Thursday 28 July 2011

Simetri:Keajaiban Ciptaan Nya...



Saya memaksa diri untuk menulis hari ini. Atas dasar tanggungjawab, dalam kesuntukan masa, saya menghasilkan artikel ringkas daripada pembacaan majalah berkala yang saya langgan iaitu "BBC Knowledge, Vol. 3, issue 7" dan kekaguman saya terhadap keajaiban seni bina Islam yang dizahirkan pada Taj Mahal, semasa Lawatan Penanda Aras di Agra, India pada bulan lepas.
Esok, 29 Julai 2011, Info Sains, buletin Jabtatan Sains, IPG Kampus Ipoh akan dilancarkan buat kali ketiga?! Maka lahirlah:


Sesuatu objek dikatakan bersimetri apabila mematuhi operasi simetri ke atas objek dan tidak akan muncul perubahan.

Konsep konsistent (berkekalan / malar) segala sesuatu pada alam semester, dari kewujudan zarah sub-atomik hingga lah daya magnetisma, semuanya bersabit dengan simetri.

Fenomena simetri juga memberi impak yang serius dalam proses-proses kehidupan.
Pada tahun 1848, Ahli kimia peranchis , Louis Pasteur mendapati molekul yang mengandungi komposisi kimia yang sama, mempamerkan tabiat berbeza yang dikaitkan dengan simetri iaitu Keisomeran Optik.


Molekul Kiral atau molekul tak simetri, isomer yang aktif secara optik dan mempunyai pasangan yang berimej cermin. Fenomena ini dipamerkan oleh sejenis ubatan yang dinamakan Thalidomide atau Thalidomida.

Pada tahun 1957, sebuah syarikat farmasi Jerman telah melancarkan jualan imej cermin kiri molekul Thalidomide di lebih 40 Negara. Dadah tersebut dipercayai dapat membantu alahan dan masalah tidur yang dialami oleh ibu-ibu yang hamil. Lebih 10,000 bayi cacat tangan dan kaki, dilahirkan kesan daripada pengambilan Thalidomide. Imej cermin kanan molekul Thalidomide tidak memberi sebarang kesan kepada kesihatan. Kajian menunjukkan syarikat farmasi tersebut menghasilkan campuran isomer kiri dan kanan, serta mengabaikan penyelidikan yang dilakukan oleh Louis Pasteur. Masih ramai mangsa Tragedi Thalidomida yang menjalani kehidupan seperti insan lain hingga ke hari ini, tetapi tanpa sebarang pampasan.

Secara peribadi, saya pernah berpeluang mengasingkan enantiomer (isomer optik) bagi sebatian kobalt semasa mengendalikan amali kimia, di univeriti pada tahun pertama pengajian, alhamdulillah.

Renungkan:Maha suci Allah yang menjadikan sesuatu tanpa sia-sia.

“Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan)?“

“Which is it, of the favours of your Lord, that ye deny? “

(Ar-Rahman: verse 30)

Allahu a'lam.

KNOWLEDGE IS POWER

KNOWLEDGE IS POWER
DEAR-Drop Everything And Read

Ke Arah Pembentukkan Minda Pendidik Kelas Pertama

"Sejahtera akidahnya, sahih ibadahnya, teguh akhlaknya, terdidik fikirannya, kuat badannya, mampu untuk mengusahakan mata pencariannya, teratur dalam segala urusannya, sentiasa menjaga waktunya dan sentiasa memberi manfaat kepada orang lain" (As Syahid Imam Hasan al Banna)

Istimewanya zaman remaja...

Tujuh golongan manusia akan dilindungi oleh Allah pada hari di mana tidak ada perlindungan kecuali perlindunganNya iaitu:
1) Imam yang adil
2) Pemuda / remaja (lelaki & perempuan) yang tekun beribadat kepada Allah
3) Seorang lelaki yang hatinya terpaut kepada masjid, (hatinya sentiasa ingat) dari masa ia keluar dari masjid hingga ia balik semula ke masjid
4) Dua orang *lelaki yang berkasih-kasihan di dalam (mencari ridha) Allah, keduanya bertemu kerana Allah dan berpisah pula kerana Allah
5) Seorang *lelaki yang mengingati Allah, di masa sunyi sepi sehingga menitiskan air mata.
6) Seorang lelaki yang diajak oleh seorang wanita yang berkedudukan tinggi, cantik rupa parasnya untuk melakukan perbuatan jahat, ia berkata, "Aku takut kepada tuhan seluruh alam"
7) Seorang *lelaki yang memberi sedekah dengan suatu sedekah, lalu disembunyikan sedekah itu, sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfakkan oleh tangan kanannya.

Kita lah Ulil Albab...

"Lo! In the creation of the heaven and the earth and (in) the difference of night and day are tokens (of His sovereignity) for man of understanding"

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pengantian malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal"

(Ali-Imran: 190)


"ILMU DAN IBADAH SESEORANG TIADA NILAI NYA DI SISI ALLAH DAN MANUSIA SEKIRANYA MEMBUAHKAN AKHLAK YANG BURUK"

Al-Zukhruf: 43-44

"Dengan yang demikian, berpegang teguhlah kepada Al-Quran yang telah diwahyukan kepadamu; kerana sesungguhnya engkau berada di atas jalan yang lurus. Dan sesungguhnya Al Quran itu memberikan kemuliaan dan peringatan kepadamu (wahai Muhammad) dan kepada kaummu; dan kamu akan ditanya kelak (tentang isi kandungannya yang kamu telah amalkan)."