
Sumber : Ust Sihabuddin Muhaemin
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله صلى الله عليه وسلّم .اما بعد:
TAZKIRAH PAGI UNTUK MUHASABAH DIRI.
GURU ADALAH PAHLAWAN TANPA TANDA JASA.
Hari ini kita memperingati hari guru. Walaupun peringatan itu bukanlah lahir dari ajaran Islam. Tapi tidaklah salah kita memperingati hari guru tersebut dengan peringatan yang Islami. Hal ini dilakukan untuk mengenangkan jasa dan pengorbanan guru dalam mendidik anak bangsa dalam kehidupan.
Guru adalah insan yang paling layak dihormati dan di muliakan selepas kedua ibu bapa kita. Ini kerana, merekalah yg memberikan ilmu kepada kita dan menjadi asbab kita menjadi manusia yang celik hukum dalam hidup tanpa mengenal erti penat dan lelah. Meskipun pelbagai dugaan yang mereka hadapi. Namun mereka tetap mencurahkan ilmu kepada kita.
Allah berfirman:
فسألوا أهل الذكر ان كنتم لا تعلمون.
" Maka bertanyalah kamu kepada ahli dzikr (ahli ilmu) jika kamu tidak mengetahuinya. "
Rasulullah SAW bersabda: " Kelebihan orang alim ke atas ahli ibadah seperti kelebihanku ke atas orang-orang yang paling rendah di antara kamu. " (HR at-Tirmidzi dari Abu Umamah al Bahily RA).
Amirul mukminin Umar al-Khattab berkata: " kematian 1000 ahli ibadat yang bangun beramal ibadah sepanjang malam dan berpuasa sepanjang siang, itu lebih ringan berbanding kematian seorang alim yang mahir tentang ilmunya apa yang di halalkan & yg diharamkan Allah. "
Pepatah Arab mengatakan
لولا مربي ما عرفت ربي
" Kalaulah tanpa guru maka nescaya aku tak akan kenal Tuhan ku. "
Oleh kerana itu Islam mewajibkan & menyuruh kita untuk menghormati guru dengan cara seperti:
1. Merendahkan diri di hadapan guru serta mendengar setiap nasihatnya.
2. Mentaati setiap arahan serta bimbingan guru.
3. Berkhidmat pada guru untuk mengharapkan balasan daripada Allah dengan khidmat tersebut.
4. Memandang guru dengan pandangan hormat dan takzim.
5. Tidak menggunakan panggilan yang kasar seperti engkau, kamu atau awak. Atau memanggil dengan suara yang kuat.
6. Sentiasa berdampingan dengan Guru untuk mendapatkan keberkatan ilmunya.
7. Jangan berbantah dengan guru meskipun kita dalam kondisi yang benar.
8. Berterima kasih pada guru yang telah mengajarkan ilmu kepada kita.
9. Menziarahi guru ke rumahnya dengan izinnya. Untuk mengeratkan perhubungan.
10. Mendoakan guru kita semasa hidupnya & selepas meninggalnya.
Ya Allah berikanlah kepada guru-guru kami panjang usianya serta sehatkan tubuh badannya untuk memberikan ilmu yang bermanfaat kepada kami, serata berikanlah kami ilmu yang barakah dan manfaat utk bekal hidup kami di dunia & akhirat. Aamiinn. !!!!!!
Wallahu a'lam.
Doakan istiqamah.
Wassalam.