Tuesday 9 May 2017

Mentor-Mentee


Program Pembangunan Guru Baru PPGB merupakan salah satu daripada lima belas (15) inisiatif yang telah dirancang dan dicadangkan dalam Makmal NKRA Kualiti Guru yang telah diadakan di BPG pada 8 Mac 2010 hingga 2 April 2010. YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran telah bersetuju terhadap cadangan semua inisiatif meningkatkan kualiti guru pada 2 April 2010.PPGB ini akan memberikan kesan yang positif terhadap sekolah, guru dan murid.

Melalui program pembangunan yang berkesan, budaya kerja cemerlang dapat diterapkan kepada Guru Baharu agar dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab secara lebih sistematik. Guru Baharu akan dibimbing oleh guru berpengalaman serta pihak pentadbirsekolah untuk melaksanakan pembelajaran dan pengajaran (P&P) dengan lebih berkesan dan profesional. Justeru, satu modul yang komprehensif telah dibangunkan dan dijadikan panduan untuk diguna pakai oleh semua pihak yang terlibat ke arah memartabatkan profesion keguruan, khasnya Guru Baharu di negara ini. Pelaksanaan PPGB ini dijalankan berasaskan sekolah oleh pentadbir sekolah dengan bantuan guru berpengalaman (senior teachers).

Tempoh PPGB adalah sekurang-kurangnya 12 bulan bermula dari tarikh GB melapor diri di sekolah. Guru Baharu / Guru Baru perlu menyiapkan Folio Program Pembangunan Guru Baru dengan lengkap untuk pemantauan daripada pihak sekolah, PPD, JPN atau mungkin juga KPM.

Apa yang perlu ada di dalam folio PPGB ini? Berapa Skala Skor PPGB ini?
Kita tengok skala skor terlebih dahulu:
SKALA SKOR:
80 – 100 % - Mencapai Tahap Kompetensi (Pentadbir boleh memperakukan cadangan
pengesahan dalam perkhidmatan Guru Baharu ke SPP)

0 - 79 % - Tidak Mencapai Tahap Kompetensi (Pentadbir boleh mencadangkan
agar Guru Baharu menjalani PPGB selama enam hingga dua belas bulan
lagi)

Untuk mecapai tahap kompentasi anda perlu mencapai tahap skor / markah 80-100%. Mungkin anda rasa susahkan? Jadi anda perlukan Contoh Folio PPGB untuk digunakan sebagai panduan anda dalam menyiapkan folio anda.

Bagaimana untuk menyiapkan FOLIO PPGB ini? Mari kita lihat perkara yang perlu ada dalam fail PPGB. Berikut adalah Isi Kandungan Folio PPGB:

CADANGAN PENGISIAN MAKLUMAT DAN DOKUMEN DALAM FOLIO GURU BAHARU
Link 1, Link 2, Link 3
Kandungan

1.0 BIODATA GURU BAHARU
1.1 Maklumat Diri (berserta gambar ukuran pasport)
1.2 Pengalaman/ Kemahiran
1.3 Lampiran : i) Salinan Surat Penempatan/ Lantikan
ii) Salinan Borang Pengesahan Melapor Diri
iii) Salinan Borang Maklumat Diri
iv) Salinan Sijil-sijil Akademik dan Ikhtisas

2.0 PROFIL SEKOLAH
2.1 Maklumat Asas Sekolah
2.2 Logo, Misi, Visi dan Piagam Sekolah
2.3 Carta Organisasi
2.4 Lampiran : i) Pelan sekolah
ii) Takwim Sekolah

3.0 SENARAI JAWATAN DAN BIDANG TUGAS GURU BAHARU
3.1 Jawatan Kurikulum
3.2 Jawatan Kokurikulum
3.3 Jawatan Hal Ehwal Murid (HEM)
3.4 Jawatan Pengurusan dan Pentadbiran (jika berkaitan)
3.5 Tugas-tugas Lain
3.6 Lampiran : i) Carta Organisasi Panitia Mata Pelajaran, Kokurikulum
dan Hal Ehwal Murid
ii) Jadual Waktu Mengajar/ Jadual Aktiviti

4.0 LAPORAN FASA ORIENTASI
4.1 Laporan Harian/Mingguan (LAMPIRAN A)
4.2 Lampiran : i) Bahan Edaran
ii) Pamphlet/Brosheur/Buku Program

5.0 LAPORAN AKTIVITI PEMENTORAN
5.1 Laporan Aktiviti/ Sesi Perjumpaan@Bimbingan/ Program (LAMPIRAN C)
5.2 Laporan Kajian Tindakan (LAMPIRAN B)
5.3 Lampiran : i) Bahan Edaran
ii) Risalah/ Buku Program

6.0 REFLEKSI DAN PENILAIAN PPGB
6.1 Refleksi Umum (pandangan, perasaan, harapan dan lain-lain)
6.2 Kekuatan/ Kelemahan/ Kekangan/ Halangan/ Isu-isu Berbangkit
6.3 Cadangan

Sumber-http://www.pendidik2u.my/2013/11/contoh-folio-ppgb.html

KNOWLEDGE IS POWER

KNOWLEDGE IS POWER
DEAR-Drop Everything And Read

Ke Arah Pembentukkan Minda Pendidik Kelas Pertama

"Sejahtera akidahnya, sahih ibadahnya, teguh akhlaknya, terdidik fikirannya, kuat badannya, mampu untuk mengusahakan mata pencariannya, teratur dalam segala urusannya, sentiasa menjaga waktunya dan sentiasa memberi manfaat kepada orang lain" (As Syahid Imam Hasan al Banna)

Istimewanya zaman remaja...

Tujuh golongan manusia akan dilindungi oleh Allah pada hari di mana tidak ada perlindungan kecuali perlindunganNya iaitu:
1) Imam yang adil
2) Pemuda / remaja (lelaki & perempuan) yang tekun beribadat kepada Allah
3) Seorang lelaki yang hatinya terpaut kepada masjid, (hatinya sentiasa ingat) dari masa ia keluar dari masjid hingga ia balik semula ke masjid
4) Dua orang *lelaki yang berkasih-kasihan di dalam (mencari ridha) Allah, keduanya bertemu kerana Allah dan berpisah pula kerana Allah
5) Seorang *lelaki yang mengingati Allah, di masa sunyi sepi sehingga menitiskan air mata.
6) Seorang lelaki yang diajak oleh seorang wanita yang berkedudukan tinggi, cantik rupa parasnya untuk melakukan perbuatan jahat, ia berkata, "Aku takut kepada tuhan seluruh alam"
7) Seorang *lelaki yang memberi sedekah dengan suatu sedekah, lalu disembunyikan sedekah itu, sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfakkan oleh tangan kanannya.

Kita lah Ulil Albab...

"Lo! In the creation of the heaven and the earth and (in) the difference of night and day are tokens (of His sovereignity) for man of understanding"

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pengantian malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal"

(Ali-Imran: 190)


"ILMU DAN IBADAH SESEORANG TIADA NILAI NYA DI SISI ALLAH DAN MANUSIA SEKIRANYA MEMBUAHKAN AKHLAK YANG BURUK"

Al-Zukhruf: 43-44

"Dengan yang demikian, berpegang teguhlah kepada Al-Quran yang telah diwahyukan kepadamu; kerana sesungguhnya engkau berada di atas jalan yang lurus. Dan sesungguhnya Al Quran itu memberikan kemuliaan dan peringatan kepadamu (wahai Muhammad) dan kepada kaummu; dan kamu akan ditanya kelak (tentang isi kandungannya yang kamu telah amalkan)."