Thursday, 20 May 2010

Testimoni: Guru garang...sekarang garang lagi ke?

"dulu cikgu mmg la garang...sape yg xpenah kene dgn cikgu kan..huhuhu ala tp tu smue kenangan manis yg xmungkin kami lupe...sbb bg ezra cikgu adalah guru maths terbaik sbb cikgu suke bagi banyak jenis formula, n boleh pilih ikut kesesuaian diri...tu yg paling best tu..huhuh...cikgu sihat x? cikgu kat maner skrg? still mengajar?: Bekas Pelajar SMK Raja Chulan,1999-2000

Apa komen anda pula?

Saturday, 15 May 2010

Wednesday, 5 May 2010

3S..."Syok Sesama Sendiri"

Dalam kesibukan serta mengejar masa di penghujung semester ini. para pelajar PISMP unit F5 dengan taat dan sabarnya telah bertungkus lumus menjayakan debat dan dua forum dalam aktiviti SS, "Syok Sendiri", Alhamdulillah. Penat, keseronokan dan aneka rasa melalui praktikum fasa satu selama sebulan masih lagi terasa. Sebelum praktikum pula, mereka digesa untuk melengkapkan laporan amali sains sebagai menyempurnakan kerja kursus berasaskan ilmu, KKBI. Sambil menyelam minum air, mujurlah mereka timbul untuk menceriakan keadaan. Beberapa siri perbincangan kumpulan dilakukan untuk mencari isi-isi penting debat, forum serta nota peperiksaan bagi memenuhi keperluan kursus mereka kali ini.

Ehsan,selaku pengerusi program,sehari suntuk "Energetics In Chemistry Day" dibantu oleh "miss cool" Aina dan disokong oleh barisan jawatankuasa kerja yang mantap. Sukar untuk menyebut peranan setiap individu kerana kecemerlangan diraih secara kolektif dan berpasukan. Mereka lah pihak pencadang, pihak pembangkang, para penonton yang nakal, pengacara yang anggun, penjaga masa yang setia, juru kamera yang mahir, ahli-ahli forum yang berketrampilan, moderator yang bersahaja, penempah juadah yang lazat, pereka backdrop dan penanda buku yang kreatif, dan pelbagai peranan lagi...itu lah yang dikatakan perasan sendiri. Yang penting, dalam kelelahan, mereka belajar "event management", pendedahan kaedah pembelajaran melalui debat dan forum, yang membanggakan ialah perlaksanan program dari awal hingga akhir dengan hampir sifar pergantungan dan "minimum consultation" dengan pensyarah. "Kemandirian Resipi Kecemerlangan".

Seperi mana yang ditekankan oleh Tuan Haji Lokman Hakim bin Ab Wahid, ketua Jabatan Sains dalam ucapan perasmian program bongsu dan gilang gemilang subjek "Chemistry is Fun" ini, unit F5 merupakan bakal graduan PISMP-IPGM Sains, IPG Kampus Ipoh, yang sulung semesti nya perlu menjadi contoh dan penanda aras kepada "junior" mereka di unit J (J14 dan J15).

Terima kasih Tuan Haji Lokman atas sokongan yang berterusan, tidak lupa kepada Miss Ho Wen Jye (pensyarah "Electrochemistry") yang sama-sama menjayakan program ini,Puan Roslin Noor Abdullah (Penyedia garis panduan debat), Encik Kao Thuan Keat dan Encik Ooi Beng Hean (Pengadil=pengadil bijaksana) dan wakil pelajar unit J15 dan J14 yang setia lagi "sporting".

Syabas dan tahniah sekali lagi kepada semua pelajar unit F5. Mission accomplished and job well done! Semoga segala usaha serta penat lelah kalian diberkati Allah dan terima sebagai ibadah, amin, Pulun habis juga untuk peperiksaan pada 24 Mei akan datang, didoakan anda semua berjaya dengan cemerlang untuk meneruskan perjuangan di semester hadapan, amin ya Rabb.

Sekian dulu dari Makcik Tom, Kampung Pisang...hehehe! Love each and everyone of you...All the best wishes in your examination. Real energetics and hectic semester in deed!


Bersama
*******
Lirik Lagu Nasyid | Devotees |

Kita pernah bersama
Menempuh onak dan duka
Tidak pernah putus asa
Walau dugaan datang melanda

Dikau pernah bertanya
Bila bahgia akan tiba
Ku berkata bersabarlah
Serahkan saja pada yang ESA

Bila masanya menjelma
Kebahgiaan akan tiba
Namun tidak mungkin ku lupa
Kenangan indah kita bersama

Menempuh onak cabaran
Dan liku hidup yang panjang
Tidak mungkin hidup ini sepi
Selagi ku masih di sini

Kita pernah bersama
Menempuh onak dan duka
Tidak pernah putus asa
Walau dugaan datang melanda

Bila masanya menjelma
Kebahgiaan akan tiba
Namun tidak mungkin ku lupa
Kenangan indah kita bersama

Menempuh onak cabaran
Dan liku hidup yang panjang
Tidak mungkin hidup ini sepi
Selagi ku masih di sini

Kini terungkai sudah
kisah hidup kita
Berbekal taat dan sabar
Pastikan berjaya

KNOWLEDGE IS POWER

KNOWLEDGE IS POWER
DEAR-Drop Everything And Read

Ke Arah Pembentukkan Minda Pendidik Kelas Pertama

"Sejahtera akidahnya, sahih ibadahnya, teguh akhlaknya, terdidik fikirannya, kuat badannya, mampu untuk mengusahakan mata pencariannya, teratur dalam segala urusannya, sentiasa menjaga waktunya dan sentiasa memberi manfaat kepada orang lain" (As Syahid Imam Hasan al Banna)

Istimewanya zaman remaja...

Tujuh golongan manusia akan dilindungi oleh Allah pada hari di mana tidak ada perlindungan kecuali perlindunganNya iaitu:
1) Imam yang adil
2) Pemuda / remaja (lelaki & perempuan) yang tekun beribadat kepada Allah
3) Seorang lelaki yang hatinya terpaut kepada masjid, (hatinya sentiasa ingat) dari masa ia keluar dari masjid hingga ia balik semula ke masjid
4) Dua orang *lelaki yang berkasih-kasihan di dalam (mencari ridha) Allah, keduanya bertemu kerana Allah dan berpisah pula kerana Allah
5) Seorang *lelaki yang mengingati Allah, di masa sunyi sepi sehingga menitiskan air mata.
6) Seorang lelaki yang diajak oleh seorang wanita yang berkedudukan tinggi, cantik rupa parasnya untuk melakukan perbuatan jahat, ia berkata, "Aku takut kepada tuhan seluruh alam"
7) Seorang *lelaki yang memberi sedekah dengan suatu sedekah, lalu disembunyikan sedekah itu, sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfakkan oleh tangan kanannya.

Kita lah Ulil Albab...

"Lo! In the creation of the heaven and the earth and (in) the difference of night and day are tokens (of His sovereignity) for man of understanding"

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pengantian malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal"

(Ali-Imran: 190)


"ILMU DAN IBADAH SESEORANG TIADA NILAI NYA DI SISI ALLAH DAN MANUSIA SEKIRANYA MEMBUAHKAN AKHLAK YANG BURUK"

Al-Zukhruf: 43-44

"Dengan yang demikian, berpegang teguhlah kepada Al-Quran yang telah diwahyukan kepadamu; kerana sesungguhnya engkau berada di atas jalan yang lurus. Dan sesungguhnya Al Quran itu memberikan kemuliaan dan peringatan kepadamu (wahai Muhammad) dan kepada kaummu; dan kamu akan ditanya kelak (tentang isi kandungannya yang kamu telah amalkan)."