Jauh di seberangg lautan di Lembah Nil
Peluru hidup sedang menerjah
Dada, rusuk, kepala dan sekujur tubuh
Pendukung Ikhwan Muslimin di Mesir
Sekian ramai yang telah rebah
Ketika berIftar, bertawarih,solat Subuh
Dan di siang yang panas
Di Dataran Rabi'ah Adawiyah, Dataran Universiti Al-Azhar,
Di Iskandariah dan di mana-mana di Mesir
Kejamnya tentera Firaun baru tajaan Amerika
Pendukung Ikhwan yang dikasihi!
Inilah ulangan tribulasi terhadapmu
Sepanjang sejarahmu 80 tahun
Di bumi berdarah di negara tua
Yang sejarah Tauhidnya dimulai dari Nabi Musa a.s.
Dan para Anbia yang lain
Bumi Mesir kini dalam kancah perang saudara
Yang darah rakyatnya tumpah hingga ke Sungai Nil
Tentera dan golongan munifqun berpesta minum perahan anggur
Sambil menghirup darah rakyatnya sendiri
Di tengah ratap tangis ibu yang kehilangan suami
Anak kehilangan ayah
Demikian dahaganya tentera terhadap darah rakyat
Medan Tahrir bukan lagi dataran perjuangan
Kebebasan dan kemanusiaan seperti masa lalu
Ia bertukar menjadi medan orang-orang keliru
Memuja tentera yang merampas kuasa
Memuja Firaun baru yang membaham rakyatnya sendiri
Apa dosa Dr Muhammad Mursi dan Ikhwan Muslimin
Yang sepanjang sejarahnya memperjuangkan
Tegaknya syariat Islam, menebarkan dakwah
Tiba-tiba ia diperangi habis-habisan
Mengulangi kezaliman
Gamal Naseer, Anwar Sadat, Hosni Mubarak
Namun Ikhwan tidak membalas serangan
Kerana berpegang kepada prinsip jihad yang agung
"Biar kita dibunuh, tapi kita jangan membunuh"
Ini hasil tarbiyah yang diterima pendukungnya
Di atas kubur demokrasi bangun para diktator tentera
Pimpinan Abd Fatah As-sisi
Menyeringaikan taringnya, menghirup darah rakyatnya
Namun dengan izin Allah
Pendukung Ikhwan tidak akan terkalahkan
Malah terus berjuang hingga mencapai kemenangan
Pendukung Ikhwan yang dikasihi
Serta rakyat yang mahukan demokrasi
Saat ini roh dan semangat Imam Hassan Al-Banna bersamamu
Menaburkan mawar harum semerbak kepadamu
Musuhmu akan tewas jua akhirnya
Dan kamu teruskanlah perjuangan bersama semangat jihad
Allah telah tkdirkn perkara ini berlaku dalam bulan Ramadhan. Namun ia bermula sebelum Ramadhan lagi.
Apa yang berlaku di mesir adalah hasil perancangan orang-orang yang zalim. Allah telah sebut 16 kali dalam al-Quran Allah tidak akn memeri petunjuk kepada orang2 yang zalim.
Mereka telah lakukan pelbagai kesilapan. Pertamanya mereka telah memilih waktu yang salah. Mereka kira Ramadhan akan melemahkan penyokong morsi kerana keletihan berpuasa namun sebaliknya yang berlaku mereka semakin teguh. Mereka gerun dengan keteguhan ikhwah akhawat kita tua dan muda. Mereka sangka selepas 5-10 hari mereka akan surut tetapi mereka tetap teguh. Apabila dibawakan pistol dan senjata api mereka bawa al-Quran dan dada mereka sebagai perisai - ayuh bunuhlah kami! Apabila seorang terbunuh mereka bukannya takut bahkan lebih ramai yang rela untuk mati.
Jumlah demonstran di medan rabiah seramai 3 juta orang. Kalau tidak kerana perancangan rabbani bagaimana mungkin mentadbir 3 juta orang? Ada yang nak makan ada yang nak buang air ada yang nak tidur. Negara2 teluk pun jumlah rakyatnya hanya 4 juta orang. Ukhuwah dan perpaduan ini menimbulkan kegerunan pd musuh. Mereka solat dgn satu imam dan berdoa dengan qunut yg sama. Mereka datang sekeluarga. Kata si ayah jika mati kami sanggup mati sekeluarga!
Ikhwah akhawat kita boleh membahagi2kan walaupun hanya sebutir tamar. Mereka boleh hidup bersama. Mereka menghubungi sahabat yg di masjid alharam kami berada di medan rabiah namun ruh kami seolah2 berada di tanah haram. Memng tak dpt nak samakan medan rabiah dgn tanah haram ttp ruh ukhuwah itu dpt dirasakan dan terasa nikmatnya.
Terdpt satu lg medan namanya medan nahdhah yg tidak ada masjid cuma ada zoo taman bunga dan kebun buah2an krn menjaga sempadan di situ. Sehingga timbul fatwa bolehkah kami beriktikaf di medan rabiah krn ia bukan masjid?jawapannya tak boleh! Lalu mereka bertanya habis tu di mana kami nak iktikaf?berkatalah para ulamak. Bergembiralah krn ikikaf itu sunat ttp menjaga sempadan itu wajib. Kamu melakukan perkara wajib maka kedudukannya lebih istimewa drpd iktikaf. Situasi tlah mmberikan kami ruh yg tinggi sehingga kami saling membantu. Makanan cukup dan ubatan cukup. Hingga trdpt begitu ramai org yg memberikan infaq. Ada makeshift hospital sehingga ada yg mahu infaq ubatan disebut tak perlu kami sudah ada banyak ubatan. Inilh hospital yg paling besar. Ada yg dtg dr kampung bawa 5 ekor lembu dan kata mahu sembelih utk diedarkan dagingnya sbg makanan. Allah tidak akan sia2 kan hak bg org yg memiliki prinsip. Maka ingatlah saudara kamu dan berdoa utk mereka sblm kamu iftar.
Sebenarnya kita tidak perlu bimbang dengan ikhwah akhawat di medan rabiah kerana mereka berada dalam suasana rabbaniah yg tinggi.
Ini bukan isu mesir tp isu umat. Saifuddin Qutuz telah keluar dr mesir utk memerangi mongol. Salahuddin telah keluar dr mesir ke medan hittin dan sererusnya menawan palestin. Maka mesir juga akan jadi pencetus kemenangan palestin seterusnya.
Di malaysia ada imam yg berdoa dlm bahasa melayu ya Allah bantulah dr morsi dan jatuhkan as-sisi sedangkan dia tidak kenal mereka berdua. Ini adalah barakah drpd dakwah ini.
Perutusan Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
“Jadilah diri kamu golongan Rabbaniyyin, bukan golongan Ramadhaniyyin”
السلا م عليكم و ر حمة الله وبر كا ته
Segala puji bagi Allah SWT Pencipta alam semesta, selawat dan salam kepada Rasulullah SAW, kaum keluarga, para sahabat dan para pengikut Baginda sehingga hari kiamat.
Bersempena menyambut bulan Ramadan yang mulia tahun 1434 Hijrah ini, Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) ingin mengucapkan tahniah kepada semua umat Islam yang diberi anugerah umur dan rezeki oleh Allah SWT, berpeluang menyambut bulan Ramadhan pada kali ini. Allah SWT telah memakbulkan doa kita semua sehingga berkesempatan berada di dalamnya.
“Hai orang-orang yang beriman diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang beriman sebelum kamu, agar kamu bertaqwa.” (Al-Baqarah, 2: 193)
Allah SWT berfirman lagi yang bermaksud:
“Bulan Ramadhan yang diturunkan padanya Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan bukti keterangan dari petunjuk dan pembeza (di antara yang benar dan salah)”.
(Al-Baqarah: 185)
Rasulullah SAW telah bersabda:
“Telah datang kepada kamu bulan Ramadhan , selamat datang diucapkan “ (HR At Thabrani)
Walaupun kita merasa gembira dengan kedatangan bulan mulia ini, namun kita merasa amat sedih dan bersama merasai kesengsaraan yang ditanggung oleh saudara-saudara Islam kita di seluruh dunia terutama terhadap tragedi terkini yang berlaku di Mesir setelah Presiden yang dipilih rakyat secara sah digulingkan.
Sempena bulan Ramadhan, bulan tarbiah dan perjuangan ini, IKRAM ingin menegaskan beberapa hal berikut:-
1. Menyeru semua kaum muslimin dan muslimat menghayati dan mensyukuri kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini dengan tekad dan azam memperolehi taqwa kerana itulah objektif utama puasa difardhukan.
2. Mengajak seluruh umat Islam agar mempergandakan amalan kebaikan, ketaatan, dan menghulurkan bantuan kebendaan dan doa kepada faqir miskin dan semua mereka yang memerlukan sama ada di Malaysia atau di luar negara, khususnya di negara-negara yang sedang bergolak seperti di Syria, Mesir dan Rohingya.
3. IKRAM juga mengajak semua pihak pemerintah dan ketua di peringkat masing-masing agar bertaqwa kepada Allah SWT, menilai dan meneliti setiap amanah yang diberikan dengan jujur dan ikhlas kerana amanah tersebut akan dipersoalkan oleh Allah apakah ia telah ditunaikan sebaiknya atau tidak.
Bulan Ramadhan adalah ‘Tetamu Agung’ dijadikan Allah SWT untuk kita menyambutnya sebagaimana selayaknya. Allah SWT menganugerahkan ‘Malam Lailatul Qadar’ untuk umat ini, satu malam menyamai pahala beribadat lebih seribu bulan yang lain.
Semoga rahmat Allah SWT mengiringi kita semua, juga kepada mereka yang berjuang menegakkan ad-Din yang maha suci ini di seluruh dunia. Percayalah bahawa Islam tetap akan memayungi dunia, menguasainya sekalipun ia dimusuhi dan cahayanya cuba dipadamkan oleh orang-orang kafir.
Aku melalui jalan-jalan yang sukar
sangat,
Bukanlah aku mahukan jawatan
sebesar ini,
Bukanlah aku dambakan kedudukan
teratas sebuah negera,
Bukanlah
impianku untuk menjadi orang pertama
harapan rakyat,Keberadaaanku adalah
kerana Allah mahukan agama ini dijaga,
Kerana agama ini sahajalah
penyelamat segala,
Kerana kebenaran ini sahaja yang
membuka mata,
Menyedarkan hati-hati yang kebutaaan
agama,Islam ini bukanlah semata-mata
luaran pakaian sahaja,
Islam ini bukanlah pada percakapan dan manis
tutur kata sahaja,
Islam ini perlu bergerak seiring dengan iman,Iman
yang membuktikan segala kepatuhan
agama,
Kerana dalam setiap apa pun,
Sama ada hati, percakapan, ataupun
perbuatan, itulah Islam bagiku,Kaffah
menyeluruh,
Kita bukan Islam biasa-biasa.
Maka itu yang aku mahukan ianya
berlaku dalam negara kita,Segala
macam korupsi yang ada,
Apakah dianjurkan Islam?
Dengan segala hak rakyat menjadi hak
milik orang-orang besar,
Adakah itu yang Islam harapkan?
Orang-orang miskin di tepi
jalan,semakin ramai yang
menganggur,jenayah dan maksiat,
berpeleseran seperti syaitan,
Apakah itu yang Islam anjurkan?
Itulah yang mahu aku baiki,
Untuk semua rakyat di negara ini,Kita
ada agama yang memimpin hidup kita,
Kita ada Tuhan yang akan menilai
tingkah laku kita,
Ingat hari kiamat akan muncul, dan
semuanya akan dipertontonkan semula.
Aku memohon ampun atas
kelewatanku,Untuk mengurus negeri ini,
Aku mengetahui batasan aku,
Aku mengakui ketidakmampuanku
pada sesuatu perkara,
Namun, ku mengharapkan, kamu
membantu aku,
Bersama-sama kita bangunkan negeri
ini,Jika tidak ada sokongan kamu,
Aku tidak akan berada di sini,
Ku hanya memohonkan sabarmu,
Ku hanya memohonkan komitmenmu,
Ku hanya memohonkan bantuanmu,
Bantulah aku untuk kita bina negara ini
bersama,
Kerana ianya bukan hak mutlak diriku,
Dia adalah milik kita bersama,
Tetapi keadaannya tidak demikian,
Kau malah menuduh aku bermacam-
macam, Sikapmu yang tidak sabar,
Ianya hanya merugikan kita.
Maka, aku hanya mengharapkan Allah
yang satu,Untuk membantu perjuanganku ini,
Kerana Dia bersikap tidak pernah
meninggalkan hambaNya,Maka aku
hanya berpegang dengan
taliNya,Allahumma, bantulah aku Ya
Allah,kerana aku membawa agamaMu,
Allahumma, sentiasalah bersama-samaku Allah, untuk memimpin negara
ini, Allahumma, kerana cukup
kekuatanMu ya Allah, maka aku merasa
Kau mencukupi untukku.
Bismillahi tawakkaltu 'ala Allah, la haula
wa la quwwata illa billah!
ukhti,
tidak sangka ukhti dijemput terlebih dahulu dari kami,
belum sempat kita bertemu di sini.
ukhti,
perginya ukhti ketika berada dalam gerabak DnT,
masih baru dalam gerabak ini,
jalan mulia ini menjadi pilihanmu,
sanggup berjaulah ke Jordan dari UK
semata-mata untuk menyelami seerah di bumi Kinanah ini.
mungkin penghijrahan mu penghijrahan yang Ikhlas.
beruntungnya mu wahai ukhti !
ukhti,
semoga ukhti tenang di sana
moga berbahagia di sana
selamat berehat di sana !
moga Syahadatul Haq mu menjadi saksi di hadapanNya
moga kerehatanmu di sana menyedarkan kami bahawa masa rehat kami di sini sudah berlalu
Pada zaman Nabi Muhammad SAW, ada seorang pemuda bermata biru, rambutnya merah, pundaknya lapang panjang, berpenampilan cukup tampan, kulitnya kemerah-merahan, dagunya menempel di dada selalu melihat pada tempat sujudnya, tangan kanannya menumpang pada tangan kirinya, ahli membaca Al Qur’an dan menangis, pakaiannya hanya dua helai sudah kusut yang satu untuk penutup badan dan yang satunya untuk selendangan, tiada orang yang menghiraukan, tak dikenal oleh penduduk bumi akan tetapi sangat terkenal di langit. Dia, jika bersumpah demi Allah pasti terkabul. Pada hari kiamat nanti ketika semua ahli ibadah dipanggil disuruh masuk surga, dia justru dipanggil agar berhenti dahulu dan disuruh memberi syafa’at, ternyata Allah memberi izin dia untuk memberi syafa’at sejumlah qobilah Robi’ah dan qobilah Mudhor, semua dimasukkan surga tak ada yang ketinggalan karenanya.Dia adalah “Uwais al-Qarni”.
Ia tak dikenal banyak orang dan juga miskin, banyak orang suka menertawakan, mengolok-olok, dan menuduhnya sebagai tukang membujuk, tukang mencuri serta berbagai macam umpatan dan penghinaan lainnya.Seorang fuqoha’ negeri Kuffah, karena ingin duduk dengannya, memberinya hadiah dua helai pakaian, tapi tak berhasil dengan baik, karena hadiah pakaian tadi diterima lalu dikembalikan lagi olehnya seraya berkata :“Aku khawatir, nanti sebagian orang menuduh aku, dari mana kamu dapatkan pakaian itu, kalau tidak dari membujuk pasti dari mencuri”.Pemuda dari Yaman ini telah lama menjadi yatim, tak punya sanak famili kecuali hanya ibunya yang telah tua renta dan lumpuh. Hanya penglihatan kabur yang masih tersisa. Untuk mencukupi kehidupannya sehari-hari, Uwais bekerja sebagai penggembala kambing. Upah yang diterimanya hanya cukup untuk sekedar menopang kesehariannya bersama Sang ibu, bila ada kelebihan, ia pergunakan untuk membantu tetangganya yang hidup miskin dan serba kekurangan seperti keadaannya.Kesibukannya sebagai penggembala domba dan merawat ibunya yang lumpuh dan buta, tidak mempengaruhi kegigihan ibadahnya, ia tetap melakukan puasa di siang hari dan bermunajat di malam harinya Uwais al-Qarni telah memeluk Islam pada masa negeri Yaman mendengar seruan Nabi Muhammad SAW. yang telah mengetuk pintu hati mereka untuk menyembah Allah, Tuhan Yang Maha Esa, yang tak ada sekutu bagi-Nya. Islam mendidik setiap pemeluknya agar berakhlak luhur. Peraturan-peraturan yang terdapat di dalamnya sangat menarik hati Uwais, sehingga setelah seruan Islam datang di negeri Yaman, ia segera memeluknya, karena selama ini hati Uwais selalu merindukan datangnya kebenaran.Banyak tetangganya yang telah memeluk Islam, pergi ke Madinah untuk mendengarkan ajaran Nabi Muhammad SAW secara langsung. Sekembalinya di Yaman, mereka memperbarui rumah tangga mereka dengan cara kehidupan Islam. Alangkah sedihnya hati Uwais setiap melihat tetangganya yang baru datang dari Madinah. Mereka itu telah “bertamu dan bertemu” dengan kekasih Allah penghulu para Nabi, sedang ia sendiri belum.Kecintaannya kepada Rasulullah menumbuhkan kerinduan yang kuat untuk bertemu dengan sang kekasih, tapi apalah daya ia tak punya bekal yang cukup untuk ke Madinah, dan yang lebih ia beratkan adalah sang ibu yang jika ia pergi, tak ada yang merawatnya.
Di ceritakan ketika terjadi perang Uhud Rasulullah SAW mendapat cedera dan giginya patah karena dilempari batu oleh musuh-musuhnya. Kabar ini akhirnya terdengar oleh Uwais. Ia segera memukul giginya dengan batu hingga patah. Hal tersebut dilakukan sebagai bukti kecintaannya kepada beliau SAW, sekalipun ia belum pernah melihatnya.Hari berganti dan musim berlalu, dan kerinduan yang tak terbendung membuat hasrat untuk bertemu tak dapat dipendam lagi. Uwais merenungkan diri dan bertanya dalam hati, kapankah ia dapat menziarahi Nabinya dan memandang wajah beliau dari dekat ? Tapi, bukankah ia mempunyai ibu yang sangat membutuhkan perawatannya dan tak tega ditingalkan sendiri, hatinya selalu gelisah siang dan malam menahan kerinduan untuk berjumpa.Akhirnya, pada suatu hari Uwais mendekati ibunya, mengeluarkan isi hatinya dan memohon izin kepada ibunya agar diperkenankan pergi menziarahi Nabi SAW di Madinah. Sang ibu, walaupun telah uzur, merasa terharu ketika mendengar permohonan anaknya. Beliau memaklumi perasaan Uwais, dan berkata:“Pergilah wahai anakku ! temuilah Nabi di rumahnya. Dan bila telah berjumpa, segeralah engkau kembali pulang”.Dengan rasa gembira ia berkemas untuk berangkat dan tak lupa menyiapkan keperluan ibunya yang akan ditinggalkan serta berpesan kepada tetangganya agar dapat menemani ibunya selama ia pergi. Sesudah berpamitan sambil menciumi sang ibu, berangkatlah Uwais menuju Madinah yang berjarak kurang lebih empat ratus kilometer dari Yaman. Medan yang begitu ganas dilaluinya, tak peduli penyamun gurun pasir, bukit yang curam, gurun pasir yang luas yang dapat menyesatkan dan begitu panas di siang hari, serta begitu dingin di malam hari, semuanya dilalui demi bertemu dan dapat memandang sepuas-puasnya paras baginda Nabi SAW yang selama ini dirindukannya.Tibalah Uwais al-Qarni di kota Madinah. Segera ia menuju ke rumah Nabi SAW, diketuknya pintu rumah itu sambil mengucapkan salam. Keluarlah sayyidatina ‘Aisyah r.a., sambil menjawab salam Uwais. Segera saja Uwais menanyakan Nabi yang ingin dijumpainya. Namun ternyata beliau SAW tidak berada di rumah melainkan berada di medan perang.Betapa kecewa hati sang perindu, dari jauh ingin berjumpa tetapi yang dirindukannya tak berada di rumah. Dalam hatinya bergolak perasaan ingin menunggu kedatangan Nabi SAW dari medan perang. Tapi, kapankah beliau pulang ? Sedangkan masih terngiang di telinga pesan ibunya yang sudah tua dan sakit-sakitan itu, agar ia cepat pulang ke Yaman,” Engkau harus lekas pulang”.Karena ketaatan kepada ibunya, pesan ibunya tersebut telah mengalahkan suara hati dan kemauannya untuk menunggu dan berjumpa dengan Nabi SAW. Ia akhirnya dengan terpaksa mohon pamit kepada sayyidatina ‘Aisyah r.a. untuk segera pulang ke negerinya. Dia hanya menitipkan salamnya untuk Nabi SAW dan melangkah pulang dengan perasaan haru.Sepulangnya dari perang, Nabi SAW langsung menanyakan tentang kedatangan orang yang mencarinya. Nabi Muhammad SAW menjelaskan bahwa Uwais al-Qarni adalah anak yang taat kepada ibunya. Ia adalah penghuni langit (sangat terkenal di langit). Mendengar perkataan baginda Rosulullah SAW, sayyidatina ‘Aisyah r.a. dan para sahabatnya tertegun. Menurut informasi sayyidatina ‘Aisyah r.a., memang benar ada yang mencari Nabi SAW dan segera pulang kembali ke Yaman, karena ibunya sudah tua dan sakit-sakitan sehingga ia tidak dapat meninggalkan ibunya terlalu lama.Rosulullah SAW bersabda : “Kalau kalian ingin berjumpa dengan dia (Uwais al-Qarni), perhatikanlah, ia mempunyai tanda putih di tengah-tengah telapak tangannya.”Sesudah itu beliau SAW, memandang kepada sayyidina Ali k.w. dan sayyidina Umar r.a. dan bersabda : “Suatu ketika, apabila kalian bertemu dengan dia, mintalah do’a dan istighfarnya, dia adalah penghuni langit dan bukan penghuni bumi”.Tahun terus berjalan, dan tak lama kemudian Nabi SAW wafat, hingga kekhalifahan sayyidina Abu Bakar ash-Shiddiq r.a. telah di estafetkan Khalifah Umar r.a. Suatu ketika, khalifah Umar teringat akan sabda Nabi SAW. tentang Uwais al-Qarni, sang penghuni langit. Beliau segera mengingatkan kepada sayyidina Ali k.w. untuk mencarinya bersama.Sejak itu, setiap ada kafilah yang datang dari Yaman, beliau berdua selalu menanyakan tentang Uwais al-Qorni, apakah ia turut bersama mereka. Diantara kafilah-kafilah itu ada yang merasa heran, apakah sebenarnya yang terjadi sampai-sampai ia dicari oleh beliau berdua. Rombongan kafilah dari Yaman menuju Syam silih berganti, membawa barang dagangan mereka.Suatu ketika, Uwais al-Qorni turut bersama rombongan kafilah menuju kota Madinah. Melihat ada rombongan kafilah yang datang dari Yaman, segera khalifah Umar r.a. dan sayyidina Ali k.w. mendatangi mereka dan menanyakan apakah Uwais turut bersama mereka. Rombongan itu mengatakan bahwa ia ada bersama mereka dan sedang menjaga unta-unta mereka di perbatasan kota. Mendengar jawaban itu, beliau berdua bergegas pergi menemui Uwais al-Qorni.Sesampainya di kemah tempat Uwais berada, Khalifah Umar r.a. dan sayyidina Ali k.w. memberi salam. Namun rupanya Uwais sedang melaksanakan sholat. Setelah mengakhiri shalatnya, Uwais menjawab salam kedua tamu agung tersebut sambil bersalaman. Sewaktu berjabatan, Khalifah Umar segera membalikkan tangan Uwais, untuk membuktikan kebenaran tanda putih yang berada ditelapak tangan Uwais, sebagaimana pernah disabdakan oleh baginda Nabi SAW. Memang benar ! Dia penghuni langit.Dan ditanya Uwais oleh kedua tamu tersebut, siapakah nama saudara ?“Abdullah”, jawab Uwais.Mendengar jawaban itu, kedua sahabatpun tertawa dan mengatakan : “Kami juga Abdullah, yakni hamba Allah. Tapi siapakah namamu yang sebenarnya ?”Uwais kemudian berkata: “Nama saya Uwais al-Qorni”.Dalam pembicaraan mereka, diketahuilah bahwa ibu Uwais telah meninggal dunia. Itulah sebabnya, ia baru dapat turut bersama rombongan kafilah dagang saat itu. Akhirnya, Khalifah Umar dan Ali k.w. memohon agar Uwais berkenan mendo’akan untuk mereka. Uwais enggan dan dia berkata kepada khalifah:“Sayalah yang harus meminta do’a kepada kalian”.Mendengar perkataan Uwais, Khalifah berkata:“Kami datang ke sini untuk mohon do’a dan istighfar dari anda”.Karena desakan kedua sahabat ini, Uwais al-Qorni akhirnya mengangkat kedua tangannya, berdo’a dan membacakan istighfar. Setelah itu Khalifah Umar r.a. berjanji untuk menyumbangkan uang negara dari Baitul Mal kepada Uwais, untuk jaminan hidupnya.Segera saja Uwais menolak dengan halus dengan berkata : “Hamba mohon supaya hari ini saja hamba diketahui orang.
Untuk hari-hari selanjutnya, biarlah hamba yang fakir ini tidak diketahui orang lagi.Setelah kejadian itu, nama Uwais kembali tenggelam tak terdengar beritanya.Tapi ada seorang lelaki pernah bertemu dan di tolong oleh Uwais , waktu itu kami sedang berada di atas kapal menuju tanah Arab bersama para pedagang, tanpa disangka-sangka angin topan berhembus dengan kencang. Akibatnya hempasan ombak menghantam kapal kami sehingga air laut masuk ke dalam kapal dan menyebabkan kapal semakin berat.Pada saat itu, kami melihat seorang laki-laki yang mengenakan selimut berbulu di pojok kapal yang kami tumpangi, lalu kami memanggilnya. Lelaki itu keluar dari kapal dan melakukan sholat di atas air. Betapa terkejutnya kami melihat kejadian itu.“Wahai waliyullah,” Tolonglah kami !” tetapi lelaki itu tidak menoleh.Lalu kami berseru lagi,” Demi Zat yang telah memberimu kekuatan beribadah, tolonglah kami!”Lelaki itu menoleh kepada kami dan berkata: “Apa yang terjadi ?”“Tidakkah engkau melihat bahwa kapal dihembus angin dan dihantam ombak ?”tanya kami.“Dekatkanlah diri kalian pada Allah ! ”katanya.“Kami telah melakukannya.”“Keluarlah kalian dari kapal dengan membaca bismillahirrohmaanirrohiim!”Kami pun keluar dari kapal satu persatu dan berkumpul di dekat itu. Pada saat itu jumlah kami lima ratus jiwa lebih. Sungguh ajaib, kami semua tidak tenggelam, sedangkan perahu kami berikut isinya tenggelam ke dasar laut. Lalu orang itu berkata pada kami ,”Tak apalah harta kalian menjadi korban asalkan kalian semua selamat”.“Demi Allah, kami ingin tahu, siapakah nama Tuan ? ”Tanya kami.“Uwais al-Qorni”. Jawabnya dengan singkat.Kemudian kami berkata lagi kepadanya, ”Sesungguhnya harta yang ada di kapal tersebut adalah milik orang-orang fakir di Madinah yang dikirim oleh orang Mesir.” “Jika Allah mengembalikan harta kalian. Apakah kalian akan membagi-bagikannya kepada orang-orang fakir di Madinah?” tanyanya.“Ya,”jawab kami.Orang itu pun melaksanakan sholat dua rakaat di atas air, lalu berdo’a. Setelah Uwais al-Qorni mengucap salam, tiba-tiba kapal itu muncul ke permukaan air, lalu kami menumpanginya dan meneruskan perjalanan. Setibanya di Madinah, kami membagi-bagikan seluruh harta kepada orang-orang fakir di Madinah, tidak satupun yang tertinggal.Beberapa waktu kemudian, tersiar kabar kalau Uwais al-Qorni telah pulang ke rahmatullah. Anehnya, pada saat dia akan dimandikan tiba-tiba sudah banyak orang yang berebutan untuk memandikannya. Dan ketika dibawa ke tempat pembaringan untuk dikafani, di sana sudah ada orang-orang yang menunggu untuk mengkafaninya. Demikian pula ketika orang pergi hendak menggali kuburnya. Di sana ternyata sudah ada orang-orang yang menggali kuburnya hingga selesai. Ketika usungan dibawa menuju ke pekuburan, luar biasa banyaknya orang yang berebutan untuk mengusungnya.Dan Syeikh Abdullah bin Salamah menjelaskan, “ketika aku ikut mengurusi jenazahnya hingga aku pulang dari mengantarkan jenazahnya, lalu aku bermaksud untuk kembali ke tempat penguburannya guna memberi tanda pada kuburannya, akan tetapi sudah tak terlihat ada bekas kuburannya. (Syeikh Abdullah bin Salamah adalah orang yang pernah ikut berperang bersama Uwais al-Qorni pada masa pemerintahan sayyidina Umar r.a.)Meninggalnya Uwais al-Qorni telah menggemparkan masyarakat kota Yaman. Banyak terjadi hal-hal yang amat mengherankan. Sedemikian banyaknya orang yang tak dikenal berdatangan untuk mengurus jenazah dan pemakamannya, padahal Uwais adalah seorang fakir yang tak dihiraukan orang. Sejak ia dimandikan sampai ketika jenazahnya hendak diturunkan ke dalam kubur, di situ selalu ada orang-orang yang telah siap melaksanakannya terlebih dahulu. Penduduk kota Yaman tercengang.Mereka saling bertanya-tanya : “Siapakah sebenarnya engkau wahai Uwais al-Qorni ? Bukankah Uwais yang kita kenal, hanyalah seorang fakir yang tak memiliki apa-apa, yang kerjanya hanyalah sebagai penggembala domba dan unta ? Tapi, ketika hari wafatmu, engkau telah menggemparkan penduduk Yaman dengan hadirnya manusia-manusia asing yang tidak pernah kami kenal. Mereka datang dalam jumlah sedemikian banyaknya. Agaknya mereka adalah para malaikat yang di turunkan ke bumi, hanya untuk mengurus jenazah dan pemakamannya. Baru saat itulah penduduk Yaman mengetahuinya siapa “Uwais al-Qorni” ternyata ia tak terkenal di bumi tapi menjadi terkenal di langit.
NOTA DARI REMAJA :
Semasa Forum Keibubapaan mlm tadi, barisan panelis ditanya melalui nota seorang remaja yg hadir : Bgmn remaja nak memahami kedua ibu bapanya dan sebaliknya ibu bapa memahami remaja ?
Dr Har jawab : Ibu bapa kena faham - remaja bergantung kpd ibu bapanya utk pengisian emosi, tidak lagi fizikal (spt semasa bayi hingga 6 tahun) atau tidak lagi kognitif / aqliyah (spt semasa sekolah rendah). Maka remaja belajar mengisi emosinya melalui interaksi dgn ibunya (IBU adalah `emotional powerhouse' utk anak-anaknya) dan dgn bapa utk adaptasi sosialnya (rasa keyakinan diri @ inferiority complex). Oleh itu, ibu bapa perlu mengisi emosi remaja dgn interaksi yg sejahtera, mesra dan penuh kepercayaan - ibarat rakan karib yg setia & tidak judgmental atau curiga!
Rakan panelis Dr Har, Prof Madya Dr Hasnan memberi teguran - kalau ikut teori psikologi yg kebanyakannya dari Barat ni, asyik2 ibu bapa sahaja yg kena faham remaja. Habis peranan remaja bagaimana? Kenapa tidak kita tekankan utk sentiasa mengenang kepayahan IBUn mengandung, melahir & menyusukannya sbgmn Al_Quranul karim mengingatkan berulang kali (rujuk ayat2 di bawah). Tentu tak sampai hati remaja hendak mengguris hati ibu ayah dgn perlakuan sumbang spt hari ini :
Mafhum Luqman : ayat 14
` Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).'
Mfhum Al Ahqaaf : ayat 15
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan.
Sebenarnya, tak de yg bercanggah antara pandgn yg diajukan oleh Dr Har & Prof Dr Hasnan - Al-Quranul karim juga menggunakan pendekatan MENYENTUH EMOSI si anak bila perintah berbuat baik kpd ibu bapa disarankan dgn meNGINGATKAN si anak utk mengenang kesakitan, kepayahan, kesukaran dan kelesuan ibu yg mengandung, melahir & menyusukan.
KESIMPULAN : Keremajaan adalah ZON EMOSI! Bertuahlah ibu bapa yg mampu mendidik anak2 yg CERDAS EMOSI melalui kecerdasan emosi mereka sendiri. Selamat menempoh alam persahabatan dan ukhuwwah yg sejati yg berkekalan di dunia & akhirat!
Terimakasih kepada semua,
Berjerih datang ke Tanta
Dengan niat menimba petua
Agar hidup kelak ceria
Terimakasih kepada Pak Utih
Syaddur Rehal terbang ke sini
Sekadar memurni jalan hidup anak- anak kami
Berkongsi laluan hidup baitul muslim mithali
Agar... Meribu bait bahagia di sana nanti
Aku bersyukur
Anak- anak di Lembah Nil ini sudi bertandang
Mencari ilmu realiti kehidupan
Mengenal pasangan kongsi perjuangan
Semoga....
Kau bertemu pasangan jujur dan beriman
Kau menikmati hidup mulia, indah, ceria dan nyaman
Kau dikurnia zuriat yang punya islam dan iman
Kau jadi nakhoda bahteramu menuju medan perjuangan
Kau berjaya memperolehi jaya dengan cemerlang
Demi Allah , ummah dan watan
Aku memandang kamu semua...
Engkau semakin matang
Kenal apa yang baik dan buruk
Tahu yang bersinar dan yang cabuk
Bijak memilih permata atau manikam
Cerdik mendahulu yang utama dan tajam
Untuk itu semua... Semua... Semua
Aku berbangga dengan kamu
Semoga Dia merahmatimu, Dia mengasihimu
Dia melindungimu, Dia memandumu
Dia.... Dia.... Dia adalah segalanya
Juga doa dari kejauhan di sana
Doamu juga..... Pak Utih
Nukilan:
Abu Ikrimah
Wakil Presiden
Pertubuhan IKRAM di Mesir
31 Mac 13, Cairo
“kau join usrah? Habisslaa kau! kena "saka fail" lah..Cuba kau tgok dak2 usrah tu,
Semua result teruk!”
“usrah? Matilaaa aku.. serius, nanti study aku jahanam la wei!”
“aku dah kata dah, yg hang dok keluar tiap2 hujung minggu tu kenapa?
Kan result dah jadi mcm nie.. tgok aku even main PES2013 yg lagha nie
Ok jer result.. common la! "saka fail" jer usrah tu!”
Sisi pandang dan respon dari mereka ini,
Mengatakan munculnya “saka fail” didalam diri dai’e,
Disebabkan segelintir dai’e yg berlegar di sekitar mereka ini,
Menerima ujian "fail exam" dan "result teruk" dlm study,
Lantas satu gerabak besar dee n tee,
Tercalit tempias dan persepsi “gelap” ini..
Sedarlah sahabat2 yg kukasihi,
Ayuh kita murnikan pandang sisi,
Bukankah dalam kalam cinta Ilahi,
Surah Muhammad nama diberi,
Intanshurullaha yansyurkum,
wayutsabit aqdamakum.
barangsiapa menolong agama Allah,
niscaya Dia akan menolongmu
dan meneguhkan kedudukanmu
hujah telah diberi,
namun anda kian meragui..
muncul persoalan disudut hati,
bukankah usrah tu salah satu wasilah mendekatkan diri kepada Ilahi?
Kenapa para dai’e menerima ujian “fail” seperti ini?
Sahabat yg kusayangi,
Bukankah didalam kalam cinta itu lagi,
Allah mengungkapkan satu titipan suci.
Patutkah manusia menyangka
bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata:
Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
Dan demi sesungguhnya!
Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka,
maka (dengan ujian yang demikian),
nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman
dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.
Inilah ujian buat mereka beriman,
Beriman dan meyakini,
Bahawa jalan dakwah dan tarbiyah ini,
Satu jalan yg mendekatkan diri kepada Ilahi..
Janganlah berfikiran diruang lingkup yg tertutup,
Dengan menganggap usrah itu suatu magica,
Yg mempunyai kuasa sakti,
Dengan menyertainya result anda akan gempak sentiasa?
Bilal bin Rabah,
Seorang hamba yg diseksa,
Ditambah pula selepas mengucap syahadahnya,
Ia makin diseksa oleh kafir quraish..
Umar al-khatab seorang perwira
Dikala jahiliyah mahupun ketika menerima nur Ilahi,
Turut diuji dengan ujian dari Allah yg maha Esa.
Kenapakah mereka ini tidak menerima bantuan dari ar-Rahman?
Dimanakah pertolongan Allah tika mereka diseksa?
Bukankah mereka ini telah bersaksi keatas Allah dan Rasulnya?
Bila mindset Islam itu agama magica,
Yg punca fantasy dan ilusi keindahan mentera,
Maka bila diuji oleh yg Maha Esa,
Terus kita menunding jari keatas Islam agama yg tercinta!
Buat duat diluar sana,
Belajar dan teruskan berusaha,
Jangan sampai kitalah api fitnah dan dusta,
Dalam memburukkan gerabak yg kian laju kepantasannya..
Kita mungkin mengatakan busy sana sini,
Lantas mengakibatkan tidak cukup masa study,
Tapi itu semua hanyalah alasan melepaskan diri,
Kerana adakah konferens riang anda tiap2 hari?
Usrah anda setiap malam hingga ke awal pagi?
Anda sendiri yg tidak mengurus diri,
Mengorbankan masa study utk program2 tarbawi,
Tetapi sebaliknya punya masa utk melewati hiburan di alam IT,
Muka buku, pencicit, xbox mahupun PS3,
Ada masa pula anda utk semua ini?
kenapa tidak mengorbankan ini?
sebaliknya masa study menjadi mangsa?
Jangan salahkan Islam atas kecuaian diri,
Dalam mengatur hidup agar lebih berstrategi,
bagi mengharungi dunia yg fana ini.
Ku akhiri coretan ini
Dengan satu hadis nabi
“Sesungguhnya, jika Allah s.w.t. mencintai sesuatu kaum,
maka mereka akan diuji.
Andainya mereka redha dengan ujian tersebut,
maka baginya keredhaan Allah”
عن عبد الله بن عمرو بن العاص رضي االله عنهما يقول : سمعتُ رسولَ الله صلى الله عليه وسلم يقولُ : إن الله لا يقبضُ العلمَ انتِزاعاً ينزعُهُ من الناسِ ولكن يقبِضُ العِلم بقبضِ العُلم حتى إذا لم يترُكْ عالما اتخذ الناس رؤوسا جهالا فسُئِلوا فأفتَوا بغير علم, فضلوا واضلوا -مسلم
Daripada Abdullah bin 'Amru fin al 'Ash Rodiyallahu 'anhuma, aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : Bahawasanya Allah s.w.t tidak mencabut (menghilangkan) ilmu itu sekali gus dari dada manusia, tetapi Allah menghilangkan ilmu dengan mematikan alim ulama'. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama', orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka, dan apabila pemimpin jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Maka mereka sesat dan menyesatkan orang yang lain - (Riwayat Muslim)
"..isteri boleh maaf tapi tak boleh lupa,
suami boleh lupa tapi tak boleh sebut maaf.."
Ramai dikalangan isteri merungut akan sikap suami mereka yang susah untuk menyatakan atau mengungkapkan perkataan “maaf” walaupun dengan jelas kesalahan dan kesilapan berpunca daripada suami. Akhirnya ramai dikalangan wanita melabelkan orang lelaki ini sebagai EGO.
Untuk memahami sikap lelaki begini, mari kita imbas kembali peranan lelaki zaman dahulu. Lelaki adalah penjaga keluarganya daripada serangan binatang buas, musuh dan menangkap binatang buruan untuk makanan keluarganya. Dia keluar meninggalkan keluarga untuk ke hutan menangkap binatang.
Dia berfikir sendirian. Dia keluar dengan penuh yakin untuk kembali membawa binatang buruan. Dia tidak akan menunjukkan muka yang takut atau lemah agar isteri dan keluarganya tidak risau akan pemergiannya. Malah dia ingin dirasai diperlukan oleh keluarganya untuk mendapatkan makanan.
[ Lelaki Pantang Dilihat Gagal ]
Sikap “rasa-tidak-dilihat-sebagai-GAGAL” telah menebal di kepala orang lelaki. Sememang inilah binaan sel-sel rangkaian otak orang lelaki yang suka kompetitif, kuasa dan agresif. Tidak boleh menerima kegagalan.
Kalau lelaki ini bersendirian memandu kereta dan dia sesat jalan, dia akan turun bertanya pada orang untuk mendapatkan panduan. Tetapi kalau isteri atau ada orang lain yang bersamanya ketika itu, dia tidak akan turun bertanya pada orang lain. Kerana perbuatan ini menyebabkan dirinya dipandang sebagai GAGAL.
Kalau isterinya bersuara menyuruh dia minta pertolongan orang lain, ini menyebabkan dirinya rasa GAGAL. Pantang dirinya menerima keadaan begini. Seolah-olah dia “tidak berguna”. Kalau dia sedang membaiki paip yang bocor, isterinya suruh dia panggil saja tukang paip, tindakan isterinya ini merendahkan martabatnya sebagai dia GAGAL.
[ Suami : Kenapa Sukar Minta Maaf ]
Penyebab lain yang menyukarkan suami menyebut “saya minta maaf” ialah binaan otak “monotrek”nya ini iaitu:
1. Kurang perhubungan diantara sel emosinya di sebelah otak kanan dengan sel lisan di sebelah otak kirinya. Oleh itu amat sukar untuk dia menyuarakan kesilapannya.
2. Minda lelaki sepeti di dalam kotak-kotak. Semua kesilapan diri sendiri disimpan di dalam kotak-kotaknya itu dan disimpan hingga dia sendiri lupa di mana dia letak kotak-kotak itu. Dia hanya ingat akan kotak-kotak yang berisi kejayaan dan kemenangannya sahaja. Itu sebabnya orang lelaki lebih mudah menceritakan kejayaannya daripada kegagalannya kepada orang lain.
[ Isteri ]
Sebaliknya isteri amat mudah menyuarakan semua perasaan, emosi, pandangan, kemaafan dan nasihat kerana binaan sel otak mereka yang “multitasking” ini mampu melakukan pelbagai perkara serentak. Disebabkan hubungan jaringan sel sebeginilah, maka amat mudah bagi seorang isteri mengingat semua peristiwa dan dengan cekap pula mengaitkan peristiwa itu dengan sesuatu isu dan emosinya.
Itu sebabnya seorang isteri sangat memerlukan ungkapan “Abang minta maaf” daripada suaminya kerana dengan pernyataan ini menyebabkan dirinya dihormati dan terhubung jiwa dan raganya dengan suami itu.
Dua orang lelaki peninju kelihatan berpelukan di akhir pertandingan. Tanggapan orang perempuan ialah mereka sedang bermaaf-maafan. Hakikat sebenar ialah pemenang berkata, “Aku menang” dan disambut oleh yang kalah, “Ok, aku tunggu kamu tahun depan pulak.”
Oleh itu, bagi isteri, cukuplah dengan perbuatan suami seperti membasuh keretanya atau mengambil kain di penyidai sebagai ungkapan yang dia sedang meminta maaf kepada anda.
Bagi suami pula, belajarlah menyebut, “Abang minta maaf” setiap kali isteri berkata, “Abang yang silap” kerana dengan ucapan azimat ini akan bertambah sayang dia kepada anda, walaupun anda tidak tahu apa kesalahan anda.
Selamat mencuba!
Pak Utih, Ahmad Shafiai Uda Jaafar
Pengarah, Helping Boys Nurturing Girls Institute, Kolej UNITI, Port Dickson
Speaker STEP 2 : When Mecca Meets Medina
29 Mac 2013
Seorang remaja yang begitu hebat di zaman Rasulullah S.A.W. Namanya Tha'labah bin Abdul Rahman, seorang remaja berusia 17 tahun. Setelah memeluk Islam, beliau selalu mengikut Rasulullah S.A.W mengajar. Jika Rasulullah berhajatkan sesuatu, Rasulullah S.A.W akan khabarkan kepada Ta'labah.
Suatu hari Rasulullah menyuruh Tha'labah mencari sesuatu. Ketika dalam perjalanan mencari barang yang Rasulullah hajati itu, Tha'labah telah melalui sebuah rumah yang pintunya terbuka. Angin yang bertiup membuatkan pintu tandas rumah tersebut juga terbuka, dan ketika itu Tha'labah terlihat akan seorang perempuan yang sedang mandi.
"A'uzubillah! Ya Allah aku takut nanti malaikat Jibril memberitahu kepada Rasulullah S.A.W! Ya Allah, aku takut turunnya ayat quran yang menyenaraikan aku dalam golongan orang yang berbuat dosa! Ya Allah..."
Rintihan Tha'labah
Dia merintih sehingga dia lupa akan barang yang dipesan oleh Rasulullah S.A.W. Dia melarikan diri dan terjumpa satu bukit di pinggir Madinah yang dipuncaknya ada sebuah gua. Tha'labah masuk ke dalam gua tersebut dan asyik menangis. Tha'labah menangis dan menangis, beliau kesal amat dengan dosanya.
Pada masa yang sama, Rasulullah S.A.W menanti kepulangan Tha'labah beberapa hari namun Tha'labah tidak kunjung tiba. Lalu Rasulullah S.A.W mengarahkan Saidina Umar RA untuk mencari Tha'labah dan beliau terjumpa Tha'labah di tempat dia bersembunyi di puncak bukit.
Umar berkata "Tha'labah, Rasulullah mahu berjumpa kamu."
"Kenapa? Sudah turunkah ayat al-Quran tentang dosaku, sudah beritahukah Jibril kepada Rasulullah, aku tidak mahu masuk neraka, aku tidak mahu masuk neraka." Kata Tha'labah dalam ketakutan yang amat sangat.
Oleh sebab Tha'labah sudah tersangat lemah, Saidina Umar RA memimpinnya pulang ke rumah. Apabila Rasulullah SAW menziarah Tha'labah, Tha'labah sedang terlentang lalu Rasulullah SAW meriba kepala Tha'labah.
Tetapi Ta'labah mengetepikan kepalanya. Rasulullah bertanya, "kenapa wahai Tha'labah?"
"Wahai Rasulullah, kepala yang penuh dosa ini tidak layak untuk berada di ribamu," kata Tha'labah.
"Apa yang kamu mahu Tha'labah?"
"Ya Rasulullah, aku mahukan keampunan Allah"
Cita-citanya hanya Syurga
"Apa cita-cita kamu wahai Ta'labah?"
"Cita-cita aku hanya syurga Allah. Tolonglah doakan moga Allah mengampunkan dosa-dosaku."
Lalu Rasulullah s.a.w berkata, "wahai Tha'labah aku menjamin kepadamu apa yang kamu mahu dan cita-citamu. Inilah bukti taubatmu."
Tidak lama selepas itu, Tha'labah menghembuskan nafasnya yang terakhir di riba Rasulullah SAW.
Ketika mayat Tha'labah siap dikafan dan tiba masa untuk dikebumikan, Rasulullah SAW datang agak lewat ketika itu. Para sahabat membuka jalan kepada Rasulullah untuk rapat ke kubur Tha'labah. Tetapi Rasulullah berjalan merapati kubur Tha'labah dalam keadaan berjalan yang perlahan, dan seperti tersekat-sekat.
Sahabat-sahabat bertanya, "wahai Rasulullah, kami telah membuka jalan, mengapa Rasulullah berjalan dengan tidak selesa?"
Rasulullah menjawab, "kamu tidak dapat melihat betapa ramainya malaikat yang hadir menghantar Tha'labah ke kubur."
Itulah kisah hidup seorang remaja hebat bernama Tha'labah. Betapa takutnya beliau dengan azab Allah SWT walaupun beliau tidak sengaja terpandang perempuan yang sedang mandi itu. Begitu malu bertemu Rasulullah, begitu mengharap keampunan Allah SWT, dan akhirnya menhembus nafas yang terakhir di ribaan insan mulia bernama Muhammad bin Abdullah, dan jasadnya diiringi malaikat ke kuburan. Subhanallah!
Lihat diri kita. Apakah kita menyesal dan bertaubat setelah berbuat dosa yang sengaja? Apakah kita sedar, dan menyesal serta bertaubat setelah berbuat dosa yang tidak sengaja?
Tepuk dada, tanya iman. Moga Allah SWT mengampunkan dosa-dosa kita.
KUALA LUMPUR - Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) akan dibubarkan, meninggalkan legasinya sebagai salah sebuah gerakan Islam di Malaysia yang amat aktif, lantang dan berkesan dalam menggerakkan massa sepanjang lebih dua dekad.
Keputusan untuk membubarkan JIM adalah selaras dengan hasrat pertubuhan tersebut untuk menyepadukan semua sumber organisasi di bawah organisasi baru iaitu Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM).
JIM dibubar“Kami memutuskan untuk membubarkan JIM bagi menyepadukan sumber-sumber organisasi bagi membolehkan kami melaksanakan tugas yang lebih besar dalam masyarakat demi melonjakkan lagi dakwah,” kata Zaid Kamaruddin, Presiden JIM ketika ditemui selepas Perhimpunan Perwakilan Nasional (PPN) Khas JIM yang diadakan Sabtu lalu.
Satu PPN Khas yang dihadiri oleh lebih 200 orang perwakilan JIM dan Wanita JIM di peringkat Pusat, Negeri dan Daerah dipanggil untuk membincangkan usul membubarkan JIM. Perhimpunan yang berlangsung di Kompleks Darul Puteri, Cheras, Kuala Lumpur itu akhirnya sebulat suara meluluskan usul pembubaran JIM.
Perhimpunan khas tersebut juga telah meluluskan usul untuk memindahkan semua harta dan aset JIM kepada IKRAM.
IKRAM diluluskan penubuhannya oleh Pendaftar Pertubuhan pada 22 Oktober 2009. Menurut Undang-undang tubuh Pertubuhan IKRAM Malaysia, IKRAM adalah sebuah pertubuhan dakwah, kebajikan serta tarbiah yang mengambil peduli tentang urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan cara hidup dan ajaran Islam.
JIM dibubarkan JIM dibubarkan JIM dibubarkan
Menurut Zaid, kebanyakan ahli JIM yang aktif dalam amal dakwah dalam masyarakat kini menjadi ahli IKRAM dan membawa bersama pengalaman-pengalaman berharga. Mereka dijangka memainkan peranan yang lebih besar dalam IKRAM.
“Kekuatan yang ada pada JIM termasuk harta, aset maknawi serta institusi-institusi seperti sekolah, Hidayah Centre dan Raudhatus Sakinah akan diserahkan kepada IKRAM,” ujar Zaid.
“Pengalaman yang kita peroleh semasa bergerak di bawah JIM akan dimanfaatkan dalam membina tapak yang kukuh bagi penglibatan IKRAM dalam masyarakat,” katanya lagi.
Turut hadir dalam PPN Khas JIM ialah Timbalan Presiden JIM Syed Ibrahim Syed Noh, Naib Presiden Profesor Dr Sahrim Ahmad, Setiausaha Agung Nahar Md Nor dan Bendahari, Tuan Yaacob Tuan Sof serta Ahli-ahli Jawatankuasa Pusat dan Wanita Pusat. Yang Dipertua dan Ketua Wanita Negeri-negeri dan Daerah-daerah juga hadir dalam perhimpunan bersejarah ini.
JIM ditubuhkan pada 27 Julai 1990 sebagai sebuah gerakan Islam yang memusatkan aktivitinya kepada misi membangun sumber manusia untuk melahirkan insan baik dan yang mengajak kepada kebaikan; membudayakan pendekatan perkongsian dan permuafakatan serta mengislah dan menggembleng masyarakat ke arah penegakan kebenaran dan keadilan sejagat selaras dengan moto JIM, “Bersama Islam Membina Masyarakat”.
Dalam tempoh 22 tahun, JIM dipimpin oleh tiga orang tokoh Presidennya iaitu Saari Sungib, Profesor Dr Mohamed Hatta Shaharom dan Zaid Kamaruddin yang berjaya meletakkan JIM sebaris dengan gerakan Islam yang lebih awal bertapak di Malaysia.
Walaupun ditubuhkan pada tahun 1990, usaha dakwah dan tarbiah oleh aktivis-aktivis JIM bermula lebih awal iaitu sejak pertengahan dekad 1970-an lagi tatkala pelajar-pelajar Malaysia lulusan dari universiti-universiti di United Kingdom dan Mesir kembali ke tanah air.
Gerakan dakwah oleh kumpulan ini kemudiannya dikukuhkan dengan penyertaan graduan dari Amerika Syarikat, Australia, Kuwait, India dan dari insitusi-institusi pengajian tinggi tempatan.
Ditubuhkan oleh Saari Sungib dan sebuah jawatankuasa penaja, JIM dipimpin oleh Saari sehingga tahun 1999. Saari kini aktif dalam politik dan menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor bagi kawasan Hulu Kelang. Dr Mohamed Hatta dan Zaid pula kini masing-masing menjadi Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung IKRAM.
Sepanjang tempoh pengoperasiannya, JIM telah membina hubungan dan jaringan yang amat baik dan luas dengan pelbagai NGO dan juga parti-parti politik sama ada pemerintah atau pembangkang dan seterusnya berjaya mengambil tempat dan memainkan peranan berkesan dalam masyarakat.
Beberapa orang aktivis JIM berada dalam kepemimpinan gabungan NGO-NGO yang berpengaruh dan bereputasi di Malaysia seperti Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Malaysians for Free And Fair Election (Mafrel), Bersih 2.0 dan Allied Coordinating Committee of Islamic NGOs (ACCIN) dan Gabungan Bertindak Malaysia (GBM).
JIM dibubarkan“Setiap penglibatan kami dalam gabungan-gabungan NGO ini adalah selaras dengan objektif dan prinsip perjuangan kami,” tegas Zaid mengenai pembabitan JIM dalam gabungan lain.
“Jadi, penglibatan luas ahli-ahli JIM akan dimanfaatkan dan diteruskan oleh IKRAM,” tambah Zaid, mengakhiri wawancara bersama wartawan MS ISMAIL.
Ramai yg bertanya kepada aku "Macammana Gaza bang?" Dan aku sedar yang aku terpinga pinga nak menjawab soalan itu. Nak kata "Ok", aku dah tengok kehancuran di sana. Nak kata "Tak Ok" aku dah bertemu dengan orang orang yang paling berani, paling peramah, paling mesra, paling bertaqwa, pendek kata orang paling indah di dunia. Mereka sentiasa tersenyum apabila menyambut kita setiap kali kita bersua muka dan tak perlulah kita tanya samaada senyum mereka ikhlas atau tidak kerana tidak ada kesinisan di jiwa mereka. Raut wajah mereka membayangkan satu ketenangan yang sangat saya rindui. Ketenangan yg terpapar di seluruh Gaza. Walaupun serpihan bom merata rata, aku rasa seperti seorang anak kecil yg di jaga oleh ibunya. Selamat dan di sayangi. Hidup mereka hanya untuk mencari keredhaan Allah, untuk dekat dengannya.
Walaupun begitu mereka bukan sahaja duduk di masjid masjid, mereka aktif di kota yg mereka cintai, sentiasa berusaha memperbaiki keadaan ekonomi palestine, memperbaiki kehidupan rakyat palestin. Sesungguhnya pada ketika ini mereka tak ada masa depan, jika kita mengikuti ukuran kejayaan kehidupan kita di Malaysia. Tapi mata ku tidak melihat seperti dulu. Aku cakap pada isteriku setiba aku kembali ke negara yang aku cinta ini, Mata aku dah lain, telingaku dah lain, lidahku dah lain dan hatiku dah lain. Aku melihat benda yg sama tapi aku tak nampak benda yang sama lagi. Apa guna kejayaan dan kekayaan jika tak ada Allah di sisi kita. Pada masa yg sama kejayaan kita akan lebih bermakna dan di berkati jika Dia bersama di sisi.
Aku bukan orang alim, aku tak boleh nak quote ayat ayat quran untuk mengajar tetapi sekarang keredhaan dan keimanan yg aku cari dan akan terus aku perolehi.
Kalau orang Palestin boleh sentiasa bersifat positif walaupun ditindas dan di tekan oleh israel, Aku pun mahu jadi positif mencari kebaikan dlm sesama umatku, aku akan buat yg terbaik untuk menghabiskan saki baki hidup aku sebagai seorang yg sentiasa membuat kebaikan untuk sesama saudaranya dan paling utama mendapat keredhaan Allah.
Kita bantu rakyat kita yg memerlukan kerana sini bantuan boleh di hantar dgn segera dan ramai yang boleh melakukannya akan tetapi Palestin akan menjadi perjuangan jangka masa panjang aku. Seperti sahabatku sebelum ini aku pun dah jatuh cinta dgn bumi itu dan org orgnya. Insyaa allah aku akan kembali ke bumi barakah itu tak lama lagi. Aku Afdlin Shauki. Aku masih lagi anak seni. Aku masih akan menghiburkan selagi termampu, tetapi seniku bukan kosong, seniku mungkin bukan untuk semua tetapi seniku akan ada kebaikan untuk masyarakat dan manusia sejagat.
Remaja yang kami kasihi...dengarkan pesanan ini....
Pesanan Syeikh Ahmad Yasin kepada para Pemuda dan Pemudi :
☛ Wahai anak-anakku, telah tiba saatnya kalian kembali kepada ALLAH swt dengan meninggalkan pelbagai keseronokan dan kealpaan kehidupan dan menyingkirkannya jauh daripada kehidupan
kamu. Telah tiba saatnya kalian bangun dan melakukan solat subuh secara berjemaah. Sudah sampai saatnya untuk kalian menghiasi diri dengan akhlak yang mulia, mengamalkan kandungan al-Quran serta mencontohi kehidupan Nabi Muhammad saw.
☛ Aku menyeru kamu wahai anak-anakku untuk solat tepat pada waktunya. Lebih dari itu, aku mengajak kalian wahai anak-anakku, untuk mendekat diri kepada sunnah Nabi kalian yang agung.
☛ Para Pemuda, aku ingin kamu menyedari dan menghayati makna tanggung jawab. Kalian harus tegar menghadapi kesulitan hidup dengan meninggalkan keluh kesah. Aku menyeru kamu untuk menghadap ALLAH SWT dan memohon keampunan dari-Nya agar Dia memberi rezeki yang berkat kepada kamu. Aku menyeru kamu supaya menghormati orang yang lebih tua dan menyayangi orang yang lebih muda.
☛ Aku ingin kamu tidak tertidur oleh alunan-alunan muzik yang melalaikan, melupakan kata-kata yang menyebutkan cinta kepada manusia dan dunia serta menggantikannya dengan kata amal, kerja dan zikir kepada ALLAH. Wahai anak-anakku, aku amat berharap kamu tidak sibuk dengan muzik dan tidak terjerumus ke dalam arus syahwat.
☛ Wahai Puteriku , aku ingin kamu berjanji kepada ALLAH akan mengenakan hijab secara jujur dan betul. Aku meminta kamu berjanji kepada ALLAH bahawa kamu akan mengambil peduli tentang agama dan Nabi kalian yang mulia. Jadikanlah ibunda kamu, Khadijah dan Aisyah, sebagai teladan. Jadikan mereka sebagai pelita hidup kamu. Haram hukumnya bagi kamu untuk melakukan sesuatu yang boleh menarik perhatian pemuda supaya mendekati kalian.
"Our goal is to achieve a world where every Muslim can live faithfully to their belief, building an exemplary community that benefits humanity. Our strategy to achieve this is focusing on excellence in knowledge in action... "
Semoga kita sentiasa membina, dipelihara daripada merosakkan...Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya”. [Al Kahfi: 110]
“Manusia hidup bukanlah mereka yang hanya boleh bernafas, tapi mereka yang berani melakukan sesuatu dan mampu mengambil hikmah dari seluruh kejadian, peristiwa dan tentangan hidup yang mereka lalui.”
"Jangan berhenti berdayung nanti arus akan membawa kita hanyut"
“Kehidupan ini sentiasa memberi banyak kenangan yang sukar dilupakan. Ada banyak cerita dan pengalaman yang membuatnya menjadi lebih indah. Mereka yang berjaya memahami kehidupan sebagai perjalanan yang mesti dilalui dengan kesungguhan adalah di antara pemenangnya kerana merekalah yang bersedia menjadi murid atau pelajar terbaik bagi kehidupannya disebabkan mereka sedar bahwa kehidupan ini adalah guru.”
[Only Time
Who can say where the road goes.
Where the day flows, only time.
And who can say if your love grows.
As your heart chose, only time.
Who can say why your heart sighs.
As your love flies, only time.
And who can say why your heart cries.
When your love lies, only time.
Who can say when the roads meet.
That love might be in your heart.
And who can say when the day sleeps.
If the night keeps all your heart.
Night keeps all your heart.
Who can say if your love grows.
As your heart chose.
Only time.
And who can say where the road goes.
Where the day flows, only time.
Who knows? Only time.]
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dua orang pelajar Malaysia yang meninggal dunia akibat kemalangan kereta di Russia, menempatkan roh mereka bersama roh para solihin dan syuhada'. Semoga Allah kurniakan juga kesembuhan yang segera dan sempurna kepada mereka yang masih dirawat, memberi ketenangan dan kesabaran yang tinggi kepada ahli keluarga mereka atas musibah ini, ameen
"Sesiapa yang menghendaki (kesenangan hidup) dunia, Kami akan segerakan kepadanya dalam dunia apa yang Kami kehendaki, bagi sesiapa yang Kami kehendaki; kemudian Kami sediakan baginya neraka Jahannam (di akhirat kelak), untuk membakarnya dalam keadaan yang hina lagi tersingkir dari rahmat Allah.
Dan sesiapa yang menghendaki akhirat dan berusaha mengerjakan amal-amal yang baik untuk akhirat dengan usaha yang layak baginya, sedang ia beriman, maka mereka yang demikian keadaannya, diberi pahala akan amal usahanya." [Al Israa':18-19]
Hearty-hearty...
Usah lupa...
مَنْ أَحْيَا لَيْلَةَ الْفِطْرِ وَلَيْلَةَ الأَضْحَى لَمْ يَمُتْ قَلْبُهُ يَوْمَ تَمُوْتُ الْقُلُوْبُ
“Sesiapa menghidupkan malam hari raya fitrah dan malam hari raya korban, nescaya tidak akan mati hatinya pada hari mati hati-hati”.
[Riwayat Imam at-Thabrani dari ‘Ubadah r.a]
Katakanlah (wahai Muhammad): “Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada ugama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain.”
[Yusof: 108]
"(Luqman menasihati anaknya dengan berkata): “Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekalipun seberat bijih sawi, serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya); kerana sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahuanNya; lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi." [Luqman:16]
Rasulullah SAW bersabda:
"Ada tiga hal yang menyelamatkan, yakni takut kepada Allah Ta'ala dalam keadaan sendiri mahupun ramai, berlaku adil dalam keadaan suka ataupun marah dan hidup sederhana ketika miskin dan kaya. Dan ada tiga hal yang membinasakan, yakni keinginan yang selalu dituruti, sifat bakhil yang dipatuhi dan sifat ujub (bangga) terhadap diri sendiri."
(Al-Ahaditsus Shahihah Al-Abani IV/416)
"Sejahtera akidahnya, sahih ibadahnya, teguh akhlaknya, terdidik fikirannya, kuat badannya, mampu untuk mengusahakan mata pencariannya, teratur dalam segala urusannya, sentiasa menjaga waktunya dan sentiasa memberi manfaat kepada orang lain" (As Syahid Imam Hasan al Banna)
Istimewanya zaman remaja...
Tujuh golongan manusia akan dilindungi oleh Allah pada hari di mana tidak ada perlindungan kecuali perlindunganNya iaitu: 1) Imam yang adil 2) Pemuda / remaja (lelaki & perempuan) yang tekun beribadat kepada Allah 3) Seorang lelaki yang hatinya terpaut kepada masjid, (hatinya sentiasa ingat) dari masa ia keluar dari masjid hingga ia balik semula ke masjid 4) Dua orang *lelaki yang berkasih-kasihan di dalam (mencari ridha) Allah, keduanya bertemu kerana Allah dan berpisah pula kerana Allah 5) Seorang *lelaki yang mengingati Allah, di masa sunyi sepi sehingga menitiskan air mata. 6) Seorang lelaki yang diajak oleh seorang wanita yang berkedudukan tinggi, cantik rupa parasnya untuk melakukan perbuatan jahat, ia berkata, "Aku takut kepada tuhan seluruh alam" 7) Seorang *lelaki yang memberi sedekah dengan suatu sedekah, lalu disembunyikan sedekah itu, sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfakkan oleh tangan kanannya.
Kita lah Ulil Albab...
"Lo! In the creation of the heaven and the earth and (in) the difference of night and day are tokens (of His sovereignity) forman of understanding"
"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pengantian malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal"
(Ali-Imran: 190)
"ILMU DAN IBADAH SESEORANG TIADA NILAI NYA DI SISI ALLAH DAN MANUSIA SEKIRANYA MEMBUAHKAN AKHLAK YANG BURUK"
Al-Zukhruf: 43-44
"Dengan yang demikian, berpegang teguhlah kepada Al-Quran yang telah diwahyukan kepadamu; kerana sesungguhnya engkau berada di atas jalan yang lurus. Dan sesungguhnya Al Quran itu memberikan kemuliaan dan peringatan kepadamu (wahai Muhammad) dan kepada kaummu; dan kamu akan ditanya kelak (tentang isi kandungannya yang kamu telah amalkan)."