Saturday 5 February 2011

Engkaulah Pemuda Idaman...


Sunnahtullah atau peraturan dan ketetapan Allah terhadap sesuatu proses kejadian itu berlaku hanya sekali. Zaman remaja tidak terkecuali. Ia tidak mungkin berulang kembali. Kegemilangan sesebuah era termasuklah generasi Al Qur'an di zaman Rasulullah s.a.w didokong oleh para pemuda yang bersemangat kental. Jika diamati, setiap organisasi juga pasti ada barisan pemuda yang terdidik menurut acuan, ideologi dan falsafah tersendiri. Organisasi muslim sudah tentu merujuk kepada dua sumber rujukan yang unggul iaitu Al Qur'an dan As Sunnah Rasulullah s.a.w sahaja, dan tidak kepada yang lain. Ketegasan dalam mematuhi kedua-dua sumber ini amat penting. Keadaan yang mengundang keberkatan Allah. Melakukan segala suruhanNya (tidak melakukan laranganNya juga termasuk lah suruhanNya) melayakkan penganugerahan keberkatan kehidupan, yang sebaliknya menempah kucar-kacir dan kepayahan serta keberadaan yang menghapuskan keberkatan di sekelilingnya.

"Dan Ia menjadikan daku seorang yang berkat di mana sahaja aku berada, dan diperintahkan daku mengerjakan sembahyang dan memberi zakat selagi aku hidup." Surah Maryam:31

Kenapa golongan pemuda penting? Mereka memiliki kemampuan mental (lebih kritis dan kreatif) yang tinggi dan kekuatan fizikal, bersemangat tinggi secara bandingan dengan golongan tua dan kanak-kanak. Pemuda merupakan agen perubahan. Menurut Dr. Irwan Prayitno (2005), pemuda sangat mudah melakukan perubahan khususnya pada dirinya sebab mereka masih belum mempunyai suatu sikap dan budaya yang tetap, memiliki perilaku yang membudayakan serta dinamika kepemudaan. Dengan alasan itu juga lah, para pemuda menjadi rebutan. Mereka generasi pewaris, agen penambahbaikkan, pemacu semangat dan reformis moral masyarakat. Kekurangan ilmu, pengalaman dan kebijaksanaan (wisdom) mereka dapat 'ditampong' oleh generasi 'lama'. Maka, santunan golongan muda dan lama merupakan gandingan mantap untuk menempa kecemerlangan.

Dr. Raghib As-Sirjani, dalam penulisan nya "Menjadi Pemuda Peka Zaman: Langkah-langkah menjadi generasi idaman", menggariskan beberapa perkara sebagai garis panduan untuk pemuda. Posting yang lalu menyentuh empat motivasi kepada golongan muda, yang boleh dirumuskan seperti berikut:
Nasihat pertama: Tinggalkan perbuatan dosa dan maksiat sekarang juga!
Nasihat kedua: Kenalilah agamamu
Nasihat ketiga: Tambatkan lah hatimu dengan masjid.
Nasihat keempat: Jadilah pemuda berprestasi

Nasihat kelima:Sambunglah tali silaturrahim
Para pemuda diharapkan menjadi jambatan, penyambung kepada semua generasi dan 'penebus' kesilapan generasi yang terdahulu.
Mereka tidak seharusnya melihat diri mereka lebih baik daripada kedua ibubapa mereka. Keadaan ini mengundang kemurkaan Allah. Berbakti, berbuat baik dan taat kepada ibubapa merupakan tanggungjawab.(rujuk surah Luqman: 13-15)

Nasihat keenam: Selektiflah dalam memilih kawan
Stamina keimanan memjadi mantap apabila bersama mereka berakhlak baik dan beragama.
Pilihlah teman yang sentiasa mengingat kita akan kebaikan. Derajat dan martabat umat ditinggikan melalui pergaulan yang baik.

'Agama seseorang diukur dengan keadaan agama temannya, hendaknya setiap kamu memperhatikan siapa temannya' (Hadis riwayat At Tirmizi, Abu Dawud dan Ahmad).

Semestilah tugas yang agung dan besar tidak mampu dipikul oleh individu. lebih-lebih lagi, keberkatan Allah bersama jamaah.

'Barang siapa yang ingin masuk ke dalam syurga, hendaknya ia komitmen berjamaah'(Hadis riwayat Ahmad)

Nasihat ketujuh: Peduli terhadap realiti hidup umat
Seorang muslim melihat dunia ini secara integral dan universal walau bagaimana sekali pun kesibukan nya. Kepedulian dan pengetahuan terhadap isu global, antarabangsa, umat Islam di seluruh dunia di samping isu negara, masyarakat setempat termasuklah di kampus, penting bagi mengetahui 'penyakit' dan mencari penyelesaian kepada masalah umat.

"..Ya Allah, muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuhan, bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.
Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah"


Nasihat kelapan: Jadilah seorang olahgrawan

Persona seorang pemuda Isalam sejati ialah tubuh yang kuat, kesehatan yang normal, dan postur yang kokoh, seterusnya mental yang sihat. Cadangan olahraga yang bermanfaat untuk diceburi ialah berenang, memanah, seni mempertahankan diri, menguji kekuatan, angkat berat dan menunggang kuda.
Lakukan secara amali. Minimumkan membaca dan menyaksikan olahraga kerana ia tidak akan menumbuhkan semangat kerja yang tinggi dan hanya lah kelalaian yang jauh. Olahraga hanya lah cadangan dan bukan tujuan.

Nasihat kesembilan: Ajaklah orang lain
Apabila kita merasa kemanisan iman dan keindahan dalam bahtera hidayah, kita ingin orang lain khususnya orang yang akrab dengan kita untuk bersama kita. Kita tidak ingin mereka terus menderita dalam kealpaan dan lemas dalam kejahilan. Kita ingin mereka turut menaiki bahtera kebaikan. Gunalah sebarang media termasuk cetakan, elektronik dan internet untuk berkongsi maklumat serta membimbing mereka untuk melakukan kebaikan.

"Orang yang memberi petunjuk pada kebaikan seperti orang yang melakukannya"(Hadis riwayat Ahmad)

"Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang saleh, dan berkata, 'sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri?" Fushsiilat:33

Nasihat kesepuluh: Atur dan rapikan lah waktumu
Bagi melaksanakan semua saranan di atas, perlu kepada perencanaan yang matang bagi merealisasikan setiap kebaikan. Perlu kepada ketentuan tujuan dan target. Perlu merujuk dan berbincang dengan mereka yang berpengalaman, menempuh, bergelut di jalan dakwah ini.
Setiap manusia akan mengalami kegagalan dan kejayaan. Seharusnya kita ambil pelajaran daripada kesilapan. Allah bersama kita. Sentiasalah mohon bantuanNya. Allah akan membuka pintu-pintu kebaikan dan rahmat kepada kita, membimbing kita kepada jalan keselamatan, serta menunjuk kita menuju kebenaran dan kebahagiaan.

"Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan)Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik" Al-Ankabut: 69

Jadilah PEMUDA PENJANA KEBERKATAN, amin. Allahu 'alam.

KNOWLEDGE IS POWER

KNOWLEDGE IS POWER
DEAR-Drop Everything And Read

Ke Arah Pembentukkan Minda Pendidik Kelas Pertama

"Sejahtera akidahnya, sahih ibadahnya, teguh akhlaknya, terdidik fikirannya, kuat badannya, mampu untuk mengusahakan mata pencariannya, teratur dalam segala urusannya, sentiasa menjaga waktunya dan sentiasa memberi manfaat kepada orang lain" (As Syahid Imam Hasan al Banna)

Istimewanya zaman remaja...

Tujuh golongan manusia akan dilindungi oleh Allah pada hari di mana tidak ada perlindungan kecuali perlindunganNya iaitu:
1) Imam yang adil
2) Pemuda / remaja (lelaki & perempuan) yang tekun beribadat kepada Allah
3) Seorang lelaki yang hatinya terpaut kepada masjid, (hatinya sentiasa ingat) dari masa ia keluar dari masjid hingga ia balik semula ke masjid
4) Dua orang *lelaki yang berkasih-kasihan di dalam (mencari ridha) Allah, keduanya bertemu kerana Allah dan berpisah pula kerana Allah
5) Seorang *lelaki yang mengingati Allah, di masa sunyi sepi sehingga menitiskan air mata.
6) Seorang lelaki yang diajak oleh seorang wanita yang berkedudukan tinggi, cantik rupa parasnya untuk melakukan perbuatan jahat, ia berkata, "Aku takut kepada tuhan seluruh alam"
7) Seorang *lelaki yang memberi sedekah dengan suatu sedekah, lalu disembunyikan sedekah itu, sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfakkan oleh tangan kanannya.

Kita lah Ulil Albab...

"Lo! In the creation of the heaven and the earth and (in) the difference of night and day are tokens (of His sovereignity) for man of understanding"

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pengantian malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal"

(Ali-Imran: 190)


"ILMU DAN IBADAH SESEORANG TIADA NILAI NYA DI SISI ALLAH DAN MANUSIA SEKIRANYA MEMBUAHKAN AKHLAK YANG BURUK"

Al-Zukhruf: 43-44

"Dengan yang demikian, berpegang teguhlah kepada Al-Quran yang telah diwahyukan kepadamu; kerana sesungguhnya engkau berada di atas jalan yang lurus. Dan sesungguhnya Al Quran itu memberikan kemuliaan dan peringatan kepadamu (wahai Muhammad) dan kepada kaummu; dan kamu akan ditanya kelak (tentang isi kandungannya yang kamu telah amalkan)."