Semalan saya berpeluang untuk bersantai dengan sekumpulan pelajar remaja perempuan, Kolej Profesional Mara, Seri Iskandar di Taman Rekreasi Gunung Lang. Sambil menikmati kelazatan juadah yang dibawa dari rumah, merenung keindahan alam yang menakjubkan di sekitar tasik dan taman "Jepun", memuju-muji keagungan Allah dan kebijaksaan ciptaanNya, disusuli pula dengan hidangan ruhani yang tidak pernah dipinggirkan.
Peringatan bermula tentang berfikir secara berkesan, berfikir dengan kritis dan kreatif merupakan suatu ibadah dan sunnah (amalan) Rasulullah, aktiviti yang disulami dengan pelbagai persoalan untuk meningkatkan daya berfikir. Bertadabur yakni berfikir dan membuat refleksi, mendekati alam dengan rapat, memikirkan tentang proses kejadian manusia itu sendiri secara tidak langsung mengukuhkan hubungan akrab antara insan dengan Maha Pencipta nya. Hakikat kejadian kita diciptakan sebagai khalifah sebagai penerusan / pewaris tugas para nabi. Penceritaan di dalam Al Qur'an tentang Nabi Zakaria yang kerunsingan di usia lanjut kerana belum lagi dikurniakan zuriat, lantas baginda berdoa kepada Allah supaya dikurniakan anak. Bukan kerana malu dicemuh masyarakat sebab kemadulan tetapi bimbang kerana tiada peninggalan keturunan yang soleh wa musleh (Baik dan membaikkan orang lain / masyarakat sekeliling) juga peri penting nya barisan pelapis bagi penerusan tugas-tugas menyeru kepada Islam yang menjadi rahmat, penyelamat serta kesejahteraan kepada sekalian alam.
“Dan kami tidak mengutuskan engkau (Muhammad) melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi seluruh ‘alam. (Al-Anbiya’ - 107)
Kita semua adalah insan terpilih, istimewa dengan cara tersendiri dan daya kekuatan yang tinggi. Kita semua hasil daripada persenyawaan satu sperma yang terbaik dan kental daripada jutaan sperma ayah kita dengan benih terbaik daripada telur ibu kita. Sememangnya dari awal lagi, kita adalah pejuang, dipersiapkan dengan segala "faculties"/ pancaindera untuk meredah kepayahan serta mengatasi sebarang rintangan supaya mencapai matlamat hidup kita yang murni. Semoga Allah sentiasa membantu kita dan mengilhamkan kepada kita perkara-perkara yang terbaik bagi membolehkan kita bertindak,membuat keputusan dan menyelesaikan masalah kehidupan dengan tepat, amin.
Para pelajar saya di IPG Ipoh...unit F di semester 5, pengajian peringkat pensarjanaan Pendidikan Sains Rendah akan menjalani praktikum juga dikenali sebagai "amalan profesional perguruan", selama 4 minggu bermula 22 Mac 2010. Mereka akan berada di "medan Pertempuran" sebenar bukan lagi suasana simulasi (pengajaran milro/makro). Mereka akan mula mengajar di sekolah-sekolah yang dipilih dengan berbekalkan "senjata" / ilmu pendidikan / teori pendidikan untuk diamalkan menurut kesesuaian sekolah, suasana, kesediaan dan keupayaan para pelajar masing-masing. Apabila menyentuh isu pendidikan, penekanan diberi kepada kebijaksanaan mengolah ilmu pengetahuan/isi kandungan/ "content" yang disepadukan dengan kepelbagaian kemahiran (kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran proses sains serta kemahiran manipulatif bahan dan peralatan sains) serta penerapan nilai-nilai murni / nilai-nilai saintifik dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Jadi…kepada para pelajar unit F5: All the best wishes...Be the best among the best!, amen.
Hanya sekadar berpesan-pesan bagi memanfaatkan usia muda, kepada golongan remaja yang dikasihi dan sentiasa dekat di hati. Sesungguhnya nyawa kita semua berada digenggaman Allah. Hanya Dia Maha Mengetahui saat apabila kita dijemput mengadapnya, mari sama-sama kita manfaat sisa-sisa peruntukkan usia kita untuk melakukan yang terbaik walaupun apa jua persepsi manusia lain terhadap kita, yang paling penting dan utama ialah Allah Maha Mengetahui akan setiap lintasan hati kita dan perbuatan yang kita lakukan. Hanya Dia sahaja secara mutlak, yang berhak menilai dan mengajari segala usaha kita. Allahu 'alam.
Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman.
(Al-Zariyat:55)
Catatan: Golongan profesional: Mereka yang dilatih dalam sesuatu bidang kemahiran. Mereka yang menceburi dan memperolehi kemahiran tertentu serta berupaya memberi latihan yang sama kepada pelatih. [A person engaged in one of the learned professions, master: an authority qualified to teach apprentices (wordnetweb.princeton.edu/perl/webwn]
Saturday, 13 March 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KNOWLEDGE IS POWER
Ke Arah Pembentukkan Minda Pendidik Kelas Pertama
"Sejahtera akidahnya, sahih ibadahnya, teguh akhlaknya, terdidik fikirannya, kuat badannya, mampu untuk mengusahakan mata pencariannya, teratur dalam segala urusannya, sentiasa menjaga waktunya dan sentiasa memberi manfaat kepada orang lain" (As Syahid Imam Hasan al Banna)
Istimewanya zaman remaja...
Tujuh golongan manusia akan dilindungi oleh Allah pada hari di mana tidak ada perlindungan kecuali perlindunganNya iaitu:
1) Imam yang adil
2) Pemuda / remaja (lelaki & perempuan) yang tekun beribadat kepada Allah
3) Seorang lelaki yang hatinya terpaut kepada masjid, (hatinya sentiasa ingat) dari masa ia keluar dari masjid hingga ia balik semula ke masjid
4) Dua orang *lelaki yang berkasih-kasihan di dalam (mencari ridha) Allah, keduanya bertemu kerana Allah dan berpisah pula kerana Allah
5) Seorang *lelaki yang mengingati Allah, di masa sunyi sepi sehingga menitiskan air mata.
6) Seorang lelaki yang diajak oleh seorang wanita yang berkedudukan tinggi, cantik rupa parasnya untuk melakukan perbuatan jahat, ia berkata, "Aku takut kepada tuhan seluruh alam"
7) Seorang *lelaki yang memberi sedekah dengan suatu sedekah, lalu disembunyikan sedekah itu, sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfakkan oleh tangan kanannya.
1) Imam yang adil
2) Pemuda / remaja (lelaki & perempuan) yang tekun beribadat kepada Allah
3) Seorang lelaki yang hatinya terpaut kepada masjid, (hatinya sentiasa ingat) dari masa ia keluar dari masjid hingga ia balik semula ke masjid
4) Dua orang *lelaki yang berkasih-kasihan di dalam (mencari ridha) Allah, keduanya bertemu kerana Allah dan berpisah pula kerana Allah
5) Seorang *lelaki yang mengingati Allah, di masa sunyi sepi sehingga menitiskan air mata.
6) Seorang lelaki yang diajak oleh seorang wanita yang berkedudukan tinggi, cantik rupa parasnya untuk melakukan perbuatan jahat, ia berkata, "Aku takut kepada tuhan seluruh alam"
7) Seorang *lelaki yang memberi sedekah dengan suatu sedekah, lalu disembunyikan sedekah itu, sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfakkan oleh tangan kanannya.
Kita lah Ulil Albab...
"Lo! In the creation of the heaven and the earth and (in) the difference of night and day are tokens (of His sovereignity) for man of understanding"
"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pengantian malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal"
(Ali-Imran: 190)
"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pengantian malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal"
(Ali-Imran: 190)
"ILMU DAN IBADAH SESEORANG TIADA NILAI NYA DI SISI ALLAH DAN MANUSIA SEKIRANYA MEMBUAHKAN AKHLAK YANG BURUK"
Al-Zukhruf: 43-44
"Dengan yang demikian, berpegang teguhlah kepada Al-Quran yang telah diwahyukan kepadamu; kerana sesungguhnya engkau berada di atas jalan yang lurus. Dan sesungguhnya Al Quran itu memberikan kemuliaan dan peringatan kepadamu (wahai Muhammad) dan kepada kaummu; dan kamu akan ditanya kelak (tentang isi kandungannya yang kamu telah amalkan)."
1 comment:
Tq miss u taujihad yg hebat n menusuk jiwa ni...InsyaAllah kami akan buat yg terbaik u praktikum kali ni...berbejal doa dr pensyarah2 kami - F5 students
Post a Comment