Saturday, 26 December 2009

Generasi "Why Not" ?

Jom kenali generasi remaja yang kita kasihi. Kita sedar golongan remaja merupakan barisan pelapis,pewaris kegemilangan dan modal insan yang sungguh berharga. Mereka seharusnya dipandang dengan penuh kasih sayang dan disantuni mengikut keperluan semasa. Para remaja pula diharapkan dapat merenung dengan kritis kekuatan sifat-sifat remaja sebagai anugerah yang Maha Esa dan dijadikan mutiara, menghiasi diri remaja untuk dimanfaatkan sebagai anggota masyarakat yang berguna.

Sifat-sifat umum remaja:
Y – Yearning attention
O – Optimistic
U – Unrealistic
T – Talented
H – Happy always

Tidak dapat dinafikan terdapat jurang generasi (generation gap) di antara generasi kini dengan generasi sebelumnya. Walau daripada generasi mana pun kita ini, kita semua melalui fasa remaja dalam kitaran hidup kita cuma keadaan zaman remaja kita berbeza. Kita sedar akan hakikat ini dan berusaha untuk meminimumkan jurang generasi supaya kita dapat berkomunikasi dengan mudah dan secara berkesan. Yang penting, kita semua berhasrat untuk menggembeling tenaga dan memberikan sumbangan dalam dunia pendidikan, meningkatkan produktiviti demi kemakmuran serta kesejahteraan negara Malaysia yang kita cintai.

Mereka yang lahir dalam generasi berbeza memiliki sifat unik yang tersendiri.

Generasi "Baby Boomers": Lahir sekitar tahun 1946 hingga 1964 iaitu pasca peperangan dunia kedua.

Generasi "X": Lahir sekitar 1965 hingga 1980.

Generasi "Y" atau generasi "Why Not": Lahir sekitar sekitar pertengahan tahun 1980 dan seterusnya.

Fokus kita ialah pada generasi "Y" iaitu anda!

Di antara Sifat-sifat generasi "Y":(http://legalcareers.about.com/od/practicetips/a/GenerationY.htm)

1)Berpusatkan keluarga(Family-centric)
2)Berorientasikan pencapaian(Achievement-oriented)
3)Berorientasikan pasukan (Team-oriented)
4)Dahagakan perhatian (Attention craving)

Profesor Madya Dr. Hajah Harlina Halizah Haji Sirah (2009) memetik lima perbezaan generasi "Y" dengan generasi silam hasil bacaannya daripada buku "The Five Languages of Teenagers" oleh Dr Gary Chapman,
1) Kemajuan dalam teknologi (Advancement in technology)
2) Pengetahuan dan pendedahan terhadap unsur keganasan
(knowledge of and exposure to violence)
3) Keluarga yang berpecah belah(The fragmented family)
4) Pengetahuan dan pendedahan terhadap unsur seks
(Knowledge and exposure to sexuality)
5) Nilai moral dan agama yang neutral dan longgar
(Neutral moral & religious values)

Sebagai seorang pendidik atau bakal pendidik, kita tidak ingin terlibat dalam pembentukkan generasi muda yang pincang 1) Tandus lagi rapuh iman dan akidah kepada Allah; 2) Cemar akhlak dan bejat tingkah laku; 3) Tumpul dan mundur kognitif; 4) Celaru sikap dan nilai yang dipegang dan 5) Lesu dan lemah psikomotor dan tenaga.

Kita mempunyai idealisma kita yang tersendiri iaitu ke arah pembentukkan generasi seperti generasi Al Qur'an, mereka sentiasa izzah (bangga) dengan keislaman mereka, menjulang Islam di kedudukan paling tinggi.
Kegemilangannya Islam terbukti. Sejarah berulang lagi di Era pemerintah Sultan Salehuddin Al Ayubi. Sejarah silam untuk kita ambil pengajaran dan insafi. Semestinya kecemerlangan tidak datang bergolek, kegemilangan pasti ditempa jika kita bersungguh-sungguh dalam usaha kita, insyaAllah. "Man jadda wa jada"...sesiapa yang berusaha, pasti memperolehi apa yang ia usahakan (yakni jika diberi peluang yang sama).

"Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata." {Surah Al-Ahzab:36}

Semoga dipermudahkan Allah segala usaha kita untuk mendidik diri dan para pelajar kita agar tergolong dalam generasi cemerlang yang digariskan oleh Hassan al-Banna yang memiliki ciri-ciri berikut:

"Sejahtera akidahnya, sahih ibadahnya, teguh akhlaknya, terdidik fikirannya, kuat badannya, mampu untuk mengusahakan mata pencariannya, teratur dalam segala urusannya, sentiasa menjaga waktunya dan sentiasa memberi manfaat kepada orang lain"...amin.

Selamat menyambut tahun 1431 Hijrah dan 2010 Masihi kepada semua.

No comments:

KNOWLEDGE IS POWER

KNOWLEDGE IS POWER
DEAR-Drop Everything And Read

Ke Arah Pembentukkan Minda Pendidik Kelas Pertama

"Sejahtera akidahnya, sahih ibadahnya, teguh akhlaknya, terdidik fikirannya, kuat badannya, mampu untuk mengusahakan mata pencariannya, teratur dalam segala urusannya, sentiasa menjaga waktunya dan sentiasa memberi manfaat kepada orang lain" (As Syahid Imam Hasan al Banna)

Istimewanya zaman remaja...

Tujuh golongan manusia akan dilindungi oleh Allah pada hari di mana tidak ada perlindungan kecuali perlindunganNya iaitu:
1) Imam yang adil
2) Pemuda / remaja (lelaki & perempuan) yang tekun beribadat kepada Allah
3) Seorang lelaki yang hatinya terpaut kepada masjid, (hatinya sentiasa ingat) dari masa ia keluar dari masjid hingga ia balik semula ke masjid
4) Dua orang *lelaki yang berkasih-kasihan di dalam (mencari ridha) Allah, keduanya bertemu kerana Allah dan berpisah pula kerana Allah
5) Seorang *lelaki yang mengingati Allah, di masa sunyi sepi sehingga menitiskan air mata.
6) Seorang lelaki yang diajak oleh seorang wanita yang berkedudukan tinggi, cantik rupa parasnya untuk melakukan perbuatan jahat, ia berkata, "Aku takut kepada tuhan seluruh alam"
7) Seorang *lelaki yang memberi sedekah dengan suatu sedekah, lalu disembunyikan sedekah itu, sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfakkan oleh tangan kanannya.

Kita lah Ulil Albab...

"Lo! In the creation of the heaven and the earth and (in) the difference of night and day are tokens (of His sovereignity) for man of understanding"

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pengantian malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal"

(Ali-Imran: 190)


"ILMU DAN IBADAH SESEORANG TIADA NILAI NYA DI SISI ALLAH DAN MANUSIA SEKIRANYA MEMBUAHKAN AKHLAK YANG BURUK"

Al-Zukhruf: 43-44

"Dengan yang demikian, berpegang teguhlah kepada Al-Quran yang telah diwahyukan kepadamu; kerana sesungguhnya engkau berada di atas jalan yang lurus. Dan sesungguhnya Al Quran itu memberikan kemuliaan dan peringatan kepadamu (wahai Muhammad) dan kepada kaummu; dan kamu akan ditanya kelak (tentang isi kandungannya yang kamu telah amalkan)."