Saturday, 31 December 2011
Monday, 26 December 2011
Tuesday, 20 December 2011
Saturday, 19 November 2011
BAHAGIA....
Zaharuddin.net
Jangan diletak kebahagian pd rupa, apabila tua, hilanglah bahagia; Jangan pada harta, bila mati, pasti x bahagia; Jangan pada manusia, mrk boleh berubah & tinggalkan kita; Jangan pada pujian, krn ia akan putus; jgn pada pangkat, semua boleh terangkat & pasti mangkat, TAPI letaklah bahagia pada mencari redha Allah, dgn taatiNya, krn Dia tidak akan hilang, mati atau berubah & janjiNya pasti. dengan itu, kita masih mampu bahagia di celah masalah duniawi yg sementara.
Saturday, 15 October 2011
Renung-Renungkan Lah
"Janganlah kamu menjadi ‘pak turut’ yang sering berkata (& berfikir) : Jika orang di sekelilingku baik nescaya akan baiklah aku, namun jika mereka zalim, aku jua menjadi zalim”. Hendaklah kamu menetapkan jiwa dan pendirianmu sehingga jika manusia baik, kamu baik bersama mereka, tetapi jika mereka buruk, maka kamu menjauhi keburukan & kezaliman (tidak seperti mereka)."
"Islam tidak mengajar kesamarataan dlm semua perkara, kerana 'equality' dalam semua perkara adalah suatu kezaliman. Justeru, ilmu & pendirian yang disampaikan oleh seseorang tokoh akademik atau ilmuan itu pasti akan sentiasa cenderung & berpihak kpd yg diyakini lebih benar @ kurang mudarat. Jika anda ingin mereka sentiasa 'neutral' & tidak berpihak, maka anda akan jatuh dalam zalim krn ingin kezaliman dilakukan oleh mereka. Ilmu itu mnjadikan sesrog alim perlu berpendirian & tak neutral. Adil itu brbeza dgn equlity dan fairness, adil itu adlh justice, walau ia berpihak. Sentiasa neutral pula boleh jatuh ke dlm munafiq."
Sumber: Ustaz Dr. Zaharuddin net
Tuesday, 11 October 2011
Tahniah Pelajar Contoh, Aset Masyarakat Cemerlang!
Tahniah Cik Nazirah binti Kamal Basah, UKM Bangi juga ahli KARISMA Nasional.
Layari:http://www.ukm.my/news/index.php/ms/berita-kampus/837.html
Cik Shamimi Jamuddin (gambar di atas), Encik Muhammad Rafiq Razali dan Cik Nuraina, dengan "Anugerah Pengarah" di IPG Kampus, Ipoh
Tuesday, 4 October 2011
Bertaqwa lah Mengikut Kemampuan mu...
"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu."
[At-Taghabun:11]
[At-Taghabun:11]
Friday, 9 September 2011
You Are Not Alone...
Allah sebaik-baik Pembela, Pelindung & Pemberi Pertolongan...You will never ever be alone...
Dari Ibnu ‘Abbas ra, ia berkata:
“Raayahnya (panji) Rasul saw berwarna hitam, sedangkan benderanya (liwa’nya) berwarna putih.”
Dari Ibnu ‘Abbas ra, ia berkata:
“Raayahnya (panji) Rasul saw berwarna hitam, sedangkan benderanya (liwa’nya) berwarna putih.”
Sunday, 28 August 2011
Friday, 26 August 2011
Tuesday, 23 August 2011
Monday, 22 August 2011
Perbezaan Antara Kita Hanya Lah...T
Kata seorang ustaz di sesi ceramah pagi di radio IKIM semasa saya dalam perjalanan ke tempat kerja: Allah menilai kita dengan sesuatu yang dimiliki oleh semua hambaNya,bukan berdasarkan banyaknya harta atau banyaknya ilmu atau banyaknya anak-pinak atau gender atau paras rupa atau status perkahwinan atau kedudukan atau pun pangkat seseorang tetapi Allah menilai kita berdasarkan tahap TAQWA...
Ketaqwaan lah yang membezakan kita sebenarnya.
Di Bulan Ramadhan kareem ini, kita berpuasa sehingga sebulan lamanya, salah satu cara untuk melatih diri dalam membina ketaqwaan.
"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa"
[Al Baqarah: 183]
Ingin saya kongsikan penulisan seorang sahabat, Ustaz Wan Ahmad Sanadi tentang "Maqam ketaqwaan dan Ihsan", beliau menyatakan:
"Taqwa bermakna takut, iaitu takut kepada Allah swt.
Rasa takut kepada Allah swt itu disalurkan dengan menjalankan segala perintahNya dan menjauhi segala laranganNya. Menjalankan semua perintah dan menjauhi segala larangan Allah swt adalah kayu ukur perilaku yang dapat dinilai dari seseorang yang bertaqwa.
Ini merupakan pewujudan secara zahir dari ketaqwaan seseorang.
Namun, melihat kepada yang nampak secara zahir semata-mata tidaklah cukup kerana letaknya taqwa itu bukanlah sekadar pada pekerjaan yang nampak secara zahir semata-mata.
Rasulullah saw bersabda :
''Taqwa itu di sini, taqwa itu di sini, dua kali atau tiga kali, sambil beliau menunjuk dengan tangan beliau ke arah dadanya.''
(HR Ahmad)
Taqwa itu pangkalnya di hati yang selalu ingat kepada Allah swt.
Inti dari ketaqwaan adalah selalu ingat Allah swt yakni :
(i) Suatu kesedaran yang mendalam pada diri kita bahwa Allah swt sentiasa hadir dalam kehidupan kita.
(ii) Suatu kesedaran mengenai ke-MahaHadir-an Allah swt dalam segala ruang dan waktu.
(iii)Suatu kesedaran bahwa Allah swt sentiasa bersama kita.
Allah swt telah berfirman :
''Dan Dia bersamamu di mana pun kamu berada. Dan Allah Maha Mengetahui tentang segala sesuatu yang engkau kerjakan.''
(QS Al Hadid : 4)
Kesedaran Ilahi semacam ini dalam agama kita disebut juga dengan istilah "ihsan".
Mengenai makna "ihsan", Rasulullah saw telah bersabda :
''Hendaklah engkau beribadah kepada Allah seakan engkau melihatNya, dan jika engkau tidak melihatNya, maka sesungguhnya Dia melihatmu.'' (HR Bukhari)
Sikap ihsan ini akan menjadikan seseorang itu :
(i) Sentiasa berbuat baik.
(ii) Sentiasa melaksanakan segala sesuatu yang diperintahkan Allah swt.
(iii) Sentiasa melakukan sesuatu yang diridhai oleh Allah swt.
Dengan menyedari akan kehadiran Allah swt dan kebersamaan denganNya bila-bila masa dan di mana pun, seseorang akan sentiasa menghindari perbuatan jahat, menghindari perbuatan tercela, menjauhi segala laranganNya, juga menjauhi perbuatan yang dapat mendatangkan kemurkaanNya.
Berangkat dari kesedaran ke-Tuhan-an yang terhunjam di dalam kalbu kita, akan memancarlah sifat-sifat mulia dan terpuji pada perilaku seseorang dalam kehidupannya sehari-hari.
Jika individu-individu dalam masyarakat memiliki sikap dan perilaku yang demikian, maka akan tercipta suatu kehidupan masyarakat ideal yang bermoral dan beradab.
Inilah gambaran sebuah masyarakat yang dibangun di atas asas taqwa kepada Allah swt di mana salah satu wasilah untuk mewujudkannya adalah melalui ibadah puasa di bulan Ramadhan.
Ya Allah, jadikanlah kami hamba-hambaMu yang bertaqwa yang sentiasa melaksanakan segala perintah-perintahMu dan menjauhi segala larangan-laranganMu sebagai hasil dari latihan-latihan yang kami lalui di bulan Ramadhan ini. Sesungguhnya tidak ada kenikmatan yang lebih baik yang kami perolehi dariMu melainkan sifat taqwa yang terbentuk di dalam jiwa raga kami setelah berjaya melalui sistem pendidikan dan latihan yang sistematik di bulan Ramadhan di samping segala ganjaran-ganjaran yang Engkau janjikan bagi mereka-mereka yang ikhlas melaksanakan puasa semata-mata keranaMu"
Ameen Ya Rabb.
Friday, 19 August 2011
Friday, 12 August 2011
Kelegaan Berganda
Hari-hari dalam bulan yang dimuliakan Allah ini, tidak putus-putus kita berdoa dan sangat mengharapkan akan rahmatNya sentiasa dilimpahkan ke atas kita sekeluarga. Harapan kita agar segala amalan kita diterima dan berupaya menikmati setiap detik Ramadhan yang bakal meninggalkan kita tidak lama lagi, pada tahun-tahun yang mendatang pula, dengan kesihatan yang baik agar dapat melaksanakan ketaatan kepadaNya dengan sempurna dan selesa, terus menerus dikurniakan kesabaran yang tinggi untuk meneruskan kehidupan, ameen.
“Barangsiapa bertaqarrub kepadaNya (di bulan Ramadhan) dengan suatu kebaikan (sunnah), ia bagaikan melakukan satu kewajiban (fardhu) di bulan lainnya. Barangsiapa melakukan suatu kewajiban (fardhu) pada bulan ini, maka ia sama dengan orang yang melakukan tujuh puluh kali amalan wajib (fardhu) di bulan lainnya." (HR Ibnu Khuzaimah).
“Satu tasbih di bulan ini bersamaan dengan seribu kali tasbih di bulan lain.” (HR Tirmidzi)
Kita sedar peluang keemasan Ramadhan dikhaskan untuk kita, umat Nabi Muhammad s.a.w, di bulan ini, diturunkan Al Qur'an dan disediakan satu pencarian malam, iaitu "Lailatul Qadar"...malam yang sebaik seribu bulan.
"Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar,
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?
Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.
Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);
Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!'
[Al Qadr:1-5]
Semoga kita dipertemukan dengan Lailatul Qadar dan dikurniakan segala kenikmatan dan keberkatan beramal pada malam itu, ameen.
Tapi yang lebih penting, bukanlah banyak nya ibadat yang kita kerjakan, menjadi paspot untuk ke syurgaNya tetapi keikhlasan kita dalam melakukan semua ibadat tersebut menjadi berharga di sisi Allah untuk kita meraih rahmat dan keredaanNya. Apabila ini semua menjadi penilaian dan penanda aras kepada segala kerja buat kita, maka kita tidak akan sanggup melakukan sebarang kejahatan terhadap orang lain, memandang kezaliman dengan penuh kebencian, dan pastinya terasa sayu apabila penghinaan dilakukan ke atas kita. Hanya pada Allah tempat mengadu dan dikembalikan segala urusan untuk perhitungan dan pembalasan.
Alhamdulillah. Pada 10 Ogos 2011 bersamaan 10 Ramadhan 1432H. Saya rasa kelegaan yang berganda. Pertama kerana tertunainya pembayaran zakat fitrah di masjid berdekatan tempat saya bertugas. Sejak akhir-akhir ini saya mudah lupa, khuatir lupa apabila teringat dan segera bertindak merupakan suatu bentuk kelegaan. kedua, saya bagi pihak Jabatan Sains telah berjaya melupuskan 2 unit bahan radioaktif, Thorium karbonat, yang tidak lagi kami perlukan untuk bahan bantuan pembelajaran. Pelupusan tertangguh walaupun telah diusahakan sejak 4 November 2009, kerana kurang peuntukan kewangan yang terkesan daripada perbelanjaan berhemah Kementerian Pelajaran Malaysia. Rasa bagai satu bebanan terlerai dari bahu saya apabila melihat 2 kotak bahan radioaktif tersebut dibawa pergi oleh pegawai Agensi Nuklear Malaysia, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, (MOSTI) pada hari itu. Sesungguhnya, kami telah berjaya menghindarkan kemudharatan berpanjangan daripada berlaku ke atas warga Institut, khususnya para pengguna makmal kimia. Allahu 'alam.

Tuesday, 9 August 2011
Friday, 5 August 2011
Thursday, 28 July 2011
Simetri:Keajaiban Ciptaan Nya...
Saya memaksa diri untuk menulis hari ini. Atas dasar tanggungjawab, dalam kesuntukan masa, saya menghasilkan artikel ringkas daripada pembacaan majalah berkala yang saya langgan iaitu "BBC Knowledge, Vol. 3, issue 7" dan kekaguman saya terhadap keajaiban seni bina Islam yang dizahirkan pada Taj Mahal, semasa Lawatan Penanda Aras di Agra, India pada bulan lepas.
Esok, 29 Julai 2011, Info Sains, buletin Jabtatan Sains, IPG Kampus Ipoh akan dilancarkan buat kali ketiga?! Maka lahirlah:
Sesuatu objek dikatakan bersimetri apabila mematuhi operasi simetri ke atas objek dan tidak akan muncul perubahan.
Konsep konsistent (berkekalan / malar) segala sesuatu pada alam semester, dari kewujudan zarah sub-atomik hingga lah daya magnetisma, semuanya bersabit dengan simetri.
Fenomena simetri juga memberi impak yang serius dalam proses-proses kehidupan.
Pada tahun 1848, Ahli kimia peranchis , Louis Pasteur mendapati molekul yang mengandungi komposisi kimia yang sama, mempamerkan tabiat berbeza yang dikaitkan dengan simetri iaitu Keisomeran Optik.
Molekul Kiral atau molekul tak simetri, isomer yang aktif secara optik dan mempunyai pasangan yang berimej cermin. Fenomena ini dipamerkan oleh sejenis ubatan yang dinamakan Thalidomide atau Thalidomida.
Pada tahun 1957, sebuah syarikat farmasi Jerman telah melancarkan jualan imej cermin kiri molekul Thalidomide di lebih 40 Negara. Dadah tersebut dipercayai dapat membantu alahan dan masalah tidur yang dialami oleh ibu-ibu yang hamil. Lebih 10,000 bayi cacat tangan dan kaki, dilahirkan kesan daripada pengambilan Thalidomide. Imej cermin kanan molekul Thalidomide tidak memberi sebarang kesan kepada kesihatan. Kajian menunjukkan syarikat farmasi tersebut menghasilkan campuran isomer kiri dan kanan, serta mengabaikan penyelidikan yang dilakukan oleh Louis Pasteur. Masih ramai mangsa Tragedi Thalidomida yang menjalani kehidupan seperti insan lain hingga ke hari ini, tetapi tanpa sebarang pampasan.
Secara peribadi, saya pernah berpeluang mengasingkan enantiomer (isomer optik) bagi sebatian kobalt semasa mengendalikan amali kimia, di univeriti pada tahun pertama pengajian, alhamdulillah.
Renungkan:Maha suci Allah yang menjadikan sesuatu tanpa sia-sia.
“Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan)?“
“Which is it, of the favours of your Lord, that ye deny? “
(Ar-Rahman: verse 30)
Allahu a'lam.
Sunday, 24 July 2011
F5 Menghitung Hari...
Lagu ini menjadi kegemaran kami pada satu musim dulu. Lagu dan video menjadi selingan kuliah Kimia dan pedagogi sains ketika itu. Kami = Saya dan para pelajar PISMP unit F5. Selama lebih daripada lima tahun kami bersama. Peristiwa manis, masam dan pahit, kami sama-sama harungi. Mereka merupakan kohort pertama Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan, Pengajian Sains Rendah, Ambilan Januari 2008.
Masih segar lagi ucapan aluan saya selaku penyelaras akademik mereka, di majlis anjuran mereka dengan menjemput pakar motivasi IPG Kampus Ipoh, Dr Ismail Zain pada minggu pertama, semester pertama, di tahun pertama iaitu pada bulan januari 2008, sekembalinya saya menunaikan fardhu haji pada penghujung tahun 2007. Harapan yang menggunung disulami dengan semangat yang membara untuk meneruskan perjuangan kami. Gambaran 20 wajah-wajah suci bersih itu, kembali di ingatan saya ketika ini.
Kini mereka di semester 8, semester akhir di tahun akhir. Kami menempa sejarah dengan mengadakan program "hi-impact" pertama oleh unit PISMP, iaitu Science Fair pada Oktober 2008, Semester lepas, April 2011, mereka meraih kedudukan naib juara dalam pertandingan inovasi kategori pelajar, dengan LISTA-Low Cost Innovative Teaching And Learning Aids.
Hari Raya Aidil Fitri 1431H (2010), saya jemput mereka ke "Barokah" setelah sekian lama kami merancang untuk berhari raya bersama, hanya tahun lepas Allah makbulkan hasrat kami.Ada yang sempat mencoretkan pantun di "Guest Book" saya.
Berjalan-jalan di tepi paya,
di tengah jalan terjumpa buaya,
terima kasih di atas jamuan Hari Raya,
moga Cik Yati bahagia hendaknya.
(Nukilan: Azrul & Saleh)
Katak pisang berwarna hijau,
melompat-lompat di atas titi,
malam-malam kita merayau,
datang beraya rumah Cik Yati.
(Nukilan:Hairi)
Pantun nasihat 'Ever Green'
untuk para pekajar F5 yang saya kasihi:
Buah cempedak bentuknya bujur
Sangat disukai oleh semua
Jika kita bersikap jujur
Hidup kita dipandang mulia
Orang haji dari Jeddah
Buah kurma berlambak-lambak
Pekerjaan guru bukanlah mudah
Bagai kerja menolak ombak
Terang bulan di malam sepi
Cahya memancar kepangkal kelapa
Hidup di dunia buatlah bakti
Kepada ibu dan juga bapa
Mari kita tanam halia
Ambil sedikit buat juadah
Usia muda jangan disia
Nanti tua sesal tak sudah
Adik ke kedai membeli halia
Emak memesan membeli laksa
Jadilah insan berhati mulia
Baik hati berbudi bahasa
Semoga anda semua menjadi pendidik yang berdedikasi serta bertanggung jawab, ahli masyarakat yang cemerlang di dunia dan akhirat, gigih dan tabah dalam perjuangan untuk membina generasi Soleh Wa Musleh (Baik & Membaikkan), ameen.
Terima kasih, F5 dan Strive For The Best and Be The Best!
“Orang-orang yang menyampaikan risalah Tuhannya (Allah) dan takut hanya kepadaNya tidak kepada lainnya, cukuplah Allah sebagai Pengira segala Amal dan makhlukNya.”
( Al-Ahzab:39)
Thursday, 21 July 2011
Thursday, 7 July 2011
Krishn College Of Science And Rural Technology, Agra, India
We were touched by the college staff and students warmed hospitality. At that time, 15 Jun 2011 was schools, universities, colleges and institutes term break. They came back just to welcome us.
Like other universities and institutes in India, this college also offer BTC, Basic Training Certificate course for primary teachers recruitment and help to improve the quality of education in India. BTC is a two years course and part of the minimum eligibility criteria for appointment of primary teachers.
Iron cast disc served as "gong" or interval bell.
Token of remembrance and appreciation from Head of Science Department, Institut pendidikan Guru, Kampus Ipoh, Malaysia to the Director of Krishn College Of Science And Rural Technology, Agra, India. Thank you, sir.

Thursday, 30 June 2011
Let Mother Nature Be Our Laboratory...
At G.D. Goenka Primary Public School, Karkardooma, India, paper strips deep in natural dyes / indicators are used to test acid and base. No litmus paper provided!
This green coloured dye is made from spinach, 'painted' on the wall of the Grand Crytals Castle, Jaipur, India, ...never fade for centuries until today...
Taj Mahal, 3rd place in ranking from 20 most beautiful places in the world. Amazing symmetrical Islamic arts and architecture. Its walls are ornamented with in-laid gems stones.
The young men is one of the family members / came from the same ancestors who engraved the wall of Taj Mahal. Honey is used as glue to embed the gem stone in the white marble.
"Is the reward of goodness aught save goodness ?
Which is it, of the favours of your Lord, that ye deny ?"
Surah Ar-Rahman: verse 60-61
Saturday, 18 June 2011
Bermusafir Luaskan Pandangan
Lawatan Penanda Aras, Jabatan Sains, IPG Kampus Ipoh
Sekolah di India menggunakan kurikulum yang sama, suasana dan menggunakan pendekatan yang berbeza. sekolah-sekolah dikategorikan kepada dua:
Government School:Sekolah dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan dan dihadiri oleh para pelajar daripada keluarga bertaraf ekonomi yang rendah dan sederhana
Public School: Sekolah swasta, untuk pelajar-pelajar daripada keluarga elite dan berpendapatan tinggi
Kebanyakan guru membiayai sendiri yuran pengajian kursus perguruan mereka. Guru-guru terpilih yang menerima biasiswa kerajaan hanya akan dibayar elaun pengajian mereka pada tahun akhir, sebelum mereka menduduki "final exam".
Di antara pelajar, sekolah rendah swasta paling berprestij di India
Persembahan Pelajar:

Subscribe to:
Posts (Atom)
KNOWLEDGE IS POWER
Ke Arah Pembentukkan Minda Pendidik Kelas Pertama
"Sejahtera akidahnya, sahih ibadahnya, teguh akhlaknya, terdidik fikirannya, kuat badannya, mampu untuk mengusahakan mata pencariannya, teratur dalam segala urusannya, sentiasa menjaga waktunya dan sentiasa memberi manfaat kepada orang lain" (As Syahid Imam Hasan al Banna)
Istimewanya zaman remaja...
Tujuh golongan manusia akan dilindungi oleh Allah pada hari di mana tidak ada perlindungan kecuali perlindunganNya iaitu:
1) Imam yang adil
2) Pemuda / remaja (lelaki & perempuan) yang tekun beribadat kepada Allah
3) Seorang lelaki yang hatinya terpaut kepada masjid, (hatinya sentiasa ingat) dari masa ia keluar dari masjid hingga ia balik semula ke masjid
4) Dua orang *lelaki yang berkasih-kasihan di dalam (mencari ridha) Allah, keduanya bertemu kerana Allah dan berpisah pula kerana Allah
5) Seorang *lelaki yang mengingati Allah, di masa sunyi sepi sehingga menitiskan air mata.
6) Seorang lelaki yang diajak oleh seorang wanita yang berkedudukan tinggi, cantik rupa parasnya untuk melakukan perbuatan jahat, ia berkata, "Aku takut kepada tuhan seluruh alam"
7) Seorang *lelaki yang memberi sedekah dengan suatu sedekah, lalu disembunyikan sedekah itu, sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfakkan oleh tangan kanannya.

Kita lah Ulil Albab...
"Lo! In the creation of the heaven and the earth and (in) the difference of night and day are tokens (of His sovereignity) for man of understanding"
"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pengantian malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal"
(Ali-Imran: 190)
"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pengantian malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal"
(Ali-Imran: 190)
"ILMU DAN IBADAH SESEORANG TIADA NILAI NYA DI SISI ALLAH DAN MANUSIA SEKIRANYA MEMBUAHKAN AKHLAK YANG BURUK"
Al-Zukhruf: 43-44
"Dengan yang demikian, berpegang teguhlah kepada Al-Quran yang telah diwahyukan kepadamu; kerana sesungguhnya engkau berada di atas jalan yang lurus. Dan sesungguhnya Al Quran itu memberikan kemuliaan dan peringatan kepadamu (wahai Muhammad) dan kepada kaummu; dan kamu akan ditanya kelak (tentang isi kandungannya yang kamu telah amalkan)."