Musleh Kita
Saya membaca dengan tekun coretan pengalaman anak-anak yang pernah belajar di sekolah-sekolah Ikram-Musleh dari selatan tanah air hingga ke utara, dari timur hingga ke barat. Hati saya sebak dan air mata membuak-buak. Teringat kesungguhan dan pengorbanan ikhwah dan akhawat, mu’allimin dan mu’allimat, ibu dan bapa di peringkat awal penubuhannya. Berapa banyak keringat yang telah tercurah dan air mata yang tumpah. Sebahagian mereka telah kembali ke alam baqaa’ manakala sebahagian lagi masih teguh meneruskan usaha tanpa mengenal lelah demi melahirkan insan Rabbani yang berjasa kepada agama dan ummah.
Secubit pengalaman peribadi yang ingin dikongsi: Salah seorang daripada anak saya yang belajar di sekolah Ikram-Musleh (Hira’ Batu Belah dan Jeram) dari darjah 1 hingga darjah 6, sambung Maahad tahfiz 2 tahun, kemudian sambung menengah hingga lulus PMR dengan cemerlang.
Tingkatan 4 dan 5 belajar di Sekolah Agama Menengah Bestari (SAMBEST) yang dikelolakan oleh JAIS.
Tingkatan 4 dan 5 belajar di Sekolah Agama Menengah Bestari (SAMBEST) yang dikelolakan oleh JAIS.
SAMBEST adalah sekolah menengah JAIS yang paling berprestige. Ia hanya menerima masuk pelajar-pelajar yang cemerlang sahaja.
Di SAMBEST, anak saya telah dinobatkan sebagai TOKOH PELAJAR MITHALI yang mana penilaiannya bukan sahaja dinilai pada aspek pencapaian akdemik. Sebaliknya mencakupi aspek akhlak, disiplin, kepepimpinan dan lain-lain.
Poin yang ingin saya tekankan di sini ialah, sekiranya benar institusi pendidikan Ikram-Musleh mengajar ilmu yang sesat dan tidak mendidik pelajarnya dengan akhlak yang baik, masakan pelajar lulusannya boleh terpilih menjadi tokoh pelajar mithali di sekolah JAIS yang semua maklum, sangat menekankan kefahaman dan pegangan Ahli Sunnah Waljamaah?
Justeru, mereka yang tidak terlibat dengan pembangunan institusi ini wajar muhasabah diri dan berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan apa lagi membuat tuduhan tanpa asas. Tuduhan itu bukan sahaja tertuju kepada insan yang masih hidup. Jika tersilap masih boleh memohon maaf. Tapi bagaimana dengan saudara-saudara kita yang telah kembali ke Pangkuan Allah?
Janganlah dengan sebab kebencianmu mendorong kamu untuk berlaku tidak adil terhadap orang yang kamu benci itu. Sama-sama kita renungi dan hayati firman Allah yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.” [Al-Maidah:8]