Friday 1 May 2020

GC 2020



Hikayat Google Classroom
Sebelum sosok bernama Maszlee Malik menjadi Menteri Pendidikan Malaysia ke-19 di zaman pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan, majoriti guru-guru seperti saya adalah pemaki tegar system internet sekolah dan juga pembelajaran atas talian yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Makian kami itu adalah untuk pakej perlahannya capaian internet yang menyebabkan kami para guru sering disajikan dengan donut berpusing di skrin komputer dan komputer bimbit masing-masing, kerancuan sistem pembelaran atas talian yang dinamakan sebagai FROG VLE (baca katak) yang juga terkait dengan kelembapan internet dan system pelaporan SKPMG2 yang menyebabkan ramai guru yang terpaksa pergi ke kafe siber pada jam 2-3pagi untuk membuat laporan kepada para pegawai PPD dan jamaah Nazir yang akan datang ke sekolah lagak mak tiri sinetron Bawang Putih Bawang Merah. Semua ini telah menyumbang kepada peningkatan pesakit darah tinggi dan strok di kalangan para guru. Tidak percaya? Cuba semak statistik yang disimpan oleh KKM. Begitu juga ramai guru-guru yang memohon pencen awal kerana masalah tekanan (stress) dan kemurungan.
Apabila Maszlee menjadi Menteri, beliau mula mengisytiharkan komitmennya untuk mengurangkan beban guru!
Belia uterus berhubung dengan NUTP yang selama berdekad-dekad menjadi musuh ketat KPM demi mendapat input bagaimanakah caranya meringankan benanan para guru. Beliau juga bertemu dengan persatuan pengetua, guru besar, dan persatuan guru dari Malaysia Barat.
Kemudian SKPMG2 tidak lagi diwajibkan! Malah beliau melakukan lawatan ke sekolah sekolah dengan mengejut dan terkejut apabila melihat ada lagi pengetua yang memaksakan para guru mengisi SKPMG2 atas arahan PPD.
Apa yang lebih menarik pada tahun 2019 beliau menukarkan system FROG yang menyusahkan hidup para guru kepada Google Classrom yang percuma dan mudah diakses. Menarik lagi internet sekolah telah didemokrasikan dan tidak lagi dimonopoli oleh sbuah syarikat sahaja> Internet menjadi laju di kebanyakan sekolah-sekolah di seluruh negara.
Ini adalah di antara puluhan jika tidak ratusan lagi inisiatif yang telah dibawa oleh Maszlee sewaktu menjadi Menteri Pendidikan. Tidak hairanlah pada 3 Januari ketika beliau ‘memulangkan semula’ jawatan Menteri Pendidikan kepada YAB Perdana Menteri pada waktu itu, bukan sekadar langit mendung dan hujan membasahi bumi, malah kami lebih 400,000 guru di seluruh negara juga turut menangisi peristiwa tersebut selama berhari-hari, malah ada yang berminggu. Ini fakta sejarah. Cuba tanyakan kepada rata-rata para guru…mereka akan membawa hikayat yang sama. Kami semua sedih dan sayu selepas pemergian Maszlee dari jawatannya. Bagi kami, para guru telah hilang masa depan dan hilang tempat bergantung dan mengadu.
Tidak hairanlah petisen atas talian yang dianjurkan untuk meminta PM mengambil semula Maszlee telah diisikan oleh lebih 400,000 rakyat Malaysia yang majoritinya adalah para guru. Ini adalah rekod dalam sejarah Malaysia. Ini adalah fakta yang disembunyikan oleh media. Namun para guru tidak akan melupakan fakta ini dan tidak akan melupakan sosok bernama Maszlee Malik dalam lipatan kenangan hati sanubari masing-masing.
Di kala wabak atau pandemic Covid19 melanda, Maszlee sekali lagi mencuri perasaan kami. Bukan kerana beliau lantang bersuara seperti politikus PH yang lain. BUkan kerana beliau muncul dengan kanyataan akhbar pelbagai di kala wabak. Bukan juga kerana beliau terlibat aktif membantu Dr NorHisham wira negara di dalam menanggani isu Covid19.
Beliau dieknang oleh para guru dan ibubapa kerana keputusannya menggantikan FROG VLE yang telah menyebabkan ramai guru menghidap darah tinggi, kepada Google Classroom. Google Classroom sebagai platform pembelajaran atas talian mudah diakses, mudah difahami, dan juga dapat dicapai melalui aplikasi talipon bimbit. Ramai guru selesa menggunakan aplikasi GC untuk tujuan pengajaran atas talian. Cubalah lakukan survey!
Ibubapa juga mudah menggunakannya.
Cuma isu capaian internet di Kawasan pendalaman dan pemilikan peranti oleh keluarga miskin itu diluar topik perbincangan artikel ini. Itu bukan tugas Kementerian Pendidikan Malaysia.
Apa yang menarik, Malaysia adalah di tanga keempat dunia sebagai pengguna terbanyak Google Classroom di waktu Covid 19.
Jika ada sumbangan dan jasa Maszlee dan KPM di kala Covid 19 ini, maka Google Classroom inilah sumbangan terbesar mereka demi memandaikan anak bangsa, dan menjamin kelangsungan Pendidikan generasi penerus. Harapan kami para guru agar KPM meneruskan Google Classroom yang percuma dan tidak membebankan wang pembayar cukai ini. Janganlah KPM kembali kepada FROG yang telah membebankan para guru!
Salin dan tampal daripada:
Cikgu Hasan Baharom Ali,
Johor Baharu.

KNOWLEDGE IS POWER

KNOWLEDGE IS POWER
DEAR-Drop Everything And Read

Ke Arah Pembentukkan Minda Pendidik Kelas Pertama

"Sejahtera akidahnya, sahih ibadahnya, teguh akhlaknya, terdidik fikirannya, kuat badannya, mampu untuk mengusahakan mata pencariannya, teratur dalam segala urusannya, sentiasa menjaga waktunya dan sentiasa memberi manfaat kepada orang lain" (As Syahid Imam Hasan al Banna)

Istimewanya zaman remaja...

Tujuh golongan manusia akan dilindungi oleh Allah pada hari di mana tidak ada perlindungan kecuali perlindunganNya iaitu:
1) Imam yang adil
2) Pemuda / remaja (lelaki & perempuan) yang tekun beribadat kepada Allah
3) Seorang lelaki yang hatinya terpaut kepada masjid, (hatinya sentiasa ingat) dari masa ia keluar dari masjid hingga ia balik semula ke masjid
4) Dua orang *lelaki yang berkasih-kasihan di dalam (mencari ridha) Allah, keduanya bertemu kerana Allah dan berpisah pula kerana Allah
5) Seorang *lelaki yang mengingati Allah, di masa sunyi sepi sehingga menitiskan air mata.
6) Seorang lelaki yang diajak oleh seorang wanita yang berkedudukan tinggi, cantik rupa parasnya untuk melakukan perbuatan jahat, ia berkata, "Aku takut kepada tuhan seluruh alam"
7) Seorang *lelaki yang memberi sedekah dengan suatu sedekah, lalu disembunyikan sedekah itu, sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfakkan oleh tangan kanannya.

Kita lah Ulil Albab...

"Lo! In the creation of the heaven and the earth and (in) the difference of night and day are tokens (of His sovereignity) for man of understanding"

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pengantian malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal"

(Ali-Imran: 190)


"ILMU DAN IBADAH SESEORANG TIADA NILAI NYA DI SISI ALLAH DAN MANUSIA SEKIRANYA MEMBUAHKAN AKHLAK YANG BURUK"

Al-Zukhruf: 43-44

"Dengan yang demikian, berpegang teguhlah kepada Al-Quran yang telah diwahyukan kepadamu; kerana sesungguhnya engkau berada di atas jalan yang lurus. Dan sesungguhnya Al Quran itu memberikan kemuliaan dan peringatan kepadamu (wahai Muhammad) dan kepada kaummu; dan kamu akan ditanya kelak (tentang isi kandungannya yang kamu telah amalkan)."