Tuesday, 28 March 2017

Anugerah Tokoh Siswa Kebangsaan 2016



JOHOR BAHRU - Puan Farah Nabilah Abdul Rahman, mantan Exco Majlis Perwakilan Pelajar (SRC) dan aktivis IKRAM Siswa daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dinobatkan sebagai pemenang utama Anugerah Tokoh Siswa Kebangsaan 2016 bagi kategori Anugerah Menteri Pendidikan Tinggi.

Hadiah wang tunai bernilai RM3,000, trofi dan sijil serta sebuah motosikal tajaan Modenas telah disampaikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Idris Jusoh dalam Majlis Anugerah Tokoh Siswa 2016 di Dewan Sultan Iskandar, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di sini malam tadi.

Selain anugerah utama, beliau turut memenangi kategori Anugerah Pemimpin Majlis Perwakilan Pelajar yang membawa pulang wang tunai sebanyak RM1,000, Biasiswa Tokoh Siswa, trofi dan sijil.

Haji Shahrul Aman Mohd Saari, Naib Presiden IKRAM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Farah Nabilah atas penerimaan anugerah tersebut.

"Semoga dengan kemenangan anugerah ini dapat memberi nilai tambah yang baik dalam menggerakkan agenda perubahan dan transformasi negara," kata beliau yang juga merangkap Pengerusi Majlis Pemuda IKRAM.

Selain menjadi aktivis IKRAM Siswa, Farah Nabilah turut aktif di medan belia sebagai Setiausaha Sekretariat ASEAN Young Leaders Forum (AYLF) Malaysia yang menjadi platform suara anak muda memperjuangkan isu-isu serantau.

Majlis Anugerah Tokoh Siswa 2016 adalah bertujuan memberi pengiktirafan dan penghargaan terhadap kejayaan individu dan badan persatuan mahasiswa dalam pengurusan organisasi dan pelaksanaan program.

Program ini juga diharapkan dapat menjadi suntikan motivasi yang positif serta peluang kepada mahasiswa dalam pembangunan bakat untuk menjadi insan yang cemerlang dan holistik selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi).

Sebanyak 15 anugerah mengikut kategori dipertandingkan dengan satu anugerah utama direbut iaitu Anugerah Menteri Pendidikan Tinggi sekali gus dinobatkan sebagai Tokoh Siswa Kebangsaan.

Sebelum ini, Muhammad Fikri Ahmad, bekas Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (SRC) UIAM dan juga aktivis IKRAM Siswa turut menerima Anugerah Tokoh Siswa Kebangsaan bagi tahun 2013.


Website IKRAM Pusat

Monday, 20 March 2017

Jom Nonton...

Thursday, 9 March 2017

Hati Yang Mati...



CURAHAN HATI SEORANG MURID


(surat dari rijal yang mati hati)

Yang terhormat ustaz Hassan al-Banna,
Assalamualaikum wbth,

Apakah anda pernah mendengar tentang lelaki tanpa hati?

Maaf, jika hati yang dimaksudkan adalah salah satu anggota tubuh dari daging yang berwarna merah, yang menarik dan melepaskan darahnya, tentu saja lelaki itu memilikinya. Yang dengannya dia dapat hidup & menjalani kehidupannya. Akan tetapi hati yang bersemangat, kuat & hidup, sayang sekali dia tidak memilikinya

Dia mengetahui kebaikan meskipun kecil, dia juga mengetahui keburukan meski pun samar-samar.Seringkali dia benar2 merasai & memahami perilaku seseorang dari wajahnya & dapat memberi respon terhadap hal itu. Akan tetapi, dia tidak memiliki hati.

Ketika bertemu dengan teman lamanya yang sudah lama tidak bersua, dia bersalam lalu menggenggam tangannya kuat, bahkan memeluknya. Namun hatinya, tetap beku, sama sekali tidak terpengaruh. Dia memberi nasihat kepada orang lain, " Jadilah kalian begini & jadilah kalian begitu", serta menyebutkan pelbagai dalil & bukti, namun hatinya semakin keras & tidak terpengaruh.

Dia tersenyum kala mendengar berita gembira. Dia juga mengerutkan dahi saat menerima berita duka.Akan tetapi, kegembiraan & kesedihannya hanyalah reaksi semula jadi semata, sedangkan hatinya tetap diam & tidak bergoncang. Dia menyatakan cinta & benci kepada seseorang. Tetapi ketika melihat hatinya,ia tetap diam tanpa memberi penjelasan.Dia berdiri menunaikan solat & berusaha khusyuk, membaca al-Quran & berusaha menumpukan perhatiannya. Ketika menunaikan solat, dia membaca bacaan solat dengan nadanya sehingga orang-orang pun berkata, " Dia itu khusyuk nampaknya." Akan tetapi ketika meraba hatinya, dia mendapatinya tuli& tidak khusyuk, walaupun memahami apa yang dibaca.Ini adalah gambaran sebenar yang terjadi pada hati lelaki itu.

Saya tidak melebih-lebihkan atau menguranginya. Menurut anda, apakah anda dapat mengatakan bahawa hatinya sama seperti kebiasaan hati orang-orang lain?Saya dianugerahi akal tetapi hati saya hilang. Saya merasakan akal fikiran saya cerdas berfikir, bekerja,hidup & menunjukkan kewujudannya. Akan tetapi, ketika saya ingin menghayati semua itu pada hati saya, sama sekali saya tidak menjumpainya. Saat ini, anda telah mendengar tentang seseorang lelaki yang tidak memiliki hati.Dia adalah seorang yang membuat perjanjian (baiah) dengan anda & anda teah mengambil janji setia darinya. Apakah anda rela jika seorang tentera anda hidup tanpa hati?

Apakah anda dapat membantu menghidupkan hatinya agar bergerak dan merasai apa yang diucapkan oleh lisannya?Inilah penyakit salah seorang tentera anda yang akan membuat anda sedih jika mengetahuinya. Oleh sebab itu, saya tidak akan menyebutkan namanya, hinggalah saya maklumkan anda bahawa dia telah sembuh.

JAWAPAN GURU YANG MURSYID

(Jawapan Imam Hassan Al Banna Kepada Rijal Tanpa Hati)

Waalaikumussalam warahamtullahi wabaraktuh.

Saya telah membaca suratmu dan sangat terpengaruh dengan kejujuran bahasamu, keindahan keberanianmu, halusnya kesedaranmu, dan hidupnya hatimu.

Saudaraku,
Kamu bukannya orang yang hatinya mati seperti yang kamu sangka.
Akan tetapi kamu adalah seorang pemuda yang perasannya tajam, jiwanya bersih dan nuraninya lembut.

Seaindainya tidak, tentulah kamu ingkari perasaanmu.

Akan tetapi disebablkan oleh besarnya semangat dan tujuan (matlamat hidup) mu membuatmu menganggap kecil urusanmu yang besar dan engkau mengharapkan tambahan untuknya.

Tidak ada masalah dalam hal itu,
Dan memang itu yang sepatutnya berlaku.

Saya merasakan apa yang kamu rasakan,
Saya berjalan sebagaimana kamu berjalan,
Dan saya akan berusaha untuk memberikan beberapa nasihat.

Jika nasihat nasihat ini bermanfaat bagimu,
dan dengan melaksanakannya
kamu lihat dapat menghapuskan dahaga,
serta dapat mengubati saktimu,
maka saya senang untuk bertemu denganmu agar kita saling berkerjasama untuk mengenal pasti penyakitmu dan menentukan ubatnya.

1. Bertemanlah dengan orang orang yang khusyuk yang selalu merenung,
bergaul dengan orang yang selalu berfikir dan menyendiri, dekat dengan orang yang bertaqwa dan soleh, yang dari mereka terpancar hikmah, dan dari wajah mereka terpancar cahaya, dan dari hati mereka bertambah makrifat (dan jumlah mereka adalah sedikit), adalah ubat yang mujarab.

Berusahalah untuk berteman dengan orang orang seperti mereka,
selalu bersama sama mereka,
kembali kepada mereka,
dan kamu sambungkan ruhmu dengan ruh mereka, jiwamu dengan jiwa mereka,
serta kamu habiskan kebanyakan waktu kosongmu bersama mereka.

Hati hatilah dengan orang yang mengaku ngaku!

2. Carilah orang yang keadaannya membuatmu bangkit bersemangat,
perbuatannya membawamu berbuat baik,
dan jika kamu melihatnya,
maka kamu mengingat Allah.

Berteman dengan orang seperti ini adalah salah satu ubat mujarab,
kerana watak manusia seirng mencuri,
sehinggalah hati terpengaruh dengan hati yang lain,
dan jiwa pun mengambil contoh dari jiwa yang lain.

Oleh kerana itu, berusahalah untuk menemukan jiwa jiwa yang soleh sebagai teman.

3. Saudaraku,
Berfikir, berzikir diwaktu waktu yang suci,
menyendiri, bermunajat serta merenung alam yang indah dan menakjubkan, menggali rahsia keindahan dan keagungan alam, meneliti dengan hati dan berzikir dengan lisan tentang tanda keagungan yang menakjubkan serta hikmah yang agung ini,
termasuk hal yang memberi kehidupan kepada hati dan menyinari dengan keimanan dan keyakinan.

Allah berfirman,

“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda tanda bagi orang yang berakal.”
(Ali Imran:190)

4. Saudaraku,
Seterusnya berfikir tentang masyarakat,
melihat pelbagai penderitaan, kebahagiaan, kesulitan serta keamanan, menjenguk orang sakit, menggembirakan orang yang ditimpa bencana dan mengetahui sebab kesengsaraan yang berbentuk pembangkangan, kekafiran, kezaliman, pelanggaran, sikap mementingkan diri, egois, terperdaya oleh hal hal yang semu,
semua ini merupakan cantuman bagi rantaian hati, yang menyatukan cerai berainya
dan menghidupkannya dari kematian.

5. Saudaraku,
hati ada ditangan Allah.
Dia mengubahnya sesuai dengan kehendaknya.

Oleh kerana itu, bersungguh sungguhlah dalam berdoa, agar Dia memberikan kehidupan kepada hatimu.
membuka dadamu dengan iman
dan melimpahkan keyakinan kepadamu sebagai anugerah serta nikmat dariNya.

Berdoalah diwaktu waktu mustajab berdoa dan waktu sahur,
kerana doa pada waktu sahur itu adalah ibarat anak panah yang meluncur tidak henti sehingga sampai ke ArasyNya.

Saya tidak meragui keikhlasan dalam mencapai tujuan dan kejujuran dalam pengakuanmu.

Allah berfirman,

“Sesungguhnya, Allah hanya menerima (korban) dari orang orang yang bertaqwa.”
(Al Maidah:27)

Saudaramu,
Hassan Al Banna.

Tuesday, 7 March 2017

It-Qan: Jom...

KNOWLEDGE IS POWER

KNOWLEDGE IS POWER
DEAR-Drop Everything And Read

Ke Arah Pembentukkan Minda Pendidik Kelas Pertama

"Sejahtera akidahnya, sahih ibadahnya, teguh akhlaknya, terdidik fikirannya, kuat badannya, mampu untuk mengusahakan mata pencariannya, teratur dalam segala urusannya, sentiasa menjaga waktunya dan sentiasa memberi manfaat kepada orang lain" (As Syahid Imam Hasan al Banna)

Istimewanya zaman remaja...

Tujuh golongan manusia akan dilindungi oleh Allah pada hari di mana tidak ada perlindungan kecuali perlindunganNya iaitu:
1) Imam yang adil
2) Pemuda / remaja (lelaki & perempuan) yang tekun beribadat kepada Allah
3) Seorang lelaki yang hatinya terpaut kepada masjid, (hatinya sentiasa ingat) dari masa ia keluar dari masjid hingga ia balik semula ke masjid
4) Dua orang *lelaki yang berkasih-kasihan di dalam (mencari ridha) Allah, keduanya bertemu kerana Allah dan berpisah pula kerana Allah
5) Seorang *lelaki yang mengingati Allah, di masa sunyi sepi sehingga menitiskan air mata.
6) Seorang lelaki yang diajak oleh seorang wanita yang berkedudukan tinggi, cantik rupa parasnya untuk melakukan perbuatan jahat, ia berkata, "Aku takut kepada tuhan seluruh alam"
7) Seorang *lelaki yang memberi sedekah dengan suatu sedekah, lalu disembunyikan sedekah itu, sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfakkan oleh tangan kanannya.

Kita lah Ulil Albab...

"Lo! In the creation of the heaven and the earth and (in) the difference of night and day are tokens (of His sovereignity) for man of understanding"

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pengantian malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal"

(Ali-Imran: 190)


"ILMU DAN IBADAH SESEORANG TIADA NILAI NYA DI SISI ALLAH DAN MANUSIA SEKIRANYA MEMBUAHKAN AKHLAK YANG BURUK"

Al-Zukhruf: 43-44

"Dengan yang demikian, berpegang teguhlah kepada Al-Quran yang telah diwahyukan kepadamu; kerana sesungguhnya engkau berada di atas jalan yang lurus. Dan sesungguhnya Al Quran itu memberikan kemuliaan dan peringatan kepadamu (wahai Muhammad) dan kepada kaummu; dan kamu akan ditanya kelak (tentang isi kandungannya yang kamu telah amalkan)."