Bahang panas pada 2 hb Jun 2010 di luar Pusat Sumber ini sungguh menyenggat sekali. Seperti bahangnya semangat anti Israel di sanubari penganut agama Islam di seluruh dunia ketika ini. Teruskan usaha bantuan dalam bentuk kewangan dan doa kita untuk warga Gaza dan saudara seIslam kita lain yang tertindas. Hanya jiwa yang sensitif sahaja akan merasakan kesengsaraan dan memahami perjuangan mereka yang dizalimi.
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَعَثَ مُعَاذاً إِلَى الْيَمَنِ وَقَالَ لَهُ : "اِتَّقِ دَعْوَةَ الْمَظْلُوْمِ ، فَإِنَّهَا لَيْسَ بَيْنَهَا وَبَيْنَ اللهِ حِجَابٌ".
Ibnu Abbas r.a. meriwayatkan bahwa Nabi SAW telah mengutus Mu’adz ke Yaman dan Beliau berkata kepadanya : "Takutlah kamu akan doa seorang yang terzalimi, karena doa tersebut tidak adah hijab (penghalang) diantara dia dengan Allah". (H.R. Bukhari dan Muslim)
"ثَلاَثَةٌ لاَ تُرُدُّ دَعْوَتُهُمْ : اَلصَّائِمُ حِيْنَ يُفْطِرُ، وَاْلإِمَامُ الْعَادِلُ، وَدَعْوَةُ الْمَظْلُوْمِ يَرْفَعُهَا اللهُ فَوْقَ الْغَمَامِ، وَيَفْتَحُ لَهَا أَبْوَابَ السَّمَاءِ، وَيَقُوْلُ لَهَا الرَّبُّ : وَعِزَّتِيْ وَجَلاَلِيْ َلأَنْصُرَنَّكَ وَلَوْ بَعْدَ حِيْنٍ".
“Ada tiga orang yang doanya tidak akan tertolak : “Orang yang berpuasa hingga dia berbuka, pemimpin yang adil dan doa orang yang terzalimi, Allah akan angkat doa-doa tersebut di atas awan dan dibukakan untuknya pintu-pintu langit, kemudian Allah berfirman : “Demi keperkasaan-Ku dan keagungan-Ku, Aku pasti akan tolong kamu walau pun setelah melalui suatu masa“. (H.R. Ahmad)
Dalam satu aspek, warga Gaza sungguh bertuah, peluang terbuka luas untuk menghidu haruman syurga sebagai syuhada'. Mereka merupakan insan-insan yang terpilih untuk melalui keperitan hidup dalam keadaan serba kekurangan dan ketakutan peperangan dalam setiap detik. Berjuang memerangi musuh-musuh Allah merupakan tingkat jihad yang paling tinggi.
Sabda Rasulullah SAW:
"Barang siapa yang bercita-cita mati syahid kerana Allah SWT, nescaya akan diletakkan oleh Allah SWT kedudukannya di tempat para syuhada sekalipun dia mati di atas tempat tidurnya."
(Muslim,Abu Daud,Tarmizi Nasai, dan Ibnu Majah)
Oleh itu, setiap orang mestilah bercita-cita untuk mati syahid walau pun dia tidak berpeluang berada di medan pertempuran tapi amalan serta kebaikannya sungguh tinggi nilai nya di sisi Allah. "Isy kariman au mut syahidan", hiduplah mulia atau mati syahid!.
Menuntut ilmu yang diperlukan dalam membantu kebangkitan Islam dan mengisi kemenangan juga merupakan jihad dan dikenali sebagai jihad ta'alim. Para pelajar yang menuntut ilmu dengan niat yang murni dan ikhlas, meredah setiap kepayahan proses pembelajaran, bersumber pembiayaan yang halal dan mengguna pakai segala macam pendekatan yang Allah redhai untuk meraih kecemerlangan khususnya dalam ilmu fardhu dan bidang akademik am nya, juga sedang berjihad. Di bulan September 2010 ini, akan berangkatlah kohort kedua, pelajar B.Ed TESL (Teaching English as a second language) ke University of Warwick, England, United Kingdom untuk meneruskan pengajian mereka. Para pelajar ini telah melalui kursus persediaan selama empat semester di Institut Pendidikan Guru, Kampus Ipoh,dengan sempurna. Sepanjang pengajian mereka di sini, Ulu Kinta (juga UK), empat orang daripada mereka telah bersama-sama saya dalam penerusan "study circle" mingguan.
Fatin, Farah, Deeba dan Atiqah, mereka bagaikan anak-anak saya. Seboleh mungkin setiap kebajikan mereka saya ketahui dan berusaha untuk memastikan keselesaan mereka di IPG Ipoh. Tautan hati-hati kami bertambah erat sejak tahun 2008. Terikatan kukuh yang terjalin atas dasar keimanan, dengan keizinan dan restu Allah jua, amin. Mereka turut menemani saya, menceriakan hari-hari saya dengan telatah, karenah dan gurau senda mereka. Mereka memanggil saya "miss". Hormat mereka kepada saya tidak menghalang hubungan rapat kami sebagai "sahabat". Mereka banyak mengajar saya tentang alam remaja. Cara remaja berfikir, kesukaan remaja, pantang larang remaja dan tips-tips hebat untuk mendekati remaja. Apabila bersama mereka, saya rasa "rejuvenate", berjiwa remaja dan terkekeh bersama mendengarkan cerita-cerita lucu yang tidak berpenghujung. Setiap seorang daripada mereka memiliki keunikan masing-masing, personaliti mereka berbeza tapi mempunyai persamaan yang sungguh menarik dan mengharukan saya: keinginan mereka yang tinggi terhadap kebaikan, keinginan luar biasa untuk menimba dan memperbaharui ilmu serta berlapang dada untuk mencuba sesuatu kemahiran yang baru. Sebagai individu dewasa, saya lebih banyak memerhati, menasihati, menegur dan melayani keperluan keremajaan mereka di peluang-peluang yang ada,menurut keupayaan dan kemampuan saya yang terbatas. Semoga Allah terima segalanya sebagai ibadah dan amal jariah kami, amin.
Berada di perantauan jauh beribu kilometer daripada ibu-ayah dan saudara mara, hanya di kelilingi "senior", para pelajar "post graduate" serta keluarga mereka, dan kelompok warga negara asing yang serumpun serta berlainan budaya, menjadikan hidup lebih mencabar. Suasana kehidupan di England, iklimnya, gaya bahasanya, budayanya, pemakanannya, jauh berbeza dengan cara hidup di Malaysia. Keadaan itu menuntut kita untuk menyesuaikan diri secepat yang mungkin. Penyesuaian diri tidak bermaksud diri kita perlu berubah dan bertolak ansur dalam semua perkara. Sebagai seorang pelajar yang berpendidikan tinggi dan berprinsip, kita harus bijak melakukan penilaian dan membuat keputusan yang tepat, berasaskan Al Qur'an dan As Sunnah. Ketika itu nanti, saudara kita seIslam walau apa pun latar belakang mereka, tanpa ada sebarang pertalian darah dengan kita, tanpa mengira kelompok etnik dan bangsa, mereka adalah saudara kita seagama belaka. Manakala rakan-rakan yang bukan seagama adalah saudara kita seketurunan, bani Adam belaka. Semuanya, kita perlu santuni dengan baik.
Pesanan saya kepada Fatin, Farah, Deeba dan Atiqah yang amat saya kasihi,
01. Hati-hati memilih kawan:
Mereka mencerminkan keperibadian kita, berkawan biar lah hingga ke Syurga, bukan sekadar mengisi ruang-ruang kosong kehidupan atau semasa mereka diperlukan sahaja. Berusaha lah agar kita diingati sebagai sahabat sejati dengan akhlak yang baik hingga ke akhir masa, InsyaAllah. Usah hanya berpuas hati dengan satu lingkungan rakan sahaja. Kenali dan hubungi semua. Kita akan jadi insan yang kaya raya walaupun belum memiliki harta berjuta.
03. Amalan dan ibadah jaga dengan rapi:
Dampingi orang-orang yang sentiasa inginkan kebaikan dan melakukan kebaikan. Gauli mereka yang berpengetahuan tinggi dan baik amalan nya. Jaga solat walau dalam apa keadaan sekali pun. Hatta terpaksa solat di tepi tangga, ketiadaan pakaian solat, kepayahan mengambil wudu'...semuanya itu, meningkatkan tahap kehambaan kita kepada Allah dan manisnya Iman, praktikal nya Islam sebagai "The Only Way Of Life". Usah sekali-kali gadaikan prinsip hanya kerana tindakan yang remeh temeh. Wanauzubillah.
04. Tips2 untuk belajar dengan efisen:
Manfaatkan masa cuti ini untuk memiliki kemahiran belajar atau setidak-tidaknya download sebanyak mungkin ebook dalam kategori ini. Termasuklah kemahiran memasak dan mengumpul petua-petua bonda dan mereka yang sewaktu dengannya.
05. Jaga batas-batas di mana juga berada:
Allah Maha Melihat dan Tidak pernah lupa walau sedetik. Bantu diri sendiri dan rakan-rakan. Sentiasa hidupkan roh surah Al Asr. Kita semua ingin cemelang di dunia dan di akhirat. Hanya restu dan cinta Allah yang kita cari dan bukan mengejar penghormatan manusia yang lemah seperti kita juga.
06. Mudah menghulurkan bantuan dalam pelbagai bentuk kepada sesiapa sahaja:
Sucikan dan ikhlaskan niat kita sebelum, semasa dan selepas sesuatu tindakan. Lakukan semata-mata untuk meraih keredhaan Allah. Bukan kerana persahabatan atau takut dipulau rakan dan seribu macam alasan yang lain. Jauhi segala keadaan yang berpotensi untuk merosakkan amalan kita.
Allahu 'alam. Sekadar berkongsi pengalaman untuk insan-insan yang saya kasihi, dalam perpisahan yang direlakan ini. Semoga Allah berkati persahabatan ini dan berkekalan hingga ke Jannah Mu, Ya Allah, amin Ya Rabb. Terima kasih dan mohon maaf zahir dan batin.
All the best wishes. May success is always be with you. May Allah Watch Over You Always, ameen.
Love always,
Miss Yatty Sidek
Tuesday, 8 June 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)
KNOWLEDGE IS POWER
Ke Arah Pembentukkan Minda Pendidik Kelas Pertama
"Sejahtera akidahnya, sahih ibadahnya, teguh akhlaknya, terdidik fikirannya, kuat badannya, mampu untuk mengusahakan mata pencariannya, teratur dalam segala urusannya, sentiasa menjaga waktunya dan sentiasa memberi manfaat kepada orang lain" (As Syahid Imam Hasan al Banna)
Istimewanya zaman remaja...
Tujuh golongan manusia akan dilindungi oleh Allah pada hari di mana tidak ada perlindungan kecuali perlindunganNya iaitu:
1) Imam yang adil
2) Pemuda / remaja (lelaki & perempuan) yang tekun beribadat kepada Allah
3) Seorang lelaki yang hatinya terpaut kepada masjid, (hatinya sentiasa ingat) dari masa ia keluar dari masjid hingga ia balik semula ke masjid
4) Dua orang *lelaki yang berkasih-kasihan di dalam (mencari ridha) Allah, keduanya bertemu kerana Allah dan berpisah pula kerana Allah
5) Seorang *lelaki yang mengingati Allah, di masa sunyi sepi sehingga menitiskan air mata.
6) Seorang lelaki yang diajak oleh seorang wanita yang berkedudukan tinggi, cantik rupa parasnya untuk melakukan perbuatan jahat, ia berkata, "Aku takut kepada tuhan seluruh alam"
7) Seorang *lelaki yang memberi sedekah dengan suatu sedekah, lalu disembunyikan sedekah itu, sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfakkan oleh tangan kanannya.
1) Imam yang adil
2) Pemuda / remaja (lelaki & perempuan) yang tekun beribadat kepada Allah
3) Seorang lelaki yang hatinya terpaut kepada masjid, (hatinya sentiasa ingat) dari masa ia keluar dari masjid hingga ia balik semula ke masjid
4) Dua orang *lelaki yang berkasih-kasihan di dalam (mencari ridha) Allah, keduanya bertemu kerana Allah dan berpisah pula kerana Allah
5) Seorang *lelaki yang mengingati Allah, di masa sunyi sepi sehingga menitiskan air mata.
6) Seorang lelaki yang diajak oleh seorang wanita yang berkedudukan tinggi, cantik rupa parasnya untuk melakukan perbuatan jahat, ia berkata, "Aku takut kepada tuhan seluruh alam"
7) Seorang *lelaki yang memberi sedekah dengan suatu sedekah, lalu disembunyikan sedekah itu, sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfakkan oleh tangan kanannya.
Kita lah Ulil Albab...
"Lo! In the creation of the heaven and the earth and (in) the difference of night and day are tokens (of His sovereignity) for man of understanding"
"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pengantian malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal"
(Ali-Imran: 190)
"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pengantian malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal"
(Ali-Imran: 190)
"ILMU DAN IBADAH SESEORANG TIADA NILAI NYA DI SISI ALLAH DAN MANUSIA SEKIRANYA MEMBUAHKAN AKHLAK YANG BURUK"
Al-Zukhruf: 43-44
"Dengan yang demikian, berpegang teguhlah kepada Al-Quran yang telah diwahyukan kepadamu; kerana sesungguhnya engkau berada di atas jalan yang lurus. Dan sesungguhnya Al Quran itu memberikan kemuliaan dan peringatan kepadamu (wahai Muhammad) dan kepada kaummu; dan kamu akan ditanya kelak (tentang isi kandungannya yang kamu telah amalkan)."