Sunday, 1 November 2009

Allah Amat Sayang kepada Pemuda Istimewa ini...

Assalamu 'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam perpaduan

"Assalamu 'alaikum, Miss...can you enter our class at 11:00 am today?" Itu lah lebih kurang ucapan Allahyarham Aqmal untuk kali pertama mempelawa saya ke kuliah "Thinking Skills" pada bulan Julai yang lalu.

Allahyarham Mohd Aqmal Bin Mohd Zaiwawi berkulit hitam manis dengan paras rupa dan bentuk badan yang segak bagi seorang pemuda Melayu. Allahyarham mudah mengukir senyuman dengan barisan gigi yang tersusun rapi dan memiliki mata yang kuyu. Sifat kepimpinannya sungguh terserlah, "A born leader" dan petah dalam bicara. Ketua unit J8 untuk Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan(PPISMP)B.Ed TESL (Sekolah Menengah) di Semester Satu. Allahyarham juga seorang mesra dan aktif di dalam kuliah, sering ingin memberikan pandangan dalam perbincangan. Ada kalanya saya terpaksa menafikan haknya bercakap untuk memberi laluan dan peluang kepada rakan-rakan lain memberikan respon.

Bilik kuliah J8 di blok asrama dan jauh daripada blok pentadbiran IPG Ipoh menyebabkan Allahyarham Aqmal sukar ditemui secara bersemuka kecuali dalam keadaan yang betul-betul diperlukan. Saya tidak sempat mengenali rapat dengan Allahyarham tetapi yang pasti Allahyarham mempunyai keistimewaan. Saya tidak menghadapi sebarang masalah dengan Allahyarham sehinggalah saya menegur aksi Allahyarham dalam satu sesi kuliah. Allahyarham seorang yang baik dan inginkan kebenaran. Kami sempat berhujjah tentang isu tersebut di luar bilik kuliah setelah Allayarham kurang menyenangi dengan teguran saya.

Saya seorang berprinsip dan disiplinari. Saya sering tegaskan ini kepada semua pelajar saya bahawa kejayaan hanya boleh diraih jika kita mengamalkan disiplin yang tinggi. Saya telus dalam tindakan saya. Saya manusia biasa tidak sempurna tetapi saya memikul amanah dan bertanggungjawab mendidik semua pelajar saya agar sentiasa beradab, menggunakan masa dengan sebaiknya serta menghasilkan kualiti kerja yang tinggi. Saya sayangkan semua pelajar saya tanpa mengira kaum dan agama. Saya pernah "berceramah" kepada unit J8 dalam satu sesi kuliah kerana kurang berpuas hati dengan sikap mereka. Selepas itu, saya dapat melihat riak-riak protes dalam tindakan mereka namun mereka lakukan secara lembut bagi menyatakan jiwa remaja mereka yang sedang bergelojak.

Interaksi saya dengan Unit J8 hanyalah satu jam, masa yang terlalu suntuk untuk berkongsi maklumat tentang subjek yang agak "serius" dan ruang sangat terbatas untuk bermesra. Mereka pula terlalu jauh untuk saya rapati, begitu juga dengan mereka. Blok yang sering mengalami gangguan elektrik menuntut saya mengubah rancangan pelajaran saya serta merta. Walau apa pun, saya bangga dengan hasil tugasan majoriti pelajar J8 termasuk kumpulan Allahyarham Mohd Aqmal. Semasa insiden trajis 25 Oktober 2009 berlaku, waktu asar...Ingatan saya kepada Allahyarham, saya menghantar sms kepada Allahyarham Mohd Aqmal dan rakan seunitnya Lim Chiew Ting @ Ting untuk mengingatkan mereka akan aktiviti kuliah saya pada keesokan harinya iaitu 26 Oktober 2009. Rupa-rupanya Allahyarham telah tiada lagi dan mungkin tidak sempat pun membaca sms saya. Saya hanya mengetahui pemergian Allahyarham Aqmal ke rahmatullah apabila bilik kuliah mereka tidak berpenghuni kerana semua pelajar J8 menziarahi Ibu Allahyarham Aqmal di kediamannya. Puan Roslin Ong Abdullah memaklumkan berita tersebut kepada saya menjelang waktu tengahari Isnin sebelum saya berkursus ke Penang. Saya membaca sms Ting tentang peristiwa itu setiba sahaja di Hotel. Saya redha dengan ketentuan Allah. Allahyarham sungguh bertuah kerana dipilih menemui Allah di usia remaja dan insyaAllah menikmati segala jenis kenikmatan di syurga Allah, amin. Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk setiap hambaNya. Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk Allahyarham Aqmal,insan terpilih dan disayangi Allah serta disenangi manusia.

Saya maafkan segala kesilapan Allahyarham Aqmal. Pemergian Allahyarham Aqmal untuk selama-lamanya untuk kita semua insafi, menjadi iktibar kepada kita yang Allah menjemput kita mengadapNya tanpa mengenal usia dan ketika. Saat kematian kita merupakan detik misteri dan sengaja dirahsiakan oleh Allah supaya kita gigih berusaha mengharungi kehidupan berlandaskan sistem yang Allah tetapkan. Kita harus saling maaf dan memaafkan sesama kita. Harus kita insafi setiap kali kematian berlaku kepada keluarga kita, berlaku kepada orang lain dan setiap kali kita mengiringi jenazah di perkuburan. Semoga Allah kurniakan husnul khotimah kepada kita, sentiasa melimpahkan kerahmatanNya, kekuatan dan kesabaran untuk meneruskan sisa-sisa hidup kita serta mengumpulkan kita semua di syurgaNya kelak, amin.

Semoga Allah ampunkan segala dosa Allahyarham Mohd Akmal Bin Mohd Zaiwawi, menerima segala amalan dan kebaikannya, memperluaskan tempat tinggalnya, menempatkan rohnya bersama roh para solihin dan syuhada', meningkatkan kesabaran dan dipermudahkan segala urusan ibu, bapa dan ahli keluarga yang dikasihi untuk meneruskan kehidupan dengan tabah, amin. Al-Fatihah.

“ Allah berfirman : “Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang beriman jika Aku mengambil (mewafatkan) orang yang dicintainya di antara penduduk dunia ini, lalu dia mengharap pahala atas musibah ini kecuali syurga”

Al-Bukhari dalam al-Fath : 11/242

“ Rasulullah SAW berkata kepada seseorang yang ditinggal mati anak lelakinya, “ Apa kamu tidak suka bila kamu masuk salah satu pintu syurga sedang engkau mendapati anakmu itu sudah menantimu?”

Ahmad dan an-Nasa’i. Sanad sesuai syarat as-shahih serta ditashihkan oleh al-Hakim dan Ibnu Hibban. Lihat Fathul-Bari : 11/243

1 comment:

Nabila said...

We still miss him.

KNOWLEDGE IS POWER

KNOWLEDGE IS POWER
DEAR-Drop Everything And Read

Ke Arah Pembentukkan Minda Pendidik Kelas Pertama

"Sejahtera akidahnya, sahih ibadahnya, teguh akhlaknya, terdidik fikirannya, kuat badannya, mampu untuk mengusahakan mata pencariannya, teratur dalam segala urusannya, sentiasa menjaga waktunya dan sentiasa memberi manfaat kepada orang lain" (As Syahid Imam Hasan al Banna)

Istimewanya zaman remaja...

Tujuh golongan manusia akan dilindungi oleh Allah pada hari di mana tidak ada perlindungan kecuali perlindunganNya iaitu:
1) Imam yang adil
2) Pemuda / remaja (lelaki & perempuan) yang tekun beribadat kepada Allah
3) Seorang lelaki yang hatinya terpaut kepada masjid, (hatinya sentiasa ingat) dari masa ia keluar dari masjid hingga ia balik semula ke masjid
4) Dua orang *lelaki yang berkasih-kasihan di dalam (mencari ridha) Allah, keduanya bertemu kerana Allah dan berpisah pula kerana Allah
5) Seorang *lelaki yang mengingati Allah, di masa sunyi sepi sehingga menitiskan air mata.
6) Seorang lelaki yang diajak oleh seorang wanita yang berkedudukan tinggi, cantik rupa parasnya untuk melakukan perbuatan jahat, ia berkata, "Aku takut kepada tuhan seluruh alam"
7) Seorang *lelaki yang memberi sedekah dengan suatu sedekah, lalu disembunyikan sedekah itu, sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfakkan oleh tangan kanannya.

Kita lah Ulil Albab...

"Lo! In the creation of the heaven and the earth and (in) the difference of night and day are tokens (of His sovereignity) for man of understanding"

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pengantian malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal"

(Ali-Imran: 190)


"ILMU DAN IBADAH SESEORANG TIADA NILAI NYA DI SISI ALLAH DAN MANUSIA SEKIRANYA MEMBUAHKAN AKHLAK YANG BURUK"

Al-Zukhruf: 43-44

"Dengan yang demikian, berpegang teguhlah kepada Al-Quran yang telah diwahyukan kepadamu; kerana sesungguhnya engkau berada di atas jalan yang lurus. Dan sesungguhnya Al Quran itu memberikan kemuliaan dan peringatan kepadamu (wahai Muhammad) dan kepada kaummu; dan kamu akan ditanya kelak (tentang isi kandungannya yang kamu telah amalkan)."