Tuesday, 28 July 2015

Lessons Learned, Unlearned & Relearn....



Kenyataan Media
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
29 Julai 2015 bersamaan 13 Syawal 1436H

Rombakan Kabinet dan Pertukaran Peguam Negara Jejas Siasatan 1MDB

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) ingin melahirkan kegusaran mengenai tindakan Perdana Menteri melakukan rombakan kabinet terutamanya dengan melantik empat orang Ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) sebagai Menteri dan Timbalan Menteri, termasuk Pengerusinya Datuk Nur Jazlan Mohamed sebagai Timbalan Menteri.

Rombakan ini beserta tindakan menamatkan perkhidmatan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail yang terlibat secara langsung mengetuai Pasukan Petugas Khas menyiasat dakwaan penyelewengan dana 1MDB amat membimbangkan.

Setiap kali bila dibangkitkan isu 1MDB, jawapan yang diberikan adalah agar kita tunggu siasatan tersebut selesai dijalankan. Termasuklah yang mutakhir, persoalan yang dibangkitkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa merasmikan Mesyuarat Agung UMNO Bahagian Cheras yang telah dijawab oleh Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan yang sekali lagi meminta agar rakyat menunggu hasil siasatan tersebut selesai dijalankan.

IKRAM berpandangan, tindakan-tindakan tersebut hanya menghakiskan lagi kredibiliti Perdana Menteri dan Kerajaan yang seterusnya akan menjejaskan lagi usaha mengembalikan kredibiliti dan maruah negara serta keyakinan para pelabur.

IKRAM mengharapkan agar segala tindakan yang ingin diambil perlu meletakkan kepentingan negara dan rakyat sebagai keutamaan.

Dengan ini, sekali lagi IKRAM mendesak agar ditubuhkan Suruhanjaya Diraja yang bertanggungjawab kepada Parlimen bagi menyiasat kes 1MDB.

Moga Allah s.w.t. memelihara dan menyelamatkan Malaysia daripada sebarang malapetaka yang lebih buruk.

Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia


Link: http://bit.ly/1SdRWt4

*******************************************************************************************************

JANGAN CARI JALAN YANG RUMIT

Apa Yang kita Mahukan; Negara Diurus Secara Telus Dan Amanah.

Tidak ada makna Pendekatan Wasatiyyah, Maqasid Syariah atau Perlaksanaan Hudud kalau sejumlah wang rakyat/negara hilang dan gagal disiasat.

Syariat Islam hilang kehebatannya jika diurus oleh orang yang tidak bertaqwa dan tidak amanah; hidup dalam sistem yang sangat kabur.

Sistem untuk siasatan telah gagal dan dirombak dalam keadaan yang sangat mencurigakan rakyat dan pihak istana? Kuasa Parlimen entah di mana?

Berikan peluang kepada PM untuk membuktikan beliau tidak bersalah dan wang itu masih ada dengan selamat; dengan pembentukan Suruhajaya Diraja yang bebas.

TAHNIAH kepada Tan Sri Muhyiddin Yasin kerana tegas cuba membela harta rakyat.

TAHNIAH kpd Dato Zahid Hamidi yang diberi kepercayaan.

TAHNIAH kepada Dato Dr Asyraf Wajdi yang masuk ke gelanggang yang sangat mencabar.

TAHNIAH kepada Dato Seri Najib Tun Abdul Razak yang sedia disiasat.......

Hasanuddin Mohd Yunus
Timbalan Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia

Tuesday, 21 July 2015

Brilliant! Master Piece From A Thinker...Alhamdulillah





SIAPAKAH DALANG SEBENAR DI SEBALIK PENUBUHAN GERAKAN HARAPAN BARU?

Julai 2015 merupakan detik yang bersejarah bagi generasi yang lahir lewat 80-an hingga pertengahan 90-an.

Jika selama ini, setiap kali musim perayaan, kami hanya mendengar cerita daripada atuk-atuk serta ayah-ayah kami, kali ini kami berpeluang merasa sendiri pengalaman melalui sebuah perubahan lanskap politik negara secara besar-besaran.

Jika selama ini, mereka bercerita tentang British dan Jepun yang menjajah Tanah Melayu, kami hanya mampu dengar sahaja.

Jika selama ini mereka bercerita tentang perbezaan idealisme kemerdekaan antara Melayu-Raya dengan negara bangsa barasaskan sempadan geografi, kami hanya mampu dengar sahaja.

Jika selama ini mereka bercerita tentang pengunduran Tun Hussein Onn dari Umno disebabkan cubaan membentuk parti tanpa sempadan bangsa, kami hanya mampu dengar sahaja.

Jika selama ini mereka bercerita tentang pengasasan gerakan-gerakan Islam seperti IRC, Abim, Jim, Haluan, PAS, parti ini berpecah dengan parti itu, liciknya pemimpin ini, teruknya dizalimi pemimpin itu, kami hanya mampu dengar sahaja.

Kini tidak lagi. Gerakan Harapan Baru (GHB) yang terbentuk kali ini benar-benar berada di depan mata kami. Kami merasainya sendiri, mengkajinya sendiri, melihatnya sendiri. Inilah detik bersejarah yang bakal kami ceritakan kepada anak cucu kami kelak dengan penuh keyakinan, jika dibandingkan dengan cerita-cerita sebelah pihak daripada nenek dan ibu-ibu kami yang kami sendiri tidak dapat pastikan sejauh mana keabsahannya.

Kami lihat bagaimana berlakunya perubahan pendirian dalam kalangan senior kami yang dulunya sangat pesimis terhadap satu pihak, kini mula beransur terbuka. Bahkan kini kami masih melihat kelompok itu wujud nyata dalam generasi kami, paranoia tidak tentu hala, menunggu masa untuk bersikap lebih terbuka.

GHB yang ada di depan kami ini kami ikuti perkembangannya sejak dari mula. Hujahan pihak-pihak yang bersetuju dan tidak bersetuju kami dengar melalui rantaian maklumat premier. Sebahagian kami mendapat maklumat awal, sebahagian lagi masih terkejar-kejar dengan perkembangan yang berlaku. Sebahagian generasi kami sudah begitu yakin dengan pendirian mereka, sebahagian lagi masih bersikap "tunggu dan lihat".

Walau di pihak manapun kami sebelahi, kami adalah generasi yang hidup pada era ledakan maklumat. Kami mampu capai dan analisis lebih daripada sepuluh artikel berbeza pandangan dalam masa sehari. Kami lihat bagaimana sempitnya hidup beragama hinggakan kain hijau dan merah menjadi isu berat, songkok dan kopiah tidak boleh bertemu, janggut dan misai tidak pernah sehaluan, bukan Islam adalah najis, imam bendera merah menjadikan solat tidak sah, dan longgokan ayat-ayat Al-Quran yang dimanipulasi demi kepentingan politik.

Kami adalah generasi yang hidup pada zaman Dr. Asri Zainal Abidin menyedarkan kami beza antara hidup beragama dengan hidup bertuhan. Kami adalah generasi yang Dr. Zakir Naik menjadikan kami berani membuka helaian-helaian Bible tanpa merosakkan aqidah.

Kami adalah generasi yang Dr. Arifi sedarkan kami mengenai pertembungan global akhir zaman berdasarkan hadis-hadis fitan. Kami adalah generasi yang Rafizi Ramli sedarkan tentang kesan dan kepentingan kestabilan ekonomi negara. Kami adalah generasi yang Prof. Ahmad Ibrahim ajarkan bagaimana cara mendaulatkan syariah dalam sebuah negara berpelembagaan.

Kami adalah generasi yang Dr. Maszlee Malik kenalkan kami dengan formula politik tasarruf al-imam ‘ala ra’iyyah manutun bi al-maslahah, iaitu pentadbiran pemerintah mestilah berlandaskan kebaikan bagi masyarakat. Kami adalah generasi yang Ustaz Hasrizal Jamil sedarkan kami perbezaan berjuang untuk Islam dengan berjuang untuk parti dan Jemaah.

Kami adalah generasi yang ketika pemimpin tertinggi kami bertelagah, kami di bawah cuba merapatkan ukhuwwah. Kami adalah generasi ketika mana pemimpin nasional kami memutuskan hubungan diplomatik antara organisasi dan parti, kami pula bekerjasama menjayakan program-program di universiti.

Kami adalah generasi yang apabila kami melakukan program kesedaran beragama secara besar-besaran, kami jemput pelbagai gerakan Islam untuk santuni mad’u-mad’u ini agar diberikan tarbiyyah berasaskan usrah walaupun kami dari gerakan lain dan mereka dari gerakan lain. Kami adalah generasi yang berani mengkritik organisasi sendiri dan menerima kritikan orang luar terhadap organisasi kami.

Bukan itu sahaja, bahkan kami melihat generasi adik-adik kami lebih gemilang. Sesekali kami disoal mereka, adakah boleh mereka berkawan dengan pihak ini dan itu, gerakan ini dan itu. Kami kaku. Kaku memikirkan kisah-kisah buruk yang diceritakan senior-senior kami, dalam masa yang sama berat hati untuk menghasut mereka agar tidak bergaul setelah melihat kilauan mata mereka yang penuh dengan harapan. Harapan yang disebaliknya menyelubungi sekeping hati yang amat ingin hidup secara harmoni, berbeza pendapat secara sihat, dan tidak terikat dengan mainan persepsi.

Inilah generasi kami. Generasi yang sentiasa berharap dan akan terus berharap bagi generasi selepas kami. Kewujudan GHB ini hanyalah ‘kebetulan’ yang selari dengan harapan kami yang inginkan pembawakan Islam yang lebih inklusif dan progresif.

"Kebetulan" ini kami anggap sebagai peluang. Peluang untuk kami corakkan gerakan yang secocok dengan zaman kami. Kami tidak dibayar penentang GHB untuk melakukan kritikan murahan berbentuk serangan peribadi dan mainan persepsi sejarah yang tiada nilainya dalam dunia akademik.

Kami juga tidak ditaja GHB untuk mempromosi gerakan ini hanya semata-mata ingin taqlid kepada pimpinan pengasas GHB yang hebat-hebat. Tidak, kami tidak mahu buang masa untuk sesuatu yang tidak pasti. Tapi kami mahu habiskan masa kami untuk memastikan harapan baru ini membawa suara kami.

As-Siyadah lisy-Sya’ab : Ketuanan dipulangkan kepada masyarakat. Jika ini yang digalas GHB, maka kami selaku masyarakat yang amat mustahil bersepakat atas perkara-perkara yang mafsadat, akan memberi ruang kepada GHB untuk buktikan idealisme mereka.

Akan tetapi, sebaik sahaja GHB berubah haluan, menyimpang daripada perjuangan asal penubuhan, seperti mana penyakit yang menghinggapi banyak pemimpin-pemimpin parti veteran yang tidak celik sejarah, maka kami tidak teragak-agak untuk menarik kembali sokongan kami terhadap GHB.

GHB, kami rela jadi dalang penubuhan kalian. GHB, selamat maju jaya, tapi jangan lupa untuk berhati-hati menjaga hati kami.

Perkongsian Syahir Nujaba
21 Julai, 2015.


Sunday, 19 July 2015

Untung La...Alhamdulillah



Assalamu’alaikum wbt.

Ikhwah dan akhawat ahli-ahli IKRAM yang dikasihi sekalian. Senyum bebanyak :) Ramadan Kareem

Menemui semua ahli-ahli IKRAM semoga semuanya sedang gigih mengambil peluang hari-hari terakhir Ramadan untuk melipatgandakan amalan pada bulan yang hanya tiba setahun sekali ini.

Ini adalah warkah kedua selepas warkah pertama yang dinukilkan juga pada hujung Ramadan, tahun lepas.

Nampaknya pada setiap Ramadan kita diuji dengan pelbagai ujian yang menuntut kesabaran yang amat tinggi. Pada Ramadan tahun lepas kita diuji dengan tohmhan terhadap Gerakan Rakyat Negara-Ku yang kita memainkan peranan penting bagi mengasaskannya.

Kita ditohmah bahawa kita telah memberi wala’ kepada orang kafir. Satu tohmahan yang amat serius yang orang berilmu tidak akan semudah itu menjatuhkan hukuman yang begitu berat kepada saudaranya.

Walau bagaimanapun, kami bersyukur kerana antum bertindak dengan matang setiap kali timbul fitnah begini. Antum kelihatan lebih tenang dan melakukan semakan-semakan (“tabayyun”) dengan bijaksana. Kita juga tidak membalas kata-kata keji dengan kejian juga. Alhamdulillah. Ini antara petanda kejayaan proses tarbiah kita yang semakin mantap dari masa ke semasa.

Kami juga bersyukur dengan berlipatkan gandanya amalan kita pada Ramadan kali ini. Sambutan yang sungguh hebat kepada program-program seperti Ijtimak Ramadan, 3R (Remaja/Rijal Raikan Ramadan), majlis-majlis tadarus di taman-taman dan daerah-daerah merupakan antara petanda yang baik.

Program kebajikan dan sumbangan serta menyantuni rakyat miskin, anak-anak yatim dan mereka yang memerlukan amat meluas sekali pada tahun ini: dari Perlis hingga ke Sabah. Tahniah kepada semua!

KETEGANGAN KAUM

Jika kita masih ingat, Negara-Ku diwujudkan dalam suasana terdapat pihak yang seolah-olah cuba menimbulkan ketegangan dan konflik perkauman dengan menuduh kaum Cina sebagai penceroboh dan meminta kaum Cina keluar dari Negera Malaysia.

Beberapa kalangan dari kaum Cina telah bertindak balas dan terjadi suasana yang agak tegang ketika itu. Pada masa yang sama terdapat elemen yang mendesak agar Sabah dan Sarawak keluar daripada Malaysia.

Dalam suasana begitulah, sekumpulan rakyat Malaysia daripada pelbagai kaum dan latar belakang telah mengambil inisiatif menubuhkan Gerakan Rakyat Negara-Ku bertujuan untuk menghentikan seruan-seruan perkauman sempit dan mengajak rakyat Malaysia untuk kembali mendokong Perlembagaan Malaysia, Perjanjian Malaysia dan Rukun Negara.

Alhamdulillah, ketegangan yang wujud pada masa itu dapat dikendurkan dan negara terselamat dari terjerumus ke dalam konflik perkauman.

Namun, pada Ramadan tahun ini konflik perkauman sekali lagi hampir tercetus atas peristiwa di Low Yat. Kejadian yang disebut oleh pihak polis sebagai kesalahan mencuri telah cuba dijadikan ia sebagai peristiwa Cina vs Melayu. Pejuang perkauman sempit akan sentiasa mengintai untuk mengeksploitasi apa sahaja peristiwa bagi menjadikannya isu perkauman… Daripada isu makan dalam talam sehinggalah kepada isu kecurian di Low Yat.

IKRAM akan sentiasa menjadi pihak yang akan berusaha untuk memastikan Malaysia menjadi negara yang aman dan sejahtera kerana itulah pendekatan yang diambil oleh Rasulullah s.a.w., sentiasa menganjurkan keamanan dan menolak usaha bagi menimbulkan pergaduhan. Islam haruslah menjadi agama yang menyeru kepada rahmat untuk seluruh alam selari dengan misi pengutusan Rasulullah s.a.w:

“Dan tiadalah kami mengutus kamu (Wahai Muhammad), melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi seluruh alam.” (Al-Anbiaa’: 107)

USAHA DAKWAH DAN HIDAYAH CENTRE FOUNDATION (HCF)

Satu lagi fitnah yang timbul pada Ramadan kali ini adalah apabila Hidayah Centre menjemput beberapa orang tokoh masyarakat bukan Islam untuk turut hadir ke Majlis Iftar Perdana Hidayah Centre. Kehadiran Datuk Ambiga dan YB Tian Chua ke majlis tersebut sebagai tetamu telah ditohmah sebagai mengagungkan orang kafir dan memberi kedudukan yang tidak sewajarnya kepada musuh Islam.

Ambiga telah hadir dari awal bagi mengikuti sesi forum bersama Ustaz Dr Zaharuddin Abdul Rahman Ustaz Fitri Abdullah dan Dr Nur Athiroh. Rakaman penuh forum tersebut boleh ditonton di sini:

http://ikram.org.my/domain/sub/projek/tv/trial/index.php/player/11/251

Inilah bezanya fikrah dan pendekatan kita. Kita sentiasa memakai “topi dakwah” sebelum memakai topi-topi lain. Manakala yang mudah menghukum biasanya memakai “topi hakim” dan penghukum.

Ini selari dengan Misi IKRAM yang pertama yang menyebut:

“Melaksanakan dakwah dalam usaha meyakinkan masyarakat bahawa Islam adalah satu-satunya sistem hidup yang mampu menyelesaikan semua permasalahan.”

Juga kita berpegang kepada ayat Al-Quran, Surah An-Nahl ayat 125 yang bermaksud:

“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.”

Tugas kita adalah mengajak manusia kepada Islam dengan uslub yang sebijaksana mungkin. Tugas kita adalah untuk meng “in” kan manusia ke dalam Islam dan bukan untuk meng “out” kan manusia. Tugas untuk meng “out” manusia memang mudah dan kita tidak mengambil pendekatan yang mudah itu.

IKRAM, IRC DAN LAIN-LAIN

Satu lagi fitnah yang agak berleluasa pada Ramadan kali ini adalah berkaitan isu IRC, HIS, JIM, IKRAM. Kita jangkakan isu ini hanya bersemarak ketika kempen pemilihan parti seperti yang berlaku saban kali ada pemilihan tersebut. Namun nampaknya ia telah melimpah dan mencemarkan bulan Ramadan yang penuh rahmah dan berkat ini.

Dengan maklumat yang terhad dan andaian-andaian yang diada-adakan, isu ini telah diolah bagi memecah belahkan saf perjuangan Islam. Entah berapa kali kertas yang telah ditolak itu dikitar semula. IKRAM cuba digambarkan sebagai jamaah jahat yang cuba merosakkan parti dan organisasi lain.

Umpamanya dalam kes YB Saari Sungib dan YB Hasnol Baharudin, cuba digambarkan bahawa itu semua adalah dirancang dan ‘orchestrated” oleh IKRAM. Sebagai SUA IKRAM, saya ingin menafikan dengan sekeras-kerasnya tuduhan dan fitnah jahat tersebut.

Saya ingin sarankan kepada yang membuat tuduhan tersebut untuk merujuk kepada surat daripada YB Saari kepada Majlis Syura Ulama PAS bagi menjawab surat tunjuk sebab yang dihantar kepadanya.

Dalam surat tersebut, ditulis dengan sangat jelas dan terperinci rasional dan sebab-sebab tindakan yang telah diambil. Mari kita sarankan kepada semua pimpinan gerakan Islam agar kita terus bergerak ke hadapan (“move forward”) dalam dunia dakwah dan siasah di negara ini bagi mebangunkan masyarakat dan negara dengan saling hormat menghormati dan bekerjasama dalam perkara yang boleh disepakati dan saling maaf memaafkan dan bertolak ansur dalam perkara yang tidak dapat kita sepakati seperti yang dipesan oleh Asy-Syahid Imam Hassan Al-Banna.

IKRAM DAN PARTI BARU

Ikhwah dan akhawat yang dikasihi sekalian.

Pendirian kita tentang kepentingan mewujudkan sistem dwi parti telah diperjelaskan banyak kali. Dalam sistem demokrasi terutamanya yang mengamalkan sistem “first past the post” kewujudan system dwi parti amat penting. Ia membolehkan proses “semak dan imbang” dapat berlaku dengan berkesan dan akan banyak menguntungkan rakyat.

Buktinya telah jelas kita lihat semasa dan selepas PRU-12 dan PRU-13 di mana pihak pemerintah lebih mementingkan kepentingan rakyat dan tidak berbuat sesuka hati yang boleh merugikan negara dan rakyat.

Sebab itu apabila sistem dwi parti yang telah agak kukuh ini tergugat kita melahirkan kerisauan kita. Dengan sebab itu apabila terdapat usaha bagi mengukuhkan kembali sistem dwi parti ini, kita amat mengalu-alukannya. Insya-Allah, akan ada ahli-ahli kita yang berkemampuan dan punyai minat yang akan terlibat secara langsung dalam proses ini.

Adapun IKRAM sebagai sebuah gerakan Islam dan NGO Islam akan meneruskan malah memperhebatkan, insyaAllah, usaha-usaha dalam bidang Dakwah, Tarbiah dan Kebajikan yang banyak telah kita lakukan semenjak IKRAM ditubuhkan lima tahun dahulu.

Manakala ahli-ahli IKRAM yang akan terlibat dalam parti baru yang akan ditubuhkan akan diminta melepaskan jawatan-jawatan eksekutif dalam IKRAM agar tidak berlaku sebarang “conflict of interest” nanti.

Juga marilah kita aminkan munajat Ustaz Hasrizal seperti yang dinukilkan di FB beliau:

“Menubuhkan parti baru ini memang bukan pilihan terbaik. Ada banyak hujah untuk langkah ini diperlekeh sama ada dalam bahasa jurnalis mahu pun akademik. Tetapi krisis PAS tidak meninggalkan banyak pilihan.

Justeru, kuatkan azam, bangkitlah biar pun dalam seribu kepayahan, dengan semangat inklusif itu, ramai saudara Islam dalam pelbagai NGO, insya-Allah akan bersama. Non-Muslim juga disantuni dengan akhlaq dan perkongsian pendidikan.

Mencela ‘kuffar’ itu sikapnya seolah-olah kita tiada tanggungjawab dakwah ke atas mereka.

Hulurkan salam persaudaraan dan persahabatan.
Sesungguhnya itulah munajatku di penghujung Ramadan ini.”

SALAM ‘EIDUL FITRI

Akhirnya saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya ‘Eidul Fitri kepada semua. Moga Allah swt menerima segala amalan kita sepanjang bulan Ramadan dan berjaya meningkatkan darjat ketaqwaan kita… Mohon maaf atas segala kesilapan, kelemahan dan kekurangan. Mari kita sama-sama berdoa agar Allah s.w.t. memberi kita kekuatan, menyatukan hati-hati kita bagi meneruskan usaha bagi menegakkan kebenaran dan keadilan ini.

Hanya Allah s.w.t. yang dapat membantu kita bagi melaksanakan tugas yang berat ini. Kita doakan agar kita terus istiqamah agar kita semua menemui Pencipta kita dalam keadaan masih berjuang dan berjihad pada jalan Allah seperti yang kita sering ungkapkan dalam Doa Rabithah kita.

Kullu 'aam wa antum bikhair...
Teruskan dengan senyuman dan saling bermaafan sebagai tanda menyambut kemenangan setelah melalui madrasah tarbiah sebulan bulan Ramadan.

Kepada Allah kita bertawakkal dan berserah.

Wassalam

Daripada SUA antum

Hj Nahar Md Nor

29 Ramadan 1436H
15 Julai 2015M

Sunday, 28 June 2015

Di Ramadhan Kareem....Speechless





Assalamualaikum

Ahli-ahli Pertubuhan IKRAM Malaysia dingatkan untuk terus menjaga akhlak dan tutur kata mereka ketika banyak fitnah, tuduhan kata cerca dilemparkan kepada mereka dan pertubuhan mereka.

Teruskan menabur kebaikan kepada negara dan ummah serta seluruh rakyat Malaysia di mana sahaja anda berada.

Kata-kata Hasan al-Banna yang dipetik dari khazanah seni bicara orang-orang arab, pasti segar dalam ingatan anda semua.


“كونوا كالشجر يرميهم الناس بالحجر فيرمونهم بأحسن الثـمر”

"Jadilah kamu seperti pokok, para manusia membalingnya dengan batu, pokok mengugurkan kepada mereka buah-buah yang ranum"

Memadai kita mengadu kepada Allah SWT, ketika kita berpuasa di siang hari dan kita menghidupkan malam kita.

Ulanglah ayat ini beberapa kali. Supaya anda semua memahami, itu semua adalah ujian Allah SWT kepada anda.


وَالَّذِينَ يُؤْذُونَ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ بِغَيْرِ مَا اكْتَسَبُوا فَقَدِ احْتَمَلُوا بُهْتَانًا وَإِثْمًا مُبِينًا

Dan orang-orang yang mengganggu serta menyakiti orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman dengan perkataan atau perbuatan yang tidak tepat dengan sesuatu kesalahan yang dilakukannya, maka sesungguhnya mereka telah memikul kesalahan menuduh secara dusta, dan berbuat dosa yang amat nyata (al-Ahzab 58)

Berdoalah kepada Allah SWT agar Dia mengampunkan mereka yang menuduh kita.

Semoga kesabaran kita diganjari dengan sesuatu yang besar dari sisiNya.

Ahli-ahli Pertubuhan IKRAM Malaysia juga diminta; bayangkanlah Allah SWT akan membersihkan nama kita dan Pertubuhan kita dari tuduhan-tuduhan liar itu sebagaimana Allah SWT pernah membersihkan Nabi Musa a.s dari tuduhan orang-orang Yahudi satu ketika dahulu.


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَكُونُوا كَالَّذِينَ آذَوْا مُوسَىٰ فَبَرَّأَهُ اللَّهُ مِمَّا قَالُوا ۚ وَكَانَ عِنْدَ اللَّهِ وَجِيهًا

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (Yahudi) yang telah mencaci Nabi Musa, LALU ALLAH MEMBERSIHKANNYA DARI SEGALA CACIAN YANG MEREKA KATAKAN; dan adalah dia seorang yang mulia di sisi Allah (al-Ahzab 69)

Ustaz Hj Hasanuddin Mohd Yunus

Timbalan Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia

Wednesday, 10 June 2015

Matlamat Tidak Menghalalkan Cara....



Kaedah Islam:

الغاية لا تُبرر الوسيلة

“al-ghayah la tubariru al-wasilah”

(Matlamat Tidak Menghalalkan Cara)



Kaedah Machiavellian :

(Matlamat Menghalalkan Cara)





MANSUR NAZMUDIN BUKAN AHLI IKRAM. Sebarang komen dan pandangan yang dilontarkannya tidak melambangkan hati nurani IKRAM. Modus operandi cybertrooper ini cukup licik. Antara kaedah yang digunakan adalah :

1. Add friends ikhwah akhawat yang mengikut pentarbiyahan IKRAM. Mutual friends antara saya dengan dia hampir 200 orang.

2 Share berita, link atau post berkenaan IKRAM dan dasar IKRAM TANPA komentar (sekadar share) untuk menunjukkan wall penuh dengan IKRAM.

3. Share berita , link atau post berkenaan IKRAM dan dasar IKRAM DENGAN komentar yang dihurai dengan niat untuk mengelirukan orang ramai dan orang luar sistem tarbiyah IKRAM.

4. Hantar Private Message kepada orang-orang ramai terutama ahli IKRAM bertanyakan sesuatu perkara.

5. Memberi komentar kepada komen- komen kepada tokoh-tokoh IKRAM mahupun luar daripada IKRAM seperti kepada Ustaz Wan Ji. Tujuannya untuk mendapatkan coverage kenyataan daripada "ahli IKRAM".

Saya berpandangan bahawa kemungkinan besar Mansur Nazmudin ini direka wataknya bagi tujuan yang tidak baik. Moga Allah lindungi kita daripada insan seperti ini. Amin.


Abu Khalid Ahmad Zhafri's photo.

Thursday, 4 June 2015

Segalanya Bermula Di Hati...





Ahli-ahli Pertubuhan IKRAM Malaysia sentiasa diawasi melalui halaqah-halaqah Quraan, agar sentiasa berakhlak mulia.

Mereka tidak dibenarkan; semata-mata untuk mempopularkan diri atau organisasi, mereka menghentam sana dan menghentam sini.

Melukakan hati sesama manusia apatah lagi sesama muslim, menggelar-gelar mereka atau menghina, serta mengaibkan/memalukan adalah satu tingkah laku yang tidak manis.

Mereka dikawal oleh ayat-ayat Quraan dan hadis-hadis Nabi SAW yang diulang saban minggu.

وَالَّذِينَ يُؤْذُونَ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ بِغَيْرِ مَا اكْتَسَبُوا فَقَدِ احْتَمَلُوا بُهْتَانًا وَإِثْمًا مُبِينًا

“Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang yang mukmin dan mukminat tanpa kesalahan yang mereka perbuat, Maka Sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata.”

(QS. Al Ahzab [58]:

سِبابُ الْمُسْلِمِ فُسُوقٌ ، وَقِتَالُهُ كُفْرٌ

“Mencela seorang muslim adalah kefasikan, dan membunuhnya kekufuran.” (HR Bukhari Muslim)

المسلم من سلم المسلمون من لسانه ويده

"Seorang muslim ialah orang yang apabila kaum muslimin terselamat dari tangan dan lisannya.” (HR Bukhari Muslim)

Thursday, 14 May 2015

Murabbi & Murabbiah Yang Soleh Wa Musleh....



Perutusan : Sempena Hari Murabbi IKRAM-MUSLEH
16hb Mei 2015

MEMBINA ILMU MENYEMPURNA AKHLAK



بسم الله والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن تبع هداه وبعد ،

Kita memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat ilahi azza wajalla di atas segala inayah wal hidayah wat taufiq-Nya s.w.t. ke atas kita sehingga kini. Kita amat bersyukur kepada Allah s.w.t. dan mendoakan moga-moga perjalanan Majlis ini diberkati-Nya – amiin.

Guru-guru dan murabbi yang dikasihi,

Menjelangnya 16 Mei 2015, kita sekali lagi diberi oleh Allah peluang untuk meraikan semua murabbi dalam hidup kita, bagi menyatakan penghargaan kita kepada mereka yang telah mendidik kita sehingga terbentuk diri kita sekarang.

Hari Murabbi kita tahun ini bertemakan “Membina Ilmu Menyempurna Akhlak”

Saya ingin mengambil peluang ini khususnya untuk menyampaikan ucapan terima kasih tidak terhingga dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua warga murabbi sekolah rangkaian IKRAM MUSLEH, kerana masih cekal gigih serta sabar untuk bersama memperjuangkan wawasan dan misi pendidikan kita, bagi melahirkan generasi rabbani yang sangat di dambakan oleh ummat, negara dan juga dunia, lebih-lebih lagi dalam keadaan dunia yang semakin tidak sejahtera.

Sesungguhnya tugas ini sangat berat dan sesiapa yang memahami maksudnya tentu akan merasa tidak terpikul akan beban dan tanggung jawab ini. Tambahan pula, mengambil kira keadaan sekolah-sekolah kita secara umumnya, tugas ini perlu dilaksanakan dalam keadaan yang serba kekurangan.

Namun ianya tidak menjadi halangan kepada para murabbi kita melakukan yang terbaik, bahkan mungkin itulah pendorongnya untuk sentiasa bermujahadah, dengan tiada keluh kesah, bahkan dengan penuh keikhlasan.

Kerana kita yakin akan janji Allah dalam Surah Al Anfal: 74, yang bermaksud:

“Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad dijalan Allah……merekalah orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka beroleh keampunan dan limpah kurnia yang mulia.”

Ya , kita yakin bahawa kita, para murabbi IKRAM MUSLEH adalah sentiasa dalam keadaan berjihad, dan dengan itu Allah akan melimpahkan keampunan dan rezeki kepada kita, kerana sesungguhnya seluruh alam dan isinya hanyalah kepunyaan Allah swt. Dan diberikan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya.

Para murabbi yang dimuliakan Allah swt,

Rasulullah saw telah menunjukkan kepada kita model pendidikan yang sangat berharga. Rasulullah saw mengislahkan masyarakat melalui dalil naqli dan aqli, menyampaikan ilmu serta membentuk pemikiran. Metodologi ini telah berjaya membentuk masyarakat ke arah pencapaian kehidupan yang lebih baik dan sempurna, di mana Rasulullah s.a.w menghapuskan kesan kepercayaan, nilai, budaya dan kefahaman arab jahiliyyah.

Firman Allah dalam Surah al-Jumu’ah : 2 bermaksud:

“ Dia-lah yang mengutus kepada kaum yang buta huruf seorang Rasul di antara mereka, yang membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, mensucikan mereka dan mengajarkan kepada mereka Kitab dan Hikmah (As Sunnah). Dan sesungguhnya mereka sebelumnya benar-benar dalam kesesatan yang nyata”

Inilah peranan pendidik yang amat penting, iaitu peranan sebagai muallim. Pendidik sebagai muallim boleh didefinasikan sebagai mengajar atau menyampaikan ilmu dan mengamalkan apa yang disampaikan di samping berusaha menambah ilmu pengetahuan. Muallim menyampaikan ilmu kerana rasa belas kasihan kepada pelajar dan ingin melindungi mereka dari kepayahan hidup didunia dan seksaan api neraka, dan bukan kerana rasa sombong dengan ilmu yang ada di dada.

Walau bagaimanapun, harus di ingat bahawa penyampaian ilmu pengetahuan sangat berbeza dengan memberi maklumat. Perpindahan ilmu kepada para anak didik perlu di buat secara berperingkat, di bina dari satu tahap kepada satu tahap yang berikutnya, agar difahami dengan baik dan dapat di taakul dan buat penilaian dan pertimbangan terhadap ilmu berkenaan.

Pembinaan ilmu ini haruslah ditalakan kepada pembinaan keimanan kepada Allah swt, kepada keyakinan akan Hari Pembalasan dimana setiap amal soleh atau dosa tetap akan mendapat balasan yang adil dan setimpal. Bertitik tolak dari sinilah, ilmu yang di sampaikan akan dihayati oleh anak didik dalam seluruh kehidupannya, sama ada dalam kehidupan peribadi mahupun sebagai anggota masyarakat, kerana ingin mengejar kesejahteraan hidup yang dijanjikan oleh Allah di dunia dan kenikmatan yang tidak terhingga di dalam syurga firdaus.

Tentulah hal ini sangat berbeza dengan sekadar perpindahan ilmu dari seorang guru kepada pelajarnya. Perpindahan ilmu hanyalah sekadar memberi maklumat yang bakal dikumpulkan oleh pelajar dan di keluarkan kembali sewaktu ujian dan peperiksaan. Ianya tidak membentuk dan mengislahkan diri pelajar ke arah yang yang lebih baik.

Justeru kita telah bangunkan elemen Akidah Merentas Kurikulum (AMK) dalam kurikulum kebangsaan dan elemen Penghayatan dalam Sukatan Pelajaran Ilmu Syariah IKRAM MUSLEH. Perkara-perkara ini adalah untuk membantu memastikan segala ilmu yang di pelajari oleh anak didik kita akan terurus secara sedar dan sistematik untuk membangunkan akidah dan mengislahkan mereka. Oleh itu, Saya berharap semua warga pendidik IKRAM MUSLEH mengambil berat akan perkara ini dan cuba memperbaiki pelaksanaannya agar bertambah baik dari masa ke semasa.

Para murabbi yang dimuliakan Allah swt,

Dalam konteks ini, kita harus menekankan juga peranan seorang pendidik sebagai seorang muaddib.

Ayat 2 Surah al-Jumu’ah yang dibacakan tadi menjelaskan bahwa Nabi Muhammad SAW. diutus oleh Allah SWT. kepada umatnya untuk menanamkan ilmu sekaligus mensucikan jiwa mereka. Rasulullah telah membersihkan umat jahiliyah dari sifat-sifat buruk yang merupakan kebiasaan sebagian besar masyarakat Makkah pada masa itu, seperti syirik, dengki, takabur, tamak, pemabuk, merampas hak orang lain, membunuh anak perempuan dan lain-lain akhlak tercela.

Peranan guru sebagai seorang muaddib bermaksud mendidik dan membangunkan akhlak dan perilaku yang mulia. Muaddib merupakan individu yang bertanggungjawab dan melaksanakan pendidikan peradaban dalam pengertian yang luas dan mendalam terhadap peribadi dan kehidupan pelajar, memanusiakan manusia, ke arah pembentukan insan kamil.
Dalam konteks ini, pendidikan yang paling berkesan ialah pendidikan melalui teladan. Malahan Imam Al-Ghazali amat menekankan agar akhlak seorang guru atau pendidik itu perlulah sesuai dengan ajaran yang di ajar kepada para pelajarnya. Di dalam Ihya’ Ulumuddin, beliau turut membandingkan perumpamaan guru dengan anak muridnya ibarat tongkat dengan bayang-bayang kerana menurutnya “ bagaimanakah caranya untuk kita mendapatkan bayang-bayang yang lurus sekiranya tongkat tersebut telah bengkok?”.

Seorang pendidik tidak dapat mendidik murid-muridnya dengan sifat mulia kecuali apabila dia sendiri memiliki sifat yang mulia ini, dan ia tidak dapat memperbaiki anak didiknya, kecuali apabila dia sendiri berusaha menjadi seorang yang soleh, karena murid-murid akan mengambil teladan perilakunya lebih banyak dari pada mengambil kata-katanya.

Akhir kata, saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan Selamat hari Murabbi kepada semua pendidik, serta ibubapa, yang juga merupakan murabbi di dalam keluarga masing-masing.

Marilah sama-sama kita meneruskan langkah usaha kita ini dengan doa seperti dalam Surah al Baqarah : 250, yang bermaksud,

“Dan apabila mereka (orang yang beriman) keluar menentang Jalut dan tenteranya, mereka berdoa dengan berkata wahai Tuhan kami, limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami…”.

Moga-moga Allah swt memberkati sambutan Hari Murabbi tahun ini. Moga-moga hasrat dan impian kita untuk melahirkan generasi rabani, generasi yang akan memimpin ummah akan tercapai.

Selamat Menyambut Hari Murabbi IKRAM-MUSLEH 2015.

“Membina Ilmu Menyempurna Akhlak”


Profesor Dr Omar bin Yaakob
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan
Pertubuhan IKRAM Malaysia

Monday, 4 May 2015

i-teach...

"The Prophet (S.A.W.)came across two assemblies in his mosque and said, "Both of them are good, but one is better. As for these (engaged in Allah's remembrance) they call to Allah and pray for His help;if He wills, He aids them, and if He wills, He denies them aid. As for the other group, they engage in learning and teaching others. Therefore they are better than the first group. I have been sent as a teacher". After saying that, he sat down among the later group."

Hadis narrated by Ad-Darimi







Monday, 13 April 2015

Cetusan Minda Mahasiswa Abad Ke-21?

GST & Mahasiswa & Memasak





Saya kira umum mengetahui bahawa memasak di kawasan kampus bukanlah satu perkara yang dibolehkan bahkan bakal dikenakan saman sekiranya mahasiswa berbuat sedemikian. Isu yang membarah bukanlah hanya seputar saranan penjimatan tetapi lebih kepada bagaimana kerajaan dapat mengurangakn kos sara hidup yang semakin membebankan sebelum dan pasca GST.

Langkah YB Timbalan Menteri untuk berkongsi CGPA semasa zaman YB bukanlah sesuatu yang ditagih masyarakat, tetapi yang lebih penting adalah bagaimana CGPA itu mampu mengurus kekayaan negara supaya jurang pendapatan dapat diatasi. Saya sangat berharap agar YB Timbalan menteri dapat menjadikan GINI Coeficcient Indicator (satu indeks yang digunakan dunia dalam mengukur jurang kemiskinan) sebagai KPI kerajaan dalam RMK 11.

Saranan oleh YB Timbalan Menteri Kewangan tentang GST kepada mahasiswa di UITM akan lebih enak sekiranya beliau mampu bentangkan usaha kementerian untuk mengurangkan beban misalnya melalui pelbagai insentif seperti berikut :

1) Endowment fund atau zakat fund di setiap universiti akan disalurkan ke setiap cafe dan kiosk universiti bagi mengawal harga makanan.

2) Mewujudkan pelbagai insentif khusus bagi mahasiswa untuk mengembangkan potensi perniagaan bagi menampung beban melalui agensi MOF.

3) Menyelaras semula subsidi yang diberikan kepada setiap IPTA berdasarkan kemampuan bukannya berdasarkan 'blanket subsidy'. Mereka yang mempunyai wang lebih sepatutnya bayar yuran lebih, dan yang tidak mampu sewajarnya tidak perlu langsung membayar tuition fees.

4) Menggunakan sebahagian kutipan gst untuk meringankan beban mahasiswa. Misalnya memperkenalkn program wang saku mahasiswa.

Mahasiswa selaku agen intelektual masyarakat lebih berminat dengan pelan tindakan yang boleh diusahakan oleh kedua-dua pihak.

Kami lebih bingung apabila YAB PM umumkan bahawa sektor pendidikan bebas GST, namun realitinya berbeza. Apabila ada universiti sudah mulakan senarai baru GST hatta untuk fotokopi thesis pelajar!

Mahasiswa sukar untuk menerima saranan YB untuk meminta mahasiswa berjimat dan mengubah lifestyle apabila kami berputih mata melihat gaji YB naik lebih 40%. Apatah lagi apabila diwawarkan lebih 80% pekerja yang tidak mampu membayar cukai kerana gaji mereka dibawah Rm4k. Mahasiswa bukan tidak ingin berjimat tetapi kalau baki pinjaman PTPTN cuma RM 250 sebulan, penjimatan yang bagaimanakah lagi boleh kami lakukan?

Saya pernah menyaksikan sahabat saya yang cuma mampu makan sehari sekali sebelum GST, apalagi pilihan sahabat saya ada selepas GST?


Muhammad Fikri Ahmad
Ahli Parlimen Belia Malaysia (Selangor)

Thursday, 12 March 2015

Pendidik Minda Abad Ke-21, Ko Ada?!

Apa pun...biar cantik di kertas dan cantik juga perlaksanaannya...Allahu 'alam























Tuesday, 3 February 2015

Waspada...





Membaca kisah pelajar wanita berusia 19 tahun dikelar lehernya oleh lelaki di dalam kereta sangat menyedihkan. Takziah diucapkan kepada keluarga al-marhumah. Pelbagai versi cerita dapat dibaca. Ada yang menyatakan teman lelakinya, ada yang menyatakan dia diculik dan diganggu sejak 3 tahun lepas dan pelbagai lagi.

Apapun, sangkaan baik kita adalah pelajar wanita tersebut dianiaya oleh lelaki bukan teman lelakinya tetapi mengenalinya, lelaki zalim yang dikuasai Iblis. Berharap lelaki tersebut dijatuhkan hukuman setimpal.

Bagi wanita di luar sana, ambillah pengajaran agar :

1)TIDAK PERLU BERTEMAN LELAKI sebelum kahwin. Bertemanlah hanya dengan suami atau adik beradik terdekat sahaja.

2)Jangan MUDAH JATUH HATI dengan ayat-ayat pujian lelaki asing.

3)Jangan keluar dengan lelaki berduaan.

4)Jangan bagi ruang lelaki menyangka kalian sedang menerimanya. Kelak nanti mungkin dia akan gila bayang dan
mengekori kalian dimana-mana.

5)Gunakan kuasa jeritan sekuat mungkin (jangan MALU) untuk meminta tolong jika diugut keluar berduaan khususnya dengan
pisau.

6)Jangan buka pintu bila dipanggil lelaki asing secara seorang diri atau suasana tidak selamat.

7)Banyakkan sedikit 'sangka buruk' apabila berurusan dengan lelaki sebagai perlindungan diri dari terleka & lalai.

8)Jangan fikir 'tak akan la dia nak buat gitu..' apabila bersama lelaki, kerana ia mungkin meleset sama sekali.

9)Nasihat ini umum buat semua jenis lelaki termasuk yang tua, muda, pak lebai, imam masjid, ustaz, tok guru, bomoh
ustaz, polis, penghantar gas, kontraktor rumah, pest kontrol dan lain-lain tentunya. Adakalanya lelaki ini berniat
baik, namun suasana yang terlalu kondusif untuk kejahatan memanggil-manggil untuk mengambil kesempatan.

10)Apabila tanpa sengaja 'TERBERDUAAN' dengan lelaki bukan mahram, segera keluar dari situasi tersebut secepat mungkin.

Nasihat ini mungkin tiada kaitan secara langsung dengan kisah pelajar malang terbabit namun sekadar menasihati agar wanita MENUTUP RUANG MUSIBAH dianiaya lelaki dari berlaku.


Oleh Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman

Wednesday, 31 December 2014

Apabila Air Bah...









SELEPAS BERLABUHNYA KAPAL INI .....


WAHAI MANGSA BANJIR YANG KAMI KASEHI!
WAHAI WARGA PENEMPATAN SEMENTARA!


Air yang tiba-tiba melimpah dari sungai dan terbit dari setiap penjuru bumi kampong ini, sangat menghairankan kita semua.

Air yang tidak henti-henti mencurah dari langit sangat menghairan kita semua.

Membuat tuan-tuan berpindah ke Pusat Perpindahan ini.

Bayangkanlah, tuan-tuan diselamatkan bagaikan berada di bahtera Nabi Noh.

Maka selain makan dan minum percuma, janganlah termenung sahaja. Banyakkanlah berzikir dan saling bantu membantu serta rapatkanlah persaudaraan.

Sebaik "kapal" ini berlabuh dan tuan-tuan dan puan-puan kembali ke rumah masing-masing:

1. Yang tidak cukup solat 5 waktu, selepas ini pasti akan mencukupkannya.

2. Yang tidak cukup puasa ramadhan, selepas ini tentu mampu menyempurnakannya.

3. Yang belum bayar zakat, selepas ini tentu akan mencari amil untuk membayar apa yang belum dibayar.

4. Yang tidak tutup aurat, selepas ini akan mencari tudung. Indah bersopan.

5. Yang ada buat maksiat, selepas ini akan terus bertaubat dan tdak mengulanginya lagi.

6. Yang pernah hina hukum Allah, selepas ini akan menghormatinya malah memperjuangkannya.

7. Yang berpuak-puak dan selalu gaduh, selepas ini akan cari titik pertemuan malah duduk di bawah satu panji-panji sahaja, panji-panji Islam.

* Gambar Hiasan: Timbalan Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia menyampaikan tazkirah di Pusat Perpindahan Banjir SMK Sultan Muzafar Shah 1 Lambor Kanan Parit Perak. 31 Dis 2014. Jam 10 malam.

LAKUKANNYA KERANA ALLAH, AKHIRNYA MEREKA AKAN DAPAT MENGESANINYA

Didiklah para sukarelawan yang sedang berpusu-pusu membantu mangsa banjir agar mereka tidak mengejar elaun dan ganjaran.

Para sukarelawan pula sudah tentu akan bersama-sama dengan institusi dan NGO-NGO yang tidak menjadikan kerja kebajikan dan kemanusiaan sebagai peluang meraih keuntungan, tempat ambil upah atau memancing "political mileage".

(اتَّبِعُوا مَنْ لَا يَسْأَلُكُمْ أَجْرًا وَهُمْ مُهْتَدُونَ) [Surat Ya-Seen : 21]

"Turutlah orang-orang yang tidak meminta kapada kamu sesuatu balasan, sedang mereka adalah orang-orang mandapat hidayah petunjuk".

Para dermawan sudah pasti akan menderma kepada mangsa-mangsa banjir menerusi pihak yang mereka benar-benar yakini mampu mengurus amamah besar ini.


MELIHAT BANJIR DAN AIR: TERINGAT PARA ANBIYA’

Harungilah Wahai Sukarelawan!

Untuk membantu hamba-hamba Allah yang sedang tabah diuji dengan mengingati kebesaran Allah SWT dalam setiap langkahmu..

1. Nabi Nuh a.s

Kedegilan kaumnya untuk sama-sama menyembah Allah SWT, Allah membanjiri bumi ini dengan tenteraNya yang bernama air. Entah datang dari mana air sebanyak itu?.

Allah memulihkan keadaan dengan firmanNya:

وَقِيلَ يَا أَرْضُ ابْلَعِي مَاءَكِ وَيَا سَمَاءُ أَقْلِعِي وَغِيضَ الْمَاءُ وَقُضِيَ الْأَمْرُ وَاسْتَوَتْ عَلَى الْجُودِيِّ ۖ وَقِيلَ بُعْدًا لِّلْقَوْمِ الظَّالِمِينَ [١١:٤٤

"Dan (setelah binasanya kaum kafir itu) diperintahkan kepada bumi dan langit dengan berkata: "Wahai bumi telanlah airmu, dan wahai langit berhentilah dari curahan hujanmu". Dan (ketika itu) surutlah air, serta terlaksanalah perintah (Allah) itu. Dan bahtera Nabi Nuh itupun berhenti di atas gunung "Judi" serta diingatkan (kepada kaum kafir umumnya bahawa): "Kebinasaanlah akhirnya bagi orang-orang yang zalim".


2. Nabi Yunus a.s

Dalam kegelapan perut ikan, dalam kegelapan lautan dalam dan dalam kegelapan malam; beliau berzikir mohon keampunan tuhannya. Allah turunkan nusrahNya, beliau kembali ke daratan selepas berada dalam kepungan tentera air dan ikan, dengan kalimah zikir:

لا اله الا أنت سبحانك انى كنت من الظالمين

“Tiada tuhan melain Engkau, Maha Suci Engkau sesungguhnya aku terdiri dari orang-orang yang dzalim”

3. Nabi Musa a.s

Ketika dikejar Firaun dan bala tenteranya, lautan terbelah. Selamatlah baginda Musa a.s dan pengikutnya. Tenggelamlah Firaun dan bala tenteranya ditelan tentera Allah yang bernama air.

وَإِذْ فَرَقْنَا بِكُمُ الْبَحْرَ فَأَنجَيْنَاكُمْ وَأَغْرَقْنَا آلَ فِرْعَوْنَ وَأَنتُمْ تَنظُرُونَ[٢:٥٠

Dan (kenangkanlah) ketika kami belahkan laut (Merah) untuk kamu lalui (kerana melarikan diri dari angkara Firaun), maka Kami selamatkan kamu dan Kami tenggelamkan Firaun bersama-sama tenteranya, sedang kamu semua menyaksikannya.

Sumber: https://www.facebook.com/ustazhasanuddin

Friday, 5 December 2014

Tanda -Tanda...





You = Beneficial Knowledge

Tujuh tanda ilmu yang bermanfaat menurut Imam Al-Ghazali

1. Ilmu yang menambahkan perasaan takutmu kepada Allah Ta’ala
2. yang menambahkan celik mata hatimu terhadap keaiban-keaiban dirimu
3. yang menambahkan ibadahmu kepada Tuhanmu ‘Azza wa Jalla dengan sebab makrifatmu kepadaNya
4. yang mengurangkan gemar kasihmu kepada dunia
5. yang menambahkan gemar kasihmu kepada akhirat
6. yang membukakan pandangan mata hatimu terhadap kebinasaan-kebinasaan segala amalmu sehingga kamu dapat memeliharakan dirimu daripadanya
7. yang menampakkan kepada kamu segala perdayaan syaitan dan tipuannya.


Petikan Buku: Bidayatul Hidayah (Permulaan Jalan Hidayah)

Thursday, 13 November 2014

Strong Minded....

Tuesday, 4 November 2014

Lovely Logics...

Saturday, 18 October 2014

Penagihan Perhatian Yang Tidak Terkawal....



TIPS MENGURANGKAN GEJALA GEDIK ANAK PEREMPUAN

GEDIK adalah istilah terkini yang merujuk kepada aksi anak gadis yang menunjukkan gelagat yang agak 'menggatal' pada bahasa pasarnya. Ia menggambarkan naluri keinginan seorang anak gadis yang agak berlebih-lebihan untuk menarik perhatian lelaki.

Ekoran dari paparan isu tentang gejala zina atau seks bebas dan buang bayi kelmarin, maka ramai ibubapa yang tampil merujuk, khususnya tentang kebimbangan ibubapa terhadap anak gadis mereka yang kelihatan gedik.

Sebenarnya ramai juga sebelum ini kalangan ibubapa yang meminta kami kongsikan beberapa tips untuk mencegah atau mematikan budaya ini di kalangan anak gadis mereka. Kini kami rasa sudah sampai masanya untuk kami kongsikan. Namun kami tidak mengharapkan perkongsian ini boleh diterima bulat-bulat oleh kebanyakan ibubapa kerana ada yang melibatkan konflik dengan minat dan nafsu ibubapa itu sendiri.

PERANAN BAPA

Untuk mengelakkan kerakusan naluri seorang gadis terhadap lelaki, ia memerlukan satu konsep 'imuniti' dari lelaki juga. Peranan ini harus dimainkan oleh bapa kandungnya sendiri sejak anak itu kecil lagi. Antaranya ialah dengan membanyakkan 'body contact' seperti dakapan dan kucupan bapa terhadap anak itu sejak kecil.

Bau hormon lelaki yang bersifat melindungi dari dakapan dan ciuman kasih seorang bapa yang diamalkan sejak kecil itu boleh mematikan atau 'mendidik nafsu' anak terhadap lelaki. Ia mampu memberikan satu pendidikan kepada anak gadis untuk membezakan tahap keikhlasan dan kekejaman seorang lelaki.

Pada masa yang sama amalan yang diamalkan sejak kecil ini juga berkesan untuk mengelakkan fenomena haruan makan anak. Sang bapa juga akan semakin kasih dan bersikap melindungi anak gadisnya apabila ia diamalkan sejak kecil secara istiqomah. Ibarat manusia yang memelihara haiwan kesayangan yang boleh dimakan seperti arnab, kuda, ayam, burung dan sebagainya. Biasanya kita tidak akan lalu memakan daging haiwan kesayangan itu apabila disembelih dan dimasak.

Anak gadis yang sudah rapat dengan bapa juga akan lebih matang dan bijak menilai kualiti seorang lelaki dan tidak jadi rakus untuk menerima sebarang lelaki sewenang-wenangnya. Si bapa pula akan jadi pakar rujuk untuk membantu anak gadisnya menilai lelaki yang baik untuknya. InsyaAllah anak ini akan terlindung melalui bantuan furqon dan perlindungan dari ayahnya atau melalui suami yang baik yang berjaya di pilihnya.

LATIH ANAK GADIS DENGAN SIFAT MALU SEJAK KECIL

Salah satu daripada usaha ke arah ini ialah dengan mengenakan pakaian yang sopan termasuk bertudung mengikut kehendak Allah sejak mereka kecil lagi. Amalan ini akan menjadikan anak kita mengamalkan sesuatu yang betul sejak kecil. Oleh itu jika kita tidak pasti bilakah saat nafsu anak kita terhadap lelaki akan terbit, maka mulakan sahaja sejak kecil.

Masalah besar yang menyukarkan anak gadis kita untuk mengubah penampilan dengan bertudung dan berpakaian yang syariah compliance hari ini ialah kerana mereka tidak dibiasakan sejak kecil. Mereka akan merasa teragak-agak dan keberatan untuk mengubah penampilan baru mengikut kehendak Allah kerana sudah terbiasa dengan amalan mendedahkan aurat dan gedik.

Seterusnya didik anak gadis kita agar tidak terlalu bebas bercampur dengan lelaki sejak kecil lagi, iaitu di peringkat pra-sekolah lagi. Bukan tidak boleh bercampur langsung, tetapi ajar mereka adab sopan sejak kecil agar mereka tahu membataskan diri mereka mana yang wajar dan sebaliknya. Jangan izinkan anak kita duduk terkangkang, terlompat-lompat, ketawa mengilai-ngilai, terjerit-jerit, dan lain-lain aksi kasar di hadapan bukan muhrim mereka.

Hari ini ibubapa tidak langsung memerhatikan semua perkara kecil sebegini. Malah ramai ibubapa yang dengan bangga membelikan pakaian yang ketat atau singkat untuk anak mereka. Maaf cakap kadangkala sengaja diajar anak gadis mereka menyanyi dan menari dengan lenggok yang sangat mengiurkan.

Kajian kami menunjukkan kita tidak perlu membiarkan anak kita dilihat beraksi begitu di depan lelaki buaya di luar sana. Cukup dengan bapa tiri, abang kandung, sepupu, bapa saudara, rakan sebaya yang berada di kejiranan yang biasa juga boleh terangsang untuk terbit keinginan memperkosa mereka. Jika anak gadis kita boleh dibiarkan berpakaian dan beraksi begitu, itu tanda kita dan anak kita berada pada tahap jahil. Pastinya golongan lelaki yang melihat mereka juga sejahil itu kerana kita berada pada zaman yang sama.

KESIMPULAN

Banyak sekali kes perkosaan di usia muda. Sedihnya ramai ibu bapa yang tidak tahu kerana ia tidak banyak tandanya. Anak itu tidak hamil kerana belum sempurna fungsi peranakannya tetapi sudah di barai sejak kecil.

Sebahagian dari musibah ini disebabkan kegilaan lelaki syaitan bertopengkan manusia dan tiada kaitan langsung dengan kehendak anak itu. Tetapi tidak salah jika kita mengambil langkah berjaga-jaga, mengikut petunjuk dan kehendak Allah sejak mula. Jangan sampai terjadi anak gadis kita di perkosa depan belakang, lalu dibunuh dengan kejam selepas ‘kerja’ syaitan ini selesai sepertimana yang dilapurkan berlaku di media.

Gejala gedik ini bermula terbitnya sejak kecil lagi dalam diri anak gadis kita. Oleh itu pencegahannya juga harus bermula sejak kecil, sejak mereka mula boleh bercakap dan faham apa yang kita katakan. Jangan pandang remeh dengan mengatakan anak itu belum ada nafsu kerana yang kita takuti ialah lelaki buaya yang memandang mereka itu sangat bernafsu sekali.

Jangan lupa fenomena haruan makan anak. Sekalipun anda adalah ayah kandung anak gadis anda, anda harus mulakan amalan ini (jika mahu mencuba) sejak kecil agar anda benar-benar menjadi 'tidak ada selera' untuk merosak anak sendiri. Bagi ayah tiri kami tidak melarang namun ia harus dimulakan lebih awal lagi, bukan ketika anda dapat anak tiri yang sudah remaja lalu anda peluk ciumnya.

Pendidikan itu wajib bagi setiap individu, dari buaian sampai ke liang lahad. Jadi biar siapapun kita, biar berapa umur kita, berapa tinggi pangkat kita, berapa banyak sijil kita, janganlah berhenti belajar dan menimba ilmu. Dan kami di RPWP juga masih belajar dan akan terus belajar.

Jadikan apa yang kami kongsikan ini satu tips, bukan satu ketetapan. Jika anda ada teknik yang lebih baik dan rasional, sila kongsikan di ruang komen. Lebih baik jika melalui inbox agar tidak menimbulkan fitnah. Semuga bermanfaat.

Sumber:
Kudap Parenting
dari facebook WARGA PRIHATIN

Thursday, 9 October 2014

So Real...







So Real Lyrics

By: Raef feat. Maher zain


They say that love never lasts
That love never lives to see another day
But what I know deep down inside
It’s what I feel and it’s so real
I gave it up all for You
And there ain’t nothing that I won’t do
All I know deep down inside
It’s what I feel and it’s so real with You!

Chorus:
Allah, everyday I’ll try to be as true as I can to You
‘Cause loving You the best I can

Will always be my number one and only plan
Yes everyday I’ll try to be as true as I can to You
‘Cause loving You the best I can
Will always be my number one and only plan

They say: “You’re out of your mind”
“Don’t you know that love fades away?”
They say: “It only brings you pain!”
But what I feel is so real!
I gave it up and turned to You
‘Cause I know what your love can do
O Allah open up our hearts
And make us feel how it’s so real with You!

CHORUS

Wednesday, 24 September 2014

Rapuh Dan Singkat...





Al kisah...sebuah penceritaan yang diperkongsikan dengan meluas untuk dijadikan iktibar. Kisah Ular dan gergaji.

Seekor ular telah memasuki bengkel di mana merupakan tempat kerja si tukang kayu. Kebiasaan si tukang kayu, membiarkan sebagian peralatan kerjanya berselerakan dan bertaburan. Nah ketika ular itu berjalan ke sana kemari di dalam bengkel itu, dan tanpa sengaja ia merayap di atas sebatang gergaji.

Tajamnya mata gergaji, menyebabkan perut ular terluka. Tapi ular beranggapan gergaji itu menyerangnya. Ia pun membalas dengan mematuk gergaji itu berkali-kali. Serangan itu menyebabkan luka parah di bagian mulutnya.

Marah dan putus asa, ular berusaha mengerahkan kemampuan terakhirnya untuk mengalahkan musuhnya. Ia pun membelit kuat gergaji itu. Maka tubuhnya terluka amat parah dan akhirnya ia pun mati.

Hasrat ingin melukai orang lain. Tapi sesungguhnya tanpa disedari, yang dilukai adalah diri sendiri. Usah tertipu dengan perangkap syaitan durjana yang tidak pernah jemu dan letih untuk mencapai "KPI" mereka.

Tindakan sehalus mana sekalipun tetap dicatat, terukir (embedded) dan dilaporkan oleh malaikat yang tidak pernah melalukan kesilapan. Segala perbuatan akan dihitung dan berkesudahan dengan sesalan di kemudian hari.

Sabda Rasulullah s.a.w "Barang siapa meredam amarah padahal dia mampu melampiaskannya (kerana mampu/berkuasa), maka ALLAH memanggilnya dihadapan para makhluk di hari kiamat, Dia menyuruhnya memilih dari pada bidadari apa yg dia kehendaki." (Hadis riwayat Abu Daud)

Usah persia-siakan kehidupan yang rapuh dan singkat ini. Mohonlah empat perkara penting dalam kehidupan seperti dinyatakan baginda Rasulullah di dalam doanya “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu petunjuk, takwa,
diri yang terjaga dan kekayaan.”
(Hadis riwayat Muslim)

Semoga tidak tersasar daripada matlamat asal kehidupan, untuk meraih keredaanNya semata-mata. Segala perhiasan dunia hanyalah alat untuk mencapai matlamat, tidak sekali-kali dijadikan matlamat kehidupan.

Allahu 'alam.

Wednesday, 10 September 2014

Keajaiban Haiwan...









IKRAM kesal dengan kebocoran kertas Sains UPSR 2014


Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) merakamkan rasa kesal dengan perbuatan tidak bertanggungjawab pihak yang telah membocorkan soalan kertas Sains UPSR 2014.

Kejadian ini telah menunjukkan kegagalan serius dalam integriti sistem peperiksaan awam negara kerana terdapat pihak yang terlibat dalam menguruskan kertas ini bersikap tidak amanah serta mementingkan diri sendiri.

IKRAM mengecam tindakan dan sikap seperti ini kerana ia:

1. Boleh menyebabkan kesan psikologi negatif terhadap murid-murid calon peperiksaan yang berasa kecewa dan patah semangat untuk melakukan yang terbaik.
2. Memberi contoh yang buruk kepada para pelajar apabila ada pihak mengesampingkan integriti demi keuntungan jangka pendek.
3. Memberi gambaran seolah-olah aspek penerapan nilai-nilai murni dalam pendidikan tidak terpakai untuk orang dewasa.
4. Melibatkan perbelanjaan tambahan yang besar akibat penangguhan peperiksaan dan penggubalan serta pengurusan kertas baru.

Dengan ini, IKRAM menggesa pihak berkuasa supaya:

1. Menjalankan penyiasatan segera dan mengumumkan keputusan penyiasatan.
2. Mengambil tindakan tegas dan mengenakan hukuman yang berat sekiranya terbukti bersalah, agar ia menjadi pengajaran kepada semua.

IKRAM juga menyeru Lembaga Peperiksaan khususnya, dan Kementerian Pendidikan Malaysia amnya, untuk:

1. Mengkaji semula Peraturan Tetap Operasi (SOP) pengurusan dan keselamatan pengendalian semua urusan peperiksaan awam dan mengambil langkah-langkah pembaikan segera agar perkara seperti ini tidak berulang.

2. Memastikan hanya mereka yang amanah terlibat dalam penggubalan dan pengurusan kertas peperiksaan.

3. Memberi penekanan dan meningkatkan usaha pembentukan jati diri dan keperibadian mulia, baik dalam kalangan para pelajar atau para pendidik dan kakitangan Kementerian.

3. Mengkaji semula falsafah dan pelaksanaan sistem pendidikan Malaysia yang terlalu berorientasikan peperiksaan awam.

Semoga dengan langkah-langkah yang bakal diambil ini dapat mengembalikan kepercayaan seluruh pelajar serta warga pendidikan terhadap kewibawaan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Prof Dr Omar bin Yaakob
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan IKRAM
11 September 2014 bersamaan 16 Zulkaedah 1435H

Monday, 11 August 2014

Gaza Mendidik Dunia...







"Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya. Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batal lah apa yang mereka telah kerjakan."

[Hud:15-16]





KNOWLEDGE IS POWER

KNOWLEDGE IS POWER
DEAR-Drop Everything And Read

Ke Arah Pembentukkan Minda Pendidik Kelas Pertama

"Sejahtera akidahnya, sahih ibadahnya, teguh akhlaknya, terdidik fikirannya, kuat badannya, mampu untuk mengusahakan mata pencariannya, teratur dalam segala urusannya, sentiasa menjaga waktunya dan sentiasa memberi manfaat kepada orang lain" (As Syahid Imam Hasan al Banna)

Istimewanya zaman remaja...

Tujuh golongan manusia akan dilindungi oleh Allah pada hari di mana tidak ada perlindungan kecuali perlindunganNya iaitu:
1) Imam yang adil
2) Pemuda / remaja (lelaki & perempuan) yang tekun beribadat kepada Allah
3) Seorang lelaki yang hatinya terpaut kepada masjid, (hatinya sentiasa ingat) dari masa ia keluar dari masjid hingga ia balik semula ke masjid
4) Dua orang *lelaki yang berkasih-kasihan di dalam (mencari ridha) Allah, keduanya bertemu kerana Allah dan berpisah pula kerana Allah
5) Seorang *lelaki yang mengingati Allah, di masa sunyi sepi sehingga menitiskan air mata.
6) Seorang lelaki yang diajak oleh seorang wanita yang berkedudukan tinggi, cantik rupa parasnya untuk melakukan perbuatan jahat, ia berkata, "Aku takut kepada tuhan seluruh alam"
7) Seorang *lelaki yang memberi sedekah dengan suatu sedekah, lalu disembunyikan sedekah itu, sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfakkan oleh tangan kanannya.

Kita lah Ulil Albab...

"Lo! In the creation of the heaven and the earth and (in) the difference of night and day are tokens (of His sovereignity) for man of understanding"

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pengantian malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal"

(Ali-Imran: 190)


"ILMU DAN IBADAH SESEORANG TIADA NILAI NYA DI SISI ALLAH DAN MANUSIA SEKIRANYA MEMBUAHKAN AKHLAK YANG BURUK"

Al-Zukhruf: 43-44

"Dengan yang demikian, berpegang teguhlah kepada Al-Quran yang telah diwahyukan kepadamu; kerana sesungguhnya engkau berada di atas jalan yang lurus. Dan sesungguhnya Al Quran itu memberikan kemuliaan dan peringatan kepadamu (wahai Muhammad) dan kepada kaummu; dan kamu akan ditanya kelak (tentang isi kandungannya yang kamu telah amalkan)."