Saturday 1 January 2011

Doing nothing with a purpose?




Wasiat Rasulullah s.a.w. sentiasa menjadi kesaksian.

“Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama, masa sihat sebelum sakit. Kedua, masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Ketiga, masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Keempat, masa muda sebelum datang masa tua, dan kelima, masa hidup sebelum tiba masa mati.” (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)

Bersempena dengan kehangatan sambutan tahun baru 2011, marilah sama-sama kita merenung sejauh mana agaknya kita berusaha mengisi masa kita agar tidak menyesal apabila muncul lima perkara yang terkemudian iaitu sakit, himpitan kewangan, sibuk memanjang, masa tua dan kematian.
Saya yang menaip bait-bait ayat ini telah mengalami kesemuanya kecuali kematian. Allah telah memberikan peringatan demi peringatan dalam bentuk perubahan fizikal yang ketara seperti lemahnya tubuh badan, berubannya rambut, kaburnya penglihatan, kurangnya pendengaran dan diri semakin menjadi seorang yang pelupa dari semasa ke semasa sebab semakin lemahnya ingatan. Pada saat itu, terasa betapa berharganya nikmat kesihatan yang baik, semangat membara dan kelapangan masa di waktu remaja. Keresahan sentiasa menghimpit jiwa, takut Allah menjemput diri dalam keadaan yang tidak bersedia, wanauzubillah. Terfikir pula terlalu banyak perkara yang ingin dicapai dalam peruntukkan masa yang semakin singkat dengan kemampuan dan keupayaan yang semakin terbatas.

Sedaya upaya cuba memaksimakan segala sumber yang ada termasuk harta benda, kewangan, melakukan sebanyak mungkin bentuk kebaikan termasuk lah usaha kerdil menghamburkan kata-kata yang baik buat nasihat khusus untuk peringatan diri sendiri dalam bentuk penulisan di facebook dan blog sebagai modal dan saham akhirat, insyaAllah. Semoga dikurniakan kekuatan dan kesabaran yang tinggi oleh Nya untuk menghasilkan penulisan akademik dan buku pada masa akan datang, amin. Sedar akan prinsip melakukan kebaikan jika ingin diterima Allah sebagai ibadah, perlu ada syarat-syaratnya iaitu ikhlas, perbuatan menurut sunnah Rasulullah, tidak meninggalkan yang fardu dan wajib serta tidak menggamit sebarang kemungkaran. Secara peribadi dan di peringkat usia menjangkau "keemasan" ini, keikhlasan terkesan dan potensi terserlah apabila melakukan yang kita sukai tanpa dalam suasana persaingan. Jadinya: "There is no such thing as doing nothing with a purpose but DOING SOMETHING WITH A GOOD PURPOSE".

Suka saya kongsikan sebahagian daripada hasil pembacaan saya daripada penulisan Dr. Raghib As-Sirjani dalam buku kecil nya "Menjadi Pemuda Peka Zaman: Langkah-langkah menjadi generasi idaman", beliau menasihatkan para pemuda(dan saya kira juga untuk mereka yang mendidik para pemuda termasuk golongan ibubapa dan pendidik)jika ingin menyaksikan kegemilangan dan kemuliaan umat ini, usah menunda-nunda, memperlambat dan mencari-cari alasan untuk "berkerja" melalui sepuluh langkah motivasi yang dirumuskan seperti berikut:

Nasihat pertama: Tinggalkan perbuatan dosa dan maksiat sekarang juga!
Menurutnya, orang yang melakukan maksiat tidak akan mampu memberikan komitmen untuk meneruskan perjuangan di jalan Allah. Maksiat yang dilakukan secara berterusan merupakan indikator hati telah rosak. Allah sangat dekat dengan hamba-hamba Nya yang ingin mendektkan diri kepada Nya. Oleh itu, mohon ampunlah kepada Nya terhadap dosa-dosa dan ditutupi segala keaiban. Indiktor doa kita dimakbulkan ialah kita merasa ringan melakukan amal saleh dan bersemangat terhadap ketaatan, sangat berkeinginan melakukan amal kebajikan, merasa takut dan was-was dari akibat maksiat yang telah dilakukan, dan kekhusukan diri ketika mendengar peringatan dari Al Qur'an, hadis dan ilmu pengetahuan agama.

Nasihat kedua: Kenalilah agamamu
Agama Islam adalah agama agung dan sempurna. Setiap dimensi Islam adalah agung. Dengan mengamalkan ajaran Islam, hidup menjadi baik dan sempurna. Allah menegaskan kesempurnaan Islam dalam surah Al Ma'idah, ayat 3 yang bermaksud: "Pada hari ini, telah Ku sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku cukupkan kepadamu nikmat Ku, dan telah Ku redha Islam itu jadi agamamu"
Dr. Raghib As-Sirjani menyarankan kita mendalami dn menggali ilmu-ilmu Islam termasuk sirah Nabi Muhammad s.a.w, sirah para sahabat dan menyelami sejarah islam. Dengan mempelajari ilmu Islam, kita memperoleh manfaat dari setiap minit masa kita. Selain daripada membaca buku, menonton dan mendengar youtube, kita boleh "blog hoping" dan berkongsi maklumat berguna di fb. Pupuklah tabiat suka membaca di dalam diri kita. Paksa diri untuk membaca bahan bermanfaat hingga kita menjadi seorang yang ketagih untuk membaca sebab Masyarakat yang maju ialah masyarakat yang membaca.

Rasulullah s.a.w bersabda:"Barangsiapa yang menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu, niscaya Allah akan memudahkan jalan baginya menuju syurga." (Hadis riwayat Muslim)


Nasihat ketiga: Tambatkan lah hatimu dengan masjid
.
Menurut Dr Raghib As-Sirjani: Masjid merupakan salah satu bahagian yang sangat penting dalam membentuk generasi muda Islam yang unggul. Allah memperbanyakkan pahala dan kebajikan solat berjamaah kerana untuk memberikan motivasi supaya kita gemar kepada masjid.

"Pahala solat berjamaah lebih banyak dua puluh tujuh derajat daripada solat sendirian"
(Hadis riwayat Al Bukhari dan Muslim)

"Hanyalah yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian" (At-Taubah:18)

"Barang siapa yang berangkat menuju masjid,baik pagi mau pun petang, maka Allah akan menyediakan rumah besar untuknya di syurga setiap kali ia berangkat."
(Hadis riwayat Al Bukhari dan Muslim)

Orang yang hatinya sentiasa berpaut kepada masjid, ia telah berjaya menjaga stamina keimanan dan ketaqwaannya.


Nasihat keempat: Jadilah pemuda berprestasi

Pemuda Islam bukan sahaja perlu mempunyai komitmen tinggi dengan ajaran agama serta konsisten dengan mengamalkannya, tetapi mereka juga perlu cemerlang dalam akademik. Sungguh tidak masuk akal pemuda yang aktif dalam berdakwah, kuat beragama tetapi lemah di bidang akademik.
"Sungguh, sangat tidak masuk akal jika umat yang undang-undang kehidupannya dimulai dengan kalimat, "Bacalah..." digolongkan sebagai umat terkebelakang dari sisi keilmuan dan pendidikan...Islam adalah agama yang mengajak pemeluknya berprestasi dalam setiap bidang spesialisasi hidup dan profesional dalam setiap pekerjaan"

bersambung...

KNOWLEDGE IS POWER

KNOWLEDGE IS POWER
DEAR-Drop Everything And Read

Ke Arah Pembentukkan Minda Pendidik Kelas Pertama

"Sejahtera akidahnya, sahih ibadahnya, teguh akhlaknya, terdidik fikirannya, kuat badannya, mampu untuk mengusahakan mata pencariannya, teratur dalam segala urusannya, sentiasa menjaga waktunya dan sentiasa memberi manfaat kepada orang lain" (As Syahid Imam Hasan al Banna)

Istimewanya zaman remaja...

Tujuh golongan manusia akan dilindungi oleh Allah pada hari di mana tidak ada perlindungan kecuali perlindunganNya iaitu:
1) Imam yang adil
2) Pemuda / remaja (lelaki & perempuan) yang tekun beribadat kepada Allah
3) Seorang lelaki yang hatinya terpaut kepada masjid, (hatinya sentiasa ingat) dari masa ia keluar dari masjid hingga ia balik semula ke masjid
4) Dua orang *lelaki yang berkasih-kasihan di dalam (mencari ridha) Allah, keduanya bertemu kerana Allah dan berpisah pula kerana Allah
5) Seorang *lelaki yang mengingati Allah, di masa sunyi sepi sehingga menitiskan air mata.
6) Seorang lelaki yang diajak oleh seorang wanita yang berkedudukan tinggi, cantik rupa parasnya untuk melakukan perbuatan jahat, ia berkata, "Aku takut kepada tuhan seluruh alam"
7) Seorang *lelaki yang memberi sedekah dengan suatu sedekah, lalu disembunyikan sedekah itu, sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfakkan oleh tangan kanannya.

Kita lah Ulil Albab...

"Lo! In the creation of the heaven and the earth and (in) the difference of night and day are tokens (of His sovereignity) for man of understanding"

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pengantian malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal"

(Ali-Imran: 190)


"ILMU DAN IBADAH SESEORANG TIADA NILAI NYA DI SISI ALLAH DAN MANUSIA SEKIRANYA MEMBUAHKAN AKHLAK YANG BURUK"

Al-Zukhruf: 43-44

"Dengan yang demikian, berpegang teguhlah kepada Al-Quran yang telah diwahyukan kepadamu; kerana sesungguhnya engkau berada di atas jalan yang lurus. Dan sesungguhnya Al Quran itu memberikan kemuliaan dan peringatan kepadamu (wahai Muhammad) dan kepada kaummu; dan kamu akan ditanya kelak (tentang isi kandungannya yang kamu telah amalkan)."