Saturday, 10 July 2010

"THE MAN WHO THINKS HE CAN"

Semester kedua bagi tahun akademik 2010 ini, saya diamanahkan lagi untuk mengajar subjek generik: "Thinking Skills" kepada tiga kumpulan pelajar baru bagi program persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP), TESL. Perbincangan dalam kuliah pertama saya pagi tadi untuk unit K13, berdasarkan puisi Inggeris terbaik pada satu ketika dulu yang bertajuk "THE MAN WHO THINKS HE CAN". Berlaku perbezaan pandangan terhadap satu isu yang membuatkan saya meminta pelajar untuk mengundi. Jumlah pelajar ialah 20 orang, 18 setuju, seorang tidak setuju dan setelah tiga kali saya mohon pelajar mengulangi undian, jumlah yang mengangkat tangan tetap 19. Akhirnya pelajar-pelajar unit tersebut memperkenalkan kepada saya rakan mereka, Nor Umairah yang cacat kedua tangan nya. Saya jadi terkedu seketika. Nor Umairah kelihatan normal berbaju kurung tetapi tangan nya tidak kelihatan apabila dia memperlihatkan lengan bajunya. Saya pun bertanya kepada kelas, siapakah yang membantu Nor Umairah mengambil nota? Mereka menjawab persoalan saya sambil disambut dengan senyuman manis daripada Nor Umairah yang sedang menulis dengan jari kakinya. MasyaAllah, tidak lah Allah jadikan sesuatu itu dengan sia-sia. Terus saya fokus pada Nor Umairah dan berseru, "Nor Umairah, anda merupakan pelajar yang memiliki kelainan upaya, OKU-orang kelainan upaya, yang kekurangan anggota fizikal tetapi cerdas mental"

Maha suci Allah..."Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?" (Ar-Rahman:13)


"THE MAN WHO THINKS HE CAN"
by Walter D. Wintle

If you think you are beaten, you are;
If you think you dare not, you don't.
If you'd like to win, but think you can't
It's almost a cinch you won't.
If you think you'll lose, you've lost,
For out in the world we find
Success beings with a fellow's will;
It's all in the state of mind.

If you think you're outclassed, you are:
You've got to think high to rise.
You've got to be sure of yourself before
You can ever win a prize.
Life's battles don't always go
To the stronger or faster man,
But soon or late the man who wins
Is the man who thinks he can.

Allahu 'alam, moga bermanfaat.
Posted by CastStory2008 at 11:06 0 comment

No comments:

KNOWLEDGE IS POWER

KNOWLEDGE IS POWER
DEAR-Drop Everything And Read

Ke Arah Pembentukkan Minda Pendidik Kelas Pertama

"Sejahtera akidahnya, sahih ibadahnya, teguh akhlaknya, terdidik fikirannya, kuat badannya, mampu untuk mengusahakan mata pencariannya, teratur dalam segala urusannya, sentiasa menjaga waktunya dan sentiasa memberi manfaat kepada orang lain" (As Syahid Imam Hasan al Banna)

Istimewanya zaman remaja...

Tujuh golongan manusia akan dilindungi oleh Allah pada hari di mana tidak ada perlindungan kecuali perlindunganNya iaitu:
1) Imam yang adil
2) Pemuda / remaja (lelaki & perempuan) yang tekun beribadat kepada Allah
3) Seorang lelaki yang hatinya terpaut kepada masjid, (hatinya sentiasa ingat) dari masa ia keluar dari masjid hingga ia balik semula ke masjid
4) Dua orang *lelaki yang berkasih-kasihan di dalam (mencari ridha) Allah, keduanya bertemu kerana Allah dan berpisah pula kerana Allah
5) Seorang *lelaki yang mengingati Allah, di masa sunyi sepi sehingga menitiskan air mata.
6) Seorang lelaki yang diajak oleh seorang wanita yang berkedudukan tinggi, cantik rupa parasnya untuk melakukan perbuatan jahat, ia berkata, "Aku takut kepada tuhan seluruh alam"
7) Seorang *lelaki yang memberi sedekah dengan suatu sedekah, lalu disembunyikan sedekah itu, sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfakkan oleh tangan kanannya.

Kita lah Ulil Albab...

"Lo! In the creation of the heaven and the earth and (in) the difference of night and day are tokens (of His sovereignity) for man of understanding"

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pengantian malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal"

(Ali-Imran: 190)


"ILMU DAN IBADAH SESEORANG TIADA NILAI NYA DI SISI ALLAH DAN MANUSIA SEKIRANYA MEMBUAHKAN AKHLAK YANG BURUK"

Al-Zukhruf: 43-44

"Dengan yang demikian, berpegang teguhlah kepada Al-Quran yang telah diwahyukan kepadamu; kerana sesungguhnya engkau berada di atas jalan yang lurus. Dan sesungguhnya Al Quran itu memberikan kemuliaan dan peringatan kepadamu (wahai Muhammad) dan kepada kaummu; dan kamu akan ditanya kelak (tentang isi kandungannya yang kamu telah amalkan)."