Thursday 16 February 2017

Belia Harmoni...


MANILA - Tiga orang aktivis Belia Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) telah tiba di Manila bagi mewakili negara bagi menghadiri Mesyuarat ASEAN Civil Society Conference bagi pertubuhan masyarakat madani (CSOs) serantau.

Muhammad Fikri Ahmad, Dr Nur Aisyah Zainordin dan Hussaini Khairudin masing-masing mewakili Belia Harmoni, ASEAN Young Leader Forum (AYLF) dan Jawatankuasa Masyarakat Madani IKRAM tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino (NAIA) pada awal pagi tadi.

Kehadiran mereka bertujuan untuk merangka perancangan pertama CSOs serantau bagi tahun 2017 dan mesyuarat ini bertujuan untuk menyuarakan pandangan CSOs kepada pihak berkepentingan.

Kunjungan julung kalinya ini bertujuan untuk meningkatkan keberadaan IKRAM di mata masyarakat ASEAN terutama dalam memperjuangkan hak-hak sivil masyarakat awam.

ASEAN Civil Society Conference merupakan perkumpulan CSOs terbesar di peringkat Asia Tenggara yang diberi mandat untuk mewakili dan menguatkan suara komuniti ASEAN.

Setelah 12 tahun penubuhannya, gabungan CSOs ini telah menjadi platform yang strategik untuk membantu golongan yang terpinggir dan kurang bernasib baik.

Penglibatan Belia IKRAM ini selaras usaha untuk menerajui masyarakat madani melalui pembinaan hubungan dengan CSOs utama dan tokoh-tokoh masyarakat serta menggerakkan kerjasama dalam memperjuangkan isu-isu besar masyarakat dan negara.

Keterlibatan Belia IKRAM ini bukan sahaja untuk menyertai tetapi juga menjadi jawatankuasa yang dilantik oleh Malaysia ke peringkat ASEAN dalam bidang yang berbeza.

Selain menghadiri mesyuarat tiga hari di Manila, aktivis belia ini dijadualkan membuat kunjungan hormat ke pejabat-pejabat CSOs dan pusat-pusat dakwah di sekitar Manila.

Semoga dengan lawatan kali ini mencambahkan usaha dakwah, tarbiah dan kebajikan IKRAM bukan sahaja di bumi Malaysia, malah ke seluruh dunia selaras dengan visi "Malaysia Menjadi Negara Rahmah".

KNOWLEDGE IS POWER

KNOWLEDGE IS POWER
DEAR-Drop Everything And Read

Ke Arah Pembentukkan Minda Pendidik Kelas Pertama

"Sejahtera akidahnya, sahih ibadahnya, teguh akhlaknya, terdidik fikirannya, kuat badannya, mampu untuk mengusahakan mata pencariannya, teratur dalam segala urusannya, sentiasa menjaga waktunya dan sentiasa memberi manfaat kepada orang lain" (As Syahid Imam Hasan al Banna)

Istimewanya zaman remaja...

Tujuh golongan manusia akan dilindungi oleh Allah pada hari di mana tidak ada perlindungan kecuali perlindunganNya iaitu:
1) Imam yang adil
2) Pemuda / remaja (lelaki & perempuan) yang tekun beribadat kepada Allah
3) Seorang lelaki yang hatinya terpaut kepada masjid, (hatinya sentiasa ingat) dari masa ia keluar dari masjid hingga ia balik semula ke masjid
4) Dua orang *lelaki yang berkasih-kasihan di dalam (mencari ridha) Allah, keduanya bertemu kerana Allah dan berpisah pula kerana Allah
5) Seorang *lelaki yang mengingati Allah, di masa sunyi sepi sehingga menitiskan air mata.
6) Seorang lelaki yang diajak oleh seorang wanita yang berkedudukan tinggi, cantik rupa parasnya untuk melakukan perbuatan jahat, ia berkata, "Aku takut kepada tuhan seluruh alam"
7) Seorang *lelaki yang memberi sedekah dengan suatu sedekah, lalu disembunyikan sedekah itu, sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfakkan oleh tangan kanannya.

Kita lah Ulil Albab...

"Lo! In the creation of the heaven and the earth and (in) the difference of night and day are tokens (of His sovereignity) for man of understanding"

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pengantian malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal"

(Ali-Imran: 190)


"ILMU DAN IBADAH SESEORANG TIADA NILAI NYA DI SISI ALLAH DAN MANUSIA SEKIRANYA MEMBUAHKAN AKHLAK YANG BURUK"

Al-Zukhruf: 43-44

"Dengan yang demikian, berpegang teguhlah kepada Al-Quran yang telah diwahyukan kepadamu; kerana sesungguhnya engkau berada di atas jalan yang lurus. Dan sesungguhnya Al Quran itu memberikan kemuliaan dan peringatan kepadamu (wahai Muhammad) dan kepada kaummu; dan kamu akan ditanya kelak (tentang isi kandungannya yang kamu telah amalkan)."