Friday, 12 August 2011

Kelegaan Berganda

Hari-hari dalam bulan yang dimuliakan Allah ini, tidak putus-putus kita berdoa dan sangat mengharapkan akan rahmatNya sentiasa dilimpahkan ke atas kita sekeluarga. Harapan kita agar segala amalan kita diterima dan berupaya menikmati setiap detik Ramadhan yang bakal meninggalkan kita tidak lama lagi, pada tahun-tahun yang mendatang pula, dengan kesihatan yang baik agar dapat melaksanakan ketaatan kepadaNya dengan sempurna dan selesa, terus menerus dikurniakan kesabaran yang tinggi untuk meneruskan kehidupan, ameen.

“Barangsiapa bertaqarrub kepadaNya (di bulan Ramadhan) dengan suatu kebaikan (sunnah), ia bagaikan melakukan satu kewajiban (fardhu) di bulan lainnya. Barangsiapa melakukan suatu kewajiban (fardhu) pada bulan ini, maka ia sama dengan orang yang melakukan tujuh puluh kali amalan wajib (fardhu) di bulan lainnya." (HR Ibnu Khuzaimah).

“Satu tasbih di bulan ini bersamaan dengan seribu kali tasbih di bulan lain.” (HR Tirmidzi)

Kita sedar peluang keemasan Ramadhan dikhaskan untuk kita, umat Nabi Muhammad s.a.w, di bulan ini, diturunkan Al Qur'an dan disediakan satu pencarian malam, iaitu "Lailatul Qadar"...malam yang sebaik seribu bulan.

"Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar,
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?
Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.
Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);
Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!'
[Al Qadr:1-5]


Semoga kita dipertemukan dengan Lailatul Qadar dan dikurniakan segala kenikmatan dan keberkatan beramal pada malam itu, ameen.

Tapi yang lebih penting, bukanlah banyak nya ibadat yang kita kerjakan, menjadi paspot untuk ke syurgaNya tetapi keikhlasan kita dalam melakukan semua ibadat tersebut menjadi berharga di sisi Allah untuk kita meraih rahmat dan keredaanNya. Apabila ini semua menjadi penilaian dan penanda aras kepada segala kerja buat kita, maka kita tidak akan sanggup melakukan sebarang kejahatan terhadap orang lain, memandang kezaliman dengan penuh kebencian, dan pastinya terasa sayu apabila penghinaan dilakukan ke atas kita. Hanya pada Allah tempat mengadu dan dikembalikan segala urusan untuk perhitungan dan pembalasan.


Alhamdulillah. Pada 10 Ogos 2011 bersamaan 10 Ramadhan 1432H. Saya rasa kelegaan yang berganda. Pertama kerana tertunainya pembayaran zakat fitrah di masjid berdekatan tempat saya bertugas. Sejak akhir-akhir ini saya mudah lupa, khuatir lupa apabila teringat dan segera bertindak merupakan suatu bentuk kelegaan. kedua, saya bagi pihak Jabatan Sains telah berjaya melupuskan 2 unit bahan radioaktif, Thorium karbonat, yang tidak lagi kami perlukan untuk bahan bantuan pembelajaran. Pelupusan tertangguh walaupun telah diusahakan sejak 4 November 2009, kerana kurang peuntukan kewangan yang terkesan daripada perbelanjaan berhemah Kementerian Pelajaran Malaysia. Rasa bagai satu bebanan terlerai dari bahu saya apabila melihat 2 kotak bahan radioaktif tersebut dibawa pergi oleh pegawai Agensi Nuklear Malaysia, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, (MOSTI) pada hari itu. Sesungguhnya, kami telah berjaya menghindarkan kemudharatan berpanjangan daripada berlaku ke atas warga Institut, khususnya para pengguna makmal kimia. Allahu 'alam.

KNOWLEDGE IS POWER

KNOWLEDGE IS POWER
DEAR-Drop Everything And Read

Ke Arah Pembentukkan Minda Pendidik Kelas Pertama

"Sejahtera akidahnya, sahih ibadahnya, teguh akhlaknya, terdidik fikirannya, kuat badannya, mampu untuk mengusahakan mata pencariannya, teratur dalam segala urusannya, sentiasa menjaga waktunya dan sentiasa memberi manfaat kepada orang lain" (As Syahid Imam Hasan al Banna)

Istimewanya zaman remaja...

Tujuh golongan manusia akan dilindungi oleh Allah pada hari di mana tidak ada perlindungan kecuali perlindunganNya iaitu:
1) Imam yang adil
2) Pemuda / remaja (lelaki & perempuan) yang tekun beribadat kepada Allah
3) Seorang lelaki yang hatinya terpaut kepada masjid, (hatinya sentiasa ingat) dari masa ia keluar dari masjid hingga ia balik semula ke masjid
4) Dua orang *lelaki yang berkasih-kasihan di dalam (mencari ridha) Allah, keduanya bertemu kerana Allah dan berpisah pula kerana Allah
5) Seorang *lelaki yang mengingati Allah, di masa sunyi sepi sehingga menitiskan air mata.
6) Seorang lelaki yang diajak oleh seorang wanita yang berkedudukan tinggi, cantik rupa parasnya untuk melakukan perbuatan jahat, ia berkata, "Aku takut kepada tuhan seluruh alam"
7) Seorang *lelaki yang memberi sedekah dengan suatu sedekah, lalu disembunyikan sedekah itu, sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfakkan oleh tangan kanannya.

Kita lah Ulil Albab...

"Lo! In the creation of the heaven and the earth and (in) the difference of night and day are tokens (of His sovereignity) for man of understanding"

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pengantian malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal"

(Ali-Imran: 190)


"ILMU DAN IBADAH SESEORANG TIADA NILAI NYA DI SISI ALLAH DAN MANUSIA SEKIRANYA MEMBUAHKAN AKHLAK YANG BURUK"

Al-Zukhruf: 43-44

"Dengan yang demikian, berpegang teguhlah kepada Al-Quran yang telah diwahyukan kepadamu; kerana sesungguhnya engkau berada di atas jalan yang lurus. Dan sesungguhnya Al Quran itu memberikan kemuliaan dan peringatan kepadamu (wahai Muhammad) dan kepada kaummu; dan kamu akan ditanya kelak (tentang isi kandungannya yang kamu telah amalkan)."