Monday, 8 June 2009

Cita-Cita Hassan Al Banna

'Saya yakin tindakan yang tidak bermanafaat kepada orang lain dan juga dirinya ialah tindakan yang salah dan tidak berguna. Tindakan yang paling baik ialah tindakan yang bermanafaat kepada diri sendiri, saudara mara, rakan taulan dan juga negara. Tindakan yang memberi manafaat kepada umum ialah tindakan yang hebat dan mulia. Pendapat-pendapat saya ini telah mendorong saya memilih kerjaya di bidang pendidikan kerana para pendidik adalah sumber cahaya (keilmuan) bagi rakyat. Mereka menghapuskan kejahilan dan menyebarkan cahaya ilmu di seluruhdunia. Para pendidik ini seumpama lilin yang sedang menyala sambil memberi cahaya kepada orang lain. Saya yakin cita-cita tertinggi yang dapat dicapai manusia ialah mencari keredhaan Allah dengan carayang diterima dan dirahmati Nya. Seorang manusia yang ingin mencapai cita-cita tertinggi ini akan mendapati dirinya berada di persimpangan jalan.Setiap jalan mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri. Dia bolehlah memilih salah satu darikeduanya. 'Jalan yang pertama ialah falsafah sufi yang sebenar. Dasar jalan ini ialah keikhlasan amalan danmenjauhkan diri dari kesibukan sebarang makhluk yang baik dan tidak baik. Jalan ini lebih dekat dan selamat dari jalan-jalan yang lain. Jalan yang satu lagi ialah pendidikan (tarbiyah) dan dakwah. Jalan ini sama seperti jalan pertama tadi di segi keikhlasan dan amalan. Perbezaan jalanini dari jalan pertama tadi ialah: dari segi hubungannya dengan manusia; dari segi kajian terhadap manusia dan institusi-institusi manusia; dari segi penglibatannya di dalam kegiatan-kegiatan masyarakat; dan dari segi menyediakan penawar untuk penyakit-penyakit masyarakat. 'Inilah jalan yang lebih mulia di sisi Allah.Al-Quran menggelarnya jalan yang terpuji. Rasulullah s.a.w. sendiri menyebut kepentingan dan kelebihan jalan ini, Selepas merantau di dalam alam sufi, saya kini memilih jalan yang kedua kerana ia lebih mulia dan lebih penting. Saya juga yakin bahawa seseorang yang telah mencapai ketinggian ilmu dan berpandangan jauh sudah tentu memilih jalan yang kedua. 'Saya dapati kaum ku sudah tidak mempedulikan agamanya lantaran pergolakan politik yang sedang dilaluinya dan juga kerana keadaan masyarakatnya yang terpengaruh dengan Barat. Mereka telah lupa kepada pencapaian-pencapai an gemilang nenek moyangnya. Berbagai aliran fahaman bukan Islam telahbercampur baur dengan agama Islam yang tulen itu sehingga menghasilkan fahaman-fahaman yang penuhkekeliruan Islam, di dalam bentuknya yang jelas, tulen dan mudah itu telah hilang dari pandangan. Di samping itu, terdapat pula tabir khurafat yangmenyekat pertumbuhan flkiran kita. Ringkasnya, umat Islam sedang meraba-raba di dalam kegelapan jahiliyah. Golongan terpelajar dan para belia pula merosakkan mereka. Iman mereka menjadi lemah danmereka pun cenderung ke arah fahaman atheisma (mulhid). 'Saya yakin manusia, di segi fitrahnya, adalah saling berkasih sayang. Dia akan mencari sesuatu yang menjadi sasaran kasih sayangnya. Tumpuan kasihsayang saya ialah seorang sahabat. Dia bersemadi didalam diri saya seumpama roh saya sendiri. Sayamenumpukan kasih sayang saya kepadanya (yakni Ahmad Afandi Sakri). Dia begitu berkesan dalam persahabatan saya. 'Keyakinan saya di dalam perkara ini semua adalahmendalam dan jelas. Hanya yang perlu ialah untukmelihat ia menjadi kenyataan. Cita-cita saya terbahagi kepada dua bahagian: Cita-cita khas: Kebahagiaan keluarga dan saudara mara serta kesetiaan kepada para sahabat tercinta sentiasa mendapat keutamaan di dalam hati saya. Cita-cita umum: Saya ingin menjadi guru dan pemimpin. Saya ingin mendidik kanak-kanak pada siang hari dan mendakwah ibu bapa mereka pada waktu malam melalui perbincangan dan syarahan di sekitar agama. Ini boleh juga dilakukan dengan mengarang buku-buku dan melawat berbagai tempat. 'Untuk mencapai cita-cita yang pertama (yakni cita-cita khas), saya telah meneliti sesuatu itu dengan baik. Untuk melaksanakan cita-cita yang kedua, saya telah menyediakan dua senjata akhlak iaitu ketegasan dan pengorbanan. Kedua senjata ini perlu bagi seorang tokoh pembaharuan. Bahkan rahsia kejayaan berada pada kedua senjata ini. Tokoh pembaharuan yang ada dua senjata ini tidak akan menghadapi kegagalan yang mungkin menjejaskan maruah atau mendatangkan malu kepadanya. Di samping itu, ia juga memerlukan kepada cara praktik (amali) iaitumeneruskan pengajian. Saya juga telah menghubungi peribadi-peribadi yang sependapat dengan saya dan menyokong orang-orang yang berpendapat demikian. Badan saya lemah, namun begitu saya sudah biasa dengan kerja keras yang berterusan. Saya telah menyerahkan kehidupan saya kepada Allah. Saya berdo'a kepada Allah agar Dia menerima usaha saya ini dan memberi saya kekuatan untuk melaksanakan tugas saya. Semoga jasmani dan rohani saya mendapat bantuan Allah agar saya menjalankan tugas saya ini. Semoga Allah memberi saya keberkatan dan rahmat seperti yang terdapat di dalani firman-Nya: (Muhammad: 7) Maksudnya: "Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu. " 'Ini adalah satu perjanjian di antara saya dan Allah dan guru saya menjadi saksi kepada perjanjian ini. Saya membuat keputusan ini seorang diri. Tiadasesiapa yang mempengaruhi saya kecuah perasaan saya sendiri. Keputusan ini adalah hasil dari kesungguhan saya kepada Allah Yang mengetahui rahsia hati manusia..' Guru saya, Hasan Yusuf Najati memeriksakarangan saya itu dan memberi markah yang sangat baik iaitu tujuh setengah daripada sepuluh. Dalam karangan tersebut, saya menyebut sahabat saya, Ahmad Afandi Sakri yang sama-sama berkongsi perasaan dengan saya. Dia telah berhenti berniaga dan menutup kedainya kerana hendak sama-sama bergiat dengan saya. Dia masuk berkhidmat dengan LembagaPelajaran Buhairah agar saya dapat bersamanyaapabila saya tamat pengajian nanti

1 comment:

pakcu_him said...

Salam kpd semua guru-guru,
Tidaklah salah kalau saya katakan anda semua adalah pencetus jenerasi akan datang. Anda adalah minda jenerasi muda, pegangan dan perjuangan jenerasi akan datang. Lihatlah betapa tingginya taraf hati seorang pendidik sebagai Tuan Hassan Al-Banna - resapilah semangatnya jadilah diri anda.
Perjuangan belum tamat.

KNOWLEDGE IS POWER

KNOWLEDGE IS POWER
DEAR-Drop Everything And Read

Ke Arah Pembentukkan Minda Pendidik Kelas Pertama

"Sejahtera akidahnya, sahih ibadahnya, teguh akhlaknya, terdidik fikirannya, kuat badannya, mampu untuk mengusahakan mata pencariannya, teratur dalam segala urusannya, sentiasa menjaga waktunya dan sentiasa memberi manfaat kepada orang lain" (As Syahid Imam Hasan al Banna)

Istimewanya zaman remaja...

Tujuh golongan manusia akan dilindungi oleh Allah pada hari di mana tidak ada perlindungan kecuali perlindunganNya iaitu:
1) Imam yang adil
2) Pemuda / remaja (lelaki & perempuan) yang tekun beribadat kepada Allah
3) Seorang lelaki yang hatinya terpaut kepada masjid, (hatinya sentiasa ingat) dari masa ia keluar dari masjid hingga ia balik semula ke masjid
4) Dua orang *lelaki yang berkasih-kasihan di dalam (mencari ridha) Allah, keduanya bertemu kerana Allah dan berpisah pula kerana Allah
5) Seorang *lelaki yang mengingati Allah, di masa sunyi sepi sehingga menitiskan air mata.
6) Seorang lelaki yang diajak oleh seorang wanita yang berkedudukan tinggi, cantik rupa parasnya untuk melakukan perbuatan jahat, ia berkata, "Aku takut kepada tuhan seluruh alam"
7) Seorang *lelaki yang memberi sedekah dengan suatu sedekah, lalu disembunyikan sedekah itu, sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfakkan oleh tangan kanannya.

Kita lah Ulil Albab...

"Lo! In the creation of the heaven and the earth and (in) the difference of night and day are tokens (of His sovereignity) for man of understanding"

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pengantian malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal"

(Ali-Imran: 190)


"ILMU DAN IBADAH SESEORANG TIADA NILAI NYA DI SISI ALLAH DAN MANUSIA SEKIRANYA MEMBUAHKAN AKHLAK YANG BURUK"

Al-Zukhruf: 43-44

"Dengan yang demikian, berpegang teguhlah kepada Al-Quran yang telah diwahyukan kepadamu; kerana sesungguhnya engkau berada di atas jalan yang lurus. Dan sesungguhnya Al Quran itu memberikan kemuliaan dan peringatan kepadamu (wahai Muhammad) dan kepada kaummu; dan kamu akan ditanya kelak (tentang isi kandungannya yang kamu telah amalkan)."