Monday, 22 August 2011
Perbezaan Antara Kita Hanya Lah...T
Kata seorang ustaz di sesi ceramah pagi di radio IKIM semasa saya dalam perjalanan ke tempat kerja: Allah menilai kita dengan sesuatu yang dimiliki oleh semua hambaNya,bukan berdasarkan banyaknya harta atau banyaknya ilmu atau banyaknya anak-pinak atau gender atau paras rupa atau status perkahwinan atau kedudukan atau pun pangkat seseorang tetapi Allah menilai kita berdasarkan tahap TAQWA...
Ketaqwaan lah yang membezakan kita sebenarnya.
Di Bulan Ramadhan kareem ini, kita berpuasa sehingga sebulan lamanya, salah satu cara untuk melatih diri dalam membina ketaqwaan.
"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa"
[Al Baqarah: 183]
Ingin saya kongsikan penulisan seorang sahabat, Ustaz Wan Ahmad Sanadi tentang "Maqam ketaqwaan dan Ihsan", beliau menyatakan:
"Taqwa bermakna takut, iaitu takut kepada Allah swt.
Rasa takut kepada Allah swt itu disalurkan dengan menjalankan segala perintahNya dan menjauhi segala laranganNya. Menjalankan semua perintah dan menjauhi segala larangan Allah swt adalah kayu ukur perilaku yang dapat dinilai dari seseorang yang bertaqwa.
Ini merupakan pewujudan secara zahir dari ketaqwaan seseorang.
Namun, melihat kepada yang nampak secara zahir semata-mata tidaklah cukup kerana letaknya taqwa itu bukanlah sekadar pada pekerjaan yang nampak secara zahir semata-mata.
Rasulullah saw bersabda :
''Taqwa itu di sini, taqwa itu di sini, dua kali atau tiga kali, sambil beliau menunjuk dengan tangan beliau ke arah dadanya.''
(HR Ahmad)
Taqwa itu pangkalnya di hati yang selalu ingat kepada Allah swt.
Inti dari ketaqwaan adalah selalu ingat Allah swt yakni :
(i) Suatu kesedaran yang mendalam pada diri kita bahwa Allah swt sentiasa hadir dalam kehidupan kita.
(ii) Suatu kesedaran mengenai ke-MahaHadir-an Allah swt dalam segala ruang dan waktu.
(iii)Suatu kesedaran bahwa Allah swt sentiasa bersama kita.
Allah swt telah berfirman :
''Dan Dia bersamamu di mana pun kamu berada. Dan Allah Maha Mengetahui tentang segala sesuatu yang engkau kerjakan.''
(QS Al Hadid : 4)
Kesedaran Ilahi semacam ini dalam agama kita disebut juga dengan istilah "ihsan".
Mengenai makna "ihsan", Rasulullah saw telah bersabda :
''Hendaklah engkau beribadah kepada Allah seakan engkau melihatNya, dan jika engkau tidak melihatNya, maka sesungguhnya Dia melihatmu.'' (HR Bukhari)
Sikap ihsan ini akan menjadikan seseorang itu :
(i) Sentiasa berbuat baik.
(ii) Sentiasa melaksanakan segala sesuatu yang diperintahkan Allah swt.
(iii) Sentiasa melakukan sesuatu yang diridhai oleh Allah swt.
Dengan menyedari akan kehadiran Allah swt dan kebersamaan denganNya bila-bila masa dan di mana pun, seseorang akan sentiasa menghindari perbuatan jahat, menghindari perbuatan tercela, menjauhi segala laranganNya, juga menjauhi perbuatan yang dapat mendatangkan kemurkaanNya.
Berangkat dari kesedaran ke-Tuhan-an yang terhunjam di dalam kalbu kita, akan memancarlah sifat-sifat mulia dan terpuji pada perilaku seseorang dalam kehidupannya sehari-hari.
Jika individu-individu dalam masyarakat memiliki sikap dan perilaku yang demikian, maka akan tercipta suatu kehidupan masyarakat ideal yang bermoral dan beradab.
Inilah gambaran sebuah masyarakat yang dibangun di atas asas taqwa kepada Allah swt di mana salah satu wasilah untuk mewujudkannya adalah melalui ibadah puasa di bulan Ramadhan.
Ya Allah, jadikanlah kami hamba-hambaMu yang bertaqwa yang sentiasa melaksanakan segala perintah-perintahMu dan menjauhi segala larangan-laranganMu sebagai hasil dari latihan-latihan yang kami lalui di bulan Ramadhan ini. Sesungguhnya tidak ada kenikmatan yang lebih baik yang kami perolehi dariMu melainkan sifat taqwa yang terbentuk di dalam jiwa raga kami setelah berjaya melalui sistem pendidikan dan latihan yang sistematik di bulan Ramadhan di samping segala ganjaran-ganjaran yang Engkau janjikan bagi mereka-mereka yang ikhlas melaksanakan puasa semata-mata keranaMu"
Ameen Ya Rabb.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KNOWLEDGE IS POWER
Ke Arah Pembentukkan Minda Pendidik Kelas Pertama
"Sejahtera akidahnya, sahih ibadahnya, teguh akhlaknya, terdidik fikirannya, kuat badannya, mampu untuk mengusahakan mata pencariannya, teratur dalam segala urusannya, sentiasa menjaga waktunya dan sentiasa memberi manfaat kepada orang lain" (As Syahid Imam Hasan al Banna)
Istimewanya zaman remaja...
Tujuh golongan manusia akan dilindungi oleh Allah pada hari di mana tidak ada perlindungan kecuali perlindunganNya iaitu:
1) Imam yang adil
2) Pemuda / remaja (lelaki & perempuan) yang tekun beribadat kepada Allah
3) Seorang lelaki yang hatinya terpaut kepada masjid, (hatinya sentiasa ingat) dari masa ia keluar dari masjid hingga ia balik semula ke masjid
4) Dua orang *lelaki yang berkasih-kasihan di dalam (mencari ridha) Allah, keduanya bertemu kerana Allah dan berpisah pula kerana Allah
5) Seorang *lelaki yang mengingati Allah, di masa sunyi sepi sehingga menitiskan air mata.
6) Seorang lelaki yang diajak oleh seorang wanita yang berkedudukan tinggi, cantik rupa parasnya untuk melakukan perbuatan jahat, ia berkata, "Aku takut kepada tuhan seluruh alam"
7) Seorang *lelaki yang memberi sedekah dengan suatu sedekah, lalu disembunyikan sedekah itu, sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfakkan oleh tangan kanannya.
1) Imam yang adil
2) Pemuda / remaja (lelaki & perempuan) yang tekun beribadat kepada Allah
3) Seorang lelaki yang hatinya terpaut kepada masjid, (hatinya sentiasa ingat) dari masa ia keluar dari masjid hingga ia balik semula ke masjid
4) Dua orang *lelaki yang berkasih-kasihan di dalam (mencari ridha) Allah, keduanya bertemu kerana Allah dan berpisah pula kerana Allah
5) Seorang *lelaki yang mengingati Allah, di masa sunyi sepi sehingga menitiskan air mata.
6) Seorang lelaki yang diajak oleh seorang wanita yang berkedudukan tinggi, cantik rupa parasnya untuk melakukan perbuatan jahat, ia berkata, "Aku takut kepada tuhan seluruh alam"
7) Seorang *lelaki yang memberi sedekah dengan suatu sedekah, lalu disembunyikan sedekah itu, sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfakkan oleh tangan kanannya.
Kita lah Ulil Albab...
"Lo! In the creation of the heaven and the earth and (in) the difference of night and day are tokens (of His sovereignity) for man of understanding"
"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pengantian malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal"
(Ali-Imran: 190)
"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pengantian malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal"
(Ali-Imran: 190)
"ILMU DAN IBADAH SESEORANG TIADA NILAI NYA DI SISI ALLAH DAN MANUSIA SEKIRANYA MEMBUAHKAN AKHLAK YANG BURUK"
Al-Zukhruf: 43-44
"Dengan yang demikian, berpegang teguhlah kepada Al-Quran yang telah diwahyukan kepadamu; kerana sesungguhnya engkau berada di atas jalan yang lurus. Dan sesungguhnya Al Quran itu memberikan kemuliaan dan peringatan kepadamu (wahai Muhammad) dan kepada kaummu; dan kamu akan ditanya kelak (tentang isi kandungannya yang kamu telah amalkan)."
No comments:
Post a Comment