnya berlaku kepada pemuda di zaman kita sekarang ini?
Secara minimanya ada empat faktor yang menyebabkan berlakunya perbezaan yang ketara :
Hilangnya Tarbiyah Islamiyah yang shahih sebagaimana Rasulullah saw laksanakan kepada para sahabat.
Berlakunya krisis keteladanan di kalangan pemuda.
Merasa rendah diri serta kurang percaya atau tidak yakin kepada kemampuan diri.
Arus media informasi yang begitu kuat dan cenderung kepada bersifat negatif.
Agar pemuda kembali memiliki kemuliaan sebagai agen perubah menuju kebaikan umat, berikut adalah beberapa jalan penyelesaian yang perlu diambil dengan segera :
Pelajarilah agamamu.
Tegakkan tauhid dalam hati dan hapuskan unsur syirik.
Bangunkan amal yang soleh dan bukan bid’ah.
Tinggalkan maksiat.
Tautkan hati dengan masjid.
Bersiaplah untuk sebuah persaingan dalam kehidupan.
Selektif dalam berkawan dan mengambil teman rapat.
Elakkan pergaulan bebas sesama lawan jenis.
Peka terhadap zamanmu.
Fahami zaman di mana engkau berada saat ini.
Milikilah fizikal yang sihat dan kuat.
Aturlah waktumu secara bermanfaat.
Selain itu, perlu juga ditekankan di sini berkenaan masalah ilmu kerana di sana kita dapati berlakunya kebangkitan Islam dari kalangan pemudanya, namun kurang ilmu sehingga yang menonjol adalah semangat semata-mata, namun kadang-kadang memberi kesan negatif.
Ada satu kalimat yang sungguh indah iaitu :
“Hajatush Shahwah Al Islamiyyah Ila ‘Ilmi Syar’iah” (Pentingnya kebangkitan Islam terhadap ilmu syar’ie).
sehingga perubahan atau kebangkitan itu berada pada jalan yang benar sesuai dengan syariat Islam sebagaimana Rasulullah saw dan para sahabatnya dulu merubah wajah dunia.
Betapa ramai orang tua yang ingin kembali ke masa mudanya untuk memperbaiki kekurangannya namun waktu yang telah ditentukan itu telahpun berlalu.
Maka wahai para pemuda, berubahlah dari sekarang sebelum kita menyesal di kemudian hari dan mulailah sekarang juga…!
“Barangsiapa yang Allah kehendaki petunjuk (hidayah), Allah lapangkan dadanya untuk Islam. Dan barangsiapa yang Allah kehendaki untuk tersesat, Allah jadikan dadanya sesak lagi sempit, seakan dia sedang mendaki langit. Begitulah Allah menimpakan siksa kepada orang-orang yang tidak beriman.” (QS Al An’am : 125)
Ya Allah, kurniakanlah kebaikan dan keterampilan kepada pemuda yang berada pada zaman kami sebagaimana pemuda yang hidup di zaman Rasulullah saw. Kuatkanlah iman dan kemahuan mereka sehingga mereka mampu menghadapi badai ujian serta mengembalikan semula nilai-nilai kebaikan dalam diri.
Oleh Ustaz Wan Ahmad Sanadi
Subscribe to:
Posts (Atom)
KNOWLEDGE IS POWER
Ke Arah Pembentukkan Minda Pendidik Kelas Pertama
"Sejahtera akidahnya, sahih ibadahnya, teguh akhlaknya, terdidik fikirannya, kuat badannya, mampu untuk mengusahakan mata pencariannya, teratur dalam segala urusannya, sentiasa menjaga waktunya dan sentiasa memberi manfaat kepada orang lain" (As Syahid Imam Hasan al Banna)
Istimewanya zaman remaja...
Tujuh golongan manusia akan dilindungi oleh Allah pada hari di mana tidak ada perlindungan kecuali perlindunganNya iaitu:
1) Imam yang adil
2) Pemuda / remaja (lelaki & perempuan) yang tekun beribadat kepada Allah
3) Seorang lelaki yang hatinya terpaut kepada masjid, (hatinya sentiasa ingat) dari masa ia keluar dari masjid hingga ia balik semula ke masjid
4) Dua orang *lelaki yang berkasih-kasihan di dalam (mencari ridha) Allah, keduanya bertemu kerana Allah dan berpisah pula kerana Allah
5) Seorang *lelaki yang mengingati Allah, di masa sunyi sepi sehingga menitiskan air mata.
6) Seorang lelaki yang diajak oleh seorang wanita yang berkedudukan tinggi, cantik rupa parasnya untuk melakukan perbuatan jahat, ia berkata, "Aku takut kepada tuhan seluruh alam"
7) Seorang *lelaki yang memberi sedekah dengan suatu sedekah, lalu disembunyikan sedekah itu, sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfakkan oleh tangan kanannya.
1) Imam yang adil
2) Pemuda / remaja (lelaki & perempuan) yang tekun beribadat kepada Allah
3) Seorang lelaki yang hatinya terpaut kepada masjid, (hatinya sentiasa ingat) dari masa ia keluar dari masjid hingga ia balik semula ke masjid
4) Dua orang *lelaki yang berkasih-kasihan di dalam (mencari ridha) Allah, keduanya bertemu kerana Allah dan berpisah pula kerana Allah
5) Seorang *lelaki yang mengingati Allah, di masa sunyi sepi sehingga menitiskan air mata.
6) Seorang lelaki yang diajak oleh seorang wanita yang berkedudukan tinggi, cantik rupa parasnya untuk melakukan perbuatan jahat, ia berkata, "Aku takut kepada tuhan seluruh alam"
7) Seorang *lelaki yang memberi sedekah dengan suatu sedekah, lalu disembunyikan sedekah itu, sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfakkan oleh tangan kanannya.
Kita lah Ulil Albab...
"Lo! In the creation of the heaven and the earth and (in) the difference of night and day are tokens (of His sovereignity) for man of understanding"
"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pengantian malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal"
(Ali-Imran: 190)
"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pengantian malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal"
(Ali-Imran: 190)
"ILMU DAN IBADAH SESEORANG TIADA NILAI NYA DI SISI ALLAH DAN MANUSIA SEKIRANYA MEMBUAHKAN AKHLAK YANG BURUK"
Al-Zukhruf: 43-44
"Dengan yang demikian, berpegang teguhlah kepada Al-Quran yang telah diwahyukan kepadamu; kerana sesungguhnya engkau berada di atas jalan yang lurus. Dan sesungguhnya Al Quran itu memberikan kemuliaan dan peringatan kepadamu (wahai Muhammad) dan kepada kaummu; dan kamu akan ditanya kelak (tentang isi kandungannya yang kamu telah amalkan)."