Sunday, 24 July 2011

F5 Menghitung Hari...





Lagu ini menjadi kegemaran kami pada satu musim dulu. Lagu dan video menjadi selingan kuliah Kimia dan pedagogi sains ketika itu. Kami = Saya dan para pelajar PISMP unit F5. Selama lebih daripada lima tahun kami bersama. Peristiwa manis, masam dan pahit, kami sama-sama harungi. Mereka merupakan kohort pertama Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan, Pengajian Sains Rendah, Ambilan Januari 2008.

Masih segar lagi ucapan aluan saya selaku penyelaras akademik mereka, di majlis anjuran mereka dengan menjemput pakar motivasi IPG Kampus Ipoh, Dr Ismail Zain pada minggu pertama, semester pertama, di tahun pertama iaitu pada bulan januari 2008, sekembalinya saya menunaikan fardhu haji pada penghujung tahun 2007. Harapan yang menggunung disulami dengan semangat yang membara untuk meneruskan perjuangan kami. Gambaran 20 wajah-wajah suci bersih itu, kembali di ingatan saya ketika ini.

Kini mereka di semester 8, semester akhir di tahun akhir. Kami menempa sejarah dengan mengadakan program "hi-impact" pertama oleh unit PISMP, iaitu Science Fair pada Oktober 2008, Semester lepas, April 2011, mereka meraih kedudukan naib juara dalam pertandingan inovasi kategori pelajar, dengan LISTA-Low Cost Innovative Teaching And Learning Aids.

Hari Raya Aidil Fitri 1431H (2010), saya jemput mereka ke "Barokah" setelah sekian lama kami merancang untuk berhari raya bersama, hanya tahun lepas Allah makbulkan hasrat kami.Ada yang sempat mencoretkan pantun di "Guest Book" saya.

Berjalan-jalan di tepi paya,
di tengah jalan terjumpa buaya,
terima kasih di atas jamuan Hari Raya,
moga Cik Yati bahagia hendaknya.

(Nukilan: Azrul & Saleh)

Katak pisang berwarna hijau,
melompat-lompat di atas titi,
malam-malam kita merayau,
datang beraya rumah Cik Yati.

(Nukilan:Hairi)


Pantun nasihat 'Ever Green'
untuk para pekajar F5 yang saya kasihi:


Buah cempedak bentuknya bujur
Sangat disukai oleh semua
Jika kita bersikap jujur
Hidup kita dipandang mulia


Orang haji dari Jeddah
Buah kurma berlambak-lambak
Pekerjaan guru bukanlah mudah
Bagai kerja menolak ombak


Terang bulan di malam sepi
Cahya memancar kepangkal kelapa
Hidup di dunia buatlah bakti
Kepada ibu dan juga bapa


Mari kita tanam halia
Ambil sedikit buat juadah
Usia muda jangan disia
Nanti tua sesal tak sudah


Adik ke kedai membeli halia
Emak memesan membeli laksa
Jadilah insan berhati mulia
Baik hati berbudi bahasa


Semoga anda semua menjadi pendidik yang berdedikasi serta bertanggung jawab, ahli masyarakat yang cemerlang di dunia dan akhirat, gigih dan tabah dalam perjuangan untuk membina generasi Soleh Wa Musleh (Baik & Membaikkan), ameen.


Terima kasih, F5 dan Strive For The Best and Be The Best!


“Orang-orang yang menyampaikan risalah Tuhannya (Allah) dan takut hanya kepadaNya tidak kepada lainnya, cukuplah Allah sebagai Pengira segala Amal dan makhlukNya.”
( Al-Ahzab:39)














3 comments:

ehsanhalim said...

terima kasih atas segalanya miss.

Allah sahaja yg mampu membalasnya.

mohom maaf atas salah silap.

CastStory2008 said...

Jazakallahu khairan kathira Ehsan Halim. All the best wishes in your future undertaking, ameen.

abdulfattah said...

terima kasih miss atas sgala kenangan bsama dlm mjadi guru, byk kenangn yg baik kranya blh dikongsikn bsama anak-anak didik saya kelak, byk ilmu2 yg berguna drpd miss dan lecrurer2 yg kranya sya blh gunakn dlm hldup... sblm meningglkan dunia PISMP, sya ingin memohon maaf atas sgala salah slp spnjng tempoh pengajian ini, sgala yg baik dr miss hanya Allah ja yg dpt membals, smga ukhwah berkekalan, smga pertolongn ditrskn, smg sengketa dijauhkan..amin - Rafiq F5

KNOWLEDGE IS POWER

KNOWLEDGE IS POWER
DEAR-Drop Everything And Read

Ke Arah Pembentukkan Minda Pendidik Kelas Pertama

"Sejahtera akidahnya, sahih ibadahnya, teguh akhlaknya, terdidik fikirannya, kuat badannya, mampu untuk mengusahakan mata pencariannya, teratur dalam segala urusannya, sentiasa menjaga waktunya dan sentiasa memberi manfaat kepada orang lain" (As Syahid Imam Hasan al Banna)

Istimewanya zaman remaja...

Tujuh golongan manusia akan dilindungi oleh Allah pada hari di mana tidak ada perlindungan kecuali perlindunganNya iaitu:
1) Imam yang adil
2) Pemuda / remaja (lelaki & perempuan) yang tekun beribadat kepada Allah
3) Seorang lelaki yang hatinya terpaut kepada masjid, (hatinya sentiasa ingat) dari masa ia keluar dari masjid hingga ia balik semula ke masjid
4) Dua orang *lelaki yang berkasih-kasihan di dalam (mencari ridha) Allah, keduanya bertemu kerana Allah dan berpisah pula kerana Allah
5) Seorang *lelaki yang mengingati Allah, di masa sunyi sepi sehingga menitiskan air mata.
6) Seorang lelaki yang diajak oleh seorang wanita yang berkedudukan tinggi, cantik rupa parasnya untuk melakukan perbuatan jahat, ia berkata, "Aku takut kepada tuhan seluruh alam"
7) Seorang *lelaki yang memberi sedekah dengan suatu sedekah, lalu disembunyikan sedekah itu, sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfakkan oleh tangan kanannya.

Kita lah Ulil Albab...

"Lo! In the creation of the heaven and the earth and (in) the difference of night and day are tokens (of His sovereignity) for man of understanding"

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pengantian malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal"

(Ali-Imran: 190)


"ILMU DAN IBADAH SESEORANG TIADA NILAI NYA DI SISI ALLAH DAN MANUSIA SEKIRANYA MEMBUAHKAN AKHLAK YANG BURUK"

Al-Zukhruf: 43-44

"Dengan yang demikian, berpegang teguhlah kepada Al-Quran yang telah diwahyukan kepadamu; kerana sesungguhnya engkau berada di atas jalan yang lurus. Dan sesungguhnya Al Quran itu memberikan kemuliaan dan peringatan kepadamu (wahai Muhammad) dan kepada kaummu; dan kamu akan ditanya kelak (tentang isi kandungannya yang kamu telah amalkan)."